“Eh,
dah nak pukul 12.00 ni. Jom kita pergi makan tengah hari” cadang Aiman yang
mula kelaparan setelah hampir setengah hari berjalan-jalan di KLCC.
“Agak
lah, aku pun dah lapar ni. Pagi tadi tak sarapan. Kau nak makan tengah hari di
mana? Aku ikut saja” Hasyim bersetuju dengan cadangan Aiman.
“Kalau
macam tu, kita makan di McD je lah. Murah dan sedap” Kamal memberikan cadangan
kepada 2 orang sahabatnya itu.
“Okay,
beres. Aku pun mengidam burger McD tu.” Aiman bersetuju sambil anak matanya
ligat mencari McD berdekatan.
“Tapi.....
kita makan tempat lain lah..” Hasyim mula rasa gelisah, kerana beliau sedang
memboikot McD.
“Eh,
kenapa pula? Kau boikot McD ke? Haha. Macam ni lah, kita makan dulu di McD,
lepas makan baru kita boikot. Ok tak? “ Aiman memerli Hasyim dengan nada dan
gelak yang agak sinis.
“Kau
kalau tak nak makan di McD, kau carilah tempat lain. Aku dengan Aiman nak pergi
makan di McD. Kau nak ikut, jangan banyak soal.” Kamal malas hendak melayan
pendapat Hasyim.
“Tapi,
aku bukan tahu kawasan KLCC ni. Aku baru first time datang sini.” Hasyim mula
serba salah dengan dua orang sahabatnya.
“Kalau
macam tu, jom ikut kitorang makan di McD.” Aiman terus berjalan menuju ke
restoran McD.
Kamal
terus mengikuti belakang Aiman.
“Weh,
jangan tinggalkan aku.” Hasyim mengejar dua orang sahabatnya sambil di sudut
hatinya berbisik,
“Wahai
rakyat Palestin, maafkan aku. Iman aku lemah..” secara tidak langsung, berkaca
matanya mengenangkan kelemahan dirinya.
***
Sampai
sahaja di hadapan restoran McD, ditakdirkan Aiman berjumpa sahabat lamanya,
Imran lalu di hadapan McD tersebut.
“Eh
Imran, apa khabar kau?” Aiman menegur Imran yang berjalan tanpa memandang kiri
dan kanan.
“Oh
Aiman. Alhamdulillah, aku sihat. Kau nak ke mana?”
“Aku
nak pergi McD ini dengan dua orang kawan aku. Kau cuti ke hari ini? Aku baru
nak minta “diskaun” dengan kau” gurau Aiman sambil tersengih kepada sahabatnya,
Imran.
Imran
tiba-tiba berubah air muka.
“Aku
dah berhenti kerja.”
“Kenapa
kau berhenti? Kau kerja di mana sekarang?” Aiman terkejut dengan Imran yang
sudah bekerja McD di KLCC hampir 2 tahun.
“Aku
boikot McD. Aku tak sanggup bantu Zionis bunuh saudara aku di Palestin.” Imran
menegaskan nadanya.
Aiman
dan Kamal terkejut. Tegar sungguh Imran berhenti kerja di McD semata-mata
boikot.
“Kalau
kau boikot pun, bukannya Zionis terus mengalami kejatuhan ekonomi mendadak.
Bagi aku tak efektif. Habis kau kerja apa sekarang?” Aiman tidak bersetuju
dengan tindakan Imran.
Sambil
menepuk bahu Aiman dan tersenyum,
“Aiman,
tindakan boikot jangan hanya dilihat daripada sudut kesannya, efektif atau
tidak, tapi hendaklah difahami ia adalah tuntuan aqidah, bukti keimanan,
persaudaraan dan tanda sokongan. Sekurang-kurangnya, inilah aku mampu bantu saudara
aku di Palestin. Nak derma, aku tak mampu derma banyak-banyak. Jadi, aku
boikotlah Zionis. Mereka (rakyat Palestin) mungkin tidak tahu, tapi Allah Maha Mengetahui.
Mungkin aku kehilangan pekerjaan, tetapi aku tidak pernah kehilangan Allah.
Rezeki aku bukan datang dari McD, tetapi datang dari Allah. “ panjang lebar
Imran menjelaskan.
“Alhamdulillah,
sekarang aku sedang berkejasama dengan pak cik aku untuk buat bisnes bagi
membantu ekonomi umat Islam di Malaysia. Secara tidak langsung, dapat membantu
rakyat Palestin yang berada di Malaysia.” Aiman menyambung lagi kata-katanya.
“Kalau
macam tu, kenapa kau tak boikot facebook, laptop dell, dan lain-lain. Semua tu
rekaan Yahudi juga” Aiman mula rasa serba salah, namun ditutup dengan persoalan
yang tiba-tiba hadir di mindanya.
“Aku
yakin, mungkin kau bantu Palestin daripada sudut lain selain daripada boikot.
Sebab boikot bukanlah satu-satunya cara, tetapi banyak cara. Aku tidak
pertikaikan usaha kau, dan aku harap kau tidak mempertikaikan usaha aku yang
sangat kecil ini. Iman aku lemah, tak mampu boikot banyak-banyak. Aku hanya
mampu boikot McD, produk Nestle, Loreal dan Coca Cola, kemudian aku cari
alternatif untuk semua ini. McD aku gantikan dengan KFC, RFC atau restoran
orang Islam, produk Nestle aku gantikan dengan produk buatan Malaysia seperti
Vico, Ali Cafe dan lain-lain, kemudian
Loreal memandangkan aku memang tak pakai, jadi aku gantikan dengan air wudu’,
dan Coca Cola aku gantikan dengan air soya. Lagi sedap, dan tiada gas karbonat.”
Imran menjelaskan sambil tersenyum.
“Baiklah,
aku minta diri dulu. Korang pun nak pergi makan, maaflah ambil masa korang.
Assalamualaikum” Imran bersalaman dengan 3 orang sahabat dan terus berlalu
pergi.
Aiman
terdiam sambil memandang restoran McD di hadapannya.
Kamal
pula tiba-tiba teringatkan pesanan di facebook untuk memboikot McD.
Hasyim
pula matanya semakin berkaca, hatinya gembira kerana Allah mempertemukan dua
orang sahabatnya dengan seorang lelaki bernama Imran, dan hatinya berdukacita
kerana terlalu mengikutkan kehendak nafsu. Dia beristigfar.
“Jom
makan di luar.” Kamal memecah kesunyian mereka bertiga.
“Aku
pun rasa macam nak makan di luar” Aiman bersetuju.
Hasyim
tersenyum, sambil memegang bahu kedua orang sahabatnya itu dan terus menuju ke
luar KLCC meninggalkan restoran McD yang penuh dengan manusia, termasuk yang
Muslim.
***
Moral of the story :
1.
Kepada yang tidak memboikot (tidak kira apa jua produk);
(a)
Jangan mempertikaikan usaha orang lain untuk boikot. Istilah mudahnya,
“diam-diam sudah”.
(b)
Istigfar atas kelemahan diri kita kerana tidak mampu boikot sekalipun kita
tidak bersetuju langsung dengan tindakan boikot.
(c)
Cari alternatif lain untuk membantu rakyat Palestin, tidak kira dari segi
sokongan moral, derma, doa dan sebagainya. PASTIKAN kita lakukan sesuatu.
Jangan tahu mengkritik sahaja.
2.
Kepada yang boikot (tidak kira boikot apa jua produk) ;
(a)
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana Allah memberikan kekuatan untuk
kita boikot. Jangan berlagak sambil mendabik dada dan memandang rendah orang
yang tidak boikot.
(b)
HENTIKAN sama sekali SARCASM / SARKASTIK / SUKHRIYYAH kepada orang yang tidak
boikot. Jangan sangka kita akan boikot selama-lamanya, mana tahu suatu hari nanti tiba-tiba hati
kita berubah. Silap hari bulan, kita jadi penyokong Zionis. Naudzubillah.
(c)
Sentiasa berdoa agar Allah tetapkan hati kita untuk sentiasa istiqomah.
(d)
Sentiasa bersangka baik dengan semua orang yang tidak boikot. Mungkin mereka
ada alternatif lain untuk membantu saudara kita di Palestin. Kita tidak
mengetahui, tetapi Allah jualah yang Maha Mengetahui. Mana lah tahu, orang yang
tidak boikot ini, rupanya doa mereka lebih makbul dari doa orang yang boikot.
Apa nak di kata?
Akhir
sekali, kepada diri saya terutamanya, dan kepada semua orang Islam, buktikan
persaudaraan kita dengan saudara kita sama ada di Palestin, Syria, Iraq atau di
mana-mana jua dengan amal kita. Jangan sekadar menjadi “keyboard warrior” atau
istilah budak kampungnya, “sembang lebat”.
Sumbangkanlah
sesuatu untuk saudara kita, sementara kita dan mereka masih ada.
Moga
Allah redha.
terbaik lah shuk..
ReplyDeletejazakallah :)
DeleteAlhamdulillah....sy pn dh bertahun boikot brg2 yg disenaraikan. sy gantikan dgn produk buatan msia...wlau pn org kata x ada kelas tp sy tau Allah tau niat sy. sy doa kan sy akan terus istiqomah. smga Allah tetap kan iman sy. tahniah pd smua yg boikot dlm ms yg sm turut menderma utk tabung bantuan palestin...pd yg x smbil kisah...berdoa lah...utk bumi palestin..itu sudah mencukupi tp jgn memperlekehkan usaha org lain....Smga Allah selamat kan bumi & rakyat Palestin...amin...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. semoga muncul beribu2 orang seperti saudara..
DeleteAmin.. ^___^
ni ada opinion skit...aku rasa kalo nak boikot mcd...kalo diorang bagi free ambik jer bro tapi jgn beli... kita boikot... ko bayang kan 1ribu 1 cwngn darab dgn 200 cwngan...200 ratus ribu burger tu...kompon diorang rugi tu pon asalkan tak beli apa2 selain drpda yg free tu..
ReplyDelete^__^
Deletesaya memang tak makan McD dari kecik... hihi..
takpe, yang penting tu usaha saudara utk membantu Palestin..
semoga akan muncul beribu2 orang seperti saudara utk membantu Palestin.. amin.. :)
salam.. tumpang nk menjawab sket bleh?? bg pendapat aku yg x seberapa ni... McD dah kaya raya.. so kalo depa bg burger free pun x rugi.. pastu pulak mereka akan dpt sokongan moral dan dpt mengekalkan populariti mereka... marketing strategy.. populariti lbh penting utk survival... jadi sama ada free atau bayar.. x payah la sentuh McD... skang ni aku tgk sos cili yg mengalir celah2 big mac dh macam darah2 yg mengalir keluar dr daging2 manusia.. loya..
Deletesalam..
DeleteMasyaAllah, moga Allah kekalkan saudara dalam keadaan sebegini..
Doakan saya juga untuk kekal boikot mereka dan mereka semua.. jazakallah khair atas maklumat.. ^__^
Setiap apa yang diperjuangkan haruslah diresapkan dalam hati agar apa saja tindakan kita sentiasa terpandu pada jalan Allah.
ReplyDeleteTindakan harus dilakukan melalui kesedaran dan keinsafan. Semangat dan emosi biasanya akan bermusim, tetapi jika kesedaran yang timbul dari hati, ianya akan terus sebati di dalam jiwa.
Seruan boikot merupakan satu inisiatif menyatakan prihatin umat Islam atas isu kemanusiaan yang melibatkan umat Islam di palestin. Menyertai kempen boikot ini salah satu sumbangan yang baik untuk kesan diri sendiri dan juga komuniti umat Islam.
Semoga apa jua usaha terhadap simpati kita kepada sudut kemusiaan khususnya di Palestin ini mendapat prihatin Allah dan kita jua akan beroleh rahmat, InsyaAllah.
MasyaAllah..
DeleteMoga Allah memberkati tuan.. dan semoga akan muncul beribu2 orang seperti tuan yang mempunyai kesedaran untuk memperjuangkan isu ummat Islam..
Jazakallah khair..
Doakan saya agar sentiasa istiqomah, dan doakan untuk Gaza.. Amin.. :)
tq for that story..:)
ReplyDeletein shaa Allah ,mari sme2 kte berdoa utk sdre kte d sdre...
insyaAllah.. jazakallah khair :)
Delete