Friday 29 July 2011

Ramadhan : Puasa kena ganti, solat tak perlu..?


(Ada seseorang tanya aku tentang perkara ni tahun lepas, jadi ini PENDAPAT AKU sahaja secara peribadi. Rujuk ustaz berdekatan untuk maklumat lebih mantap supaya korang nyenyak tidur)

          Terkesima dengan soalan seorang ukthi(perempuan) ni yang soalannya lebih kurang macam ni ;

Kenapa bila bulan puasa, bagi perempuan yang kena “cuti”, lepas habis bulan puasa je kena ganti puasa, tapi solat tak perlu ganti lepas “cuti” (untuk setiap bulan termasuk bulan puasa). Sedangkan kat akhirat nanti perkara pertama yang akan dihisab ialah solat. Dan solat tu tiang agama.”

Lebih kurang macam ni la soalan yang ditanya pada aku. Oh ye, soalan ni soalan tahun lepas, aku sengaja bangkitkan semperna nak menyambut bulan ramadhan ni supaya aku ada sedikit peringatan tentang Rahman dan Rahimnya Allah kepada hamba-hambaNya.

Aku yang perasan rajin dan pandai ni pun menjawab la soalan tu tanpa merujuk mana-mana kitab-kitab yang dikarang para ulama’ muktabar dengan menggunakan akal, pengetahuan dan ilham yang Allah bagi kat aku.

Ok, kita ambik contoh seorang ukhti yang “cuti” 7 hari. 

Contoh3. Eh, bagi yang slow, “cuti” yang aku maksudkan ni adalah datang haid. Lain kali jangan ponteng kelas sains. Woha. 

Kita start main kira-kira guna matematik moden. Sehari solat fardhu bersamaan 5 kali. Kalau dah 7 hari mesti la bersamaan 35 kali. 1 hari solat 5 kali bersamaan 17 rakaan. Kalau dah 7 hari, bersamaan 119 rakaat. Lepas tu pula, yang “cuti” ni tiap-tiap bulan (bagi yang belum berkahwin dan takde penyakit), maknanya kalau contoh ambik tiap-tiap bulan “cuti” 7 hari, maksudnya setiap bulan perempuan ni kena ganti 35 kali solat setiap bulan. Sedangkan solat 5 waktu sehari semalam pun dah rasa berat. 


Faham tak ni?

Macam ni, kita guna simbol matematik.
1 hari = 5 kali solat fardhu = 17 rakaat
7 hari = 35 kali solat fardhu = 119 rakaat.

So, kalau yang 5 kali solat fardhu pun kadang-kadang dah berat nak buat, ini pulak nak ganti 35 kali solat fardhu setiap bulan. Untung kalau kena 7 hari, mana tau bulan tu ada masalah, kena sampai 10, 11 hari? Lu fikir la sendiri. 

Woha!

Kan nampak macam menyusahkan kaum wanita yang dikatakan lemah (aku tak kata). Tapi Allah Ar Rahman dan Ar Rahim, jadi ini salah satu sebab kenapa kaum wanita ni tak perlu ganti solat ketika “cuti” , kecuali syarat-syarat tertentu yang di tulis dalam kitab ihya’ ulumuddin. Aku dah lupa syarat-syaratnya. Oh.. Betapa kasihnya Allah pada kaum wanita ni, dan nak tunjukkan islam tak menindas kaum hawa ni.

Dan jika kita ambik untuk puasa pulak, andai kata dalam bulan ramadhan ni, seorang wanita ni “cuti” 7 hari, jadi dia perlu ganti 7 hari puasa selepas habis bulan ramadhan dan sebelum bulan ramadhan seterusnya. Takkan la 7 hari dalam tempoh masa 11 bulan tak mampu ganti. Kalau setiap bulan puasa sehari, baru ambil masa 7 bulan, ada balance 4 bulan untuk prepare puasa seterusnya.

Kan?

          Jadi ni antara yang aku rasa la sebab dan hikmah Allah tak menyuruh kaum hawa ni ganti solat selepas “cuti” masa bulan Ramadhan. Ni antara pendapat yang dikeluarkan oleh seorang yang BUKAN USTAZ yang perasan lelaki beriman di akhir zaman.

Nak tau lebih lanjut sebab-sebabnya berdasarkan Al Quran dan Hadith, tanya lah ustaz, ‘alim ulama’ berdekatan anda. Woha!

p/s :

1. Selamat menyambut bulan Ramadhan yang akan datang.

2. Bagi lelaki, jangan ponteng solat dan puasa dengan menggunakan alasan “cuti” , nanti betul-betul Allah bagi “cuti” kat korang, tak sempat nak bertaubat. Woha!

Thursday 28 July 2011

Apa agenda hidup kita sebenarnya..?

(Artikel ini dah lama aku buat, cuma sebelum ni aku post kat notes di facebook saja ketika awal semester 2. Memandangkan ini adalah artikel pertama yang pernah aku hasilkan, jadi aku terus copy paste jadi entry pertama dalam blog aku.. aku tak ubah walau sepotong ayat pun. Aku copy paste terus)

Dengan sedikit lemah longlai dan kondisi (alahai ayat..) yang ngantuk tahap maksimum value, aku pulang ke bilik setelah hantar seorang sahabat aku nie ke kolej dia. Sepanjang perjalanan tu, aku berfikir tentang apa yang disampaikan oleh Abang Khalid,seorang pakar sirah (pada aku sorang) dalam sembang2 sirah lepas maghrib tadi..Apa yang dia dah sampaikan masa “kuliah” sirah tadi? Panjang ceritanya..kalau aku bercerita kat sini, memang aku dah tertidur sambil menaip. Bukan kedekut, tapi aku tak de kekuatan (a.k.a malas)..Oh..



Hari ni abang Khalid cerita tentang sirah nabi Adam a.s. Walaupun tak beberapa detail sangat, tapi cukup memberi berbilion pengajaran untuk aku dan sesapa je yang dengar tadi. Banyak2 cerita dia sampaikan tadi, aku paling tertarik bab terakhir sekali sebelum di tutup majlis (sebab masa awal2 tu aku mengantuk gila..jadi tak fokus sangat la..Oh..) dia tanya sedikit soalan, untuk apa kita belajar, makan dan bla3..Selepas dia terangkan sedikit demi sedikit, aku pun berfikir sejenak..dan oleh hal yang demikian (peh..) , membuatkan aku tergerak hati untuk pertama kalinya aku menulis artikel yang sebegini setelah sekian lama aku bergiat cergas mengopy paste artikel orang..oh…

Apa agenda hidup kita sebenarnya?? Agenda kita sambung belajar di sekolah, matrikulasi, universiti, kemudian berkerja..Apa sebenarnya?

Oklah, let say kita masuk universiti. Kita pegi masuk U untuk apa? Belajar.. Untuk apa? Dapatkan segulung ijazah..Lepas tu? Kerja..Lepas kerja? Dapat gaji..then lepas dapat gaji? Pegi keja lagi..kalo tak pergi kerja, tak dapat gaji..itu lah fokus kita sampai lah kita pencen..Lepas pencen, tak tau nak buat apa lagi..Tidur je kat rumah..lepas tu mati..itu je??




Alaa shuk..aku belum kerja lagi..mana la aku ade idea nak buat apa..




Ok fine..baiklah,aku amek seorang mahasiswa..hari2 buat apa? 


Isnin sampai jumaat pergi kelas. Weekend kalau takde duit, duduk bilik ngadap laptop, main facebook..Kalau rajin study, itu pun tak lama..lepas tu tutup buku main game..sampai petang..lepas tu makan n bla3.. malam sambung main game sampai subuh..lepas subuh tidur, bangun dah tengah hari..lepas tu kawan ajak pegi makan n bla3..dapat gambarkan??




Hek eleh shuk..tak semua budak macam tu..




Ye lah..aku cakap yang budak2 macam nie..kalau korang  bukan termasuk golongan sebegini, maka alhamdulillah..




Ok..kembali semula point aku nak cakap..apa agenda kita hidup sebenarnya??




Allah dah tegaskan bahawa Dia cipta manusia untuk manusia jadi khalifah di atas muka bumi dan untuk beribadah kepada-Nya (Refer kepada ustaz korang atau orang yang alim dalam agama). 


So? 




Nampak point agenda kita hidup sebenarnya?


Masih kabur2??




Oklah..aku terangkan (maaf kalau ade kesalahan dan tolong bagitau). 


Apa kita buat dalam hidup kita, kita mesti ada matlamat yang besar..kalau matlamat kita kecil je,bila kita dah dapat, kita akan jadi blur atau kabur2 untuk kita lakukan langkah kita seterusnya..


Contoh, korang belajar kat U untuk dapatkan degree,master atau PhD, then lepas korang dapat, korang akan fikir kerja.. lepas pencen, korang nak buat apa? Makan tidur lepas tu tunggu masa naik kereta mayat? Oh…




Hidup kita kena ada matlamat yang besar..dan matlamat tu adalah mencari KEREDHAAN ALLAH..


sekali lagi, adalah mencari KEREDHAAN ALLAH..


Macam mana nak dapat keredhaan Allah? Dengan masuk 
syurga..macam mana nak masuk syurga?? Fikir2 lah sendiri..


Ok..aku tunjuk satu flow perjalanan hidup seorang yang ada matlamat..(Tapi ia takde kaitan dengan sape2,.sekadar contoh je)


Orang ni dia susah sikit nak solat..kemudian dia pasang matlamat, dia nak solat 5 waktu penuh.. Lepas dia berjaya solat 5 waktu penuh, apa dia nak buat next adalah solat berjemaah 5 waktu penuh.. Mula2 memang susah, tapi sebab dia ada matlamat yang kuat, dia berjaya akhirnya..Kemudian lepas tu dia akan rasa sedikit kemanisan iman..Dia nak solat sunat rawatib pulak..lepas berjaya buat hari2, dia nak solat malam pula..mula2 seminggu sekali, dah lama2 berjaya buat hari2 qiamullail..lepas tu nak buat apa pulak? Dari sini pasti akan muncul satu cara berfikir..




“MACAM MANA AKU NAK ORANG DEKAT SEKELILING AKU RASAKAN NIKMAT IMAN YANG AKU RASA NIE..”




Itu lah cara fikir Rasulullah saw siang dan malam..itulah munculnya kesedaran dan fahamnya tugas dia sebagai seorang muslim, iaitu berdakwah..dan dakwah ini takkan berhenti sampailah kita jadi mayat...


So dah nampak tujuan kita hidup? Kenapa sahabat2 r.a bersungguh2 jaga iman dan amal mereka? Sebab mereka nampak matlamat mereka itu sebagai islam dan mereka faham apa itu islam..mereka faham bukan dengan akal semata, tapi mereka faham dengan hati..


Oh..mata aku dah mula mengantuk untuk kali keberapa dah..menandakan aku mahu modop (bahasa dusun)..


Akhir kata, fikirlah baik2 matlamat atau agenda kita sebenarnya sebagai seorang muslim, seorang pelajar, mahupun pekerja ataupun sesiapa saja..kerana matlamat kita sebagai seorang muslim hanya 1 je..


KEREDHAAN ALLAH..


itu yang kita cari sebagai umat akhir zaman..macam mana? Usaha atas iman dan takwa iaitu DAKWAH..




Sekian




p/s : aku ulang lagi, jangan amek bulat2 ape aku cakap nie..rujuk kepada ustaz2 korang dan orang2 yang alim dalam agama..


Kalau orang tanye aku, “ko buat ke apa ko cakap?”Jawapan aku, biarlah Allah yang tau apa aku buat.…. Aku mengaku aku masih jahil dalam banyak perkara.. Oh….

Untuk yang pertama kalinya..?

(pengalaman menulis dalam blog untuk pertama kalinya..rasa teruja pulak..woha!)



Excitednya menulis!! XD (kredit : www.multees.com)


Assalamualaikumwarahmatullah..


Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku membuat blog dan ini adalah first time aku menulis nota dalam blog yang setelah aku betul-betul confirm nak buat blog.


Aku teringin nak menceritakan hikayat kronologi sebelum terciptanya reformasi yang dasyat dalam perjalanan hidup aku (wah!)


Sebelum ni pernah tercetus niat untuk buat blog hanya untuk membuat sedikit nota-nota sebelum aku bergelar mayat. Tapi niat aku terhenti seketika selepas aku terfikir kali kedua (hasil hasutan syaitan yang berjaya) mungkin aku akan tertukar niat iaitu untuk menunjuk-nunjuk hasil penulisan aku pada orang ramai. Takut niat aku tak ikhlas untuk mengarang nota-nota agama untuk diri aku iaitu untuk menunjuk-nunjuk pada orang ramai…

        Tapi setelah aku ikut satu program, dimana ada seorang penceramah wanita namanya Puan Masturah atau kak mas bagi ceramah tentang was-was, aku terkesima dengan ayat dia yang lebih kurang macam ni :

     “kalau kamu dah berniat nak buat sesuatu kebaikan, teruskan. Jika tiba-tiba kamu terasa berat dan berfikir semula tentang kebaikan yang kamu nak buat, maka itulah hasutan syaitan yang nak buat kamu was-was”
     
       Macam ni lah lebih kurang apa yang dia cakap. Sejak tu, balik je terus aku sambung niat aku yang lepas untuk buat blog. Tambahan pulak, selain ilham dari Allah untuk aku buat blog ni, ada juga beberapa orang blogger yang agak terkenal memberi aku inspirasi (woha) untuk aku buat blog, antaranya Hamka Kereta Mayat, Angel Pakai Gucci dan lain-lain. Hasil aku baca setiap penulisan-penulisan mereka, membuatkan aku berkobar-kobar sampai terbakar nak buat blog. Dan kemungkinan nota-nota aku akan datang ada sedikit sebanyak pengaruh daripada tulisan-tulisan mereka.


Selain tu, ada juga beberapa orang sahabat aku yang bagi idea dan semangat untuk buat blog.

     Maka, setelah beberapa faktor di atas, lalu dengan tekad dan keazaman yang menyerlah, lalu tercetuslah sebuah reformasi yang bersejarah dalam detik kehidupan aku dengan aku menceburi dunia blogger. Semoga nota-nota yang aku akan buat dapat aku hayati dan seterusnya dapat aku amalkan sampai aku bergelar mayat dan diwariskan kepada anak cucu aku.


Aku teringin nak bertaaruf (berkenalan) diri aku. Tak kisahlah korang nak kenal aku atau tidak, aku tetap nak kenalkan diri. Haha.
 
Aku seorang hamba Allah yang sama dengan manusia lain, di beri nama Ahmad Shukery Bin Azizan dan ketika ini aku sedang menuntut di sebuah IPTA sekitar Malaysia. Itu je rasanya yang korang perlu tahu. Lagipun, aku rasa korang bukan nak tahu sangat siapa aku. (sangka buruk) oh! 


Seperkara lagi, mesti korang tertanya kenapa dan dimana aku dapat nama Biskut Mayat ni? ha, baca di sini.

      Sebelum aku terlupa, jangan lupa baca peringatan di sebelah ini ye. Aku tak akan bertanggungjawab atas sebarang kecedaraan mental atau jiwa ketika korang membaca nota-nota aku.


Dan jika korang nak copy paste or share or apa-apa je lah, buatlah selagi mana korang tak ubah maksud yang aku nak sampaikan.

      Semoga anak-anak aku yang akan datang (entah bila) dapat baca nota-nota agama yang diwariskan dan aku harap aku tulis takkan dustakan atas nama Allah dan Rasul-Nya serta ‘alim ulama’ .
amin..

Sekian..