Wednesday 30 November 2011

Makan itu politik?

(Semua perkara nak di politikkan. Jangan aku yang membuat blog ni dipolitikkan sudah..)

Masa aku berborak dengan kawan aku, tiba-tiba dia bercerita tentang pengalaman dia berborak dengan seorang kawan dia sambil menunggu giliran untuk membuat perbentangan thesis dia. Takde apa pun yang menarik dengan perbualan diorang, semuanya berkenaan politik je. Tapi aku tertarik dengan isi perbualan dia yang mana lebih kurang macam ni la dialog mereka berdua ;


------


Kawan kepada kawan aku (B) : Kau tau tak, dekat facebook ada orang menghina gambar tuhan kami. Pasal tuhan kami yang lembu tu. Ini semua pasti ada agenda politik kotor nak tarik perhatian orang.

Kawan aku (A) : (dengan gaya perasan macho), lagi?

B : Sorry to say la, aku rasa mesti segolongan orang bangsa melayu yang penyokong kuat parti xyz buat macam ni untuk raih perhatian orang ramai.

A : Kau yakin ke semua ni ada agenda politik kepartian?

B : Mesti lah! Sebahagian orang melayu sekarang dah berani hina-hina agama orang.

A : Kau nak tau sesuatu tak? Masalah mentaliti yang berlaku kepada segolongan besar penduduk Malaysia tak kisah sama ada dia melayu, cina, india, kadazan dusun, melanau atau bla3..?

B : Err…Apa dia?

A : Semua perkara yang berlaku kat Malaysia ni, yang tak selari dengan citarasa kita yang dirancang oleh orang lain kita anggap ada agenda politik. Kalau kau nak tahu, bukan sekadar agama hindu je di hina, agama islam pun di hina juga. Kalau tak, takkan orang islam sendiri nak letak gambar khinzir kat atas kaabah tu. Orang yang tak suka je akan letak. Betul tak?

Yang pasal agenda politik ni, hampir semua perkara yang diucapkan oleh orang yang tak sependapat atau sehaluan dengan kita akan kita kata ada agenda politik. Contoh orang ni cakap pasal melayu je, ada agenda politik, orang tu cakap pasal islam sikit je ada agenda politik, orang ni bagi tazkirah pun kata ada agenda politik, orang ni cakap nak selamatkan bangsa sendiri pun ada agenda politik dan macam-macam la.

Ni masalah utama pemikiran yang ada pada masyarakat Malaysia sekarang, semua perkara nak dilihat dari political view.

B : (terdiam..)


-------

Okay cukup aku quote perbualan mereka sampai situ. Aku memang bersetuju apa yang kawan aku (A) cakap. Hampir semua masyarakat Malaysia kalau boleh nak pandang suatu isu itu melalui political view first. Then baru pandang dari sudut lain selepas puas mencaci maki, kutuk, mengumpat dan lain-lain. Silap-silap orang tengah makan pun dikatakan ada agenda politik (apa ke bengongnya..).

Semalam aku pergi satu ceramah, ustaz tu bercerita tentang cinta. apa yang menarik aku nak ambik, dia kata lebih kurang cinta ni indah, suci. Zaman nabi s.a.w dulu, kalau lelaki dengan lelaki cakap sayang pun, tiada apa yang pelik kerana mereka sayang kerana Allah. Tapi hari ni, bila lelaki cakap suka atau rindu pada lelaki, terus dikatakan gay. Pemikiran orang hari ini tercemar sangat menyebabkan sesuatu perkara yang indah dan baik pada asalnya menjadi suatu perkara yang spesifik dan boleh kata tercemar.

Jadi macam politik, asalnya benda ni sangat baik. Yela, politik tu boleh kata pengurusan, pentadbiran dan sebagainya. Hatta dalam berorganisasi pun adalah politik. Tapi apa aku nak fokuskan adalah politik kepartian. Tapi disebabkan pemikiran yang tercemar (termasuk aku sekali..oh!) , semua perkara pada asalnya baik terus dipandang kotor.

Politik itu luas maksudnya. Macam mana nak berpolitik? Nanti aku “jemput” seorang penceramah terkemuka dalam dunia blog untuk “berceramah” dalam entry aku untuk akan datang (ntah bila la..woha!)

Jadi, sempena tahun baru hijrah ni, aku menyuruh diri aku untuk memperbaiki kefahaman aku tentang islam, tentang isu semasa dan macam-macam. Paling penting sekali PERBAIKI AKHLAK. Itu yang sangat penting. Kalau muka hensem atau cantik, tapi perangai macam hampeh tak guna jugak.
Akhir sekali, kalau nak pandang sesuatu perkara tu, pandanglah dengan pandangan islam dulu dan bersangka baik.

Nabi s.a.w. ada bersabda yang maksudnya ; “jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta” (HR. Muttafaqun alaihi)

Akhir sekali (ada lagi pulak..) ada kata-kata yang menarik aku nak bagi untuk diri aku yang perasan bagus ni,
Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah

Sekian..


p/s :
1. Selamat tahun baru hijrah :)
2. bersangka baiklah sebelum kau jadi mayat :)

Friday 18 November 2011

Aku dengan MLM..??

(Ada kawan aku pernah tanya aku pasal hukum MLM. Aku cakap rujuk ustaz. Sebab aku bukan ustaz. Tapi dia nak tahu apa pendapat aku, so ni pendapat aku….)

Soalan kawan aku (macam ni lebih kurang) :

Salam shuk..kau pernah dengar MLM kan? Aku rasa mesti kau pernah tau kan. Apa hukum MLM ni ek? Dan apa pendapat kau tentang MLM nie??

Jawapan aku :

Salam.. Em.. aku dengar cerita MLM ni guna sistem pyramid kan? Dan dia tak sama macam skim cepat kaya, cuma boleh kata senang jana keuntungan dan kerja dia senang je, tak susah mana pun.
Ok, hukum MLM aku tak tau. Kau rujuk ustaz, ulama’ berdekatan. Aku bukan ustaz. Tapi kalau kau tanya pendapat aku, macam ni.

Dulu zaman Firaun, ada bina pyramid. Tapi sayang Firaun masuk neraka.
Dan yang aku tau la, manusia yang pernah kaya dan paling kaya kat dunia ni Qarun. Tapi sayang, Qarun jugak masuk neraka.
Dengan erti kata lain, dua-dua masuk neraka.

Dah itu je pendapat aku.

Sekian.

p/s : untuk keterangan lanjut yang lebih hebat dan “meletup”, boleh la refer di http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html atau http://aididmuaddib.blogspot.com/

Wednesday 16 November 2011

Korban tu apa..??

(nota yang dah lama terbuku dalam kepala aku sejak minggu lepas, dan aku menterjemahkan dalam nota agama untuk diri aku..)



Masa raya haji hari tu, tempat aku ramai orang buat korban termasuk sekali dengan keluarga aku. Tapi aku tertanya-tanya, apa tu korban..?

A.   Sembelih lembu?
B.   Sembelih kambing?
C.   Sembelih unta?
D.  Sembelih itik atau angsa?
E.   Sembelih kerbau?
F.   Sembelih ayam?
G.  Sembelih orang?
H.  Bertindik?
I.     Berkhatan?
J.   Atau ambik bahagian korban lembu yang orang bagi?

Atau menanyi lagu P Ramlee ;

          Berkorban apa saja,
          Harta ataupun nyawa,
          Itulah kasih mesra,
          Sejati dan mulia…..

Arghh..apa aku merepek ni. Hah! Adakah semua ni dah cukup menunjukkan kita dah berkorban untuk agama?

Aku teringat kisah nabi Ibrahim a.s..

Masa baginda remaja dulu, ayah baginda jual patung berhala dan selalu suruh baginda jual patung-patung tu. Tapi sebab Allah nak lindungi baginda, Allah bagi dia tak bersemangat nak jual patung tu malah dia ejek lagi patung-patung tu pada pembeli dengan dia cakap : “siapa yang nak beli patung-patung tak berguna ni?”
Bersungguhnya baginda nak cari kebenaran ni, waktu malam je, masa nampak bintang bersinar-sinar, baginda akan kata “inikah tuhanku?”, lepas tu bila bintang tu hilang, dia kata “aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”.
Begitu jugak masa waktu siang, bila nampak matahari, dia akan kata “inikah tuhanku?” lepas hilang je, dia kata “wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan”.
Begitu taksub baginda dengan tuhan..
Sehinggalah Allah mewahyukan kepada baginda tetang Zat yang sebenar iaitu “Akulah Allah tuhan sekelian alam.”
Baginda sangat suka dan gembira, maka baginda bertekad dan anggap Allah sebagai kekasihnya. Dan Allah melantiknya sebagai “khililullah” (sahabat Allah).

Kita pendekkan cerita, Nabi Ibrahim a.s ni ditakdirkan takde anak sampai la umur 80 tahun barulah Allah kurniakan anak. Punya gembira baginda yang memang tak sangka baginda akan dapat anak. Maklumlah, kalau korang berhajat nak dapat sebiji motor, sampai la korang dah habis belajar, tiba-tiba orang bagi korang motor sebiji free pulak tu, mesti la gembira tahap gaban punya. Dah sambung balik cerita aku tadi,
Kemudian Allah uji baginda dengan meninggalkan anak dan isteri kat padang pasir selama 7 tahun.


----

7 tahun kemudian..

Baginda pulang dengan dalam hati ada taman, ye la dah 7 tahun tak jumpa, mesti anak dah besar, boleh main kejar2. Kalau zaman sekarang, anak dah darjah 1 kot. Tapi Allah nak uji baginda untuk buktikan iman dan cintanya serta pengorbanannya pada Allah, di suruh lagi keluar selama 3 tahun. Siti hajar menangis dan membasuh kaki suami tercinta dengan air zam-zam dan cakap (lebih kurang) : “Allah yang sama jaga abang dalam api, Allah yang sama juga jaga saya dan anak abang, pergilah abang, bila ini perintah Allah maka jangalah bimbang, sebab ALLAH BERSAMA KITA, ALLAH TAK KAN SIA-SIAKAN KITA..

----

3 tahun kemudian..


Baginda pulang dengan hati yang rindu sangat kat anak dia, yang masa tu dah pandai cakap, boleh lah baginda ajar macam-macam. Tapi Allah nak uji lagi nabi Ibrahim a.s untuk buktikan cinta baginda kepada Allah melebihi segala-galanya dengan mengorbankan anaknya iaitu sembelih hidup-hidup..

NABI IBRAHIM A.S DIPERINTAH BUKAN UNTUK SEMBELIH SEEKOR HAIWAN,
TAPI DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA.

MANUSIA ITU BUKANLAH MANUSIA YANG TIADA KAITAN DENGAN BAGINDA,
TAPI MANUSIA ITU ADALAH ANAK BAGINDA YANG BAGINDA NAK SANGAT JUMPA..

DAN BAGINDA MELAKUKANNYA..

Baginda buat sungguh-sungguh. Anak baginda, nabi ismail a.s siap cakap macam ni yang maksudnya lebih kurang macam ni,

Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu , agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya.”

Tapi Allah tarik sifat pemotong pada pisau tu, baginda dah mula risau. Kemudian baginda asah lagi pisau tu dan sembelih lagi, tapi anak baginda tak cedera sikit pun. Baginda buat ulang-ulang sampai la wahyu Allah dengan firmannya yang bermaksud :” Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah Kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikan.”

Maka sebagai hadiah Allah hadiahkan seekor kibas dari langit.

Jadi.. tak sama MENGHAYATI PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S dengan MENGHAYATI HADIAH PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S. (aku tak kata salah langsung pun nak sembelih lembu masa raya korban, sunnah tu!)

Cuma aku tertanya la, pernah tak kita “sembelih” perasaan cinta kita pada dunia demi kerana Allah?

Ramai orang datang solat sunat aidiladha, sampai melimpah ruah ke jalan raya. Tapi bila waktu solat fardhu, masjid atau surau lengang je. Siap boleh main lari-lari lagi (aku tak ajar!)

Pesanan aku untuk diri aku yang selalu “terkorban” dengan dunia,


Korbankanlah masa ber “facebook” sekejap dan datanglah pada Allah.

Korbankanlah masa tengok cerita korea sekejap dan datanglah pada Allah.

Korbankanlah waktu rehat atau gap antara kelas/kuliah dan datanglah pada Allah..
Korbankanlah waktu cuti mid semester atau cuti semester kejap dan datanglah pada Allah..

Korbankanlah masa makan, tidur, tandas, tengok movie, hobi sekejap dan datanglah pada Allah..

Korbankanlah masa lapang sekejap dan datanglah pada Allah..


Termasuklah aku sekali yang banyak kali ter”korban” dengan dunia..
Oh! Oh!! OH!!! :’(


P/S: berkorbanlah sebelum terkorban atau jadi mayat