وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. (QS 51:55)
Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts
Monday, 30 June 2014
Ahlan Wa Sahlan Ramadhan
Hmm.. Maaf bulan ini dan bulan lepas saya ada masalah dalam menghupdate belog (gaya inche gabanna). InsyaAllah akan terus mengupdate dengan kerap bermula bulan 7 atau 8.
Doakan saya dapat menyelesaikan urusan saya yang penuh berselirat.
By the way, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada pelancong blog Biskut Mayat.
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.
Ramadhan Kareem. :)
Moga Allah redha.
p/s : Jangan curi minum air kat bilik air naa...
Sunday, 18 May 2014
Saya, Falsafah dan As Soff
Sejujurnya, sebelum
ini saya agak ‘anti’ dengan falsafah. Kerana pada saya falsafah ini memeningkan
dan tidak berapa penting.
Tetapi selepas
perbincangan kami dengan Ustaz Suhail di Telegram malam tadi, falsafah ini
suatu ilmu yang tidak boleh diabaikan begitu saja. Ilmu falsafah sangat penting
dalam pembentukan sesuatu tamadun.
Ustaz Suhail memberitahu
garis panduan dalam mempelajari falsafah. Saya kongsikan kepada anda
perbincangan kami semua malam tadi.
Moga ada manfaat. :)
---
“Untuk ilmu falsafah
dan beberapa kitab turath asas falsafah, nak kuasai kena kuasai 2 konsep
kerangka dulu ;
1. Kulliyatul khams
2. Jame wa mana' ( جامع ومانع )
Kemudian aplikasi asas
seperti tanaqudh, akas, qias dan lain-lain. Ada 8 minimum. Ini mukaddimah iaitu
ilmu mantiq.
Selepas tu baru boleh
cuba kuasai falsafah yang merupakan cabang aplikasi ilmu mantiq. Ghayah ilmu
mantiq - litahsiin azzihni, menyusun dan menyucikan pemikiran.
Bila diaplikasi dalam
falsafah, maka dekat situ peranan ilmu mantiq menjadi tajarrud dengan setiap
falsafah.
Sebab itu Al Banna
tulis fikrah dengan ilmu mantiq yang tinggi supaya tajarrud dan jelas border
aplikasi fikrah ikhwan. Falsafah nak simpulkan adalah aplikasi mantiq dalam
menyusun kehidupan.
Di bawah apa-apa
konsep, mantiq ajar kita susun, falsafah ajar susun ikut kerangka sesuatu
perkara.
Dan tentang part
ikhwah tak faham (falsafah), ana tak risau sebab itu salah satu tujuan
penulisan iaitu biar org tak faham. Maka yang tak faham akan tahu bahawa diri
jahil.
Mengetahui diri jahil
adalah separuh ilmu.
Dari mana nak mula?
Mula dengan baca dan
berguru. Nak baca apa tu topik lain. Nak tengok ikhwah kena mulakan dengan
"beginners mind". Satu konsep dalam zen yang disebut oleh Yoda
sebagai,
"You must unlearn
what you have learn" (Yoda - star wars).
Tetapi bagi ana, semua
perkara ni, kalau perkara paling asas iaitu fikrah Al Banna, tulisan Syed Qutb
kita double standard dan minta mas'ul terangkan, tak payah belajar benda lain.
Ana setuju ikhwah kena
pulun buku lain, tetapi jangan jadikan alasan tak kuasai buku fikrah. Kuasai
dua-dua.
Mutiara malam ini:
1. Banyakkan membaca
dgn keutamaan kitab fikrah dan tarbawi
2. Amalkan ilmu yg
bermanfaat dari bacaan
Ikhwah jangan lupa
selalu tadabbur surah as-sof. Terutamanya ayat 2-3. By the way, ada 4 unsur yang
disebut dengan jelas Syed Qutb dalam surah Soff yang menguatkan Sof kita :
1. Kekuatan iman
tunjang dan paksi pada kekukuhan saf.
2. Buat apa yang kita
cakap/cadangkan.
3. Bergerak dalam sof
yang tersusun.
4. Kukuhkan saf yang
terbina
Kesimpulan, jika kita
ada team yang kuat iman, semua yang dicakap dan rancang dia buat, selalu
tersusun dan kuatkan ukhuwwah, insyaAllah kan jadi team terkuat.”
---
Moga Allah redha.
- Shukery -
Thursday, 17 April 2014
Karpal Singh Macam Abu Jahal?
Malam tadi kita digemparkan dengan
kematian Karpal Singh, ahli parlimen Bukit Gelugor kerana terlibat dalam sebuah
kemalangan maut di Perak.
Maka hari ini penuh kicauan di twitter
dan status di facebook serta terpampang di dada akhbar mengenai kematian
mendiang. Dalam suasana sebegini, ada sebahagian Muslim yang menyatakan
kematian Karpal Singh seperti Abu Jahal atau Abu Lahab, atau sebahagian lagi
yang menyatakan kematiannya seperti Abu Talib.
Kemudian ada juga Muslim yang mengajak
untuk menyedekahkan al Fatihah atau menyatakan Rest In Peace kepada beliau.
Garu kepala.
Sudah
Sudahlah….
Beginilah, artikel saya kali ini tak
mahu sentuh pasal apa hukum menyedekahkan al Fatihah atau menyebut Rest In
Peace kepada mayat Non Muslim. Sebab dah ada dalam majlis fatwa, boleh rujuk di
sana.
Saya juga tak berminat untuk komen
atau bidas orang yang menyatakan mendiang seperti Abu Talib. Jauh sangat
terlajak kias tu.
Sekarang yang agak popular apabila
orang menyamakan mendiang dengan Abu Lahab atau Abu Jahal.
Samakah?
Beginilah.
Ini pendapat saya secara peribadi, dan
tak bersangkut paut dengan orang lain.
Abu Lahab dan Abu Jahal adalah manusia
yang hidup sezaman dengan Rasulullah sallahu alyhi wasallam serta para sahabat
radiyallahu anhum ajmain.
Mereka berdua adalah penentang hebat
kepada Rasulullah dan para sahabat.
Maka kejahatan mereka adalah hampir
setara dengan kebaikan Islam ketika itu. Namun Allah telah memenangkan Islam di
atas segalanya, maka kejahatan ketika itu lenyap.
Dan selepas kita memasuki zaman 2014
hari ini, saya yakin tidak ada seorang pun yang berani “claim” seseorang itu
baik atau hebatnya seperti Sahabat Rasulullah. Sebab apa?
Sebab kita tahu Muslim hari ini tak
setara atau tak setanding langsung kebaikkannya dengan kebaikan para Sahabat
dulu.
Benar?
Jadi sepatutnyalah, kita pun TAK
PERLULAH untuk “claim” seseorang itu jahat seperti Abu Jahal atau Abu Lahab.
Kerana kejahatan sebahagian non Muslim
hari ini kebanyakkanya (terutama di Malaysia) tidak setara atau tidak setanding
langsung kejahatan Abu Lahab dan Abu Jahal.
Sehingga Allah masukkan nama Abu Lahab
dalam al Quran. Maksudnya dia benar-benar jahat sungguh.
Jadi nak bandingkan mendiang Karpal
dengan siapa?
Pada saya, tak perlulah banding dengan
sesiapa. Cukuplah kita ucapkan takziah kepadanya.
Kalau kita benar-benar benci padanya,
dia sudah tiada.
Kalau kita benar-benar sayang padanya
pun, dia sudah tiada juga.
Mendiang sudah mati bertemu dengan
Tuhannya, Tuhan saya dan Tuhan pembaca sekalian, iaitu Allah Azza Wa Jalla.
Sekarang sudah masuk urusan mendiang
dengan Allah. Bukan urusan kita sebagai manusia.
Janganlah
Berpecah Lagi.
Hentikanlah perpecahan umat Islam yang
sudah sedia pecah.
Sudah-sudahlah bergaduh.
Islam tidak menang dengan kematian
musuh Islam, tetapi Islam menang apabila umat Islam memenuhi kriteria yang
ditetapkan oleh Allah untuk mendapat kemenangan.
Antaranya adalah berasa mulia (‘izzah)
dengan Islam.
Alangkah anehnya negeri ku ini.
Kita berpecah pada tempat yang tak
sepatutnya berpecah.
Kita berbalah pada tempat yang tak
sepatutnya kita berbalah.
Barulah saya memahami sedikit
bagaimana Khilafah Abbasiyah yang hebat boleh tersungkur..
Bagaimana Khilafah Turki Uthmaniyyah
yang gah boleh terkubur..
Dan bagaimana Empayar Melayu Melaka
yang makmur boleh berterabur..
Bukan semata-mata hanya musuh dalam
selimut atau musuh luar..
Tetapi kesatuan Islam yang hancur
lebur…
Nangis.
Moga Allah redha.
p/s : Saya ucapkan takziah kepada
keluarga mendiang Karpal Singh.
ini cuma dua ploh sen dari saya.
ini cuma dua ploh sen dari saya.
Monday, 31 March 2014
Kisah Disebalik Bulan Mac. Tahukah Anda?
“Tidak
mahu ku ingat lagi…
Apa
yang telah terjadi…
Tragedi
Oktober..”
(tarik nafas)
Pernah dengan lagu ni? Ini lagu masa
saya zaman sekolah dulu. Sangat popular dalam kalangan kami. Tajuknya Tragedi
Oktober.
Tapi bila saya dah besar matang ni
(ehem ehem), saya dah lupa lagu ni. Liriknya pun saya dah lupa, hanya ingat
tajuk saja.
Hari ini hari terakhir untuk bulan Mac
bagi tahun 2014. Maksudnya kita sudah melepasi ¼ tahun 2014.
Dan pada bulan Mac ni, ada macam-macam
peristiwa berlaku. Saya tak nak sebut satu persatu secara detail dan
kesemuanya, kerana saya bukan tahu kesemuanya.
Saya cuma sebutkan beberapa kisah dalam
bulan Mac yang melanda dunia Islam agar kita semua duduk berfikir dan
bermuhasarawak.
Di mana dan apa peranan kita?
Tunduk muka.
Tahukah
anda?
Pada 17 Mac 624 (anggaran) bersamaan
17 Ramadhan tahun kedua Hijrah, perang pertama dalam dunia Islam yang telah
memberi tamparan hebat kepada musuh-musuh Islam telah meletus iaitu perang
Badar. Peperangan ini diriwayatkan disertai oleh 313 kaum Muslimin dan 1000
kaum Musyrikin dan akhirnya kemenangan berpihak kepada kaum Muslimin.
Peperangan ini menunjukkan bahawa angka bukanlah penentu kemenangan, tetapi
keimanan dan pertolongan dari Allah adalah sebenar-benar penolong.
Senyum
Pada 26 Mac 625 bersamaan 7 Syawal
tahun ketiga Hijrah, perang kedua dalam dunia Islam sekali lagi meletus iaitu
perang Uhud. Kisah perang Uhud ini banyak memberi pengajaran kepada umat Islam
antaranya adalah patuh kepada arahan pimpinan dan jangan buat ‘kepala’ sendiri.
Dalam peperangan ini, bapa saudara Rasulullah sallahu alayhi wasallam, Saidina
Hamzah telah syahid.
Pada 30 Mac 1432, lahirnya seorang
perwira, panglima dan juga sebaik-baik raja yang telah membuka kota yang telah
dijanjikan oleh Rasulullah iaitu kota Konstantinople. Beliau ialah Sultan
Muhammad Al Fateh. Kelahirannya memberi sinar harapan kepada dunia Islam untuk
terus meninggikan kalimah Allah ke tempat yang paling tinggi. Senyum.
Pada 3 Mac 1924, bermulalah gerhana
untuk Dunia Islam apabila secara rasminya Khilafah Islam di Turki diruntuhkan
atau dibubarkan oleh musuh-musuh Islam, antaranya adalah Mustafa Kamal At
Tarturk. Maka menangislah seluruh bumi dan langit akan pengkhianatan terbesar
dalam dunia Islam oleh orang Islam sendiri. Musuh-musuh Islam yang berada di
luar tersenyum girang sambil makan pop corn dan air coke!
Pada 22 Mac
2004, Syeikh Ahmad Yassin telah syahid apabila di bedil oleh 3 peluru berpandu
dari helikopter Apache. Beliau adalah seorang murabbi yang tua umurnya namun
muda jiwanya dan osem perjuangannya merupakan Simbolik 'Perjuangan Jihad' di
Tanah Palestin dan sumber ketakutan pada jiwa Yahudi dan Nasrani.
Pada 22 Mac 2013 pula, peristiwa pembunuhan Syeikh Said Ramadhan Al-Buti oleh pihak tidak bertanggungjawab (disyaki geng geng Basyar Assad) dalam konflik perang Syria. Beliau merupakan seorang ulama' Syria yang telah memberi banyak sumbangan dalam dunia keilmuan Islam dan antara kitab yang dikarang dan memberi sumbangan besar pada dunia Islam adalah Fiqh Sirah.
Pada 17 Mac 2013, seorang murabbiah dan ibu kepada anak yang di infaqkkan kepada Allah, Ummu Nidhal, telah meninaggal dunia. Beliau telah menjadi simbolik kepada “Perjuangan Muslimah” di Tanah Palestin dan menjadi contoh terbaik dalam mendidik anak-anaknya.
Pada 22 Mac 2013 pula, peristiwa pembunuhan Syeikh Said Ramadhan Al-Buti oleh pihak tidak bertanggungjawab (disyaki geng geng Basyar Assad) dalam konflik perang Syria. Beliau merupakan seorang ulama' Syria yang telah memberi banyak sumbangan dalam dunia keilmuan Islam dan antara kitab yang dikarang dan memberi sumbangan besar pada dunia Islam adalah Fiqh Sirah.
Pada 17 Mac 2013, seorang murabbiah dan ibu kepada anak yang di infaqkkan kepada Allah, Ummu Nidhal, telah meninaggal dunia. Beliau telah menjadi simbolik kepada “Perjuangan Muslimah” di Tanah Palestin dan menjadi contoh terbaik dalam mendidik anak-anaknya.
Sila
kagum dari jauh.
Pada 8
Mac 2014, sebuah pesawat MH370 milik syarikat penerbangan Malaysia Airlines
(MAS) telah hilang dari radar dan sehingga kini masih tidak dijumpai (ketika
artikel ini ditulis). Kehilangannya menimbulkan pelbagai spekulasi dan misteri
antaranya dihijack, terhempas, bahkan ada yang kata disorok jin!
Beberapa
selepas itu, sekumpulan bomoh vip 1 Malaysia (yang telah memalukan Malaysia)
telah muncul bagi memberi sumbangannya sama.
Kesat
peluh.
Pada 15
Mac 2014, 5 orang maut dan 4 lagi kritikal kerana overdose dadah semasa berada
di konsert MFA yang berlangsung di Bukit Jalil. Saya tak mahu komen banyak,
sebab dah ramai komen. Yang saya mampu hanya istighfar dan tunduk kepala serta
bertanyakan pada diri,
“Shuk,
kau main-main dalam dakwah ni..”
Menangis.
Dan tahukah anda,
Pada 31 Mac 2014, artikel ini telah ditulis?
Eh?
Dan tahukah anda,
Pada 31 Mac 2014, artikel ini telah ditulis?
Eh?
Dan Mana Peranan Kita?
Sebenarnya
banyak lagi peristiwa suka dan duka yang berlaku pada bulan Mac ketika dalam
lipatan sejarah dunia Islam. Tinggal lagi kita tahu dan tak tahu saja.
Bukan
saja untuk bulan Mac, malah untuk bulan-bulan yang lain.
Namun
yang paling pentingnya bukan pada bulan dan tahun bila kisah itu berlaku, atau
di mana sejarah itu berlangsung.
Tetapi
apa yang paling penting adalah,
Di mana
peranan kita sebagai seorang Muslim untuk meninggikan kalimah Allah?
Nyorok
bawah meja.
Moga Allah redha.
Shukery.
Tuesday, 4 March 2014
‘Niqabis’ Dan Muslimah Yang Tertipu
Pada suatu hari..
Di tempat yang berbeza namun pada
waktu yang sama..
Seorang ‘Niqabis’ dan seorang Muslimah
bertudung labuh (tidak berpudah) mengambil gambar masing-masing dalam gaya
selfie. Kalau nak nampak kelainan sikit, ambil gambar dari posisi lain tapi tidak mengadap kamera.Namun mereka berdua tidak mengenali antara satu sama lain.
Tetapi mereka mempunyai keinginan dan
hasrat yang sama..
Upload gambar selfie dalam facebook
mereka berdua.
Niat mereka berdua juga sama. Ingin ‘berdakwah’
kepada kawan FB mereka yang tidak menutup aurat supaya tergerak hati untuk
menutup aurat. Namun mereka tersilap langkah dan cara.
Selepas upload dalam FB, mereka pun
terus membuat profile picture.
Tidak lama kemudian, muncul sang buaya
berwajah ala-ala ostad atau sang buaya yang berwajah bukan ostad pun, dalam
ruangan komen mereka berdua.
Apa yang sang boya ini komenkan?
“Subhanallah! Cantiknya ciptaan
Allah..”
“Wanita adalah seindah perhiasan
dunia. Teruskan istiqamah wahai mujahidah.”
“Wah, sejuk perut ibu mengandung.
Boleh masuk meminang ni. HEHE.”
Dan lain-lain komen (anda letaklah
sendiri apa yang anda rasa nak letak).
Tidak lama kemudian, si niqabis dan
muslimah ini pun membaca komen-komen sang boya ini. Lalu mereka tersipu-sipu malu
(konon). Lantas membalas di ruangan komen ;
“Thanks.. :) “
Akhirnya tertipulah seorang Niqabis
dan Muslimah ini di alam maya.
Strategi sang boya itu tidak berhenti
setakat di situ. Lalu di PM inbox tersebut dengan mesej,
“Selamat berkenalan.. :) “
Kalau yang tahu bahasa arab ciput,
akan inbox ;
“Salam ukhuwwah fillah. :) “
Dalam riwayat lain, ada tambahan, “abadan
abada.. :) “
Jatuh kerusi.
Salah
Siapa?
Pernah jumpa situasi-situasi di atas?
Mesti pernah punya. Melainkan anda tidak ada facebook.
Aku kepilkan sekali ‘bukti’ yang telah
di sensor agar aku tak cakap berdasarkan imiginasi, tetapi berdasarkan realiti.
Realiti yang menakutkan.
Sebenarnya perkara ni dah banyak
dibincangkan di status facebook, group-group, halaqah, usrah, seminar, blog
(eh?), dan apa-apa jualah. Banyak kali bincang.
Tetapi makin meningkat pula peratusan
isu ini berlaku. Walaupun tidak semua golongan ‘niqabis’ dan muslimah tudung
labuh buat perkara di atas, tetapi sangat ramai yang berbuat demikian.
Sebelum tu, aku minta maaf atas
beberapa perkara sebelum aku meneruskan penulisan. Pertama, aku minta maaf
sebab guna kata ganti diri “Aku”. Sebab aku tak mahu guna ayat ‘lembut’ dan
ganti diri lembut. Perkara ni kena bertegas, kalau tidak ia akan jadi fitnah
akhbar yang melanda kaum Muslimin.
Yang kedua, aku minta maaf jika
istilah “niqabis” dan “Muslimah tudung labuh” tidak menyenangkan para pembaca. Aku
takde istilah lain untuk menggambarkan mereka. Ini saja istilah yang muncul
dalam minda aku. Maaf ya.
Yang ketiga, tulisan aku kali ini agak
keras, sama seperti tulisan aku dua tahun lepas. Sebabnya seperti yang pertama
tadi.
Yang keempat, maaf kalau anda dah
bosan baca isu ini. Boleh tekan button “X”.
Peluh kecil.
Okay, berbalik semula kepada
perbincangan. Persoalannya, salah siapa sebenarnya? Salah kaum hawa itu? Atau kaum
Adam?
Jawapan aku, salah dua-dua.
Yang pertama salah lelaki sebab anda tak
menundukkan pandangan anda.
Err.. To be precise, sebenarnya bukan
anda, tetapi KITA. Ya, termasuk aku sekali sebab aku lelaki. Bukan makhluk dua
alam.
Peluh kecil.
Allah berfirman ;
“Katakanlah
(wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat
(menjaga) pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah
Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”
“Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat (menjaga)
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan
mereka; …..”
(Surah An
Nur 24 : 30-31)
Maaf aku
tak nyatakan habis ayat yang ke 31 tu secara habis, sebab ayat yang seterusnya
khas untuk kaum Hawa.
Sekali
lagi aku ulang, KHAS untuk kaum hawa.
Persoalan
timbul di sini, perasan atau tidak kenapa Allah tegur sebut “Orang Lelaki”
dahulu?
Sebenarnya
perkara ini ada perbahasan ulama’. Aku tak ingat siapa dan kitab apa. Nanti
boleh rujuk semula. Kalau aku salah, tolong betulkan.
Tetapi
apa yang disampaikan dalam perbahasan itu, antara sebab berlakunya penzinaan
dimulai dengan lelaki. Dan perempuan sekali.
Lelaki
sukar menjaga pandangan. Allah tahu sifat hamba-Nya, dan antara sifat lelaki
ini adalah matanya LIAR.
Jatuh
kerusi.
Tak perlu
nak kaver macho dan innocent lagi brader. Akui saja, memang ini sifat lelaki.
Pantang nampak dahi licin, naik tocang.
Sebab itu
Allah menyebut lelaki TERLEBIH DAHULU untuk menundukkan pandangannya sebelum
perempuan. Got it?
Tetapi
inilah perkara yang paling sukar dilakukan oleh kita. Susah sangat. Tetapi
kalau berjaya buat, rasa gembira sangat. Kan?
Sebab aku
hari-hari melaluinya.
Tunduk
muka.
Yang kedua
adalah salah perempuan. Sebab perempuan antara pemula kepada zina.
Dengan
erti kata lain, perempuan boleh menyebabkan lelaki tak tunduk pandangan.
Bayangkan
seorang perempuan, pakai seksi tahap dewi, gelang kaki berbunyi, kasut tinggi,
rambut beralun ditiup bayu, jalan macam model dunia, lalu depan sekumpulan
lelaki.
Dan anda
perempuan, beranggapan lelaki tidak akan pandang perempuan seksi itu?
Hello.
Hanya
lelaki yang beriman di akhir zaman dan berpegang pada ayat Allah seperti di
atas saja yang tak akan pandang.
Tetapi at
the first place, mesti akan pandang. Imam muda ke, tok imam ke mesti akan jem
punya.
Mungkin
itu hikmah Allah beri keringanan bahawa pandangan pertama boleh, pandangan
kedua di haramkan. Kalaulah pandangan pertama sudah haram, mau berdosalah kami
sebagai lelaki hari-hari.
Err..
Untuk lelaki janganlah bayangkan perempuan seksi tu. Takut berdosa pula. Aku
cakap pada perempuan sekarang ini.
Peluh besar.
Ada satu
lagi perbahasan,
"Dan
pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu
balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan, dan hukuman contoh daripada
Allah; Allah Perkasa, Bijaksana."
(Surah Al-Maidah
5 : 38)
"Perempuan dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang daripada mereka 100 rotan dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya kerana ini akan mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan sekumpulan daripada orang yang beriman."
"Perempuan dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang daripada mereka 100 rotan dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya kerana ini akan mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan sekumpulan daripada orang yang beriman."
(Surah An-Nur 24 : 2)
Tentang dua ayat di atas turut ada
perbahasan dalam kitab yang aku dah lupa juga.
Tepuk dahi.
Ulama’ dulu bahaskan kenapa Allah
guna perkataan lelaki dulu untuk hukum potong tangan kerana mencuri, tetapi
untuk hukum berzina Allah dahulukan perkataan perempuan.
Ada yang berpendapat Allah
dahulukan perkataan perempuan untuk hukum berzina kerana kebiasaannya punca penzinaan
bermula dari perempuan. Manakala mencuri ini biasanya lelaki yang suka mencuri.
Jarang dengar rompakan bank dilakukan
oleh sekumpulan perempuan.
Peluh kecil.
Tetapi biasa dengar dan nampak
sekumpulan, malah segerombolan perempuan memakai seksi-seksa di khalyak ramai.
Dan pelacur juga dari kalangan perempuan. Ada ke pelacur dari lelaki?
Abaikan pondan dan mak nyah, sebab
mereka mahu jadi perempuan.
Nasihat
Tulus Mulus Suci Kudus Dari Seorang Lelaki
Aku rasa perbahasan di atas tadi
tu lebih merujuk kepada isu berzina. Anda tak rasa begitu? Hehe. Kan dah ke
laut.
Tetapi perbahasan itu tetap boleh
dikaitkan dengan apa yang artikel kali ini nak sampaikan.
Sebelum aku menutup nota untuk
kali ini, aku ingin beri sepotong dua potong nasihat khas untuk perempuan dari
aku, mewakili lelaki-lelaki sejati yang ingin menjadi lelaki beriman akhir
zaman.
Sudah-sudahlah selfie di facebook
tu.
Jujur aku cakap, kadang-kadang
keluar gambar anda di “suggested friend’ sebelah kolom kanan facebook tu.
Banyak kali aku cuba jaga
pandangan dan buat tak tahu saja, tetapi kadang-kadang tertekan juga suggested
friend tu.
Sebab gambar niqabis atau muslimah
tudung labuh itu sedikit menarik perhatian aku.
Bukan sedikit, banyak sebenarnya.
Mujurlah hari itu ada seseorang
telah tegur dan nasihatkan aku. Lantas aku berazam dengan setinggi azam untuk
refresh page supaya hilanglah suggested friend dan diganti dengan suggested
group dan iklan sponsored.
Itu lebih baik daripada aku
terkesima melihat keayuan mata niqabis dan keanggunan gaya muslimah tudung
labuh.
Jatuh kerusi. Bengkak dah kepala.
Solusi
Jadi lepas panjang-panjang yang
aku tulis ini, apa solusi dan langkah yang boleh dilakukan?
Err.. Fikirlah sendiri. Dah
besarkan.
Woha!
Moga Allah redha.
p/s: Tukarlah profile picture. Tak
payah letak gambar anda. Keselamatan terjamin, pandangan lelaki pun sejahtera.
Jangan sampai tertipu lagi sudah.
Aman tanpa perang.
Sunday, 16 February 2014
Cinta, Nikah dan Keluarga
Sepanjang saya membaca buku-buku pasal pernikahan dan
cinta (termasuk artikel, nasihat para syuyukh dan membaca persekitaran), apa
yang ‘melanda’ pada diri saya BUKAN berkobar-kobar atau teruja untuk berkahwin
muda dan seumpamanya..
Tetapi apa yang berlaku pada saya adalah KERISAUAN akan generasi saya, iaitu anak-anak saya akan datang..
Soleh dan solehahkah mereka? Bertaqwakah mereka?
Kerisauan makin bertambah bila melihat masyarakat di sekeliling.
Saya jumpa pelajar-pelajar sekolah
rendah yang mana pelajar tersebut dah tahu perkara-perkara dan isyarat lucah.
Pelajar sekolah menengah lebih advance, siap dah buat "experiment"
lagi. Malah ada segelintir pelajar aliran agama juga tidak
"ketinggalan" dengan arus kehancuran moral dan akhlak ni.
Malah lebih menyedihkan saya, pernah saya jumpa ada seorang ibu dan anak perempuannya keluar ke bandar yang mana ibunya menutup aurat dengan baik, tetapi sayangnya anaknya aurat terdedah, siap rambut perang lagi. Malah pernah terjumpa siap merokok (perempuan) sebelah mak dia. Bukan sekali dua saya jumpa, bahkan berkali-kali saya jumpa kes sebegini di banyak tempat.
Bukan hanya di bandar, malah di kampung juga turut berlaku.
Kerisauan terus menerus apabila membaca kisah Nabi Nuh alayhi salam. Begitu kasih dan cintanya Nabi Nuh pada anak dan isterinya, namun mereka menolak seruan baginda walaupun azab sudah di depan mata!
Akhirnya, saya dah semakin kurang "excited" untuk melihat dan membaca kisah-kisah menarik mengenai orang yang menikah muda (bukan bermaksud tak nak nikah), tapi saya lebih excited untuk tahu bagaimana sepasang ibu bapa itu diberi kekuatan dan ilham oleh Allah untuk mendidik anak-anak mereka sehingga mereka patuh dan taat pada Allah dan RasulNya. Malah menjadi bersedia untuk ‘menyediakan’ diri mereka untuk agama Allah.
Malah lebih menyedihkan saya, pernah saya jumpa ada seorang ibu dan anak perempuannya keluar ke bandar yang mana ibunya menutup aurat dengan baik, tetapi sayangnya anaknya aurat terdedah, siap rambut perang lagi. Malah pernah terjumpa siap merokok (perempuan) sebelah mak dia. Bukan sekali dua saya jumpa, bahkan berkali-kali saya jumpa kes sebegini di banyak tempat.
Bukan hanya di bandar, malah di kampung juga turut berlaku.
Kerisauan terus menerus apabila membaca kisah Nabi Nuh alayhi salam. Begitu kasih dan cintanya Nabi Nuh pada anak dan isterinya, namun mereka menolak seruan baginda walaupun azab sudah di depan mata!
Akhirnya, saya dah semakin kurang "excited" untuk melihat dan membaca kisah-kisah menarik mengenai orang yang menikah muda (bukan bermaksud tak nak nikah), tapi saya lebih excited untuk tahu bagaimana sepasang ibu bapa itu diberi kekuatan dan ilham oleh Allah untuk mendidik anak-anak mereka sehingga mereka patuh dan taat pada Allah dan RasulNya. Malah menjadi bersedia untuk ‘menyediakan’ diri mereka untuk agama Allah.
Adakah saya mampu mendidik anak-anak dan
cucu serta keturunan saya akan datang agar menjadi seorang Muslim yang faham
kenapa ia Muslim dan tanggungjawabnya sebagai Muslim?
Persoalan dan kerisuan yang saya masih
tiada jawapannya. Anda juga turut merasakannya?
Hasbunallah wa ni’mal wakeel.
Moga Allah pandu saya dan keluarga serta
keturunan saya ke arah kejayaan dunia dan akhirat.
Moga Allah Redha.
Saturday, 18 January 2014
Sesungguhnya Saya Ini Rasis
“Kau ni rasis!”
Biasa dengar perkataan
ini?
Fenomena pelik melabelkan
‘rasis’ ini yang saya perasan mula berlaku pada awal 2013 yang lepas, dan ia
menjadi-jadi semasa hampir Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) yang lepas.
Dan kesannya,
menyebabkan hampir kesemua orang melayu bila nak sebut perkataan “Melayu” itu
sendiri, takut digelar rasis, macai dan sebagainya. Dan fenomena ini mungkin
terjadi juga pada bangsa lain.
Kau Rasis
Dan fenomena pelik itu
bukan sekadar melanggar disekeliling saya, bahkan saya pun turut kena label
sekali. Saya dilabel rasis kerana saya membela Melayu.
Ya, membela bangsa
saya sendiri dikritik rasis. Oleh siapa?
Kalau oleh bangsa
lain, mungkin boleh buat tak endah lagi. Tetapi oleh bangsa sendiri. Oleh orang
Melayu sendiri. Bahkan oleh kawan saya sendiri.
Dan bukan saya seorang
saja yang begitu, bahkan semua sahabat-sahabat sefikrah dan seperjuangan saya
(baca : ikhwah dan akhwat) ramai dikritik rasis dan sebagainya.
Kemudian bila saya
tanya kepada pihak dan kawan saya yang melabel saya rasis ini APA ITU rasis,
mereka diam. Paling kuat pun, spin
sampai ke laut.
Facepalm
Sebenarnya apa itu
rasis?
Pertama kali saya
dengar perkataan rasis masa saya tahun 1 di UKM, masa tu belajar subjek Hubungan
etnik. Ada cerita mengenai ras, rasisme, dan macam-macam lagi.
Banyak tafsiran terhadap
rasis ini, dan kebanyakkannya diberi dengan konotasi negatif. Jadi saya malas
nak pusing-pusing, saya simpulkan bagi mudah faham.
Rasis ini adalah
apabila sesuatu bangsa itu merasakan bangsanya yang paling SUPERIOR atau paling
hebat ke atas bangsa lain, lalu bangsa tersebut menindas bangsa lain yang ada
disekelilingnya.
Ia seperti yang
berlaku pada orang kulit putih terhadap orang kulit hitam di eropah dan afrika
kalau saya tidak silap satu ketika dulu.
Bahkan ia adalah sifat
kaum Yahudi sendiri, yang merasakan bangsa yahudi adalah paling MULIA dan
SUPERIOR ke atas semua bangsa di dunia, dan merasakan semua bangsa di dunia ini
adalah goyim (binatang yang boleh
dibunuh – lebih kurang).
Dari definisi tu, satu
soalan timbul.
Adakah membela bangsa
sendiri yang makin hari makin ditindas dan diperbodohkan di bumi sendiri
digelar rasis?
Adakah membela dan
mempertahankan hak orang Melayu di bumi Melayu (baca : Malaysia) ini digelar
rasis?
“Eleh, kemon la
shukery. Ini bukan bumi melayu, ini bumi 1 malaysia. “
Eheh.
Suruh baca sejarah
Melayu dan Tanah Melayu, dikatakan sia-sia dan buang masa. Kemudian bila kami
membela bangsa KITA atas dasar kajian dan bacaan kami terhadap sejarah, kami
pula dikatakan rasis dan segala bagai. Sedangkan kami hanya nak mempertahankan
hak KITA bersama.
Orang Arab ada tanah
mereka sendiri, orang Eropah ada tanah mereka sendiri, orang Cina ada tanah
mereka sendiri, orang India ada tanah mereka sendiri, dan orang Melayu PUN ada
tanah mereka sendiri. Orang Melayu tuan rumah kepada tanah ini, dan berhak
untuk mentadbir dan membela tanah ini SELARAS dan SEJAJAR dengan tuntutan
SYARIAT Islam itu sendiri.
"Habis, macam mana dengan bangsa lain? Kesian mereka.."
Pulak dah. Saya membela bangsa Melayu, bukan "membuli" atau mengabaikan bangsa lain di Malaysia. Ibarat saya sayang keluarga saya, adakah bermaksud saya abaikan atau 'membuli' keluarga jiran-jiran saya?
Oh, penyakit apa yang
melanda pada bangsa aku ini?
Teringat saya akan
syair yang didendangkan Imam Syafie satu ketika dahulu apabila beliau dituduh secara
berterusan sebagai Rafidi hanya kerana beliau menyatakan beliau sayang kepada
ahli bayt (ahli keluarga Rasulullah sallahu alayhi wasallam).
إن كان رفضا حب آل محمد فليشهد الثقﻻن إني رافضي
“Jika
menjadi Rafidi, mereka yang sayang kepada keluarga Muhammad, maka bersaksilah
wahai manusia dan jin (al-thaqalan), sesungguhnya aku ini Rafidi.”
(Manaqib al-Shafie – al bayhaqi,
Tabaqat al-Shafie’yyah al-subki)
Oleh itu, jika saya
ingin membela bangsa Melayu agar kembali kepada Islam, mengamalkan Islam secara
syumul serta bangkit dan bersatu membela hak Melayu juga menegakkan kalimah dan
syiar agama Allah (Islam) di bumi Malaysia supaya ini setinggi-tingginya supaya menjadi syaukah memimpin ummat ini digelar
rasis, maka bersaksikanlah wahai pembaca blog saya dan sesiapa yang mengenali
saya, sesungguhnya saya ini Rasis.
![]() |
| Kalau ada masa dan kesempatan, cari dan baca buku ini. Sangat menarik. Jangan minta saya, sebab saya pinjam dengan pejabat ISMA pusat. Eheh. |
Hasbunallah wa ni’mal
wakil.
Moga Allah redha.
- Shukery –
p/s: Oh ya, bagi
mengelakkan salah faham, saya cakap begini saya BUKAN UMNO atau PERKASA ya.
Bahkan saya tak suka pada keduanya. Saya sayang bangsa Melayu, tapi bukan UMNO.
Subscribe to:
Posts (Atom)











