Saturday 14 April 2012

Bagaimana nak berubah..??

(Aku nak tanya, siapa yang tahu tarikh kematian diri sendiri..?)





“Aku nak berubah, tapi aku tunggu datang seru..”

“Ala..rilek la, masih muda lagi. Tunggu tua nanti baru taubat..”

 “Ala..enjoy-enjoy dulu.. lepas kahwin baru berubah..”

“Aku takde kekuatan la nak berubah..”

“Aku masih belum bersedia untuk berubah..”

“Iman aku masih lemah lagi..”

“Aku nak berubah..tapi takut nanti takde siapa nak kawan dengan aku..”

“Nak berubah? Skema la lu bro.. sekarang zaman moden la, apa barang nak jadi orang kampung..”

“Digi, masa untuk berubah.. woha!”



Biasa dengar irama ayat-ayat macam ni..?


Mungkin ramai yang di sekeliling kita nak berubah daripada yang buruk ke yang baik, dan yang baik nak ke lebih baik. Tapi macam-macam halangan setiap kali nak berubah atau berhijrah tu.

Aku akui, aku dulu pernah jugak terjebak lalu terbabas dalam dunia jahiliyyah. Macam mana ceritanya, tak perlu lah tahu.

Tapi Alhamdulillah, Allah tu maha Penyayang, Allah gerakkan sedikit hati aku untuk berubah. Ketika itu aku ada pilihan sama ada nak terus tetap berada dengan cara aku, atau terus berubah. Dan aku tekad untuk berubah sehinggalah jadi seperti aku hari ini.

Tapi sepanjang perjalanan tu, macam-macam perkara aku jumpa dan hadapi. Di pulau, di jauhkan, di kritik, di hina, di gelakkan, di “kampung”kan, dan macam-macam la. Tapi aku yakin, itulah ujian. Sebab Allah ada berfirman dalam Quran yang bermaksud,


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Surah Al-Ankabut : 2)


Dan sejak kebelakangan ni, aku nampak dengan kedua biji mata aku sendiri ramai sahabat-sahabat aku atau artis yang sebelum ni boleh dikatakan dalam lembah kejahilan, sekarang dah hebat dalam memberi tazkirah (peringatan) dan teguran.


Yang perempuannya,

sebelum ini “free hair”, dah bertudung,

yang pakai tudung biasa-biasa, dah pakai tudung labuh,

Yang pakai baju ketat-ketat macam sarung nangka, dah pakai baju longgar dan labuh,

Yang tak pakai stokin, dah rajin pakai stokin,

Yang sebelum ni kaki dating dengan pakwe (read : teman lelaki/boyfriend) hampir setiap hari, dah clash dan nak berkahwin dengan lelaki yang lebih baik,

Yang malas dengar cermah agama, mula rajin untuk pergi masjid, kuliah subuh, etc,

Dan macam-macam perubahan la yang aku nampak dengan mata aku sendiri.


Yang lelakinya pula,

Sebelum ini kaki mengurat awek, dah jadi kaki masjid,

Yang mulutnya sentiasa merokok sana sini, kini mulutnya sentiasa berzikir sana sini,

Yang dulunya suka mencarut, mengutuk dan memerli, kini suka bertanya hal agama, menasihat dan cakap elok-elok,

Yang selalu suka keluar malam, sekarang dah selalu suka bangun malam untuk tahajjud,

Yang sebelum ni suka solat kat bilik lepas tu solat lambat, sekarang suka solat kat masjid/surau dan solat awal waktu,

Dan macam-macam perubahan juga yang aku nampak.


Tapi..

Ada juga yang aku jumpa sebelum baik, sopan, rajin ke masjid/surau, bertudung dan macam-macam la, tetapi dah berubah ke arah yang buruk macam dah berani “free hair”, pakai seksi, sopan semua tu dah hilang ke mana tah. Oh! (istighfar..)


Sebelum ni, aku ada “interview” dua orang sahabat aku yang baru je berubah, seorang lelaki dan seorang lagi confirm perempuan (identiti mereka dirahsiakan).


Yang lelakinya kata,

Sebelum dia berubah, dia selalu keluar malam untuk melepak-lepak dan balik hampir pagi, merokok, hampir selalu main daun terup, lengahkan solat, dan macam-macam lagi la.

Tapi suatu hari tiba-tiba dia terdetik untuk berubah. Walaupun pada mulanya agak berat nak berubah, tapi kerana dia berfikir,

kalau aku tak berubah hari ini, bila lagi nak berubah..?”

Sejak tu, dia terus berhenti rokok, rajin ke surau, tak keluar malam lagi dan lain-lain.


Yang perempuannya pula,

Sebelum dia berubah, dia ada pakwe dan banyak kali gak keluar dating, tudung pun biasa-biasa je, kadang-kadang pakai tudung lengan pendek, dan macam-macam lagi la.

Tapi hidayah Allah tu datang tanpa di sangka melalui jalan yang tak disangka juga,

Suatu hari dia clash dengan pakwenya waktu final exam untuk semester tu. Tapi sebelum tu, dia berkawan dengan kawan-kawan yang sopan, bertudung labuh dan berilmu. Lepas kejadian tragis tu, dia mula tekad untuk berubah dan nak jadi macam kawan-kawan dia, pakai tudung labuh, sopan.



Lebih kurang macam ni la cerita 2 orang daripada berpuluh-puluh sahabat aku yang dah berubah atau berhijrah.


Macam mana nak berubah..?


Ha, banyak kali juga aku dengar aduan dari sahabat-sahabat, junior atau orang sekeliling aku yang nak berubah, tapi tak tahu macam mana.

Disebabkan aku bukan ustaz mahupun penceramah motivasi, aku hanya mampu bagi cadangan berdasarkan pengalaman sendiri dan cerita sahabat-sahabat aku.


1) Jangan cakap “tunggu datang seru!”, sebab 5 kali sehari Allah menyeru kita melalui muazzin iaitu azan yang berkumandang di surau dan masjid sebelum kita diseru untuk masuk kubur menjadi mayat.

2) Tekad kan niat untuk berubah. Jangan cakap “ aku tak bersedia lagi..” atau sekutu dengannya, sebab ia akan buat syaitan melengahkan lagi masa kau untuk bertaubat. Ibarat kata sahabat aku,

“Kalau tak berubah hari ini, bila lagi..?”

Takkan dah jadi mayat baru nak bertaubat?

3) Jangan tunggu tua atau lepas kahwin, korang boleh jamin ke korang boleh hidup sampai hari esok?

4) Kalau dah tekad untuk berubah, pergi ambil wudu’ dan solat sunat taubat 2 rakaat. Lepas tu, istighfar sebanyak mana yang korang mampu, dan berdoa sampai menangis supaya Allah beri kekuatan untuk maintain atau istiqomah dalam perubahan korang.

5) Cuba korang fahami makna tujuan korang hidup di dunia ni. Aku rasa, korang semua tau sebab apa kita dijadikan di dunia ni, iaitu untuk jadi khalifah (rujuk surah al Baqarah 2:30), dan untuk beribadah kepada Allah (rujuk surah Ad-dzariyyat 51:56). Bila korang memahami apa tujuan korang diciptakan, insyaAllah Allah akan beri korang kebaikan iaitu seperti Rasulullah s.a.w. bersabda ;

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikkan padanya, Dia (Allah) memberi kefahaman dalam Ad-din”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

6) Cari kawan-kawan yang rajin ke masjid, yang boleh nasihat, yang warak, baik atau apa-apa yang satu geng dengannya. Then kawan-kawan yang lagho tu macam mana? Nasihat aku, jangan tinggalkan mereka. Kalau korang dah berubah dan yakin boleh maintain, maka bantulah mereka pula untuk berubah. Ingat, kawan ini memainkan peranan penting dalam perubahan kita. Kalau korang nak berubah, tapi masih kawan dengan yang masih tak sedar, nanti takut korang kena kutuk atau kritik, lepas tu korang pun tak jadi nak berubah.



7) Kalau lelaki, rajinkan pergi masjid, dengar ceramah atau tazkirah dan program yang boleh menaikkan iman dan menginsafkan diri korang. Bergaul dengan kawan yang cintakan agama dan ummah.

8) Kalau perempuan, rajinkan untuk pergi cermah atau kuliah agama dan program yang boleh menaikkan iman dan menginsafkan diri korang. Cari kawan-kawan yang sama-sama nak berubah dan yang dah berubah, mungkin tak keterlaluan kalau aku kata cari kawan yang bertudung labuh. Kalau keterlaluan, korang nilailah sendiri.

9) Cari kumpulan yang berbincang tentang agama atau nama lainnya usrah, sebab usrah ini pendokong perubahan seseorang.

10) Jangan malu dengan perubahan yang korang buat, walaupun korang mungkin akan di cela atau di ejek oleh kawan lama korang. Benda biasa je tu kalau nak berubah, sebab orang yang di hina dan cerca kerana nak berubah untuk dekat kepada Allah, orang itulah yang akan di naikkan darjatnya di sisi Allah. Dengan erti kata lain, jangan risau, walaupun seluruh dunia tak nak bersama dengan korang, Allah pasti bersama korang.

11) Ini perkara yang pasti berlaku, iaitu korang pasti akan di uji. Macam mana bentuk ujian tu, Allah sahaja yang tau. Jangan tanya aku, setiap orang ujiannya berbeza-beza berdasarkan kadar kemampuan seseorang tu. Maka, nasihat aku, bersedialah dengan ujian tersebut, sebab ia nak naikkan iman korang. Macam peperiksaan la.

12) Yang terakhir sekali, korang kena faham bahawa Islam bukan sahaja mahu melahirkan muslim yang SOLEH (baik), tetapi jugak muslim yang MUSLEH(mengajak kebaikkan).
(surah al hujurat)
(surah ali Imran)

suara sumbang , “Kenapa nak ajak orang kepada kebaikan pulak?”

Korang nak masuk syurga sorang-sorang je ke?



Ada banyak lagi cara untuk berubah, korang boleh rujuk ustaz atau ustazah yang ada di sekeliling korang. Mereka semua boleh bantu korang insyaAllah, tetapi semuanya bermula dari 1 perkara, iaitu


KEMAHUAN, BUKAN PENGETAHUAN.


Semua orang tahu yang syurga hanyalah untuk orang yang baik dan neraka untuk mereka yang sebaliknya, tetapi tidak semua mahu membuat tindakan untuk berubah.

Aku nak petik sebuah kata-kata dari ibnu ‘Athaillah dalam kitab al-Hikam,

"Apabila Tuhan membukakan bagi kamu satu jalan untuk ma'rifat (mengenal pada-Nya), maka jangan menghiraukan soal amal kamu yang masih sedikit, sebab Tuhan tidak akan membukakan bagi kamu, melainkan DIA akan memperkenalkan diri kepada kamu. Tidakkah engkau mengeti bahawa ma'rifat itu semata-mata pemberian kurnia Allah kepada kamu, sedang amal perbuatan kamu hadiah daripada kamu. Maka di manakah letak perbandingannya anara hadiah kamu dengan pemberian kurniaan Allah kepada kamu?"


Ibnu 'Ataillah fi syarah al-hikam al-'ataiyyah, m/s. 118.


Last but not least, maut akan datang bila-bila masa je, dengan erti kata lain, setiap langkahan kaki korang adalah LANGKAHAN MAUT. Anda tak mampu mengubahnya.



Tasbih kafarah
Comments
25 Comments

25 comments:

  1. bila nak berubah, ada je penghalang, kadang2 diri ni rasa sgt2 kekurangan. . sebabkan takut malu, btter berdiam diri, dan teruskan hari2 sperti biasa. inilah yg aku lakukan, Allah dah bukak pintu hati untuk berubah..
    pernah ada yg berkata pada saya, Allah masih sygkan saya. tapi sy yg alpa.. :(

    ReplyDelete
  2. Kalau kita tak pergi ke tarbiyyah (didikan) islamiyyah, secara automatik kita akan termasuk dalam tarbiyyah jahiliyyah..

    berbubah tak semestinya kena drastik, tapi yang pasti ia akan di uji..
    InsyaAllah, boleh..lebih baik bergerak untuk berubah daripada berdiam diri sehingga jadi mayat..

    ReplyDelete
  3. sering kali memujuk diri, namun sekejapje bersemangat..
    nak cari org yg mmpu membantu, tapi risau menyusahkan org tu.. kadang2 rasa diam itu terbaik.. smpai jadi mayat.. hurmm.. moga Allah lembutkan hati saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam jalan dakwah, tiada perkataan "menyusahkan" jika ada orang minta bantuan daripada kita terutama minta semangat.. Kita bukan minta sedekah..

      tapi kita kena faham situasi sahabat2 kita juga, ada masa kadang2 dia tak dapat membantu, sebab tu kita di ajar husnul dzon (sangka baik).. tapi jgn cepat mengalah.. :)

      Delete
  4. Owhh ye en Shukery, satu lagi, lupa sy nak kongsikan, mcm mana nak ajak orang lain berubah, sedangkan diri sendiri masih terhuyung hayang???
    memalukan diri sendiri je nanty.. huh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah tak tengok sejauh mana hasil kita setelah kita ajak orang lain berubah, tapi Allah nak tengok sejauh mana mekanisme atau kesungguhan kita nak ajak orang lain berubah..

      ingat keyword ni, HIDAYAH itu MILIK ALLAH secara MUTLAK. kita hanya mengemis dari-Nya untuk diri kita dan orang lain..

      hikmahnya?

      Allah ajar kita jangan putus asa.. :)

      dalam dunia sekarang ni, tiada yang sempurna.. jadi, takyah tunggu sempurna, apa yang kita ada, sampaikan.. :)

      Delete
    2. jgn putus asa, selalu sgt dgr org cakap mcm tu.. yaa.. after org bagi semgt, kita pun akhirnya bersemangt juga, dan x mahu putus asa, terus menerus, istiqamah, tapi sia2, skejap je.. pas 2 hilang, bak kata org hangat2 tahi ayam.. BERUBAH itu satu benda yg selalu diharapkan.. tapi x pernh kesampaian, ini semua atas dasar diri sendiri juga, saya akui.. tapi cukup susah..

      Delete
    3. Hmm..ada soalan, nak berubah apa dia?
      Perubahan ni berfokus, dan berperingkat.

      Contoh, nak berubah dari malas solat kepada rajin solat..
      1st sekali kena cari waktu yang kita takde buat apa2, macam waktu maghrib. Kalau sebelum ni tak pernah solat, maka nak berubah untuk rajin solat, solat waktu maghrib dulu. Dah berjaya berubah dari tak pernah solat, kepada solat sehari sekali. dan hari2 seterusnya, cuba tambah bilangan waktu solat lagi.. dan seterusnya sampai cukup 5 waktu sehari semalam. Ia takkan ambil masa sehari dua, kemungkinan akan ambil masa sebulan atau lebih untuk cukupkan 5 kali sehari.

      Itulah namanya perubahan. Bukan berubah secara drastik.

      Nabi s.a.w ada kata yang baginda lebih suka amalan yang sikit tetapi berterusan. Jadi, jangan target buat besar2 dulu kalau tak mampu.. Islam ini mudah sangat. :)

      clear?

      Delete
    4. Seperkara lagi, kalau dalam bidang dakwah pula, macam mana dakwah ini mampu mempengaruhi hidup seseorang?

      Contoh, kalau kita ajak orang solat, kemudian satu hari kita tiba2 malas solat. Masa tu cuba kita ingat balik yang kita pernah ajak solat. Dan tanya pada diri kita,
      "aku pernah ajak orang, nape aku tak buat?"
      InsyaAllah, Allah dah bagi kekuatan tu, tinggal lagi kita bagi alasan nak guna atau tidak. :)

      Delete
    5. Panjang lebar penjelasan En. Shukery, sy memahaminya, but i want give u other example,

      jika sy yg iman pun agak goyah ni, tapi masih mahu cuba mengajak yg lain untuk berubah, sbb sy difahamkan kita semua adlh dai'e,
      then, ajak punya ajak, jwpn dema, adalah, x smpai seru, punya lah nsihat bagai, and soalan kat sini, kalau sy dah putus harap, means, dh x larat nk ajak dia sekali, kira sy berubah sorg2 lah kan, adakah sy berdosa kerana lepaskan tggngjawab sy terhadap dia??

      maafkan sy kalau byk tnya sesungguhnya sy byk khilaf di dunia ni

      Delete
    6. " ingat keyword ni, HIDAYAH itu MILIK ALLAH secara MUTLAK. kita hanya mengemis dari-Nya untuk diri kita dan orang lain."

      kita cuma usaha je, selebihnya urusan Allah.. :)
      Bapa saudara Nabi s.a.w. pun tak dapat masuk Islam..tapi adakah Nabi gagal?

      :)

      Delete
    7. HIDAYAH itu MILIK ALLAH.. ok.. mengalah dgn anda. :)

      Delete
  5. salam.
    btw the entry menyentap kn diri ni yg ade niat nk berubah..
    tapi how? prlukn bimbingan.. keadn skeliling ta bpe bole untk mnolong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..

      Boleh tahu, berubah yang macam mana?
      Berubah dari sudut kelaziman ibadah?
      atau berubah dari penampilan?
      atau berubah dari akhlak?
      atau macam mana?

      berubah ni boleh dari pelbagai aspek dan sudut..bukan satu sudut je..dan kena berfokus..
      clear?

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..

      aik, tak sempat baca dah remove? haha..tapi sempat baca kat email..

      cuma boleh bagi cadangan tentang masalah kawan tu ;

      1) Cuba banyakkan baca Quran depan dia. InsyaAllah, Quran itu pelembut hati.
      2) Kalau berbual dengan dia, tanya soalan lebih kurang macam nie :

      (1) Apa tujuan kita hidup ni ye? adakah utk makan, tidur, tandas, kawin, dapat anak, lain2, then mati?
      (2) atau tiba2 bangkitkan isu "macam mana la keadaan aku lepas mati nanti.."
      (3) atau ajak dia berfikir tentang alam. contoh "cantiknya Allah ciptakan ni dan ni"

      buatlah mana yang mampu, jangan sampai kita mampu tapi tak nak buat. Nanti takut di tanya pula..

      by the way, fikir tentang ummah dah ada la tu. alhamdulillah

      Delete
  7. (Anonymous lain yep :D)

    Salam :)

    Tiba-tiba teringat bait-bait Imam Hassan Al Basri iaitu

    "Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.

    Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

    Begitulah ungkapan beliau, renungan sendiri berdasarkan pengalaman sendiri.

    Untuk berubah itu terkadang sukar juga kerana kita masih rapuh terutama ketika ingin bermula. Terkadang kita akan jatuh, namun kita akan mencari juga kekuatan untu bangun dan berdiri kembali. Begitulah cara untuk kita beristiqamah (berterusan), dalam usaha ingin berubah.

    Saya akui untuk berubah tanpa ada sokongan dan bimbingan di awal perubahan memang sukar pengalaman sendiri. Namun, terkadang pernah terfikir adakah aku sendiri dalam dunia ini? Jawapannya : Tidak, sebab Allah selalu ada untuk membantu hambaNya. memang di akui semasa awal2 ingin berubah rasa macam tiada bimbingan tapi alhamdulillah semakin lama sebenarnya ada yang sudi membentu.

    (sekadar luahan dan pandangan sahaja :) Wallahu'alam)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..

      banyak pula anonymous ni..

      jazakallah khair atas nasihat dan pandangan..

      Delete
  8. salam..nak tanya (mungkin pertanyaan ni lari tajuk)
    ibu bapa adalah role model kepada anak- anak...contoh kalau peribadi ibu bapa adalah baik...tingkah laku anak-anak tentu baik juga....
    persoalan saya...
    ada segelintir ibu bapa alhamdulillah baik...tapi sayang tingkah laku anak-anak tidak seperti ibu bapanya....kenapa masalah ni boleh berlaku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..

      Kena faham bahawa iman BUKAN DIWARISI..

      kalau kita baca Quran, kita akan jumpa kisah Nabi Nuh a.s yang mana ANAK dia sendiri pun tak nak sembah Allah, dan akhirnya tenggelam dalam banjir besar ketika tu..

      Manakala kalau kita tengok kisah Nabi Ibrahim a.s pula, ayahnya adalah seorang PENYEMBAH BERHALA, tetapi anaknya seorang RASUL. Walaupun dah banyak kali Nabi Ibrahim a.s mendakwahkan kepada ayahnya, tapi ayah dia tetap tak nak masuk Islam.

      Jadi apa yang perlu kita buat?

      Kita usaha la sebaik mungkin, tapi jangan lupa TAWAKAL pada Allah. Sebab Allah yang pegang hati-hati manusia hatta hati anak kita sendiri. :)

      clear?

      Delete
  9. 'Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?'
    (Surah Al-Ankabut : 2)

    ~ Sebab itulah setiap apa yang berlaku pada diri dan dalam hidup kita adalah satu cubaan dan ujian..

    ReplyDelete
  10. Assalamuailaikum, nak tanya
    macam mana ye kalau kita nak berubah tapi takde yang nak membantu beri sokongan ? malah disisihkan mungkin kerana terlalu jijik .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..
      maaf lambat reply, terlepas pandang.

      Pesanan saya, kita jangan pandang seorang dua saja yang respon, tapi tengok semua kawan2 kita. InsyaAllah, ramai je yang akan memberi sokongan moral kepada kita untuk berubah. Bahkan saya menyokong anda untuk berubah.. :)

      mereka yang memandang jijik pada perubahan kita kepada baik, kita sabar je. Moga Allah beri hidayah pada mereka. :)

      Delete
  11. Terima kasih utk entry ni. Sangat terkesan. Saya minta izin save gambar dalam entry ni utk dikongsi dgn kwn2. :)

    ReplyDelete