Friday 30 March 2012

Who care about Syria..?

(Amaran!!!
1. Cerita ini BUKAN cerita macam hikayat merong mahawangsa ataupun titiwangsa atau apa-apalah. Ini berdasarkan kajian dan pembacaan aku yang ciput. Tapi aku yakin semua ini fakta. InsyaAllah.
2. Nota atau entry kali ini panjang. Kepada yang tak berminat baca panjang-panjang, anda di galakkan untuk berlatih baca panjang-panjang..woha!)



Berdasarkan beberapa pertanyaan sahabat aku, ada ramai lagi tak tahu apa yang berlaku di sebalik kisah sedih di Syria. 

Maka, atas dasar muslim dan akidah ahlus sunnah wal jamaah, hari ini mari aku ceritakan kepada korang semua apa yang berlaku di Syria walaupun aku tidak berada di sana. Ini berdasarkan kajian aku yang sekangkang beruk je. Tapi aku cuba usahakan yang terbaik untuk ummah ini. Oh!

Sebelum tu, aku nak ucapkan terima kasih kepada gabbana (pemilik blog angel pakai Gucci) sebab membantu secara tak langsung kepada aku dalam aku mencari kisah di sebalik Syria. (bukak sini)


Sebelum aku mula bercerita tentang apa yang berlaku di Syria sana, aku yang perasan rajin ini nak ceritakan sedikit tentang latar belakang atau sosio-politik negara tersebut. Dengan erti kata lain, aku nak ceritakan secara ringkas yang amat ringkas tentang SEJARAH Syria. (aku tau kebanyakkan tak suka sejarah..jangan tipu!) Untuk apa aku cerita? Supaya kita tahu dan faham kepentingan Syria ini dan kenapa kita perlu (ah, ini sudah wajib, bukan perlu lagi) membantu dan mempertahankan saudara kita di sana. Ini soal ummah bro!


(nota kaki : cerita ni ada empat peringkat, maka bacalah dengan perlahan dan cermat, anda mampu mengubahnya)


Peringkat 1 : Apa kaitan Syria dan Kota Syam..?


Syria atau Suriah ini salah satu daripada empat negara Kota Syam selain daripada Jordan, Palestine dan Lubnan. Bumi Syam ini harga dan nilaiannya sangat tinggi dan sangat istimewa di sisi Islam. Keberkatan bumi Syam ini pernah di doakan Nabi s.a.w.  dalam sebuah hadith sahih yang agak panjang riwayat Imam Bukhari (terjemahan) :




Ibn ‘Umar meriwayatkan bahwa Nabi s.a.w. berdoa, “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Aku agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: “Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan”


Selain daripada hadith, ada juga beberapa ayat Quran yang mana Allah nak beritahu tentang keistimewaan bumi Syam ini (rujuk ustaz).

Makam Nabi yahya a.s di masjid Umawi
Dan seperti yang korang baca dan belajar, Syam ini memang terkenal sebagai kota perdagangan sebab masa zaman sebelum kerasulan baginda Rasulullah pun, bapa saudara baginda ada bawa baginda ke Kota Syam untuk berdagang, namun separuh jalan je la, kemudian patah balik. Kenapa? Pergi baca buku sirah sana. Jangan malas!


Masa zaman Khilafah Bani Umayyah, kota Damsyik yang terletak di Syria menjadi ibu kota dan pusat pemerintahan khalifah selepas di madinah sebelum pusat pemerintahan khalifah berpindah ke Baghdad ketika pimpinan Khalifah ‘Abbasiyyah.






(menguap)



Aku dah mula mengantuk…

Dah2, jom kita mara kehadapan sikit (baca : banyak) untuk ringkaskan cerita menuju ke klimaks.

Lepas Perang Dunia Pertama berakhir pada 28 Jun 1919 setelah termetrainya perjanjian Versailles (rujuk buku sejarah), beberapa tahun kemudiannya iaitu pada 3 Mac 1924, dunia dan masyarakat Islam khususnya menyaksikan sebuah tragedi yang tragis lagi sadis tahap gila babeng yang mana jika dalam hati anda ada perasaan cintakan Islam dan ummah ini akan menangis setelah mana melihat puak-puak anti Islam yang optimis berjaya menundukkan seterusnya meruntuhkan sistem Khilafah Islamiyyah yang di wariskan oleh Nabi dan para sahabat r.ajmain, secara rasminya di Turki.


Peristiwa tragis lagi sadis ini bukan sekadar di situ, sebelum dan selepas peristiwa itu satu demi satu negara-negara milik orang Islam di rampas dengan senjata, darah dan “kebinatangan” pihak anti islam dan kafir laknat dan antara negara yang dirampas adalah Syria oleh penjajah Perancis pada tahun 1920. Namun setelah beberapa tahun, akhirnya Syria mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada tahun 1946. Sebabnya?  Korang boleh baca ringkasannya sendiri di link ni ( sejarah Syria )

(iklan : dulu dan mungkin sekarang, kalau sebut “perancis”, aku terbayang kacang buncis. Jangan tanya aku sebab apa, aku pun tak tahu. Daya imiginasi aku tinggi sangat. Err.. mungkin mereka ni memang kacang je kut nak di kalahkan kalau orang islam bersatu. Woha!)


Selepas kemerdekaan tu, Syria menjadi sebuah negara yang sering berlaku rampasan kuasa oleh puak Syiah. Ia bermula pada tahun 1949 dan terus melakukannya sehingga tahun 1970 yang pada waktu itu dipimpin oleh diktator Hafez Al-Assad (bapa kepada Bashar al-Assad). Dia merampas kuasa melalui bantuan partinya, Parti Baath. Hafez telah memerintah Syria secara bengis, kejam, zalim, firaun, autokratik, diktator, kontraktor (arghh.. mula merepek) sehinggalah kematiannya pada tahun 2000! (Alhamdulillah..)



Peringkat kedua : Zaman Pemerintahan Hafez al-Assad



Dah penat baca? Rilek..Baru sikit. Walaupun tak masuk exam, tapi ia common sense sebagai seorang muslim dan manusia.

Mari aku perkenalkan brother “hensem” kat gambar sebelah kiri ni. Inilah Hafez al-Assad, seorang pemimpin yang hauskan darah pejuang Islam yang menentang beliau.

Beliau adalah golongan Syiah, tetapi syiah yang mana satu, aku pun tak pasti. Ada yang menyatakan beliau ini dari Syiah Alawiyah, ada yang kata dari Syiah Nusairiah. Tak kisah lah syiah mana-mana pun, yang penting aku benci beliau! 

Puiihh (sambil meludah ke luar tingkap)


Rejim Assad atau Hafez ini yang perasan bagus menggelarkan diri sebagai “Demokrasi Rakyat Sosialis” yang mana kesemua parti politik di Syria telah ditutup, dan sokongan terhadap parti politik selain Parti Baath (parti dia ler..) adalah diharamkan sama sekali. Kesemua pergerakan Islam di halang dan siapa yang terlibat dalam gerakan islam akan ditangkap seterusnya di seksa dengan kejam sehingga mati.


Maka tak pelik apabila sentiasa berlaku protes dan penentangan demi penentangan ke atas pemerintahan Hafez. Namun, Hafez bertindak pantas dengan menghapuskan para penentangnya sama ada dengan cara penangkapan, penyeksaan mahupon pembunuhan. Hafez tampaknya tidak pernah ragu-ragu untuk menghapuskan sebarang bentuk ancaman ke atas dirinya.


Antara contoh paling ngeri gila babeng tentang kebuasan rejim Hafez ialah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan di bandar Hama. Sebabnya?? Kerana kebangkitan Ikhwanul Muslimin (sebuah gerakan Islam) amat berkuasa di sana. Kebangkitan Ikhwan ini telah membuatkan ramai masyarakat Syria mula bangkit menentang kezaliman Hafez.



Rifaat Assad, adik kepada Hafez dan juga ketua Staf Jeneral, telah sedar bahayanya ancaman ini telah mengarahkan satu serangan darat dan udara ke atas bandar Hama pada satu malam Februari 1982. Majoriti askar yang enggan menurut perintah telah dibunuh serta-merta. Bandar tersebut telah musnah teruk. Kira-kira 40,000 (ada yang kata 46,000 ribu!) umat Islam kehilangan nyawa dan gugur syahid kesan daripada kebuasan rejim Hafez selama 27 hari itu. Selepas dari kes yang sadis lagi tragis hingga nak buat aku menangis, Hafez terus mengharamkan Ikhwanul Muslimin dan barangsiapa yang menyertainya akan dihukum bunuh serta merta! Oh!
(gambar sebelah ini tempat di mana pembunuhan berlaku)


Ada beberapa lagi kisah tentang kekejaman Hafez antaranya penglibatan dia dengan pembunuhan beramai-ramai di Palestin, bersekongkol dengan Israel zionis dan lain-lain, tapi aku rasa korang boleh cari sendiri kot.



Peringkat Ketiga : Zaman Pemerintahan Firaun alaf baru, Bashar al-Assad dan Revolusi Syria

Ha, dah penat baca? Pergi minum air sana.

Ok, aku tak nak cerita secara detail macam mana Bashar al-Assad (gambar di atas) ni boleh jadi pemerintah merangkap firaun moden ni, cuma sedikit sahaja tentang beliau. Dia ni jadi pemimpin Syria pun secara tak dirancang yang mana sebelum ini bapak dia, Hafez nakkan anak dia lagi seorang, Bassel untuk jadi pemerintah. Tapi, Bassel tu mati dalam kemalangan jalan raya. Isk isk isk..


Bashar merupakan seorang yang amanah semasa mula diberikan tugas menggantikan Bassel. Namun, selepas kematian bapaknya pada tahun 2000 (aku sekolah rendah lagi), Bashar di lantik sebagai Presiden Syria dan membawa reformasi dan perubahan pada Syria.


Dah tu, bagaimana boleh orang kata dia kejam, zalim dan lagi dasyat, dengan slumber kodok aku kata dia firaun alaf baru?

Hehehe..Reformasi dan perubahan yang disampaikan not walk the talk, buat walkie talkie. Woha! (apebenda la aku merepek ni..)


Macam ni la, baca aku cerita sampai habis ye. Bagaimana rakyat Syria boleh bangkit dan melakukan revolusi yang lebih dasyat dan popular berbanding lagu revolusi bunkface tu?

Kebangkitan rakyat Syria bermula daripada kisah sekumpulan kanak-kanak yang mungkin riang kot di sebuah tadika yang menconteng dinding tadika mereka dengan menyatakan (yang maksudnya, dia takkan tulis dalam bahasa melayu kot)

“ Kami mahu Jatuhkan Kerajaan”

Namun setelah perkara ni diketahui pengikut atau bahasa “manjanya” anjing-anjing Bashar, kanak-kanak ini ditangkap dan diseksa, yang antaranya kuku-kuku mereka dicabut!! Allahu Allah!


Ini gambar aku search kat google je, tapi cuba korang bayangkan guna minda separuh sedar korang, apabila kuku korang di cabut dengan kejam dan sadis. Inikan pula kanak-kanak kecil yang baru nak belajar apa itu solat, apa itu Quran, apa itu kimia. Allah! Meremang bulu ketiak aku.. Isk isk isk..

Apabila ibu bapa dan ahli keluarga kanak-kanak ni pergi untuk menuntut agar dibebaskan anak-anak mereka, permintaan mereka ditolak dengan keras. Malah, dengan kurang hasam lagi kurang ajar di berikan kata-kata keji,

"Kamu balik sahajalah. Lupakan anak-anak kamu dan anggaplah mereka telah tiada. Jika kamu hendak anak-anak lagi, berikan kepada kami isteri-isteri kami (untuk kami rogol); hasil daripada itulah anak-anak kamu!”

Peh! Sesedap rasa seenak selera je kata macam tu. Kalau korang yang kena, tak ke korang rasa macam kena penyepak percuma ibarat Rooney menyepak bola untuk dijaringkan gol?


Maka, dari situlah bermulanya kisah sebuah revolusi yang sudah lama dipendam lantas dicetus melalui demonstrasi yang semakin hari bertambah momentumnya dari hanya ratusan ribu hingga pada hari ini 3 juta demonstran telah mengadakan tunjuk perasaan di 157 bandar seluruh Syria mendesak Basyar berundur. Yang menariknya, kebangkitan rakyat Syria ini majoritinya adalah ahlul Sunnah wal jamaah (baca : sunni), yang menjadikan seperti kebangkitan Sunni menentang Syiah.


Ha..cuba korang rewind balik aku cerita dari tadi,


Bermulanya kanak-kanak atau remaja yang menconteng di dinding > Ibu bapa tak puas hati dan menuntut bela > mereka dihina sehina hinanya > masyarakat tak puas hati > masyarakat berdemo > daripada beberapa ribu > kepada beberapa juta turun berdemo > dan akhirnya menjadi revolusi yang sangat dasyat!


Ha, macam tu lebih kurang kronologi ceritanya. Menarik bukan? Macam cerita naruto yang dulu masa kecik di hina dan di pulau, kemudian berusaha bersungguh-sungguh, kemudian jadi hebat sehingga dapat geng dengan kyuubi untuk lawan the one @ aku pun tak tau nama dia. Woha!


Tapi inilah fakta! Faham dan hadam perkara ni betul-betul sebab orang-orang syiah terutama syiah di Malaysia ni cuba mengelirukan masyarakat tentang kebangkitan Syria ni. Aku dah baca beberapa blog orang-orang syiah tentang kebangkitan di Syria, mereka kelentong (baca : menipu) banyak sangat meluatnya aku tahap aku shut down laptop terus!

(mood : serius aku emo sekejap!)


Hari demi hari, kebangkitan rakyat semakin menular dengan begitu pantas. Kebangkitan dan semangat rakyat semakin membara ibarat api yang marak dan bergelora ibarat ombak yang mengganas terutamanya di Homs, Hama, Deera dan Doma, menyebabkan Bashar dan anjing-anjingnya berpeluh ketiak. Tidak disangka Bashar, kepemimpinannya suatu hari nanti akan dicabar dan dibenci.

Dengan mengikut jejak langkah bapaknya dulu, Bashar dan anjing-anjingnya mengambil keputusan untuk menghapuskan segala ancaman yang wujud terhadap pemerintahannya dengan apa cara sekalipun.

Orang awam yang menyertai protes ditembak tanpa rasa kasihan. Aktivis-aktivis kebangkitan dicari, dikejar sehingga ke lubang biawak, ditangkap di tengah malam dan diseksa atau dibunuh. Malah wanita, isteri dan anak-anak kecil juga tidak terlepas daripada kezaliman Bashar.

Kekejaman dan kezaliman Bashar bukan satu hikayat macam pembunuhan dalam cerita hikayat merongmahawangsa!! Ia direkodkan dengan baik dan teliti, samaada melalui mereka yang terselamat dan askar-askar yang belot kepada Basyar dan melarikan diri, atau melalui rakaman video dan gambar yang sempat diambil oleh para saksi.

Antara video yang amat menggamit jiwa aku sebagai muslim adalah apabila rakyat Syria dipaksa untuk menyebut 'Laila ha illa Bashar!' atau 'Tiada sembahan selain Bashar!' Astaghfirullah..Istighfar aku banyak kali. Dan mereka yang enggan menyebutnya akan dirobek mulut mereka, sehingga hilang bahagian rahang bawah mereka (gambar ni dah banyak tersebar. Aku tak sanggup nak letakkan di sini. Aku hanya letak gambar bukti pengikut Basyar menyembah firaun Basyar si bongek sengal labu…warghh!! Emo tahap jinchuuriki ekor 100 aku!!)

  










Woii BASYAR!!  Tiada Tuhan, Ilah atau Raja yang layak disembah melainkan Allah dan Allah sahajalah! Yang kau mengada-ngada bajet bagus nak jadi tuhan sangat kenapa?  Nak dapat kemurkaan Allah seperti Allah murka kepada Firaun ke?
Syaitan pun hanya tak sujud kepada nabi Adam je, tapi sujud kepada Allah, ini kau nak orang sujud kepada kau? Lemak katak!


Ok stop emo!


Ok, aku pun tak larat nak sambung cerita lebih banyak. Ada macam-macam kisah lagi tentang kekejaman Basyar ni. Korang semua carilah sendiri cerita-cerita tentang kekejaman terhadap rakyat Syria antaranya nasib 19 orang doktor dan 40 pesakit di hospital di Doman dibunuh dengan rakus, seorang gadis di bunuh yang mayatnya di kerat-kerat dan macam- macam lagi. Semoga Allah mengurniakan syahid dan jannah kepada mereka. Amin..


Tacing.. :’(

Peringkat keempat : Di mana kita..??

Di sebalik kekejaman dan penindasan yang dilakukan Bashar terhadap rakyatnya sendiri, apa yang menarik dan boleh di ambil pengajaran serta kekuatan ialah semangat rakyat Syria yang tidak pernah padam. Mereka begitu yakin dengan janji Allah, barangsiapa yang bersungguh-sungguh berjihad di jalanNya, pasti Dia akan menunjukkan jalan keluar. Allahu Rabbi…

Mereka begitu yakin yang suatu hari nanti, Bashar dan rejimnya akan berjaya juga ditumbangkan. Cepat atau lambat, itu bukan persoalannya. Yang lebih penting, mereka semua bersatu, berjihad untuk melawan kekejaman rejim Bashar. Keyakinan dan semangat yang sangat tinggi yang jarang-jarang ada pada kita terutama masyarakat di Malaysia mengenai kebangkitan Islam dan kemenangan yang Allah telah janjikan.


Dah habis menangis baca? Atau takde perasaan apa-apa bila mengetahui kisah ni? Wahai aku dank orang semua, mari aku sampaikan kepada korang sepotong hadis yang aku sentiasa mengingatkan diri aku tentang ini,


Nabi bersabda yang bermaksud :

"Tidak beriman seseorang di kalangan kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri."
[Riwayat Bukhari]



Kalau kita tak bantu mereka, siapa lagi? Nak harapkan ah tong motor sebelah rumah? Muthusamy karupiah kat belakang rumah tu?
Korang la yang mengaku islam, mengucap kalimah syahada, mengamalkan ajaran Islam.


Antara alasan-alasan yang sering dengar,


“Shuk… macam mana kita nak bantu?? Aku pelajar lagi la. Rasanya cukup kot aku doa je.”

“Perlu ke aku pergi ke Syria bantu mereka yang berdemo tu? Aku tak minat demo-demo nie.. study je kot..”

“Ala..diorang tu orang arab, biarlah mereka urusan mereka. Ini, urusan orang melayu pun tak settle.”


“Ada aku kisah??” (terus aku lempang dengan tenaga 1000kilo Joule per second)

Banyak benda yang boleh kita bantu mereka. Antaranya :

  1. Sentiasa mengikuti perkembangan terbaru yang berlaku di Syria. Jangan pernah rasa bosan dengannya. Dan terus update di facebook korang supaya friends dalam facebook korang terbaca dan secara tak langsung dapat mengetahui apa yang ada di Syria. Apa guna friends sampai beribu, kalau tak reti “menggunakan” mereka. Hehehe
  2. Tulis inbox, atau komen ataupun status kepada rakan-rakan Syria anda (Kalau ada) dan berikan kata-kata semangat dan pendorong. Walaupun aku rasa mereka tak sempat untuk buka facebook, yang mereka sempat selalu adalah buka Quran. Oh!
  3. Tulis surat atau email kepada kedutaan Syria di Malaysia, menyatakan bangkangan dan protes anda terhadap kekejaman Bashar. Korang boleh ke laman sesawang kedutaan Syria untuk melakukannya atau boleh juga terus ke sini. Mari lancarkan perang email terhadap mereka!
  4. Sertai demonstrasi aman yang di anjurkan di sekitar Malaysia atau berdekatan anda (meskipun anda tak suka demo – kononnya, uhuk2..) tunjukkan solidariti anda kepada rakyat Syria. Percayalah, mereka menyaksikannya. Kalau tidak pun, sudah pasti Allah saksikan.
  5. Jangan lupa terus mendoakan saudara-saudara kita di sana. Yakinlah yang doa itu senjata bagi orang Mukmin! Yakin juga yang suatu hari nanti pasti Allah akan kurniakan kemenangan kepada mereka, samalah seperti yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya! Allahu akbar!
  6. Teruskan mentarbiyah diri dan orang di sekitar anda menjadi individu Muslim sejati. Kerana hanya mereka yang benar-benar faham erti sebuah ikatan akidah dan seorang Muslim, boleh menjiwai kepentingan memperjuangkan nasib saudara seaqidah!
  7. Kepada para blogger sekalian, aku menyeru agar korang buat entry paling sikit pun satu la tentang Syria. Walaupun follower korang sedikit macam aku, tetapi yakinlah jika korang ikhlas, InsyaAllah Allah akan buka hati orang ramai untuk baca entry korang.
  8. Untuk pelajar-pelajar Universiti dan kolej-kolej atau pelajar sekolah sekalipun, buat program-program mengenai Syria atau apa-apa jua yang mampu menyebar luaskan maklumat tentang Syria. Ia salah satu medan yang berkesan! Serius, program Hak asasi manusia tentang Palestin yang aku join hari tu pun dah cukup menyedarkan ramai orang tentang Palestin terutama kawan-kawan aku.
(p/s : banyak idea dan cadangan aku copy paste dari inchik gabanna kecuali 7 dan 8. Hehe.. )

Adakah usaha korang ini dapat memebrikan sesuatu??

InsyaAllah, yakinlah walaupun korang tak nampak kesan dan hasilnya, tapi jika usaha korang ikhlas kerana saudara kita, semangat yang membara dan bergelora ini pasti akan sampai kepada mereka seperti mana sampainya dakwah baginda Rasulullah s.a.w. kepada kita hari ini! 

PERCAYALAH!!!! (hilang suara menjerit..uhuk2)

Itu baru di dunia, belum lagi di akhirat. Bayangkan kalau korang duduk goyang kaki sambil tengok k-pop korea, atau manga Naruto, bleach dan one piece atau apa-apa lah tanpa fikir mereka di Syria, Palestin dan beberapa negara Islam lain, di akhirat nanti korang akan di dakwa oleh mereka-mereka (rakyat Syria, palestin, etc), :

“Apa yang korang lakukan??”

“kata saudara seaqidah, apa yang korang tolong??”

“sanggup korang makan sedap-sedap tanpa memikirkan kami sedangkan kami 
hanya makan hati melihat ahli keluarga kami mati di bunuh??”

“sampai hati kau……….”


Korang nak jawab apa??


Jawapannya ada pada usaha korang di dunia..
Bertindaklah sebelum terlambat.. Anda mampu mengubahnya..


Last but not least, jika ada orang cakap :
Who care about Syria/Palestin/etc?

Ucapkanlah….

I Care and I do an action for my brothers and sisters!

(sorry english aku teruk sikit. oh!)


I rest my case..

Gambar ini aku buat sendiri guna paint je. Aku yang sengal IT pun boleh, anda pula bagaimana?



p/s :

1. Inilah nota pertama yang aku tulis penuh perasaan geram, sedih, dan apa-apalah.

2. Penat juga menaip sampai 5 jam. Macam menaip thesis plak. Tapi penat
aku apa lah sangat, mereka disana lagi penat. Oh!

3. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan kami”

Saturday 17 March 2012

Dengan maksiat boleh dapat takwa..?

(Sejujurnya, aku dulu memang tak tahu apa itu takwa, yang aku tahu hanya sebut je. Nasib baiklah takde orang tanya aku apa itu takwa.. woha!)



Dari dulu aku confius apa itu takwa. Kalau aku tak silap, ustazah aku pernah cerita apa itu takwa, mungkin masa tu aku tidur atau main-main dalam kelas, jadi aku pun tak dengar apa tu takwa. Oh!


Tapi selepas aku baca satu buku ni tentang takwa, barulah aku faham apa itu takwa.


Jadi apa itu takwa?


Aku nak cerita sebuah kisah sahabat Nabi, yang mana satu hari tu, Umar r.anhu bertanya kepada Ubayy b. Kaab r.anhu,

Apakah yang kamu faham tentang takwa?”
Ubayy cakap, “Wahai Umar, pernahkah engkau berjalan di kawasan yang dipenuhi duri?”
Umar jawab , “Ya, aku pernah.”
Kemudian Ubayy soal balik, “apakah yang kamu lakukan?”
Umar pun cakap, “Aku akan selak sedikit kainku dan akan berjalan dengan cukup berhati-hati untuk mengelakkan terkena duri-duri itu.”
Kemudian Ubayy pun cakap, “Ya, itulah takwa…”


Faham? Mula-mula aku pun tak berapa faham jugak. Tapi lepas baca beberapa rujukan, barulah aku faham apa yang dimaksudkan Umar r.anhu.



Macam ni la, dulu masa kat sekolah, kita selalu dengar ustaz atau ustazah kita cakap takwa ni adalah kita kena takut pada Allah melebihi dari apa pun.
Tetapi penerangan ini macam tak berapa adil untuk seorang hamba takut kepada Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya. 

Ibaratnya macam ni la, kalau kita takut dengan hantu, mesti lah kita tak nak jumpa hantu. Jangan kata jumpa hantu, tengok cerita hantu pun tak nak. Atau kalau takut pada ular, mesti tak nak jumpa ular. Kalau jumpa ular je, menjerit.
Jadi takkan lah seorang manusia tu tidak mahu bertemu dengan Tuhannya?

Jadi maksud yang paling tepat untuk takwa BUKAN takut pada Allah, tapi TAKUT untuk MENDERHAKAINYA.


Wah-wah shuk, pandai-pandai je kau bagi pendapat.


Erk, ni bukan pendapat aku la, ni pendapat Syeikh Yawar Baig.


Jadi, takut derhaka kepada Allah ibarat Umar r.a berhati-hati untuk mengelak dari duri-duri tu.


Bagaimana nilaian takwa ni??


Kalau kita baca khutbah terakhir Nabi s.a.w., Nabi ada bersabda yang bermaksud ,
“Kamu semua adlah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh..”


Nampak, perbezaan antara ulama’ dengan orang awam, pemerintah dengan rakyat, polis dengan bomba, pensyarah dengan pelajar, TNC dengan NC (woha), Pro-A dan Pro-M atau kerajaan dengan pembangkang atau apa-apa lah, bukannya pada KEKAYAAN, bukan pada KEBIJAKSANAAN, bukan kerana HENSEM atau CANTIK, tapi bezannya hanya TAKWA dan AMAL SOLEH.


Dalam al Quran, surah al Baqarah ayat 1-5 pun Allah dah bagitau,tentang siapa orang-orang yang bertakwa ni, dan apa kelebihan dia. Korang boleh rujuk sendiri surah al baqarah ayat yang ke 5.


Shuk..Macam mana nak dapat takwa ni?


Banyak perkara boleh korang raih takwa ni, antaranya ketika menuntut ilmu samada dunia atau ilmu agama, makin lama kita akan faham dan insyaAllah akan bertambah keimanan dalam hati yang mana sedikit demi sedikit takwa akan hadir dalam diri. Tapi dengan syarat, menuntut ilmu tu mesti niat kerana Allah.


Korang beribadah dengan istiqomah pun insyaAllah takwa itu akan datang dalam hati. Beribadah yang macam mana? Ibadah ni luas konsepnya. Jadi korang boleh rujuk ustaz atau ustazah untuk faham konsep ibadah ni.


Dan satu cara lagi dengan maksiat kita boleh meraih takwa.


Peh..Shuk! ko ajar ajaran sesat ke apa??!!


Erk.. rilek sudah.. baca aku tulis dulu. Caranya mudah je, kita hindari atau tolak je la maksiat tu. Woha!

Tulis atau cakap memang senang nak tolak maksiat, tapi nak aplikasikannya susah. Memang sukar nak tolak maksiat atau kemungkaran depan mata.
Contoh, kalau korang jalan-jalan kat shopping mall, korang nampak ada couple tengah bersidai di tingkat atas sambil berpelukan. Apa yang korang buat?


A. Istifar banyak-banyak sambil berlalu begitu je.
B. Korang memaki hamun dia sambil geleng-geleng kepala, tetapi cakap belakang je la paling kuat pun.
C. Korang jumpa dan nasihat elok-elok sampai muka couple tu insaf dan menyesal.
D. Korang jumpa dan maki hamun dia. Lagi dasyat, korang cakap “habis la ko berdua masuk neraka!”
E. Korang call pejabat agama suruh tangkap je.
F. Korang buat tak tahu je.


Jawapan ada pada korang. Korang mesti akan kata C. Tapi sejauh mana korang akan buat yang C?

Tapi.. .Kalau korang mampu buat yang C, yakinlah korang akan merasai suatu nikmat yang tak dapat korang ungkapkan dengan syair, deklamasi sajak atau pantun 4 kerat, tak boleh korang terjemahkan dalam google translate, mahupun cuba di gambarkan melalui screen laptop apple Mac mahupun projector.


Tak percaya? Pergilah cuba try test. Ini bukan sekadar hypothesis, tapi ia juga merangkumi conclusion. Siap ada references lagi.


Last but not least, syaitan ni lebih takut kepada orang yang berani menolak maksiat dan kemungkaran berbanding orang yang tak terlibat dengan maksiat dan kemungkaran. Dia akan sentiasa pasang strategi untuk manusia tak berkesempatan berfikir untuk ummah dan berfikir untuk mencegah kemungkaran dan maksiat.


I rest my case.


p/s : Ketakwaan itu nilaian yang sangat bernilai. Ia perlu dicari, bukan di nanti.. :)

Seorang non-muslim lindungi seorang muslim..?

(Sebelum ni aku tak tahu kisah ni, tapi selepas aku jadi ajk untuk program tentang Palestin ni, aku sangat terkesima dengan jasa seorang aktivis amerika ini.. Maka bersempena 16 Mac ni (walaupun dah terlepas beberapa minit), aku persembahkan sebuah nota untuk diri aku tentang……)



Dulu masa hujung disember 2008, ketika tu Gaza di serang habis-habisan oleh Israel, masa tu juga aku tunggu masa nak pergi PLKN. Jadi ketika tu, aku kerja part time di sebuah kedai makan. So, biasalah kedai makan kawasan kampung, mesti jadi "R&R" ramai pakcik-pakcik untuk minum kopi sambil borak isu takde hujungnya, dan masa tu borak pasal isu palestin. Aku teringat satu kata-kata pakcik tu sambil minum air kopi,


Kenapa Malaysia tak hantar tentera je pergi Palestin. Sekadar kutuk-kutuk je, tak jadi apa..”


Tapi masa tu aku tak berapa kisah sangat isu Palestin ni. Jadi aku pun buat tak tahu sambil buat kerja aku.. Oh!


Sampailah aku masuk Universiti, aku join jadi AJK program minggu Hak Asasi Manusia (HAM), The Palestine Episode, aku jadi makin sensitif isu palestin. Terutama sekali kisah seorang aktivis Amerika yang ke Palestin dan terkorban di sana. Mungkin korang semua kenal siapa dia, iaitu Rachel Corrie.



Apa yang special sangat dia ni??

 
Rachel Corrie ni seorang sukarelawan perempuan dari Amerika yang ambil peduli pada tragedi kemanusiaan di Palestin. Rachel Corrie ni seorang anggota Gerakan Solidariti Internasional (ISM) yang pergi sebagai aktivis ke sempadan Gaza masa Intifadah Al-Aqsa. 

 
Detik 16 Mac 2003, di takdirkan Allah, ketika usia 23 tahun, Rachel Corrie telah mati akibat terbenam ke dalam tanah semasa diheret semasa sedang MENGHALANG jentolak tentera zionis israel daripada merobohkan rumah orang Palestin iaitu Dr. Samir Nasrallah, seorang ahli farmasi.
Bagaimana kisah seterusnya pasal Rachel Corrie ni, korang boleh tanya encik google je. Korang taip je “sejarah Rachel Corrie”, macam-macam keluar pasal dia. Aku tak nak cerita tentang apa yang berlaku selepas kematian dia.



Aku nak cerita pasal dia bukan kerana dia ini non muslim hebat, tapi kerana SIFAT kemanusiaan yang ada dalam diri dia tanpa fikir antara perbezaan agama, sanggup melindungi rumah seorang muslim di Palestin.


Masa aku baca dan dengar kisah tentang dia, aku malu dengan diri aku sendiri. Aku termenung sorang diri, dan aku berfikir...

nak melawan nafsu untuk pergi solat berjemaah di surau yang dekat pun kadang-kadang susah, macam mana la pula aku nak melawan nafsu untuk melindungi nyawa seorang muslim.


Allahu Rabbi..


Ada hikmah Allah mempertontonkan kisah Rachel Corrie ni pada umat Islam khususnya, nak bagitau pada kita semua yang orang BUKAN ISLAM pun fikir tentang MANUSIA, orang ISLAM pulak tu sehingga sanggup gadaikan nyawa dia. Kita orang ISLAM bila lagi nak FIKIR TENTANG UMMAH??



Last but not least, dalam catatan harian Rachel Corrie, dia ada menulis,
 “Amerika tidak mempesonaku lagi. Ia tak mampu memikatku lagi. Ia pudar dan terlipat di pinggiran fikiranku….
Rachel Corrie juga nak menegaskan bahwa masalah Palestin bukan hanya masalah dan beban bangsa Palestin sahaja, tetapi juga tanggung jawab seluruh manusia di dunia manapun.



Semoga Allah pilih dia antara orang yang dapat hidayah sebelum kematian dia.. Amin..
I rest my case.

p/s :

Wahai saudara seIslam ku..
Ramai orang bukan islam mahukan keamanan untuk sebuah negara Islam..
Mereka bukan sahaja mahukannya..
Malah…
Mereka sanggup mengerahkan segala tenaga dan fikiran mereka..
Mereka juga sanggup korbankan harta malah nyawa mereka..

Wahai kaum muslimin..
Anda semua adalah permata untuk ummah ini..
Anda semualah yang sepatutnya mengerahkan tenaga dan fikiran..
Malah harta dan nyawa anda semua..
Untuk saudara seakidah anda..
Saudara yang sama-sama mengucapkan kalimah Tauhid..
Dimana anda semua..?

 Jika anda masih menyatakan..
“Aku tidak bersedia..”
“Aku belum cukup ilmu..”
“belum sampai seru..”
“Ada aku kisah..?”
“tak masuk exam pun…”

Muhasabah semula kalimah Tauhid yang anda ucapkan setiap kali semasa solat….

aku tutup dengan tasbih kafarah..

Friday 9 March 2012

Dimana kemuliaan wanita..??

(Lecturer aku pernah cakap, wanita hari ni bukan di muliakan lagi, tapi di komersialkan sehingga maruah pun takde..)



Dulu aku belajar pendidikan Islam, ustazah aku selalu cakap yang Islam memuliakan wanita. Islam sangat menjaga maruah wanita. Kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. salah satunya mengangkat semula martabat wanita setelah di hina sehina-hinanya.


Lepas aku dengar explanation macam-macam, aku terfikir juga mungkin sebab mulianya wanita dalam islam nie, ada ramai lelaki nak “bertukar” jadi wanita. Fuh, sangka baik betul aku.


Dan aku pernah juga tertanya, di mana terletak kemuliaan wanita?


1) Isteri wajib minta izin
Wanita yang bergelar isteri, kalau nak buat apa-apa hatta nak keluar rumah pergi jiran depan rumah pun kena minta izin. Kalau suami tak bagi, duduk lah dalam rumah.


2) Wanita terima harta pusaka kurang dari lelaki.
Korang rujuk la sendiri AmanahRaya.


3) Wanita kena beranak.
Korang tanyalah ibu korang macam mana sakitnya nak beranakkan korang. Serius sakit. Aku dulu kat sekolah masa ada program motivasi, dia tunjuk video seorang ibu tengah beranak, peh.. azab gila aku tengok. Bersyukur aku takkan beranak seumur hidup aku, cuma berkemungkinan untuk mengandung tak beranak-beranak je. Oh!

4) Nabi kata di neraka lebih ramai wanita dari lelaki
Ni korang rujuk hadis semasa peristiwa Israk Mikraj.


5) Aurat wanita susah nak jaga.
Ha, ini memang realiti bagi sesiapa yang tak jaga aurat. Korang tanyalah yang perempuan-perempuan ni, senang ke tak jaga aurat. Sekali korang dedah aurat, dekat facebook pulak tu, dan tak sempat nak bertaubat dah jadi mayat, maka jadi la korang mayat yang auratnya terdedah sana sini. Oh!


6) Perempuan tak boleh berjihad
Ha, ni kalau tanya perempuan hari ni, kalau suruh pergi berjihad guna senjata, aku rasa semua tak nak. Mana tak nya, pergi derma darah pun fikir 10 kali, macam mana pulak nak korbankan darah. Tetapi pahala jihad fisabilillah pahalanya besar beratus-ratus kali ganda.


7) Isteri wajib sangat (infiniti x) taat pada suami
Ha, ini tak perlu korang pertikaikan. Wajib taat pada suami ni sampaikan Nabi pernah bersabda yang maksudnya ;
“Seandainya aku ingin menyuruh seseorang bersujud kepada orang lain, nescaya aku akan perintahkan isteri agar bersujud kepada suaminya.”
(HR Timizi)



Banyak lagi benda aku nak quote, tapi cukup tujuh perkara ni. Kepada sesiapa yang nak tukar jantina atau nak jadi pondan sangat, baik korang fikir berjuta-juta kali sebelum korang jadi mayat yang berulat.



Jawapan kepada persoalan aku.



Kepada golongan wanita, aku bukan nak burukkan korang. Tapi sebenarnya nak bagi sedar kepada korang dan terutamanya kaum lelaki sekalian yang sama jantina dengan aku supaya lebih sayangkan orang perempuan di sepanjang kehidupan iaitu ibu, isteri (walaupun aku belum kahwin),nenek, adik beradik dan saudara perempuan yang lain. Sebab ada satu hadis Nabi yang bermaksud :


“Sesungguhnya wanita itu umpama tulang rusuk, sekirannya engkau berusaha membetulkannya (dengan kasar) ia akan patah. Sekiranya engkau membiarkannya, ia akan berterusan bengkok atau bertambah bengkok.”
(HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)


Ketahuilah wahai kaum adam dan hawa sekalian….



1) Seorang lelaki WAJIB TAAT kepada ibunya 3 kali lebih dari taat kepada ayahnya. Kan ibu tu adalah seorang WANITA.


2) Walapun lelaki menerima pusaka lebih berbanding wanita, tetapi lelaki wajib menggunakkan hartanya untuk menyara isteri. Wajib bagi nafkah pada isteri, belikan baju, duit dapur, pinggan mangkuk, sabun, clorox dan macam-macam la. Kan isteri itu adalah seorang WANITA.


3) Setiap kali wanita beranak, setiap saat itu dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan jiika matinya kerana melahirkan anak di kira mati syahid dan dosanya di ampun Allah sehingga ia seperti bayi baru dilahirkan.


4) Walaupun wanita itu ramai dalam neraka, tetapi wanita juga paling mudah nak masuk syurga. Syaratnnya? Taat Allah dan taat suami. Aku ambik hadis Nabi yang bermaksud :


Apabila seseorang isteri yang bersolat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramdhan) dan memelihara kemaluannya serta mentaati suaminya, maka dikatakan kepadannya, “masuklah melalui mana-mana pintu syurga yang kamu sukai!”
(HR Ahmad)


5) Aurat wanita memang susah nak jaga kerana wanita itu perhiasan dunia. Dan ketahuilah, bahawa sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Kalau perhiasan mestilah di jaga dengan baik kan? Contoh mudah, kalau korang ada laptop, nak ke korang letak laptop korang merata-rata? Mestilah korang jaga dengan baik. Hilang je laptop, menangis tak berlagu. Pulak tu ada banyak file penting.

                                 ( terjemahannya : Bukanlah tujuanku untuk menghalang mereka; akan tetapi untuk menjaga dirimu; Yang menciptamu lebih mengetahui maslahat dirimu.)


6) Wanita memang tak pergi berjihad, tetapi jika suami seorang wanita pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita taat kepada Allah dan taat kepada suaminya dan redha akan pemergiaan suaminya, maka wanita itu akan turut menerima pahala seperti pahalao rang yang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


7) Wanita hanya taat kepada Allah dan bertanggungjawab kepada suaminya, dah boleh masuk syurga. Tetapi seorang lelaki belum tentu lagi sekirannya gagal menunaikan tanggungjawanya terhadap 4 WANITA iaitu : isterinya, ibunya, anak perempuannnya dan saudara perempuannya.


SubhanAllah.. Sayangnya Allah pada wanita.. banyak lagi perkara aku tak sebut dimana Islam sangat memuliakan wanita. Kerana apa???



Kerana dirimu begitu berharga..




Sekian.



Tangguh dengan tasbih kafarah.