Sunday 12 February 2012

Couple atau nikah : anda mampu mengubahnya..?

(Nota untuk aku sebelum tibanya hari valentine's..)


Semalam aku pergi ke Baling, Kedah untuk aku menghadiri dan meraikan walimah seorang sahabat aku. Perjalanan yang ambil masa beberapa jam untuk ke sana dan apabila di sana, aku lihat dia penuh bahagia dengan isteri dia. Maklumlah, sudah ada teman hidup. Dan aku bila lagi, aku pun tak tahu. Woha!



Sebelum ini pun, beberapa orang sahabat aku baru je melangsungkan pernikahan dan hampir mereka semua termasuk sahabat aku sorang ni, semuanya masih di alam kampus.


Bila aku tengok beberapa orang sahabat aku yang sudah bernikah ni, maka teringat pula aku beberapa orang sahabat aku yang lain sedang berpasangan atau dalam perkataan standard yang di fahami umum oleh orang Malaysia istilah “couple”.


Mana lagi best, couple ke nikah? Persoalan yang aku tinggalkan pada korang untuk jawab guna iman dan akal korang.


Bercerita tentang couple, aku teringat pula zaman aku dulu masa aku couple dulu. Oh! (awas ! jangan di tiru perbuatan bahaya ini) Terasa nikmat ketika bercouple dan azab ketika clash.



Wah wah wah shuk!! Kau macam menggalakkan orang couple je.



Hish! Baca sampai habis aku tulis dulu, jangan menyampuk. Baca molek-molek. Bila Allah bagi hidayat pada aku, maka aku baru faham erti “nikmat” dan “azab” tu yang sebenar.


Ketika couple kita rasa “nikmat” sebab ia selari dengan kehendak hawa nafsu dan sesungguhnya highway ke lembah dosa dan neraka tu penuh dengan kenikmatan dunia.


Firman Allah yang bermaksud : 

"Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan SENDA GURAU dan MAIN-MAIN. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui"
(QS 29:64)


Dan aku pernah dengar satu riwayat hadis, 


Setelah Allah menciptakan syurga dan neraka, maka Allah perintahkan para malaikat pergi melihatnya. Sekembali para malaikat, Allah bertanya apa pendapat mereka. Malaikat menjawab :

"Tidak akan ada manusia yang akan masuk neraka kerana siksaannya sangat pedih dan dahsyat. Semua manusia akan masuk syurga kerana nikmat di dalamnya sungguh indah."

Allah Taala kemudian memerintah para malaikat untuk melihat kali kedua. Kemudian lepas para malaikat kembali, Allah bertanya sekali lagi pendapat mereka. Kali ini malaikat menjawab :

"Tidak akan ramai manusia yang dapat masuk ke syurga. Ramai manusia akan masuk neraka. Kerana syurga itu di kelilingi oleh perkara-perkara yang sungguh menyakitkan dan menyusahkan ; dan neraka itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang seronok, indah dan mengasyikkan."


Dan perkara  yang paling menakutkan, kalau kita rasa NIKMAT semasa couple ni, maka masa tu kemungkinan besar kita sedang JAUH dari RAHMAT dan KASIH SAYANG ALLAH.


Sebab apa? Sebab masa tu kita mengharapkan sepenuh hati kasih sayang MAKHLUK (kekasih).


Kemungkinan atas dasar tu, ramai orang bercouple ni berani berpegangan tangan, dating sampai lambat-lambatkan solat atau lagi teruk tinggalkan solat, dan paling &$%#*@! (aku tak nak guna perkataan kasar buat masa ni) mengandung anak luar nikah lepas tu buang anak merata-rata.


Isk isk isk. Semoga Allah ampunkan dosa aku dulu.


Jadi ketika clash kita rasa azab sebab kita mula kena tinggalkan highway ke lembah dosa dan neraka dan mula untuk bercanggahan dengan kehendak nafsu. Masa tu (biasanya) barulah kita mula mencari Allah untuk mengadu, menangis-nangis kepada Dia dan kerana masa tu Allah mula berikan hidayat kepada kita walaupun hari-hari Allah dah bagi hidayat pada kita.


Apa antara tanda Allah bagi hidayat? Aku pernah tulis sebelum ni kat sini.


Tetapi shuk, ada juga orang yang clash menangis-nangis, tapi tak lama lepas tu couple lagi. Ada jugak yang takde rasa apa-apa, lepas tu couple lagi. Macam mana tu?


Erk..kenapa aku macam terasa je? Oh! Isk isk isk..


Ni jawapan dari aku yang cap ayam dan yang BUKAN USTAZ.


Ada 2 kemungkinan,

yang pertama dia dah dapat kesedaran bahawa couple ni buang masa, kredit dan tambah dosa selepas dia clash, tetapi kerana lemahnya iman, kekurangan ilmu agama, kurang kasih sayang,pujuk rayu “kekasih” nya, dia masuk semula tol highway ke lembah dosa dan neraka berserta membayarnya dengan nilai sebuah maruah, hidayat, pahala, rahmat dan kasih sayang Allah.


Kedua, semasa bercouple tu, dia hanya nak bersuka ria, bermain-main atau sekadar melepaskan kentut di tangga je. Mungkin juga sekadar nak hilangkan bosan, lepaskan dendam atau geram atau mungkin jugak nak ikut-ikut orang. Sebab tu bila clash, takde rasa apa-apa. (aku betul-betul sangka buruk teramat sangat. Ha ha ha – tak lawak)


Mungkin ada lagi kemungkinan atau sebab selain aku sebut tu, maka korang carilah sendiri. Aku malas nak cari dan menaip.


So, nak salahkan siapa?


Dunia?

Kerajaan?

Media massa?

Sekolah?

Ibu bapa?

Orang yang sia-siakan kesedaran atau hidayat yang Allah bagi?

Lemahnya iman?

Kurangnya ilmu agama?

Pujuk rayu kekasih lama/baru?

Orang yang suka main-main atau berdendam?

Tukang jaga tol highway?

Orang yang kentut di tangga? woha!


Arghh..aku dah mula merepek. So, fikirlah sendiri berpandukan iman, hati dan akal nak salahkan sesiapa. Jawapannya bersifat subjektif.


Ok cukup aku cerita bab couple sampai sini, dan aku juga malas nak huraikan bab bernikah. Nak tau rukun nikah atau apa-apa juga hukum, rujuk buku teks agama atau ustaz, ulamak berdekatan untuk kesejahteraan korang.


Shuk, ceritalah sikit tentang seronoknya bernikah ni. He he he..


Erk, disebabkan aku belum pernah bernikah, jadi aku tak tau cerita apa. So, korang tanyalah orang yang dah bernikah. Jangan tanya aku! Cuma aku ada tulis nota tentang bercinta selepas nikah di sini.
Itupun aku copy paste je. Woha!



Aku hanya nak tulis satu perkara je tentang nikah, iaitu nikah ini SUNNAH Nabi s.a.w. Jika korang ikut sunnah Nabi s.a.w., InsyaAllah kejayaan akan Allah berikan seperti mana Allah berikan kejayaan pada orang-orang sebelum kita.


Last shuk!! Apa hukum bercouple?


Err..sesungguhnya, aku tak layak langsung nak keluarkan fatwa. Jadi, korang tanyalah orang-orang yang alim di kalangan korang. Tapi yang aku berpegang pada pendapat yang aku dapat dari buznama, hukumnya haram bercouple.



Jadi, kita ada masa untuk bertaubat selagi mana pintu taubat masih terbuka luas. Macam mana nak taubat? Aku ada tulis di sini.



Pilihan ada di tangan anda, nak Sunnah atau Punah?


Anda mampu mengubahnya..





Sekian, tangguh dengan tasbih kafarah.



p/s : "Aku mencintaimu kerana Agamamu. Jika hilang Agamamu, maka hilanglah cintaku padamu."
-Imam An Nawawi-

Thursday 9 February 2012

Bersamamu…??

(Aku bukan nak promote diri, tapi aku nak promote islam, promote palestin dan cuba bantu anak-anak palestin walaupun usaha aku teramatlah sikit..)




Kepada semua pembaca/penziarah/musafir di blog biskotmayat,


YBerhormat, Prof, Dato’, Datin Seri, Tuan, Puan, Saudara/i,


MEMOHON SUMBANGAN/DERMA  IKHLAS UNTUK PALESTIN  SEMPENA PROGRAM  MINGGU HAK  ASASI  MANUSIA 2012.


Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dimaklum dan dirujuk.


2.            Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Antarabangsa Ibu Zain (IZISH) akan menganjurkan Program Hak Asasi Manusia (HAM) pada 5 hingga 11 Mac 2012. Secara umumnya, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai isu hak asasi manusia serta meningkatkan kepekaan pelajar terhadap jenayah peperangan di Palestin yang sudah berlarutan lebih 63 tahun ini.


3.            Untuk pengetahuan semua, salah satu sub-program dibawah Program Hak Asasi Manusia (HAM) mengumpul dana RM 100,000.00 untuk disalurkan kepada penduduk Palestin bagi tujuan pembangunan pendidikan.



4.            Sebarang derma atau sumbangan kepada Palestin dibawah Program Hak Asasi Manusia (HAM)  ini, boleh disalurkan melalui deposit wang ke :


a.    Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
1202-9020-7422-14
b.   Akaun Maybank Sdn Bhd
1622-6347-5542

dibawah nama Encik Ahmad Shukery B. Azizan. Sumbangan melalui sebarang cek boleh di pos kepada alamat Bendahari UKM di bawah Program Minggu Hak Asasi Manusia.


5.           Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi saya, Ahmad Shukery Bin Azizan di talian  013-7297785 atau laman web Program Hak Asasi Manusia, http://crimes-of-war.blogspot.com/


Sekian terima kasih.



Berkhidmat untuk ummah dan Islam,


Ahmad Shukery Bin Azizan,
Ketua Penyelaras Donation Drive,
Minggu Hak Asasi Manusia (HAM),
Kolej Antarabangsa Ibu Zain,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
No Hp : 013-7297785


INI ADALAH CETAKAN KOMPUTER, TANDA TANGAN TIDAK DIPERLUKAN


p/s : Aku buat kutipan ini SAMPAI HABIS PROGRAM (11 Mac 2012). Selepas program TAMAT, TIADA LAGI SEBARANG KUTIPAN AKAN DI LAKUKAN OLEH AKU.

Wednesday 8 February 2012

Robohnya binaan dosa..?

(aku ada teka teki, macam mana orang tua boleh jadi budak-budak?)



Minggu lepas aku jadi fasilitator (fasi) untuk program motivasi untuk budak sekolah di perak. Ni kali kedua aku jadi fasi untuk program motivasi budak sekolah. Berbeza program motivasi aku kali ini dengan yang sebelum ni walaupun kedua-duanya ada tujuan utama yang sama, iaitu untuk bina sahsiah. Masa program motivasi aku pergi tahun lepas, aku jadi fasi untuk pelajar sekolah yang ambil aliran agama (KAA) tapi kali ini aku berhadapan dengan pelajar-pelajar yang dari 6 buah sekolah menengah yang berbeza, latar belakang berbeza, ambil jurusan yang berbeza dan perangai yang berbeza tetapi mereka semua ada 1 persamaan, mereka semua tingkatan 4. woha~



Sepanjang aku dengan mereka sebagai fasi, macam-macam karenah budak yang aku jumpa walaupun masa mula-mula pendaftaran je, dah ada yang mula nak tunjuk belang dengan aku, mentang-mentang la aku masa awal-awal sorang je fasi lelaki.



So, apa masalah pada budak-budak ni shuk?



Ada beberapa masalah la yang aku dapat kenal pasti, dan salah satunya yang paling aku terkejut, ada seorang pelajar ni (dirahsiakan identiti walaupun korang takkan kenal siapa dia), keputusan PMR dia dapat 8A, tapi dia sangat tak puas hati dan renyukkan slip keputusan PMR tu hanya kerana dia tak dapat 9A PMR. Ada pelajar yang lain pula, dia seorang yang panas baran. Dengan mak ayah dia pun jadi mangsa dia marah. Fuh!


Dan 1001 cerita (walaupun tak sampai 1001 pun) tentang masalah budak-budak ni yang ada kebanyakkan mereka taknak cerita masalah masing-masing. Aku takde masalah pun, itu rahsia peribadi.


Tetapi masa akhir program, nampak la riak wajah insaf pada muka masing-masing. Kebanyakkanya berjanji dan berazam nak berubah kepada yang lebih positif.
Dengan erti kata lain, mereka ni bertaubat dengan kesilapan dan kesalahan masing-masing (aku sangka baik. hehe).

       (err..ada riak insaf tak kat muka masing-masing? woha!)


(suara sesat) : Tapi macam mana kalau aku nak bertaubat shuk?


Ha, ini yang aku nak bagitau. Taubat tu apa? Taubat tu maksudnya “kembali”.
Sesungguhnya Allah lebih “gembira” apabila ada seorang hamba-Nya datang dan bertaubat kepada-Nya melebihi dari seorang ibu yang kehilangan anak lepas tu jumpa balik anaknya tu ataupun seseorang yang terlalu lapar pada waktu malam kemudian menjumpai megi atau biskut untuk di buat makan - tak lawak-


Dan apabila seorang tu bertaubat, maka dia kembali kepada budak-budak. Budak-budak ni kan tiada dosa, tapi kalau kita ni yang dah tua ni banyak dosa. Jadi kalau bertaubat, maka terhapuslah dosa macam kembali kepada budak-budak. Bukannya korang kena pakai pampers atau kena masuk tadika balik! paham molek-molek..



Jadi macam mana cara nak bertaubat?


Ha, yang first sekali mesti kena berhenti buat terus. Contoh kalau korang jenis yang ketagih pil kuda, kemudian dah tak nak ambil pil kuda. Tetapi kat tangan ada 3 biji pil kuda, jangan la simpan, buang. Pil kuda untuk kasi kuda makan, bukan orang yang makan.


Yang kedua kena betul-betul menyesal dalam hati atas apa yang korang buat. Jangan pula korang bangga dengan apa yang korang buat tu. Contoh, kalau korang dulu pernah tak solat dengan sengaja, tak payah post dekat fb yang korang  bangga tak solat!


Yang ketiga, kita berazam tak nak buat lagi selama kita hidup walaupun satu ketika nanti korang mungkin akan terbuat kerana korang tersilap, tapi setakat ni korang berazam tak nak buat lagi. Bukannya hari ni bertaubat, esok buat lagi. Lepas tu lusa bertaubat kemudian buat lagi. ibarat macam korang sekolah ; hari ni pegi sekolah, esok tak nak pergi sekolah dan seterusnya. Kalau aku pengetua korang, memang kau takkan kembali semula ke sekolah.


Ha, selepas ketiga-ketiga ni korang dah buat, maka sunat untuk korang ambil wuduk dan mengadap kiblat solat sunat 2 rakaat, kemudian istighfar la sebanyak mana yang mungkin. Ada ulama’ cakap istighfar 70 kali.


Lepas tu, korang mula la buat perkara-perkara yang baik. Mula-mula memang susah (sebab aku pernah alami), tapi kata seorang sahabat aku, kalau bukan hari ni kita nak berubah, bila lagi nak berubah? Jangan bertangguh dalam nak buat kebaikan!



Jadi yang terakhir sekali, kalau adik-adik yang pernah dengan aku masa program motivasi dan juga kepada diri aku sendiri, buatlah kebaikan sebanyak mana yang korang boleh  sepanjang sisa hidup korang ni. Hidup ni tak lama, jadi kena pandai la “berjimat cermat”. Kalau tak, korang juga yang rugi.



Sekian, kita tangguh dengan tasbih kafarah.



p/s : 1.dah jumpa jawapan teka teki atas tu? Disebabkan hari ni aku perasan baik, maka aku bagitau la jawapannya, jawapannya adalah taubat. Selamat bertaubat :)


2. Firman Allah yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taubat (Taubat nasuha), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya ; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita) : “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
Surah At-Tahrim : 8

Monday 6 February 2012

Halaqah sentuhan kalbu – edisi maulidur rasul..?

(walaupun aku terlepas nak update semalam, tapi aku tetap nak update nota untuk aku. Baca monolog ini dengan alunan Quran atau iringan lagu dibawah..)



Opening music (Pot the elegance of pachelbel serenade)..




Dalam kedinginan sepertiga malam dan keheningan subuh, selepas selesai tahajjud cinta dan solat subuh berjemaah, kini bersiap sedia dengan pakaian baju melayu cekak musang dan bersamping untuk berkumpul bersama sahabat handai untuk ke dataran bagi perarakan maulidur rasul  secara besar-besaran…

Disebalik segala nikmat islam dan iman yang kita perolehi hari ini, tidak terkira banyaknya manusia yang telah mengorbankan seluruh air mata, masa, harta, darah malah nyawa mereka untuk agama Allah…


Mungkin kita terlupa ketakutan Rasulullah s.a.w. setelah di datangi Jibrail a.s untuk menyampaikan wahyu kepada baginda yang seterusnya tertabalnya baginda sebagai Nabi dan Rasul bongsu atau yang terakhir sebagai penutup sekalian para Nabi dan Rasul. Baginda balik ke rumah menggigil sehingga minta di selimutkan isteri kesayangan baginda, Khadijah r.anha lalu isteri baginda menenangkan baginda.. Maka bermulalah detik sebuah pengorbanan seorang kekasih Allah demi ummat baginda ketika itu dan akan datang….




Dalam kemeriahan berkumpul di dataran bersama sahabat handai, semua berpakaian molek-molek belaka, ada yang sanggup beli baju baru, ada yang bawa sepanduk dan banner serta berbagai lagi bagi persediaan perarakan Maulidur Rasul..

Disebalik segala nikmat islam dan iman yang kita perolehi hari ini, tidak terkira banyaknya manusia yang telah mengorbankan seluruh air mata, masa, harta, darah malah nyawa mereka untuk agama Allah…


Rasanya kita mungkin terlupa ketika mana Rasulullah s.a.w. yang sebelum ini digelar Al-Amin atau orang yang sangat dipercaya kata-katanya oleh orang Quraisy berdiri di bukit safa, lantas baginda menyeru dan mengajak kepada semua manusia di situ untuk beriman kepada Allah Yang Esa bersama risalahnya, namun seruan baginda bukan sahaja di tolak, malah baginda di hina, di caci maki, di cela oleh orang ramai di situ.

Maka bermulalah saat sang Nabi bongsu dan para sahabat r.ajmain yang berada di sisi bagina berkorban demi ummat ketika itu dan yang akan datang…



Dalam kegembiraan berarak beramai-ramai dengan pakaian yang cantik molek bersama sahabat handai sambil membawa sepanduk, banner dan sebagainya diiringin dengan selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. sehingga ada ketika mengeluh kerana kepanasan dan kepenatan berarak lalu berhenti berarak dan duduk di tepi kipas atau bawah pokok berdekatan..

Disebalik segala nikmat islam dan iman yang kita perolehi hari ini, tidak terkira banyaknya manusia yang telah mengorbankan seluruh air mata, masa, harta, darah malah nyawa mereka untuk agama Allah…


Mungkin kita terlupa pada Summayah r.anha yang di tombak sehingga mati kerana agama ini, atau keluarga yassir yang turut mati di seksa, Khabab r.anhu yang telah dibaringkan di atas bara api kerana menyatakan keimannya kepada Allah dan rasul sehinggakan nanah, peluh dan darah yang mengalir keluar dari tubuhnya MEMADAMKAN BARA API yang dinyalakan, semuanya dilakukan demi kebahagiaan ummat ketika itu dan akan datang untuk merasai NIKMAT ISLAM dan IMAN!

Sesungguhnya, mereka sanggup terus berkorban dan terkorban supaya agama ini sampai sehingga hari kiamat…



Dalam keashikan kita menjamah makanan dan minuman setelah penat berarak yang di sediakan penganjur sambil mendengar ceramah, yang dimana menunya ada ayam panggang dan lain-lain. Selepas itu mendengar azan yang dikumandangkan oleh Bilal yang menandakan sudah masuk waktu zohor..

Disebalik segala nikmat islam dan iman yang kita perolehi hari ini, tidak terkira banyaknya manusia yang telah mengorbankan seluruh air mata, masa, harta, darah malah nyawa mereka untuk agama Allah…


Mungkin kita terlupa sekejap pada Bilal Bin Rabah yang hayat hidupnya di seksa, di jemur pada pasir sedang di dadanya di letak dengan batu sebesar raksasa, dan hidupnya hampir setiap hari di cemeti bergilir-gilir. Kemudian mengenai kisah Rasulullah ketika mana baginda ke Taif untuk menyampaikan islam kepada mereka, namun di sana baginda di cerca, di halau, di hina, di ejek beramai-ramai lantas di baling kayu dan batu sehingga baginda cedera dan berdarah..

Sesungguhnya segalanya di lakukan demi ummat agar islam dapat di rasai sehingga bayi yang terakhir lahir di atas muka bumi ini..



Dalam rangkap-rangkap terakhir ini, izinkan aku untuk menceritakan sebuah kisah ringkas Rasulullah s.a.w. yang menderita kerana agama, berkorban dan sanggup meletakkan Islam melebihi harta dan nyawa baginda demi ummat yang akan datang..



Mungkin kita terlupa seketika detik dimana Nabi Muhammad s.a.w. keluar dar rumah dengan pakaian yang bersih, tetapi bila pulang kerumah, baju baginda sudah kotor kerana sepanjang di jalanan untuk menyebarkan Islam, baginda di pukul orang, di sepak terajang, di simbah najis dan di baling batu..


Dari celah daun pintu, Fatimah r.anha, anak baginda mengintai perlakukan ayahnya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya. Namun setelah baginda pulang, maka segera di sapu air mata dan di sambut ayahnya yang tercinta dengan senyuman yang sangat manis demi menyembunyikan kesedihan diri untuk memberi sokongan moral dan hiburan kepada jiwa luhur ayahnya yang teramat sabar dan tabah itu.


Tetapi, hati anak mana yang tahan melihat ayahnya di seksa saban hari demi hari..?


Lantas beliau mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung, sepanjang di jalanan untuk menyebarkan Islam, ayahnya di pukul orang, di sepak terajang, di simbah najis, dilayan seperti pengemis dan di baling batu..


Antara penghinaan yang paling perit di rasai oleh jiwa-jiwa manusia yang mengetahuinya, ketika mana Nabi bersolat di hadapan Kaabah, lalu Abu Jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut untuk ke belakang badan baginda yang sedang sujud... Dengan linangan air mata, Fatimah r.anha datang membersihkan najis di badan ayahnya..


Dengan air mata bergenang, Fatimah r.an ha berkata :
“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar wana kulitmu dan kotor pakaianmu..”


Nabi menjawab..



“Jangalah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, agama yang aku bawa ini akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan memasukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam..”



Allahu Rabbi….




Pesanan terakhir dari aku untuk nota kali ini, bersyukurlah dengan nikmat beragama iaitu nikmat ISLAM dan IMAN yang telah di sampaikan dan diperjuangkan oleh mereka-mereka yang sanggup mengorbankan seluruh air mata, masa, harta, darah malah nyawa mereka untuk agama Allah…



Lakukanlah sesuatu untuk agama ini, sumbangkanlah walaupun korang hanya mampu sumbangkan masa korang untuk agama. Sumbangkanlah.. tunjukkanlah kecintaan korang kepada Nabi Muhammad s.a.w. bukan sekadar hanya pada selawat dan salam, tetapi dari sudut tindakan dan perbuatan..





Sekian…





p/s : Sesungguhnya, dalam kegembiraan kita mengecapi nikmat islam dan iman hari ini, dalam bersolat berjemaah, berpuasa, rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat beragama ini, tidak terhitung banyaknya masa, harta malah nyawa yang berkorban dan terkorban untuk ummat ini….


- Selawat -