Tinggal esok hari terakhir sebelum menutup tirai tahun 2012. Sepanjang
tahun 2012, bahkan sepanjang sejarah kehidupan saya, (kini baru sekitar awal 20-an), antara perkara yang
menyerikan diari hidup saya adalah kehadiran sahabat-sahabat.
Ya,
sahabat daripada saya masa belum bersekolah (termasuk tadika), semasa zaman
persekolahan, zaman di PLKN, zaman matrikulasi dan zaman kampus. Mereka antara manusia-manusia
yang ditakdirkan Allah menyerikan perjalanan hidup saya dalam mengenal Allah
dan tujuan penciptaan saya.
Sahabat baik saya sejak sebelum sekolah (dari kiri : Firdaus, Aman) |
Sahabat baik saya semasa zaman persekolahan. |
Sahabat baik saya semasa zaman PLKN. |
Sahabat baik saya semasa zaman Matrikulasi |
Sahabat baik saya semasa zaman kampus |
Saya
sangat suka mencari sahabat, kerana mereka inilah yang akan menjadikan
hari-hari saya bertambah gembira. Saya akui, sejak dari kecil, saya rasa hidup
saya banyak bersendirian. Saya ditakdirkan membesar tanpa adik beradik dan
kurang kasih sayang seorang ayah. Saya rasa amat sunyi terutama bila berada
dibilik seorang diri. Untuk mengisi masa yang ada, aktiviti yang selalu saya
suka buat adalah berkhayal dan bercakap seorang diri (saya tulis bukan untuk
meminta simpati, jauh sekali untuk membuka aib orang lain dan diri sendiri).
Sehingga
tahap pernah sekali saya mempertikaikan takdir terutama sekali bila saya
melihat keluarga orang lain bahagia.
“Kenapa
aku takde akak, abang dan adik?”
“Kenapa
ayah aku bercerai?”
“Kenapa
aku jadi macam ni!”
Ini antara
persoalan yang selalu bermain difikiran saya. Sehingga saya tidur dengan air
mata bila fikir tentang perkara ini.
Jadi,
demi mengisi kekosongan yang ada, saya mencari sebanyak mungkin sahabat agar
saya rasa hidup saya lebih bermakna. Dan apabila sudah ada, saya akan menarik
perhatian mereka seboleh yang mungkin agar mereka mahu terus bersahabat dengan
saya. Tak kira sama ada saya akan buat lawak bodoh, buat perangai seperti
budak-budak (walaupun dah besar), bergurau sehingga saya tak perasan gurauan
saya itu kasar, dan macam-macam cara. Semuanya kerana saya nak menggembirakan
sahabat saya dan tidak mahu mereka hilang dari diari hidup saya.
Dan
bila saya semakin dewasa, barulah saya faham kenapa Allah mentakdirkan saya
sebegini. Antara hikmah terbesar saya dapat adalah ia mendidik saya agar cuba
menjadi sahabat yang baik untuk semua sahabat saya dan menghargai mereka sedaya
yang mampu. Meskipun ramai sahabat saya yang berbeza ideologi, pendapat, fikrah, hala tuju, bangsa, hatta agama sendiri. Rasanya jika saya ada adik beradik, mungkin saya tidak berapa
menghargai kehadiran sahabat dalam hidup saya.
Ya,
mereka adalah antara permata yang bernilai untuk saya simpan dalam perjalanan
hidup saya.
Walaupun
ada sahabat yang banyak sakit hati dengan saya, marah dengan saya, tidak puas
hati dengan saya, tak kurang juga ada yang membenci saya. Saya tahu dan sedar
akan hakikat itu. Sebab saya tahu, saya tak mampu untuk memuaskan hati semua
orang dan itu kelemahan saya.
Andai
ada sahabat saya yang terbaca luahan saya ini, saya memohon berbanyak kemaafan.
Maaf, sehingga kini, saya masih tidak mahir dalam menjaga hati dan perasaan
orang. Saya masih belajar banyak perkara. Jika tidak puas hati, luahkan pada
saya supaya dapat saya belajar untuk masa depan.
Kalau
boleh, saya tidak mahu persahabatan saya dengan mereka terhenti hingga saya
mati.
Tapi
lebih dari itu, saya mahu berjumpa mereka semula, insyaAllah di Syurga nanti.
Kerana
mereka adalah sahabat juga permata hati saya, untuk saya bawa sepanjang perjalanan hidup
saya mengenal Ilahi.
Moga
itu menjadi realiti.
Amin..
Firman
Allah dalam al Quran,
Terjemahannya
;
“Wahai
umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya
di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan
kamu).”
(Surah
al Hujurat 49: 13)
Akhir sekali, terima kasih sahabat kerana sudi hadir dalam diari hidup saya untuk menceriakan perjalanan hidup saya. Saya sayang sahabat saya semua kerana Allah. ^__^
Moga
Allah redha.