Selepas
solat maghrib tadi, jumpa seorang kanak-kanak yang kerap pergi ke surau kolej
saya. Sebelum ini, saya kerap nampak dia solat berjemaah di surau, dan hari ini
hati saya tergerak untuk bertanyakan sesuatu.
Saya
: “Adik nama apa?”
Danial
: “Muhammad Danial..” (sambil tersenyum)
Saya
: “Adik umur berapa..?”
Danial
: “12 tahun..”
Setelah
berbual beberapa ketika, saya tanya satu soalan yang memang saya nak tanya,
Saya
: “Adik datang surau ayah suruh ke?”
Danial
: “Tak.. nak datang sendiri..”
Saya
terdiam.. dan tersenyum..
Detik
hati saya,
“Jika
waktu sekarang ni, kebanyakkan kanak-kanak sedang menonton televisyen atau
bermain game, tetapi dia berada di surau.. Allahu Allah..”
Pelajaran penting untuk kanak-kanak.
Ketahuilah,
saya bukan seorang ayah. Cuma bakal seorang ayah suatu hari nanti. Bila tu,
saya pun tak tahu. Jika Allah panjangkan umur saya, insyaAllah saya akan diberi
peluang menjadi seorang ayah.
Tetapi
tak salah rasanya untuk saya memberi pendapat kepada golongan ibu bapa ni.
Saya
pernah alami zaman kanak-kanak, dan ketika itu, antara perkara yang saya suka
buat adalah berbuat baik.
Ya,
pelajaran paling penting untuk seorang kanak-kanak adalah mengajar untuk
berbuat baik. Dan berbuat baik ini juga antara perkara yang paling kanak-kanak
suka.
Buktinya?
Sejak
bila kita hafal nama para Nabi?
Bermula dari Nabi Adam sehingga Rasulullah sallallaahu
alayhi wa sallam. Saya percaya, kebanyakkan dari kita akan menghafal daripada
lagu nasyid yang di nyanyikan kumpulan Raihan.
Begitu juga pepatah yang mungkin
sebahagian besar dari kita tahu dan selalu sebut ketika zaman kanak-kanak,
“Tipu dosa,
Mati seksa,
Masuk neraka.”
Dan banyak lah pepatah dan lagu
yang membawa ke arah kebaikan, yang dihafal oleh kanak-kanak.
Jadi, apa salahnya jika ibu bapa
menambahkan lagi “mata pelajaran” yang baik untuk kanak-kanak.
Kain putih.
Anak yang kecil itu fitrah. Ia
ibarat kain putih.
Ibu bapalah yang meYahudikan
anak yang asalnya fitrah…
Ibu bapalah yang meNasranikan
anak yang asalnya fitrah…
Ibu bapalah yang meMajusikan
anak yang asalnya fitrah…
Dan ibu bapa jugalah yang paling
pakar dan berpengaruh untuk meMUSLIMkan anak yang sedia fitrah itu..
Apa pilihan kita?
Moga Allah redha.
betul, anak kita umpama kain putih. Kita kena bijak mendidik mereka. :)
ReplyDelete