Wednesday 26 October 2011

Menuntut ilmu sampai ke FPI..??


(aku tertanya-tanya, kenapa segelintir budak yang belajar dalam bidang agama, tak kisah dari sekolah rendah hinggalah ke university, ada yang tak amal agama…)


Hari tu selepas solat maghrib, aku berbincang dengan sorang kawan aku tentang masalah umat (gaya lelaki harapan akhir zaman), dari topik apa tah sehinggalah satu topik tentang kenapa segelintir, (aku rasa keterlaluan kalau aku cakap sebahagian) budak yang belajar bidang agama, yang dulu sekolah agama ke, maahad tahfiz ke, atau apa-apa lah sehingga ke tahap university, ada yang nak jaga solat berjemaah pun susah. Apa tah lagi amalan-amalan lain. Malah ada segelintir yang boleh terpesong sampai masuk ajaran sesat. Err…

Tapi peliknya, kadang-kadang bila ke surau-surau di sekitar kampus (tak kisah la university mana-mana pun), kebanyakkan yang hadir adalah dari golongan pelajar yang bukan ambil jurusan agama sebagai major subject.

Aku cuba sangka baik, yang belajar bahagian agama tu ada kelas, ada mengajar kat surau-surau atau solat tempat lain. Tapi bila aku tengok solat subuh, yang ada tetap orang-orang yang sama. Aku dah mula sangka buruk. Haha..tak payah tau apa yang aku fikirkan.

Kadang-kadang kalau aku pergi surau-surau yang kat luar kampus, aku ada terjumpa sekumpulan manusia yang berjubah putih, berserban, berjanggut panjang, malah ada yang muka muda-muda lagi yang mungkin boleh di syaki sebagai ahli golongan tabligh, bila aku tanya yang pemuda-pemuda yang ikut tu belajar jurusan atau course apa, kebanyakkan mereka akan cakap lebih kepada jurusan sains, sastera, sejarah, psikologi dan bla3. Jarang juga aku jumpa yang kata dari jurusan agama. Ada tu memang ada, tapi mungkin aku je yang tak jumpa kut.

Dan kadang-kadang aku jumpa sekumpulan manusia yang berkopiah, ada berjubah duduk keliling membuat bulatan yang boleh disyaki sedang ber”usrah”, bila aku tanya kebanyakkan daripada mereka jugak ambil kepada jurusan sains, sastera, sejarah, psikologi dan bla3. Jarang juga aku jumpa yang kata dari jurusan agama. Ada tu memang ada, tapi mungkin aku je yang tak jumpa kut.

          Jadi aku tertanya, mana golongan agamawan ni? Aku pernah berbual dengan seorang atuk ni, gaya dia seolah pengikut jemaah tabligh, dia cerita zaman nabi s.a.w. dulu, yang bawa tugas agama atau tugas dakwah ni kebanyakkan orang-orang yang tak pandai, miskin, hamba. Macam juga hari ni, kebanyakkan orang yang sanggup buat kerja dakwah ni kebanyakkannya dari golongan bukan dari jurusan agama. Aku anggukkan je walaupun hakikatnya aku nampak juga realiti hari ni.

Malah kalau kat kampus, aku pernah jumpa beberapa orang students bukan FPI (Fakulti Pembinaan Iman..woha!) ambil subjek dari FPI dan kebanyakkannya amik subjek metodologi dakwah. Dan beberapa students tu berasal dari FST (faculty of Spiritually Tarbiyah..woha!).

Maka aku yang hina dan penuh dosa ni berpendapat, mereka yang bukan dari latar belakang pendidikan agama boleh amal agama dengan baik sebab mereka banyak menuntut ilmu secara tidak formal dan niat mereka memang kebanyakkannya nak menuntut ilmu untuk di amal. Contoh, mereka sanggup ke surau-surau atau fakulti yang berlatarkan islam untuk cari ilmu agama untuk di amal tanpa harapkan ganjaran ataupun tujuan lain macam nak jawab exam ke, atau lain-lain.

Sedangkan segelintir pelajar yang berlatar belakang pendidikan agama susah nak amal agama walaupun dah hari-hari mengadap kuliah-kuliah islamik datang kuliah semata-mata nak jawab exam masa final nanti. Ataupun nak datang kuiz atau dapat tanda attendance.

Wah-wah shukery…sedap kau mengutuk pelajar-pelajar agama ni..

Aku minta ampun pada Allah, minta maaf kalau aku terfitnah ke, tapi aku cakap SEGELINTIR. Bukan SEMUA. (sambil sapu air liur yang bertakung di tepi bibir jap, slurrrp-sapu dengan lidah-woha!)

Aku teringatkan hadis nabi s.a.w. yang maksudnya ;

Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.
(Hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

Aku takkan syarah hadis ni sebab aku tak layak sampai bila-bila, tapi kalau lihat secara zahir hadis ni,
Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi..”
Oleh itu, “..penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”

Jadi aku rasa korang faham kut kenapa segelintir pelajar yang belajar agama susah nak amal agama.

Tapi shuk…macam mana pulak dengan pelajar yang bukan aliran agama, tapi boleh amal agama dengan baik??

Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan..”

Jadi mungkin budak tu cari ilmu agama sebab dia nak amalkan. Sebab tu dia boleh amalkan agama dengan baik..

So kesimpulannya, niat kena diperbaharui. Tak kisahlah pelajar aliran agama, sains, sastera atau apa-apa la. Ada ulama’ nasihat, niat kena sentiasa di betulkan sebelum, semasa dan selepas kita buat sesuatu tu lagi-lagi dalam menuntut ilmu.



Shukery!! Last2..kau pernah pergi FPI tak..??

Err….
aku dengan perasan bagusnya menyatakan “ya”! Aku pernah pergi ke FPI untuk ke café canselori sebab makanan kat situ sedap. Woha!


p/s :
1. Semoga aku dapat amalkan apa aku tulis.
2. tuntutlah ilmu sampai ke negeri china.. peace :)

Tuesday 4 October 2011

Nak haji dan umrah percuma..??

(dulu masa cuti semester, aku pernah balik rumah lewat lepas solat subuh dalam hampir pukul 7 lebih. Pakcik aku tanya, kenapa balik lewat, aku tersenyum dan dalam hati aku cakap aku pergi cari pahala haji dan umrah…)



Pengumuman!!


Hari ni biskotmayat travels & tours Sdn. Bhd. ingin mempromosikan berkaitan dengan haji dan umrah bagi sesiapa yang tidak mampu atau mempunyai duit tapi berniat untuk pergi atau dapat pahala haji dan umrah. Di bawah ini kami menyediakan tentatif seperti berikut :



Tarikh : Setiap hari tanpa mengira hari cuti umum.

Masa : Selepas solat subuh berjemaah sehingga matahari naik.

Aktiviti : sepanjang menunggu matahari naik, kita meningati Allah seperti berzikir, membaca Al Quran dan sebagainya.


Tarikh mula promosi : sejak dari zaman Nabi s.a.w.
Tarikh tamat promosi : selepas menjadi mayat


Yuran : Tiada caj dikenakan, tiada yuran tersembunyi, tiada cengkeram, tiada pinjaman atau sebagainya. Yang diperlukan ialah keinginan dan kekuatan untuk melakukan.




Sebarang kemusykilan atau keraguan, sila rujuk ustaz, ulama’, kiai berdekatan anda.



"Barangsiapa yang bersolat Fajar (Subuh) berjemaah, kemudian duduk dan mengingati Allah sehingga matahari naik, kemudian bersolat 2 rakaat, akan mendapat ganjaran seperti Haji dan Umrah." Dia berkata : Rasulullah saw berkata : "sempurna, sempurna, sempurna".
(Didalam Al-Jumu'ah 535) Hadith ini dikelaskan sebagai HASAN oleh Al-Albani didalam Sahih Sunan al-Tirmudzi, 480.



Jom beramai-ramai kita merebut peluang ini! Woha!





p/s : 1. Aku tulis tak bermaksud aku TAK SURUH pergi tunaikan haji dan umrah di tanah suci sana. Ini GALAKAN sahaja. Takut-takut tak sempat tunaikan haji, dah jadi mayat. Oh!

Monday 3 October 2011

Pesta Konvo UKM tak ramai..??

(isu ni dah lepas dah, dan sengaja di bangkitkan bukan berfokus pada pesta konvo, tapi kepada.....)


BANGI, 2 OKTOBER – Pesta Konvokesyen ke 39 (Pesta Konvo) UKM yang bermula pada 22 september dan tamat pada 27 september minggu lepas mendapat sambutan yang kurang menggalakan. Pesta konvo kali ini dikatakan membuat sedikit kelainan berbanding pesta konvo sebelum ini.Banyak reaksi daripada pelbagai pihak mengenai pesta konvo kali ini termasuk yang pro mahupun yang kontra.

Semalam, Shukery (penulis blog biskotmayat) apabila di temui selepas solat subuh (gaya lelaki beriman akhir zaman) yang pada mulanya enggan mengulas lebih lanjut isu tentang apa yang berlaku mengenai pesta konvo kerana beralasan bahawa beliau tidak terlibat secara langsung dengan pesta konvo tersebut. Namun setelah beliau dipujuk dan dibawa makan ke kedai mamak di luar kampus lalu dirasuah dengan nasi lemak dan teh o, beliau menyatakan tentang isu pesta konvo iaitu :

saya sebenarnya secara jujur tidak risau sangat dengan kekurangan pengunjung yang datang pada pesta konvo kali ini. Apa yang saya risau adalah kekurangan mahasiswa/i terutama yang lelaki turun ke surau dan masjid untuk solat berjemaah. Perkara seperti ni sudah lama wujud. Menyebabkan kadang-kadang ada surau yang azan lewat dari waktunya. Bukan lewat sikit, lewat sangat. Malah lebih nazak lagi, ada waktu yang tiada orang solat berjemaah di situ. Saya yang perasan bagus ini sangka baik mereka semua pergi ke kelas. Tapi takkan semua ke kelas dalam masa yang sama? Dan saya sangka buruk pada mereka, mereka malas nak ke surau kerana menanggap solat di bilik dan solat di surau sama je dalam melaksanakan perintah Allah. Oh!”

Dalam mengulas sambil mengunyah nasi lemak ayam, beliau menyatakan bahawa seorang sahabat kata wajar dituang timah yg mendidih ke telinga org yang dengar azan tapi tak nak datang solat jemaah. Nabi s.a.w. pernah juga menyatakan bahawa baginda ingin mengumpulkan anak muda dan bawa kayu api untuk membakar rumah orang-orang lelaki yang solat fardhu dirumah sambil beliau berceloteh :

“kalau aku ahli bomba, aku akan buat kajian kat rumah atau bilik yang terbakar ,kemudian check sama ada orang dalam rumah atau bilik tu ada tak yang pergi solat jemaah. Kalau takde, memang patut lah rumah atau bilik mereka terbakar.”

Menurut beliau lagi, antara masalah yang menyebabkan ramai yang tidak hadir solat jemaah adalah tidak faham dan tidak tahu dengan fadhilat solat berjemaah dan amaran keras jika meninggalkan solat berjemaah bagi lelaki.

ramai yang tak faham fadhilat solat berjemaah yang antaranya 40 hari tak ketinggallan takbir pertama bersama imam bebas dari sifak munafik dan bebas dari azab neraka! Maknanya selagi 40 hari tak dapat takbir pertama memang ada sifak munafik, bukan aku kata tapi Nabi kata! Ini kan pula siapa yang 40hari tinggal solat berjemaah dan lagi parah tinggal solat fardhu. Selain tu, satu fakta yang dapat dari Palestin, kata org yahudi, selagi bilangan orang yang datang sembahyang subuh berjemaah, tak sama dengan sembahyang jumaat berjemaah, selagi itulah palestin di bawah tapak kaki kami selamanya. Banyak lagi fadhilatnya kalau nak cakap. Silap-silap kalau aku cerita sampai habis, memang kau(wartawan) kena belanja aku nasi goreng dengan secawan teh o pulak. Woha! “

itu antara yang diulas oleh beliau ketika menghabiskan sisa nasi lemak yang berbaki itu. Selepas menghirup air, beliau kemudian menyambung,

antara sebab orang islam terutama mahasiswa hari ni kurang ke surau atau masjid untuk solat berjemaah kerana takut tak sempat siapkan assignment atau thesis padahal dah la buat last minute. Sahabat dulu sanggup tinggalkan kerja dunia lepas dengar azan walaupun dah hampir nak siap kerja tu. Cadangan aku, untuk orang-orang yang rajin ke surau atau masjid, perbanyakkan lah ziarah rakan-rakan sebilik, atau jiran-jiran bilik atau seblok dan ajak mereka untuk turun ke surau atau masjid. Bukan lama pun, tak sampai setengah jam. Kemudian, di tambah dengan buat program-program menarik yang boleh menarik orang turun ke surau dan masjid, lepas nampak mereka dah turun je, terus “tangkap” atau bagi kata-kata semangat supaya menjadi asbab dia rajin ke surau atau masjid. Lepas tu, kepada yang rajin ke surau atau masjid ni, perbanyakkan doa khas untuk kawan-kawan yang tak rajin turun ke rumah Allah ni supaya dapat hidayah rajin ke surau atau masjid. Dan terakhir sekali, aku menyeru kepada kerajaan atau kementerian pelajaran tinggi (kalau baca), masukkan akta denda bakar bilik kepada sesiapa yang tidak solat berjemaah dengan sengaja di surau atau masjid dalam AUKU. Woha! “

Sebelum beliau beredar untuk ke kuliah, beliau menyatakan bahawa pesta konvo kali ini agak menarik pada beliau kerana ada azan berkumandang dan tazkirah walaupun masih banyak lagi kekurangan dari sudut yang lain. Dan beliau juga menyatakan harapan tinggi dan percaya bahawa tahun ini mungkin berlaku peningkatan kehadiran solat berjemaah 5 waktu untuk setiap kolej kediaman di UKM dan di masjid universiti dengan kehadiran pelajar-pelajar tahun satu kali ni yang di hebahkan mempunyai pointer yang tinggi-tinggi. Ini kerana beliau sendiri melihat kehadiran solat berjemaah di kolej beliau (Kolej Ibu Zain) agak meningkat walaupun surau yang kecil. 



*Semua situasi (wartawan, pergi kedai makan, nasi lemak dan teh o serta lain-lain) adalah rekaan penulis. Cuma nak ditekan akan contents SAHAJA. tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan politik. sekian.




p/s :
1. Sumber dipetik bukan dari buznama.
2. sembahyang mayat adalah berjemaah. Tak nak training solat berjemaah sekarang ke sebelum “kena” solatkan secara berjemaah di kemudian hari? oh!