Wednesday 11 July 2012

Persiapan Ramadhan VS Syawal..?

kredit to : Raudhah Ramadhan



Sejak aku dari kecil, aku selalu dengar tentang persiapan hari raya aidilfitri atau bulan Syawal. Bermula dari keluarga sendiri, sampai ke radio dan televisyen malah jiran-jiran rumah pun berbual tentang perkara ni. Manakala dari kawan-kawan aku pula, soalan yang paling famous sekali,


“Baju raya tahun ni colour apa? Berapa pasang?”

“Kau balik kampung tak tahun ni?”

“Tahun ni kita nak pergi beraya kat mana?”


Dan macam-macam la. Orang ramai sangat concern tentang persiapan hari raya ni, terutama beberapa hari lagi sebelum hari raya.


Manakala bila aku dah sambung belajar pula, antara perkara yang biasa dengar ;


“Kau dah beli tiket balik raya?”

“Raya nanti kau datang beraya rumah aku tau”

“Nanti balik jangan lupa bawak makanan”

“Nanti aku nak duit raya. Woha!”

Kredit to : Raudhah Ramadhan lagi

Aku tak kata tak bagus, bagus la buat persiapan awal. Dalam apa jua perkara, kena ada persiapan. Hatta nak makan pun kena buat persiapan jugak.


Cumanya, ada satu lagi persiapan yang segelintir besar masyarakat muslim di Malaysia tak terfikir untuk buat persiapan, malah lagi teruk tak ambil tahu pun nak buat persiapan, iaitu persiapan untuk bulan RAMADHAN.


Jarang sekali aku dengar orang tanya aku ;


“10 Ramadhan terakhir tahun ni nak iktikaf kat masjid mana?”

“Puasa kali ni nak khatam Quran berapa kali?”

“Ramadhan ni aku nak jaga solat tahajud penuh la”


Atau lain-lain. Jadi persoalan untuk di jawab sendiri, di mana persiapan kita untuk bulan Ramadhan yang penuh barakah ni? Ini juga persoalan yang di lontarkan dari naqib aku semasa usrah sebelum ini. Aku hanya terdiam dan tertunduk (tersipu-sipu malu aku di “pancung” naqib aku. Uhuk!)


Sedangkan Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud ;

“Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, Syaitan- Syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini”
( HR. Ahmad )


Kredit to : Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir

Maka, aku ada beberapa pesanan untuk diri aku terutamanya dalam persiapan Ramadhan kali ini.


Persediaan
Cara







Iman
1. Bertaubat dengan sebenar taubat (taubat nasuha).

2. Banyakkan bangun malam bukan untuk berfacebook atau sekutunya, tetapi untuk solat malam.

3. Banyakkan baca al Quran (sebaiknya satu juzuk sehari)

4. Perbanyakkan zikir terutama zikir Mathurat (pagi dan petang)

5. Perbanyakkan puasa sunat di bulan Syaaban.

6. Rajinkan solat berjemaah di surau atau masjid.




Ilmu
1.   Rajinkan diri pergi dengar kuliah atau ceramah agama (tak kisah di masjid atau dengar di tv)

2.   Banyakkan baca buku Feqah puasa,  buku agama atau yang berkaitan dengan ramadhan.

3.   Rajinkan buat ulangkaji surah-surah yang dah dihafal.

4.   Kalau dah berkeluarga, didik anak-anak untuk berpuasa penuh dan ajar tentang kewajipan puasa dan kelebihan yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya. Jangan terlalu mendidik dengan wang ringgit atau material.
Keazaman
1.   Berusaha untuk berubah menjadi lebih baik.

2.   Bersungguh-sungguh untuk melawan nafsu.

3.   Sentiasa berlapang dada.

4.   Memastikan untuk meningkatkan amalan di bulan Ramadhan dan berazam untuk mengekalkan momentum selepas habis Ramadhan.

5.   Rajin buat semakan semula amalan sebagai muhasabah diri.



Harap agar Ramadhan kali ni dapat kita buat lagi terbaik berbanding sebelum ni. Sebab kita belum pasti lagi akan bertemu dengan Ramadhan akan datang. Isk isk isk..


p/s : 
1.10 days to go! (Erk, valid untuk hari ini. setelah hari esok, maka tinggal 9 hari lagi)
2. Jom buat checklist!


Sunday 8 July 2012

Bagaimana untuk istiqamah..?


Alhamdulillah, bulan ni genap setahun aku membina empayar blog biskut mayat (woha!). semoga aku terus istiqamah untuk membuat nota agama ini sehingga aku bergelar mayat supaya aku dapat sentiasa muhasabah diri aku dan dibaca anak cucu cicit buyut aku.


Sebelum tu, aku nak ucapkan berjuta-juta lemon tahniah kepada Ir Dr Mohamed Mursi atas perlantikan beliau menjadi Presiden Mesir yang baru. Walaupun dah terlambat untuk aku ucapkan, aku tetap nak ucapkan juga. Haha. Berkat istiqamah gerakan Ikhwanul Muslimin dalam gerak kerja tarbiah (mendidik) dan dakwah kepada masyarakat Mesir khususnya, maka Allah mengurniakan ganjaran kepimpinan kepada mereka. Subhanallah!



Tentang istiqamah, aku teringat sebuah firman Allah dalam Quran ;

Terjemahan :

"Maka, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh (istiqamah) di atas jalan yang betul sebagaimana yang di perintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang bertaubat mengikutmu berbuat demikian ; dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan." 

[Surah Hud 11:112]


Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda apabila di tanya oleh seorang sahabat mengenai amalan-amalan yang di sukai Allah dalam sebuah hadis sohih yang bermaksud ;
Amalan yang berterusan walaupun sedikit
(H.R Bukhari)



Apa itu istiqamah?


Sungguh, aku memang tidak arif mahupun pandai ataupun tahu untuk menterjemah lalu menafsirkan maksud yang tersirat di sebalik kehebatan ISTIQAMAH!


Secara literalnya, istiqamah merujuk kepada sentiasa berdiri teguh atau bahasa mudahnya berterusan. Untuk penerangan lebih lanjut tentang apa itu istiqamah, rukun istiqamah dan sebagainya, aku link kan kepada laman bersawang Ustaz Hasrizal @ Ustaz Saiful Islam di sini :





Bagaimana nak istiqamah?


Aku akui, kadang-kadang aku sendiri tewas dengan diri sendiri, erk, dengan nafsu sendiri. Cumanya di sini, aku sekadar nak menukilkan beberapa tips untuk sentiasa istiqamah untuk sama-sama di amalkan.


1.  Perlu ada kesedaran atas apa yang hendak di lakukan. Contoh, kalau selama ini selalu tinggal solat 5 waktu, perlu ada kesedaran tentang kewajipan solat. Kalau tiada kesedaran langsung, memang susah nak di selamatkan. Ibarat aku nak kawan aku masak, tetapi dalam masa dia sedang tidur mati. Maka perkara pertama yang perlu aku buat adalah kejut dia dari tidur. Mana boleh orang tidur memasak. Dalam mimpi boleh lah.


2. Kemudian, kalau ada kesedaran tetapi tiada tindakan pun tak guna juga. Kena lakukan tindakan dan pastikan tindakan tersebut benar-benar ikhlas kerana Allah dan buat dengan bersungguh-sungguh. Bukan sekadar hangat-hangat tahi kucing. Uhuk uhuk


3. Yakin dengan ganjaran dan balasan atas setiap apa yang di lakukan. Hatta perkara kecil sekalipun.

Firman Allah;

Terjemahan :

"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata : "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham) : "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu."

[Surah Fussilat 41:30]


4.  Sentiasa bersederhana, jangan terlalu gopoh-gopoh sangat dengan amalan atau kerja yang nak di lakukan, dan jangan pula terlalu “slow” sangat. “Slow” di sini aku maksudkan bila nak disuruh, baru nak buat. Buat dengan sederhana, steady and cool. Woha!


5. Jangan lupa pula untuk beransur-ansur tinggalkan perkara yang sia-sia atau lagho dan maksiat. Aku tahu, sejujurnya aku sendiri tidak mampu untuk meninggalkan secara terus, tetapi kena buat secara beransur-ansur. Bukannya minggu ni tinggalkan maksiat sekaligus, lepas tu minggu depan buat balik.


6. Dan terakhir sekali, berserah seluruh jiwa kepada Allah atau dengan kata lain, Tawakal dengan sentiasa berdoa. Inilah antaranya indahnya Islam, apa-apa perkara yang dibuat, di mulai dengan niat kerana Allah, dan akhiri dengan tawakal kepada Allah.


Insya Allah, semoga Allah kurniakan kepada kita nikmat istiqamah dalam segala amalan kita. Amin :)


Jika anda dikurniakan nikmat istiqamah ini, aku dapat jamin yang anda akan kegembiraan dengan riang rianya dengan amalan (pastikan yang sahih, jangan sesat pula) yang anda lakukan.  ^__^



p/s : Semoga Allah mengurniakan istiqamah kepada aku dalam menulis nota dalam empayar aku ini. Amin..