“Mahu
ke mana ustazah?” Tegur Dr. Nurul yang terserempak dengan Ustazah Rosshiah di
hadapan pejabat.
“Mahu
gantikan kuliah Bahasa Melayu Dr. Huda. Dia tak dapat hadir hari ini.” jawab
Ustazah Rosshiah sambil tersenyum.
“Oh,
baiklah.” Dr. Nurul membalas senyuman kepada Ustazah Rosshiah dan berlalu pergi
untuk ke kuliah.
Baru
semalam dia mendapat panggilan daripada Dr. Huda agar menggantikan kuliahnya
untuk minggu ini dan minggu hadapan kerana beliau sedang berkursus di
Indonesia. Ustazah Rosshiah meneruskan langkahnya sehingga ke bilik kuliah.
“Eh,
Ustazah Rosshiah ganti kelas Dr. Huda ke?” tanya seorang pelajar perempuan.
“Ya,
untuk dua minggu ni, saya akan ganti kelas Dr. Huda. Hopefully you like it!”
jawab Ustazah Rosshiah sambil tersenyum.
“Assalamualaikum
dan selamat sejahtera. Baiklah, minggu lepas belajar sampai chapter berapa?”
tanya Ustazah Rosshiah sambil tangannya menghidupkan projector yang memaparkan
nota power point yang akan diajarnya pada hari ini.
“Sampai
chapter 3. Itupun baru separuh. Sebab minggu lepas Dr. Huda buat kuiz. Soalan
susah gila” rungut seorang pelajar lelaki.
“Ustazah
buat lah soalan kuiz baru, gantikan soalan Dr. Huda. Buat yang senang-senang
aja. Senang kami dapat A.” Gurau seorang pelajar perempuannya.
“Ala..
Kau pernah dapat A ke? Kalau bab fesyen baju dan rebonding rambut, kau bolehlah
score A.” gelak seorang pelajar lelaki yang duduk di belakang.
“Kau.......”
pelajar perempuan tersebut memandang geram pelajar lelaki tersebut.
“Sudah-sudah.
Sebelum kita start kelas, saya nak buka sebuah video. Saya nak minta respon
semua pelajar” Ustazah Rosshiah menekan butang “play” dan memandang skrin layar
projektor. “Ini merupakan video keganasan tentera Israel di Palestin.”
Semua
pelajar menyaksikan video tersebut. Ada yang terkejut dan memaki hamun, ada
yang menutup mata, dan ada yang istigfar. Namun tidak kurang ada juga yang
bergelak ketawa. Tidak tahu apa yang kelakar pada video tersebut.
“Response?”
tanya Ustazah Rosshiah.
“Err..
Aku baru tahu Palestin pernah di serang tentera Israel. Bila peristiwa ni
ustazah?” spontan reaksi seorang pelajar lelaki.
“Apalah
kau ni, nampak sangat kau hanya tahu main DOTA, dating dengan awek kau, dan
merempit.” herdik seorang kawannya sambil ketawa.
“Serangan
ini berlaku pada disember 2008. Dan ia masih berlanjutan sehingga hari ini.”
jawab Ustazah Rosshiah sambil tersenyum sayu. “Lagi, ada sesiapa nak respon?”
“Tak
guna betul tentera Israel ni. Kalau aku ada bom nuklear, aku bom aja mereka tu”
dengus seorang pelajar lelaki.
“Mana
boleh tentera Israel buat macam tu, bunuh wanita dan kanak-kanak. Lepas tu ada
sexual harrasment terhadap perempuan. Berani dia suruh perempuan tu buka tudung
dan baju depan mereka. Mana pergi menyorok PBB dan Amerika ni?” marah seorang
pelajar perempuan yang duduk di barisan hadapan meluahkan rasa tidak puas
hatinya.
“Ustazah,
kenapa tiada tindakan dari negara Islam lain? Mana perginya Musim Leaders?
Takkan mereka hanya tutup mata sahaja?” tanya seorang pelajar perempuan.
Ustazah
Rosshiah memandang video yang sudah stop di skrin layar projektor dengan rasa
hiba dan sayu. Tiba-tiba mengalir air matanya. Semua pelajar terkejut dan
terdiam. Ustazah Rosshiah hanya mampu terdiam, dan akhirnya berkata,
“Itulah
masalahnya.. Kita hanya lantang dalam bercakap, namun tiada tindakan yang
dilakukan. Apabila berhadapan dengan musuh-musuh Allah ini, semuanya jadi macam
tikus.” Ustazah Rosshiah mengesat air mata yang semakin deras mengalir
dipipinya.
“Tetapi,
takkan kita nak pergi berperang dengan tentera Israel, ustazah...” keluh
seorang lelaki.
“Kau
jambu sangat bro, kalau kau pergi sana mesti kena harras.” Bergelak ketawa
seorang pelajar lelaki dan kawannya di belakang.
“Ustazah,
boleh saya tanya sesuatu? Apa kaitan video ini dengan subjek yang kita akan
belajar hari ini?” tanya seorang pelajar perempuan.
Ustazah
Rosshiah tersenyum. Dia mengesat saki baki air mata yang mengalir dan
mengeluarkan marker pen dari beg tangannya.
“Waktu
saya mengajar kamu semua subjek Pengajian Islam, saya lihat pelajar yang di
hadapan saya semua berpakaian sopan. Yang tidak bertudung, pakai selendang dan
ada yang bertudung. Yang pakai seluar pendek, masa kelas saya pakai seluar
panjang menutup aurat” jelas Ustazah Rosshiah.
“Tetapi
yang menghairankan saya, kenapa bila kelas Pengajian Bahasa Melayu ini, terbuka
semua aurat yang telah ditutup? Lain pula pemandangan saya daripada biasa. Saya
rasa, saya tidak silap kuliah dan masih mengajar orang yang sama. Kenapa ada
perubahan?” Semua pelajar tertunduk malu, tidak berani memandang wajah Ustazah
Rosshiah di hadapan.
“Atau
ada tentera Israel ke di luar pintu kuliah ini?” Tenang sahaja Ustazah Rosshiah
menutur bicara. Nada bicara Ustazah Rosshiah meskipun biasa, namun memberi bisa
yang tidak terhingga. Semua pelajar tertunduk malu. Sehingga ada pelajar
perempuan yang tiba-tiba menangis dengan sendirinya di hadapan beliau.
Beliau
menatap anak murid di hadapannya yang malu untuk memandangnya.
“Baiklah,
kita sambung kelas kita. Dah sedia?”
Moga
Allah redha.
No comments:
Post a Comment