Usai
solat asar, baru sahaja nak keluar dari pintu UKM, ternampak garaj kereta dan
laluan ke Fakulti Pengajian Islam (FPI) di hadapan DECTAR runtuh dihempap
pokok. Sekaligus menyebabkan sepanjang laluan itu roboh, ibarat teori domino.
Ia menyebabkan beberapa biji kereta mengalami “kecederaan”, tetapi
alhamdulillah tiada manusia yang cedera.
Malah
beberapa hari sebelum ini (hari jumaat), berlaku tanah runtuh di hadapan
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) yang menyebabkan juga kerugian.
Juga
sebelum cuti pertengahan semester ini, berlaku beberapa kes kecurian dan ragut
juga pecah masuk bilik di beberapa buah kolej kediaman. Semester lepas juga ada
beberapa kes kecurian yang boleh dikatakan “mega” kerana hampir bepuluh laptop
hilang, dan saya salah seorang yang menjadi mangsa dua kali.
Bagaimana
boleh berlaku?
Kita yang terleka dan terlupa.
Ramai
mangsa mengalami kerugian, juga mengalami tekanan. Terutama sekali pelajar.
Bahkan terus ada pihak yang menuding jari menyalahkan satu sama lain. Lebih
parah, ada pihak yang tahu menyalahkan sahaja tanpa berbuat apa-apa. Saya tak
mahu untuk menyalahkan mana-mana pihak. Tetapi saya mahu mengajak semua warga
UKM khususnya untuk bermuhasabah seketika baik dari pihak pentadbiran juga
staff dan pihak mahasiswa/i.
Saya
yakin, melalui pengalaman saya, ramai staff UKM yang banyak memberikan khidmat terbaik
kepada pelajar, bahkan ada yang bersusah payah dan berkorban untuk memberikan
khidmat. Namun saya juga percaya ada staff UKM yang tidak ambil endah urusan
pelajar meskipun ia adalah tanggungjawabnya. Bahkan ada yang “makan gaji buta”,
tidak ambil peduli hal ehwal pelajar dan universiti.
Saya
juga yakin, melalui pengalaman saya, ramai mahasiswa/i UKM yang bergiat cergas
dan aktif dalam menaikkan nama universiti, bahkan ada juga yang bergiat aktif
dalam menyampaikan risalah dakwah dan pembaikkan kepada masyarakat UKM
khususnya. Namun ada juga pelajar yang langsung tidak mengambil endah hal ehwal
semasa, bahkan berani buat maksiat secara terang-terangan tanpa mengendahkan
hukum hakam agama dan adab sopan.
Mungkin
dari semua yang negatif ini, Allah ingin memberi peringatan kepada kita (warga
UKM yang Muslim khususnya) yang sering kali terleka dan terlupa akan perintah
Allah dan banyak melakukan maksiat. Allahu Rabbi.. (Istighfar..)
Peringatan
Allah dalam al Quran yang agung,
Terjemahannya
:
“Dan
Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya
hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.”
(Surah
Assyuraa Ayat 173)
Mari bermuhasabah.
Muhasabah
diri masing-masing (terutama diri saya sendiri),
Sebanyak
mana kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah?
Sejauh
mana kita berlaku adil dengan kerja dan amanah yang diberikan kepada kita?
Sejauh
mana kita berlaku amanah dengan tugas kita tanpa mengambil rezeki yang haram?
Sejauh
mana kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai pelajar?
Sebanyak
mana kita mengingati ibu bapa kita, kita berjasa kepada mereka?
Sebanyak
mana kita meninggalkan solat, meninggalkan kewajipan, meninggalkan amanah ibu
bapa dan orang lain, juga meninggalkan ketaatan kepada Allah?
Dan terakhir
sekali, sejauh mana kita banyak kali menyesal, kemudian bertaubat atas
dosa-dosa dan kesilapan kita?
Astarghfirullah....
Ampunkan aku ya Allah... :’(
Mungkin
hari ini bukan kita mangsanya, tetapi esok lusa bagaimana? Dan mungkin hari ini
kitalah mangsanya, tetapi kesabaran kita bagaimana?
Firman
Allah dalam al Quran yang agung,
Terjemahannya :
155 : "Demi sesungguhnya! Kami
akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan
(dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari
harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira
kepada orang-orang yang sabar:"
156: "(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh
sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan
Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.""
157: "Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan
berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah
orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya."
(Surah al Baqarah 2: 155, 156, 157)
Saya hanyalah mahasiswa marhaen.
Saya,
seorang mahasiswa yang kerdil lagi tiada apa-apa di mata manusia, yang mungkin
tiada siapa pun kenal akan saya, namun saya ingin mengajak dan menyeru semua
warga UKM, baik yang setinggi-tinggi jawatan dan pangkat, sehingga
serendah-rendah pangkat dan jawatan, dan baik dari kepimpinan mahasiswa/i,
sehingga ke mahasiswa/i yang langsung tak aktif,
Marilah
kembali bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan bermuhasabah
dengan apa yang ada. Hentikan seketika “adengan” salah menyalahkan, tapi
mulakan cerita bantu membantu daripada staff UKM dan mahasiswa/i UKM.
Dan mari
beristigfar..
Moga
Allah redha.
No comments:
Post a Comment