Saya
rasa hampir semua mengetahui bahawa Iron Man 3 akan keluar di pawagam pada
April atau May tahun depan (2013). Dan saya percaya ramai yang meminati watak
Iron Man terutama dalam movie The Avengers. Bahkan mungkin ada pelajar sekolah
rendah atau sekolah menengah yang menjadikan watak Iron Man atau Tony Stark ini
sebagai idola mereka. Siap beli poster dan mainan Iron Man ini walaupun umur
sudah mencecah belasan tahun!
Namun,
kebanyakkan dari kita tidak menyedari bahawa kita juga merupakan Iron Man. Ya,
kita adalah Iron Man. Tetapi ada syaratnya.
Anda
tidak percaya?
Kita lebih hebat dari Tony Stark
sekiranya kita....
Rata-rata
masyarakat terutama pelajar yang mengambil subjek atau jurusan kimia mengetahui
bahawa besi adalah logam yang sangat berguna untuk manusia. Contoh yang paling
terdekat, emas atau dalam bahasa saintifiknya Aurum (Au). Emas adalah logam
yang sangat bernilai, bahkan anti inflasi. Selain itu, besi berani atau Magnet
juga antara logam yang sangat unik, sehingga “diabadikan” dalam sebuah filem
X-Men, iaitu watak Magneto yang mempunyai kuasa magnet. Bahkan senjata yang
digunakan oleh tentera, ataupun pedang sekalipun dibuat daripada logam atau
campuran logam.
Allah telah mengiktiraf kelebihan logam di dalam al Quran,
bahkan ada surah yang diberi khas nama logam, iaitu Surah al Hadid (Logam).
Firman Allah dalam surah al Hadid,
Terjemahannya
;
“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa
bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama
mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia
dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaanya
mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia.
(Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan
faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata
pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk)
menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal
balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya) ; sesungguhnya Allah Maha Kuat,
lagi Maha Kuasa.”
(Surah al Hadid 57:25)
Begitu
manfaatnya besi ini sehingga Rasulullah s.a.w. mengumpamakan manusia itu ibarat
logam dalam sebuah hadis sohih.
Terjemahannya
;
Dari
Abu Hurairah R.anhu meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. bersabda ;
“Manusia seperti logam, terpilihnya
(bergunanya) mereka semasa jahiliyyah, terpilih (berguna) juga semasa Islam,
sekiranya mereka faham.”
(HR Bukhari)
Tergaru-garu
kepala tidak faham?
Baiklah,
saya ambil contoh Saidina Umar al-Khattab r.anhu. Saidina Umar ini masa zaman
jahiliyyah, dia adalah orang yang sangat ternama dikalangan kafir Quraisy.
Bahkan jika orang menyebut nama Umar untuk berlawan, akan ketakutan orang
tersebut mendengar nama Umar. Namun selepas dia memeluk Islam, adakah dia
mundur? Adakah dia terpinggir? Sudah pasti tidak! Bahkan dia memimpin umat
Islam dalam berperang dan menjadi Amirul Mukminin yang kedua selepas Saidina
Abu Bakar r.anhu. Sehinggakan Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud,
“Sekiranya Umar melalui satu jalan, maka Syaitan akan melalui jalan yang
lain (kerana tidak berani jalan di laluan Umar atau bertembung dengannya)
(Riwayat al Bukhari)
Dan ada lagi beberapa contoh para sahabat agung seperti
Sumayyah, Khalid al Walid r.anhu, Saidina Hamzah r.anhu, dan zaman selepas itu
seperti Salahuddin al Ayyubi, Sultan Muhammad al Fateh dan lain-lain. Mereka
bukannya ahli fiqh, tetapi mereka faham apa tuntutan Islam. Sumayyah r.anha
tidak pernah solat 5 waktu sehari semalam, tidak pernah berzakat, namun dia
dikurniakan syurga atas dasar dia mempertahankan iman dan keyakinannya kepada
Allah. Kerana apa? Kerana dia faham tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim!
Seperti
logam, sifat seseorang manusia (apatah lagi Muslim!) seharusnya mudah dibentuk
atau ditempa. Jika elok acuan, maka elok jugalah produknya. Namun jika sumbing
acuan, maka sumbing juga produknya.
Dengan
erti kata lain, kita akan jadi lebih hebat dari Tony Stark sekiranya kita faham
tujuan kita dihidupkan dan faham apa yang Islam tuntut dari kita sebagai
individu Muslim khususnya!
Di mana "Islamic Iron Man" hari ini?
Sejarah
telah membuktikan Islam telah melakar sejarah agung dengan tinta emas dalam
diari peradaban dunia. Namun zaman itu telah berlalu. Kita sudah kehilangan
“Iron Man-Iron Man” agung yang telah mewarnai sejarah ummat Islam dalam diari
peradaban dunia.
Kini
sudah tiada lagi Umar al Khattab,
Kini
sudah tiada lagi Umar Abdul Aziz,
Kini
sudah tiada lagi Salahuddin al Ayyubi,
Kini
sudah tiada lagi Sultan Muhammad al Fateh,
Kini
sudah tiada lagi Sultan Abdul Hamid II,
Kini
sudah tiada lagi Hassan al Banna,
Kini
sudah tiada lagi Iron Man penyelamat ummah. Ummah sedang menanti kemunculan
Iron Man baru yang akan hadir demi membangunkan semula ketamadunan Islam yang
telah dirobek diari agung Islam yang di tulis dengan tinta emas dari kaca mata
manusia sejagat.
Maka,
siapa yang sanggup menjadi Iron Man yang seterusnya? Adakah kita? Atau kita
sekadar “audiens” dalam “panggung wayang” yang sekadar menyaksikan kehebatan
Iron Man tersebut?
Saya
mencabar diri saya dan anda semua!!
Moga
Allah redha
No comments:
Post a Comment