Kali ini, nota saya adalah copy paste daripada coretan Prof. Madya Dr. Zainur Rashid
Zainuddin.
“Coca-cola telah menjadi penyokong Israel sejak
1966. Ada banyak bukti peristiwa yang menunjukkan sokongan mereka kepada
Zionis. Pada 1997, Kerajaan Israel telah mengiktiraf sumbangan Coca-Cola di
Majlis Makan Malam Anugerah Perdagangan Israel atas sokongan berterusan Israel
untuk 30 tahun serta keengganan mereka mematuhi boikot Liga Arab Israel. Pada
11 Oktober 2001, Ibu Pejabat Dunia Coca - Cola telah menjadi tuan rumah dan
juga merupakan penaja utama Dewan Perniagaan Amerika-Israel Commerce di majlis
Eagle Star Awards Gala. Pada bulan Februari 2002, Coca-Cola bekerjasama dengan
"Friends of Israel", untuk menaja syarahan yang diberikan oleh
wartawan zionist terkenal Linda Gradstein di Universiti Minnesota. Pada bulan
Oktober 2005, Coca-Cola telah meningkat pelaburan di Israel dengan membeli 51%
dalam Tavor Winery. Tavor Winery adalah sebuah syarikat Israel yang berpusat di
Wilayah Palestin yang dijajah di kaki Gunung Tavor yang menghadap ke Laut
Galilee. McDonald Corporation pula adalah rakan korporat utama Jewish United
Fund (JUF) / Persekutuan Yahudi Metropolitan di Chicago. McDonald Corporation
telah berbesar hati menaja Jubilee 100 tahun JUF pada 2000 dan sebagai rakan
kongsi utama peringkat korporat kepada sumber ekonomi Zionisme. Melalui
Suruhanjaya Israel, JUF "berfungsi untuk mengekalkan tentera Amerika,
sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memantau dan apabila perlu,
respons kepada liputan media Israel”.
Ini hanyalah
sebahagian petanda dan bukti hubungan akrab Coca cola dan Mc D dengan rejim
Zionis Israel.”
-Prof. Madya Dr. Zainur Rashid-
Kenapa perlu boikot?
Rakan saya
pernah bertanyakan kepada saya, kenapa saya boikot McD, Nestle dan lain-lain.
Saya jawab,
saya hanya mampu lakukan ini sahaja untuk saudara saya di Palestin selain
daripada menderma. Saya tidak mampu untuk turun ke medan jihad bersama mereka,
mungkin tidak layak rasanya. Inilah sahaja usaha saya yang sangat sedikit,
walaupun mungkin orang akan kata ia tidak berkesan.
Bagi saya, Allah tidak
melihat hasil daripada apa yang kita buat, tetapi Allah melihat usaha apa yang
kita buat.
Moga Allah
redha.
Ketika ini
(15/11/2012), Gaza diserang lagi oleh Zionis laknatullah. Mohon doa untuk
mereka.
No comments:
Post a Comment