Friday, 9 November 2012

Cerpen : Menutup aurat yang bertempat



 
“Mahu ke mana ustazah?” Tegur Dr. Nurul yang terserempak dengan Ustazah Rosshiah di hadapan pejabat.

“Mahu gantikan kuliah Bahasa Melayu Dr. Huda. Dia tak dapat hadir hari ini.” jawab Ustazah Rosshiah sambil tersenyum.

“Oh, baiklah.” Dr. Nurul membalas senyuman kepada Ustazah Rosshiah dan berlalu pergi untuk ke kuliah.

Baru semalam dia mendapat panggilan daripada Dr. Huda agar menggantikan kuliahnya untuk minggu ini dan minggu hadapan kerana beliau sedang berkursus di Indonesia. Ustazah Rosshiah meneruskan langkahnya sehingga ke bilik kuliah.

“Eh, Ustazah Rosshiah ganti kelas Dr. Huda ke?” tanya seorang pelajar perempuan.

“Ya, untuk dua minggu ni, saya akan ganti kelas Dr. Huda. Hopefully you like it!” jawab Ustazah Rosshiah sambil tersenyum.

“Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Baiklah, minggu lepas belajar sampai chapter berapa?” tanya Ustazah Rosshiah sambil tangannya menghidupkan projector yang memaparkan nota power point yang akan diajarnya pada hari ini.

“Sampai chapter 3. Itupun baru separuh. Sebab minggu lepas Dr. Huda buat kuiz. Soalan susah gila” rungut seorang pelajar lelaki.

“Ustazah buat lah soalan kuiz baru, gantikan soalan Dr. Huda. Buat yang senang-senang aja. Senang kami dapat A.” Gurau seorang pelajar perempuannya.

“Ala.. Kau pernah dapat A ke? Kalau bab fesyen baju dan rebonding rambut, kau bolehlah score A.” gelak seorang pelajar lelaki yang duduk di belakang.

“Kau.......” pelajar perempuan tersebut memandang geram pelajar lelaki tersebut.

“Sudah-sudah. Sebelum kita start kelas, saya nak buka sebuah video. Saya nak minta respon semua pelajar” Ustazah Rosshiah menekan butang “play” dan memandang skrin layar projektor. “Ini merupakan video keganasan tentera Israel di Palestin.”

Semua pelajar menyaksikan video tersebut. Ada yang terkejut dan memaki hamun, ada yang menutup mata, dan ada yang istigfar. Namun tidak kurang ada juga yang bergelak ketawa. Tidak tahu apa yang kelakar pada video tersebut.

“Response?” tanya Ustazah Rosshiah.

“Err.. Aku baru tahu Palestin pernah di serang tentera Israel. Bila peristiwa ni ustazah?” spontan reaksi seorang pelajar lelaki.

“Apalah kau ni, nampak sangat kau hanya tahu main DOTA, dating dengan awek kau, dan merempit.” herdik seorang kawannya sambil ketawa.

“Serangan ini berlaku pada disember 2008. Dan ia masih berlanjutan sehingga hari ini.” jawab Ustazah Rosshiah sambil tersenyum sayu. “Lagi, ada sesiapa nak respon?”

“Tak guna betul tentera Israel ni. Kalau aku ada bom nuklear, aku bom aja mereka tu” dengus seorang pelajar lelaki.

“Mana boleh tentera Israel buat macam tu, bunuh wanita dan kanak-kanak. Lepas tu ada sexual harrasment terhadap perempuan. Berani dia suruh perempuan tu buka tudung dan baju depan mereka. Mana pergi menyorok PBB dan Amerika ni?” marah seorang pelajar perempuan yang duduk di barisan hadapan meluahkan rasa tidak puas hatinya.

“Ustazah, kenapa tiada tindakan dari negara Islam lain? Mana perginya Musim Leaders? Takkan mereka hanya tutup mata sahaja?” tanya seorang pelajar perempuan.

Ustazah Rosshiah memandang video yang sudah stop di skrin layar projektor dengan rasa hiba dan sayu. Tiba-tiba mengalir air matanya. Semua pelajar terkejut dan terdiam. Ustazah Rosshiah hanya mampu terdiam, dan akhirnya berkata,

“Itulah masalahnya.. Kita hanya lantang dalam bercakap, namun tiada tindakan yang dilakukan. Apabila berhadapan dengan musuh-musuh Allah ini, semuanya jadi macam tikus.” Ustazah Rosshiah mengesat air mata yang semakin deras mengalir dipipinya.

“Tetapi, takkan kita nak pergi berperang dengan tentera Israel, ustazah...” keluh seorang lelaki.

“Kau jambu sangat bro, kalau kau pergi sana mesti kena harras.” Bergelak ketawa seorang pelajar lelaki dan kawannya di belakang.

“Ustazah, boleh saya tanya sesuatu? Apa kaitan video ini dengan subjek yang kita akan belajar hari ini?” tanya seorang pelajar perempuan.

Ustazah Rosshiah tersenyum. Dia mengesat saki baki air mata yang mengalir dan mengeluarkan marker pen dari beg tangannya.

“Waktu saya mengajar kamu semua subjek Pengajian Islam, saya lihat pelajar yang di hadapan saya semua berpakaian sopan. Yang tidak bertudung, pakai selendang dan ada yang bertudung. Yang pakai seluar pendek, masa kelas saya pakai seluar panjang menutup aurat” jelas Ustazah Rosshiah.

“Tetapi yang menghairankan saya, kenapa bila kelas Pengajian Bahasa Melayu ini, terbuka semua aurat yang telah ditutup? Lain pula pemandangan saya daripada biasa. Saya rasa, saya tidak silap kuliah dan masih mengajar orang yang sama. Kenapa ada perubahan?” Semua pelajar tertunduk malu, tidak berani memandang wajah Ustazah Rosshiah di hadapan.

“Atau ada tentera Israel ke di luar pintu kuliah ini?” Tenang sahaja Ustazah Rosshiah menutur bicara. Nada bicara Ustazah Rosshiah meskipun biasa, namun memberi bisa yang tidak terhingga. Semua pelajar tertunduk malu. Sehingga ada pelajar perempuan yang tiba-tiba menangis dengan sendirinya di hadapan beliau.

Beliau menatap anak murid di hadapannya yang malu untuk memandangnya.

“Baiklah, kita sambung kelas kita. Dah sedia?”

  
Moga Allah redha.

Kita adalah Iron Man!


  Saya rasa hampir semua mengetahui bahawa Iron Man 3 akan keluar di pawagam pada April atau May tahun depan (2013). Dan saya percaya ramai yang meminati watak Iron Man terutama dalam movie The Avengers. Bahkan mungkin ada pelajar sekolah rendah atau sekolah menengah yang menjadikan watak Iron Man atau Tony Stark ini sebagai idola mereka. Siap beli poster dan mainan Iron Man ini walaupun umur sudah mencecah belasan tahun!

Namun, kebanyakkan dari kita tidak menyedari bahawa kita juga merupakan Iron Man. Ya, kita adalah Iron Man. Tetapi ada syaratnya.

Anda tidak percaya?

Kita lebih hebat dari Tony Stark sekiranya kita....


Rata-rata masyarakat terutama pelajar yang mengambil subjek atau jurusan kimia mengetahui bahawa besi adalah logam yang sangat berguna untuk manusia. Contoh yang paling terdekat, emas atau dalam bahasa saintifiknya Aurum (Au). Emas adalah logam yang sangat bernilai, bahkan anti inflasi. Selain itu, besi berani atau Magnet juga antara logam yang sangat unik, sehingga “diabadikan” dalam sebuah filem X-Men, iaitu watak Magneto yang mempunyai kuasa magnet. Bahkan senjata yang digunakan oleh tentera, ataupun pedang sekalipun dibuat daripada logam atau campuran logam.

Allah telah mengiktiraf kelebihan logam di dalam al Quran, bahkan ada surah yang diberi khas nama logam, iaitu Surah al Hadid (Logam). Firman Allah dalam surah al Hadid,


Terjemahannya ;

“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaanya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya) ; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
(Surah al Hadid 57:25)

Begitu manfaatnya besi ini sehingga Rasulullah s.a.w. mengumpamakan manusia itu ibarat logam dalam sebuah hadis sohih.

 Terjemahannya ;
Dari Abu Hurairah R.anhu meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. bersabda ;

“Manusia seperti logam, terpilihnya (bergunanya) mereka semasa jahiliyyah, terpilih (berguna) juga semasa Islam, sekiranya mereka faham.”
(HR Bukhari)

Tergaru-garu kepala tidak faham?

Baiklah, saya ambil contoh Saidina Umar al-Khattab r.anhu. Saidina Umar ini masa zaman jahiliyyah, dia adalah orang yang sangat ternama dikalangan kafir Quraisy. Bahkan jika orang menyebut nama Umar untuk berlawan, akan ketakutan orang tersebut mendengar nama Umar. Namun selepas dia memeluk Islam, adakah dia mundur? Adakah dia terpinggir? Sudah pasti tidak! Bahkan dia memimpin umat Islam dalam berperang dan menjadi Amirul Mukminin yang kedua selepas Saidina Abu Bakar r.anhu. Sehinggakan Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud,

“Sekiranya Umar melalui satu jalan, maka Syaitan akan melalui jalan yang lain (kerana tidak berani jalan di laluan Umar atau bertembung dengannya)
(Riwayat al Bukhari)

Dan ada lagi beberapa contoh para sahabat agung seperti Sumayyah, Khalid al Walid r.anhu, Saidina Hamzah r.anhu, dan zaman selepas itu seperti Salahuddin al Ayyubi, Sultan Muhammad al Fateh dan lain-lain. Mereka bukannya ahli fiqh, tetapi mereka faham apa tuntutan Islam. Sumayyah r.anha tidak pernah solat 5 waktu sehari semalam, tidak pernah berzakat, namun dia dikurniakan syurga atas dasar dia mempertahankan iman dan keyakinannya kepada Allah. Kerana apa? Kerana dia faham tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim!

Seperti logam, sifat seseorang manusia (apatah lagi Muslim!) seharusnya mudah dibentuk atau ditempa. Jika elok acuan, maka elok jugalah produknya. Namun jika sumbing acuan, maka sumbing juga produknya.

Dengan erti kata lain, kita akan jadi lebih hebat dari Tony Stark sekiranya kita faham tujuan kita dihidupkan dan faham apa yang Islam tuntut dari kita sebagai individu Muslim khususnya!

Di mana "Islamic Iron Man" hari ini?

Sejarah telah membuktikan Islam telah melakar sejarah agung dengan tinta emas dalam diari peradaban dunia. Namun zaman itu telah berlalu. Kita sudah kehilangan “Iron Man-Iron Man” agung yang telah mewarnai sejarah ummat Islam dalam diari peradaban dunia.

Kini sudah tiada lagi Umar al Khattab,
Kini sudah tiada lagi Umar Abdul Aziz,
Kini sudah tiada lagi Salahuddin al Ayyubi,
Kini sudah tiada lagi Sultan Muhammad al Fateh,
Kini sudah tiada lagi Sultan Abdul Hamid II,
Kini sudah tiada lagi Hassan al Banna,

Kini sudah tiada lagi Iron Man penyelamat ummah. Ummah sedang menanti kemunculan Iron Man baru yang akan hadir demi membangunkan semula ketamadunan Islam yang telah dirobek diari agung Islam yang di tulis dengan tinta emas dari kaca mata manusia sejagat.

Maka, siapa yang sanggup menjadi Iron Man yang seterusnya? Adakah kita? Atau kita sekadar “audiens” dalam “panggung wayang” yang sekadar menyaksikan kehebatan Iron Man tersebut?

Saya mencabar diri saya dan anda semua!!


Moga Allah redha

Saturday, 3 November 2012

Kebaikkan kecil yang kita terlupa






Selepas solat berjemaah, saya akan bersalam dan tersenyum kepada orang yang saya salam. Dan responnya, ada yang membalas senyuman saya, dan ada yang langsung tidak pandang ke muka saya. Kenapa begitu?


Bahkan ketika saya membeli barang di sesebuah kedai, ketika bayar barang tersebut, saya suka untuk senyum kepada penjual tersebut. Dan responnya sama, ada yang membalas senyuman saya, dan ada yang muka masam mencuka. Kenapa sukar sangat untuk senyum?

Senyuman penyejuk mata penawar duka.

Saya tahu senyuman itu boleh di kategorikan kepada dua, senyuman yang datang dari hati, dan senyuman yang di buat-buat atau senyum sinis. Tetapi saya ingin fokus tentang senyuman yang datang dari hati, atau senyuman yang ikhlas bukannya di buat-buat. Ada pepatah orang Cina zaman dahulu menyatakan,

“Orang yang tidak memiliki senyuman tidak dapat membuka kedai.”

Saya tidak kata, dengan senyum kita akan mampu membuka kedai, tetapi apa yang ingin disampaikan senyuman itu ibarat mentara yang membelah awan, yang mampu menyinari dan menghiasi individu-individu yang di selaputi wajah yang berkerut dan bermuram durja. Kelakuan, tindakan dan akhlak lebih banyak memberitahu orang lain mengenai diri kita berbanding kata-kata kita.

Seulas senyuman yang diberikan dapat memberi banyak maksud seperti, saya suka kamu, Kamu membuatkan saya rasa bahagia, saya senang bertemu kamu, dan sebagainya. Bahkan jika dalam sesuatu majlis, senyuman kita lebih berharga daripada pakaian yang kita pakai, meskipun kita pakai pakaian yang mewah.

Dalam keluarga kita, jika kita sebagai seorang anak dan sedang berhadapan dengan ibu bapa kita yang mungkin tertekan dengan masalah kerja di pejabat, atau sebagainya, hulurkan senyuman seikhlas hati kepada mereka. Jangan mengharap untuk mereka senyum terlebih dahulu kepada kita, tetapi kita yang mulakan dahulu. InsyaAllah, dengan senyuman dari kita yang menanti mereka pulang, dapat menyejukkan hati mereka. Sekaligus dapat menghilangkan tekanan mereka.

Dan jika kita merupakan ibu bapa, jangan kedekut untuk memberi senyuman kepada anak-anak. Kerana senyuman seorang ibu dan ayah, adalah sangat berharga untuk memotivasikan seorang anak, terutama anak-anak yang sedang tertekan menghadapi peperiksaan atau masalah lain. Mereka akan rasa di sayangi dan bersemangat walaupun ia hanyalah sebuah senyuman.

Bukan sekadar untuk ibu bapa dan anak-anak, bahkan kepada guru-guru, sahabat-sahabat kita dan masyarakat di sekeliling kita. Jangan kedekut untuk senyum, kita tidak akan di cas apa-apa pun dengan senyuman kita. Bahkan dianggap sedekah dan pahala dalam Islam. Mudah kan?

Senyuman itu sunnah Rasul kita.

Jika kita menelusuri sirah agung baginda Rasulullah s.a.w., lalu melihat perwatakan baginda, kita akan dapati baginda sering sahaja tersenyum.

Kata Jarir bin `Abdillah :
“Sejak aku menjadi muslim, tidak pernah Rasulullah s.a.w. berjumpa denganku melainkan senyum padaku.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kata ‘Abdullah bin al-Harith:
“Aku tidak pernah melihat seseorang lebih banyak senyuman daripada Rasulullah s.a.w.” (Riwayat al-Tirmizi, sahih)

Bahkan Rasulullah s.a.w. juga ada berpesan dalam sebuah hadis yang bermaksud ;
“Jangalah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah gembira dan senyuman).”
(Riwayat Muslim)

Mari lakukan kebaikkan ini!


Kita tidak mampu tersenyum? Kenapa? Ada dua perkara yang perlu kita lakukan. Pertama, paksa diri untuk tersenyum. Senyumlah walaupun pada mulanya tidak ikhlas atau mungkin orang akan anggap kita kurang siuman. Tetapi disebalik senyuman itu, akan memberikan madu yang manis kepada orang di sekeliling kita. Kedua, jika kita berseorangan, dengar lagu atau apa jua yang boleh buat kita rasa bahagia. Seorang ahli psikologi dan ahli falsafah William James ada menyatakan,

“Tindakan selalunya mengikut perasaan, walhal sebenarnya tindakan dan perasaan berlaku serentak. Dengan mengatur tindakan yang dikawal secara langsung oleh kehendak kita, kita secara tidak langsung dapat mengatur perasaan kita yang secara zahirnya tidak dapat kita kendalikan.

Justeru, jalan menuju kebahagian apabila kegembiraan pada ketika itu tiada adalah duduk dengan riang, lalu bercakap dan bertindak seolah-olah kita memang bahagia.”


Jom senyum! :)


Moga Allah redha
.