Dulu masa saya
tahun 2 di UKM (kalau saya tak silap), pernah sekali saya eksiden ringan di
kawasan UNIKEB. Sebelum eksiden tu berlaku, saya pergi ke bank untuk keluarkan
duit baki yang ada untuk beli makanan dan survive sem itu.
Bila saya tengok
balance dalam bank, cuma tinggal lebih kurang RM200++. Saya tertunduk
memikirkan cara nak survive. Saya pun beredar dari bank itu dan menuju ke
kereta. Kereta itu milik kawan saya, saya pinjam sebab masa tu saya belum ada
motor.
Masa saya keluar
parking, ditakdirkan Allah, saya secara tak sengaja terlanggar (perlahan kot)
side skirt Proton Exora sebelah kiri saya. Saya terkejut.
Saya segera
keluar dari kereta untuk lihat "kecederaan" pada kereta saya dan
Exora tersebut. Dan secara tak langsung, Pakcik (owner exora) tu keluar dari
kereta tersebut.
Dia memandang
kereta dia yang tercalar (takde la calar sangat, biasa2 je). Lepas tu dia
pandang seolah marah pada saya. Saya terkelu dan meminta maaf sangat2 pada dia.
Saya dah serba salah sangat pada pakcik tu. Dan saya terlihat ada plastik yang
membungkus seat kereta Exora tu, menandakan kereta tu baru beli.
"So ni macam
mana awak nak ganti ni? Nak ikut saya pergi bengkel?"
Pakcik tersebut
memulakan soalan.
Saya terkelu.
"Saya.. Saya
bayar sekarang pakcik. Kejap lagi saya ada kelas. Agak-agak berapa ya
pakcik?" saya terketar-ketar.
Pakcik tersebut
pandang muka saya, dan side skirt Exoranya.
"Kau ada
duit berapa? RM350 ok? Saya rasa macam mahal je kena cat tu.."
Saya tersentap.
Makan dalam soalan dia.
"Saya ada
duit RM200 saja pakcik untuk duit makan sem ni..."
Pakcik tu melihat
muka saya seolah macam tak percaya. Agakanya mungkin sebab dia tengok saya bawa
kereta, jadi dia ingat saya ni anak orang berada.
Hadoyai.
Tiba-tiba isteri
dia keluar dari kereta.
"Habis la
calar kereta baru kita.." Isteri dia tengok pada Exora tu.
Saya diam je.
" Rm200 pun,
200 ratus la.. " pakcik tu terus menyambung.
Saya tersentap.
saya berbisik dalam hati,
"Aku nak
makan apa nanti?"
Dalam keadaan
gelabah, serba salah, gementar, takut, geram dan bermacam-macam lagi, dah macam
rojak perasaan saya. Saya pun serahkan RM200 yang baru saja saya keluarkan dari
bank kepada pakcik tu.
Pakcik tu geleng
kepala, dan terus masuk kereta dengan isteri dia.
Saya terkesima.
Seolah macam mimpi. Duit yang baru saya keluar dari bank, akhirnya berpindah
pada tangan orang lain. Atas sedikit kecuaian saya yang saya rasa tak patut
pakcik tu "pow" saya macam tu sekali.
Saya terus masuk
dalam kereta, dan drive penuh hati-hati menuju ke fakulti. Semasa memandu,
tanpa saya sedar saya menangis seorang diri. Terkenangkan dosa-dosa saya.
"Mungkin ini
balasannya.." saya mengeluh dalam hati.
Sampai saja di
fakutli ,terus pergi ke kuliah dalam keadaan sedih namun saya sembunyikan dari
kawan-kawan saya.
Malam tu, lepas
solat maghrib berjemaah di surau kolej saya, saya terus mencari seorang mentor
saya, abang Khalid Jimat. Saya ceritakan peristiwa tersebut dari A sampai Z.
Saya minta nasihat dan pandangan dari dia.
Saya ketika itu
menangis sedu sedan depan beliau. Rasa stress teramat sangat.
Dia termenung
seketika. Seperti biasa memikirkan ayat-ayat yang sesuai untuk dituturkan.
Dia mengucapkan
takziah dan memberi kata-kata nasihat dan semangat. Saya tak berapa ingat
sangat. Tetapi yang paling saya ingat dan saya berpegang sampai hari ini,
"Shuk..
Dunia ini tak pernah adil selagi mana Islam tidak memerintah. Tetapi di negeri
Akhirat sana adalah tempat yang seadil-adilnya. Kalau shuk tak puas hati,
tuntutlah di akhirat nanti. InsyaAllah."
Bila dengar saja,
saya tersenyum. Saya menangguk.
Terasa lega hati
saya. Lega sangat.
Ya, saya masih
ada mahkamah Akhirat. Apa ada hal? :)
Very nice..motivational...yet emotional.. Allah is the sweetest help we have..
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
Delete