Orang
yang berilmu dan orang yang jahil boleh di ibaratkan duduk di dalam sebuah
kapal besar di tengah lautan..
orang
berilmu duduk bahagian atas, manakala orang jahil duduk bahagian bawah. Setiap hari orang di bahagian atas akan
memberi air kepada orang bahagian bawah..
Sehinggalah
suatu hari, kerana kejahilan orang dibawah ini, mereka menebuk lubang pada
bahagian bawah kapal itu kerana nak memudahkan mengambil air laut dan
"tidak mahu" menyusahkan orang yang berada di atas untuk setiap hari
memberi air kepada mereka..
Jika
orang berilmu ini tidak mencegah kejahilan perbuatan orang dibawah, apa akan
berlaku akhirnya?
berlakulah
kisah titanic version 2.0..
itulah
pentingnya ilmu dan dakwah..
Seorang
pendakwah perlu berdakwah dengan membina jambatan penyambung antara manusia
kepada Allah.
Bukan
membina tembok pemisah antara manusia kepada Allah.
Moga
Allah redha.
assalamualaikum ...sokong entri ni . selagi ada ilmu yang sahih , sebarkan .. i.Allah ~
ReplyDeletewaalaikumussalam.. ^__^
Deleteentri yang baik. Saya setuju.
ReplyDeleteterima kasih.. :)
Delete