Nota ini sebenarnya saya nak tulis daripada bulan lepas, tetapi disebabkan saya yang perasan sibuk, maka tertangguh hingga la hari ini.
Bulan lepas saya ada ambil kerja separuh
masa (part-time) menjual buku di Pesta Buku PWTC dengan sebuah syarikat seorang
Ikhwah, iaitu Syarikat Maghfirah Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang banyak
menerbitkan buku dan al Quran. Ini pengalaman pertama saya kerja menjual buku
di pesta buku. Saya ambil part-time ini bersama dua orang ikhwah, iaitu Amir
dan Amar.
![]() |
Amar, pelanggan (tak ingat nama) dan Amir |
Hari pertama berniaga, terasa macam muka
tebal melebihi ketebalan tembok besar China. Pelanggan datang booth kami, saya
senyum je. Rasa macam malu je nak bercakap dengan pelanggan.
Tetapi, suatu perkara yang sangat
mengejutkan saya, adalah apabila saya lihat bagaimana Amar melayan pelanggan
yang datang ke booth kami. Dengan petah di berkata-kata kepada pelanggan,
bahkan sehingga dia berjaya membuatkan pelanggan tersebut membeli sebuah buku
Sirah Nabawiyah yang harganya sekitar RM238.00, yang pada saya ia agak mahal.
Selepas selesai urusan jual beli, saya
dengan cepat bertanya kepada Amar bagaimana tips untuk petah bercakap dan idea
kepada pelanggan.
Banyak perkara yang dia kongsikan,
antaranya kena tahu buku apa yang kita jual, kena pandai ambil perhatian dia,
dan paling penting, kena BERANI!
Ya, kena berani. Atau dengan erti kata
lain, kena KOOL!
Berani
kerana benar, Kool kerana..?
Sepanjang saya mengenal jalan dakwah
ini, saya banyak berfikir bagaimana untuk mengajak sahabat-sahabat saya, atau
adik-adik saya untuk menyertai usrah.
Dan setiap kali nak ajak, mesti saya
rasa sesuatu. Saya rasa malu atau segan!
Tutup muka.
Tapi apabila saya melalui hari demi
hari, belajar dengan kehidupan seharian, baru saya sedar bahawa saya sebenarnya
bukan malu atau segan, tetapi saya TAKUT!
Ya, saya takut jika orang tersebut tidak
mahu menerima apa yang saya bawa, ataupun saya takut jika saya tersalah cakap.
Ini kelemahan saya, dan saya cari solusi
bagaimana nak atasinya. Dan akhirnya, selepas pengalaman kerja part-time tempoh
hari, barulah saya sedar dan faham, bahawa satu cara untuk saya atasi kelemahan
saya adalah dengan BERANI.
Ya, bagaimana nak berani?
Senang saja.
Kita kena YAKIN apa yang kita bawa, dan
apa yang kita sampaikan adalah BENAR!
Dan apabila kita yakin apa yang kita
bawa itu benar, secara automatik kita akan jadi berani. Dan hasil daripada
keberanian yang ada, kita akan melahirkan satu lagi sifat, iaitu
Kool!
Kool atau ejaan sebenarnya Cool
merupakan satu sifat yang menggambarkan seseorang itu berani terkehadapan,
tidak tergopoh-gopoh, mempunyai kesedaran diri yang tinggi, berketrampilan,
sabar dan macam-macam lagi.
Ya, ini sifat yang perlu ada pada Daie,
kena kool.
Kool meskipun dihina, dicaci, ditolak,
bahkan diugut bunuh!
Ini antara sifat yang ada pada baginda Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam. Walaupun
diherdik, dihina, dicaci, bahkan diugut bunuh, baginda tetap sabar dan stay
cool!
Angkat kening.
Barulah berani kerana benar, kool kerana
yakin!
Jadi, kita tunggu apa lagi, mari kita
sampaikan risalah yang diwariskan baginda Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam dengan penuh
berani dan kool!!
سيروا على بركة الله
Seeru ‘ala
barakatillah!
Moga amal
diterima Allah.
No comments:
Post a Comment