Dalam kehidupan kita, banyak
kali kita melakukan dosa. Dan sebahagian dosa yang kita lakukan itu kita buat
secara tidak sedar.
Ya, kita buat secara tidak
sedar. Seolah kita sedang makan pil kuda dan kemudiannya khayal.
Sebagai contoh,
Semasa berfacebook,
kadang-kadang kita tengah marah atau mungkin sedang kecewa, kita tak sedar
bahawa komen-komen kita banyak mengandungi dosa-dosa seperti mengumpat,
memfitnah, mencerca, mencaci maki, dan sebagainya.
Atau mungkin semasa kita
sedang berbual dengan kawan atau keluarga, tanpa sedar kita sudah masuk zon
mengumpat, memfitnah dan lain-lain.
Malah kalau yang berdating
dengan pakwe atau makwe secara berduaan, secara tak sedar kita sudah melangkaui
zon bukan “bebas cukai”.
Ataupun, semasa kita berjalan
di pasar malam atau shopping complex, secara tak sedar kita “seronok” tengok
aurat perempuan terbelah sana sini walaupun kita ikut TARBIYYAH!
Pil kuda tak bersalah.
Pil kuda kalau kita makan
sebiji, kita belum terasa sangat kesannya. Tapi jika kita makan tiga, empat
biji, kita akan jadi pening dan khayal. Masa itu kita akan buat perkara-perkara
yang kita sendiri tak sedar kita buat. Kemudian kita akan ketagih lagi pil
kuda.
Kurang lebih seperti dosa,
mula-mula kita buat dosa, kita tidak rasa apa-apa sangat. Paling tidak pun,
hati kita akan terdetik,
“Ala, sikit je pun.. Nanti
aku taubat la.”
Mula-mula kita akan buat
sikit, lama-lama bila sudah “overdose”, kita akan buat lebih dari jangkauan
kita.
Syaitan ini akan sentiasa
hasut kita untuk berbuat dosa dari sebesar-besar perkara iaitu kufur kepada
Allah, sehinggalah jika dia tak mampu, dia akan menghuru harakan priority
ataupun keutamaan kita. Itu paling sikit.
Jadi, adakah kita nak
salahkan pil kuda kerana mengkhayalkan kita, atau menyalahkan syaitan kerana
selalu dan setiap masa menghasut kita?
Sudah semestinya TIDAK.
Dah memang sifat pil kuda
itu mengkhayalkan, janganlah menggatal ambil walaupun sebiji.
Lagipun, bukan ke pil kuda
ini untuk kuda, yang kita menggatal makan kenapa? eh?
Syaitan pula, memang tugas
dia menghasut bersungguh-sungguh anak adam sampai hari kiamat hingga ke titisan
lubang neraka terendah. Kita sepatutnya menyalahkan diri kita kerana tidak
“bertugas” dengan sungguh-sungguh untuk mengislahkan diri kita dan menyeru
masyarakat kepada Islam yang syumul.
Jadi apa perlu buat?
Mari kembali pada Allah
Ya, kita ini hamba Allah,
tak terlepas dari dosa. Kita bukan malaikat, kita manusia biasa. Maka, kalau
kita tersedar seketika selepas berbuat dosa kepada Allah, segeralah istighfar
dan berhenti buat. Kita kembali semula kepada Allah.
Dan kalau dosa itu
bersangkut paut dengan manusia (sama ada mengumpat, fitnah, menghina, dan
lain-lain), maka mahu atau tidak, kita rendahkan ego kita dan segeralah minta
maaf kepada manusia tersebut.
Mari kita rendahkan ego,
minta ampun kepada Allah dan minta maaf kepada manusia yang kita buat dosa
padanya.
Rendahkanlah ego serendah
bumi..
Rendahkanlah..
Demi akhirat kita bersama..
![]() |
mari cari jalan pulang |
No comments:
Post a Comment