Bahang pilihanraya sama ada pilihanraya Umum (PRU) mahupun pilihanraya kampus (PRK) kini semakin hangat dan hangit di perkatakan.
Teringat saya ketika di awal sekolah menegah satu
ketika dulu, saya gemar mengambil tahu hal-hal politik negara. Tetapi dengan
keadaan yang masih mentah lagi, saya jadi pening dengan pertelingkahan
parti-parti politik di Malaysia, terutama parti-parti yang dominan. Bukannya “peperangan”
idea, tetapi “peperangan” fitnah, jatuh-menjatuhkan, label melabel, dan
sebagainya. Sehingga pada satu tahap, saya sedih dengan keadaan orang Islam
terutama ketika hampir PRU (Pilihanraya Umum).
Dan saya masih ingat lagi, ketika di tingkatan 4
dan masa itu di perpustakaan, saya membaca Utusan Malaysia (sekarang ada “nama”
baru ye?) yang agak mainstream di
Malaysia. Di muka hadapan, tajuknya agak “panas dan pedas” (baca : hot and spicy) walaupun saya dah
lupa apa tajuknya. Apabila baru nak membaca akhbar tersebut, tiba-tiba datang
seorang sahabat baik saya dan menyapa saya lalu menegur,
“Kau
baca pasal apa ni? Pasal politik ke? Ala..tak payah ambik tahu la. Bapak aku
kata, bukan kita tahu pun siapa yang betul, siapa yang salah. Aku tak ambik
tahu pun, kalau bapak aku beli surat khabar, aku baca sukan je.”
Lebih kurang begini dialognya, dan saya mula
terfikir. Sejak dari saat itu, saya terus tidak ambil peduli mengenai politik
negara. Musim pilihanraya Umum adalah musim paling bosan bagi saya, tidak
seperti dahulu. Bagi saya, politik itu kotor. Buat apa nak ambil tahu, biarlah
orang lain ambil tahu.
Dan keadaan itu berterusan sehingga saya
menjejakkan kaki ke universiti, barulah saya ada kesedaran “sivik” semula betapa
pentingnya ambil tahu urusan politik negara mahupun kampus, meskipun kita tidak
terlibat di dalamnya.
Politik
itu kotor?
Jika di tanya saya, jawapan saya,
“Politik itu
tidak kotor, tetapi Politik Kotor itu yang kotor”
Ya, politik kotor itu yang kotor. Sebabnya,
politik yang tidak kotor adalah politik yang berlandaskan al-Quran dan
As-Sunnah, atau lebih di kenali sebagai Politik Islam. Kalau dalam bahasa
arabnya, “Siyasah Syar’iyyah”.
Untuk saya jelaskan apa itu Politik Islam,
konsep-konsepnya, dalil-dalilnya dan sebagainya, maka saya bukan ahlinya. Saya
baru belajar, dan bukan bidang saya untuk membincangkan terlalu detail. Rujuk
orang yang ahli dalam bidang ini, bukannya ahli politik semata-mata.
Kenapa
ambil tahu tentang politik?
Kadang-kadang ada sahabat saya bertanya saya,
kenapa ambil tahu hal perihal politik. Bukan ke politik hari “caca merba”
seperti yang dikatakan Prof. Madya Dato. Dr MAZA ? Ya, politik hari ini,
terutama di Malaysia memang caca merba, tetapi di sebabkan oleh tangan-tangan
manusia yang tidak mengenal halal dan haram.
Tetapi ini tidak bermaksud kita tidak perlu ambil
tahu langsung. Kena ambil tahu, sebab kita hidup bermasyarakat, terutama
mahasiswa/i yang so called berintelektual
tinggi atau minda kelas pertama. Siapa lagi yang akan memegang tampuk pemerintahan
kelak? Adakah kita mahukan penagih dadah, perompak, penyamun dan sebagainya
yang memerintah? Saya tidaklah menghina mereka, tetapi rasanya kita boleh
berfikir secara logik akal sendiri tanpa saya mengeluarkan dalil-dalilnya.
Mungkin sesetengah daripada masyarakat, bahkan
mahasiswa/i sendiri akan berfikir bahawa politik itu kotor dan jijik.
Ketahuilah, berpolitik itu bukanlah sesuatu yang buruk atau dikeji oleh
syariah. Ia termasuk dalam tanggungjawab Islam juga. Ia adalah fardu kifayah.
Rasulullah dan para sahabat pun berpolitik demi amanah Islam. Apa yang dikeji
ialah gila berpolitik atau tamakkan jawatan sehingga melupai dasar- dasar
agama. (Prof. Madya Dato. Dr MAZA, Siyasah Perubahan Dengan Maslahah)
Politik
Kotor
Sungguh, saya masih mentah lagi dalam dunia
politik. Dan cuba untuk “update” dari masa ke semasa. Namun, berdasarkan pemerhatian
dari kaca mata seorang yang dhaif ini, fenomena iklim Politik Kotor yang
berlegar di ruang angkasa Malaysia sudah meresap dengan kadar yang bahaya untuk
kesihatan di dalam kampus, tidak kira mana-mana kampus pun (woha!).
Maka pandangan saya ini menjurus kepada
pemerhatian di kampus. Antara Politik Kotor yang “di amalkan” di kampus adalah
sikap jatuh menjatuhkan dan fitnah menfitnah. Dari saya tahun pertama,
sehinggalah saya tahun akhir, saya masih tertanya,
“Untuk
apa kita jatuhkan seseorang jika manifesto atau matlamatnya adalah untuk
kebajikan mahasiswa sendiri?”
Soal niat itu, kita ketepikan dahulu. Kerana itu
antara dia dan Allah. Sedangkan politik ini di bina adalah untuk saling bangun
membangunkan antara satu sama lain. Ia sepatutnya seperti sistem “Simbiosis”,
saling bantu membantu antara satu sama lain meskipun berbeza ideologi, fahaman,
manifesto dan sebagainya selagi mana ia tidak berbeza matlamat utama. Bukannya
bersifat “Parasit”.
Saya bercakap secara umum, siapa makan cili, dia
terasa. Siapa yang terasa, padan muka (woha!).
Kepada
“Kerajaan” dan “Pembangkang” mahupun “Bebas”.
Berpolitik lah dengan iman dan taqwa, dengan
matang dan bijaksana, dengan hujah dan idea, dengan semangat dan akhlak dan
dengan matlamat dan masa depan.
Demi meninggikan semula panji-panji Islam yang
kian di patah-patahkan,
demi mengejutkan semula ummah yang kian jauh dari
kefahaman Islam yang sebenar,
demi mendirikan semula Tamadun Islam yang hilang
di telan zaman,
dan demi memastikan keadilan Islam di rasai oleh
segenap makhluk di seluruh cakerawala.
Jauhkanlah dari berpolitik dengan politik jatuh
menjatuhkan antara kawan dan lawan, fitnah memfitnah antara sesama Muslim dan
sebaliknya, hina menghina antara sahabat dan musuh, juga hasad dengki antara
Ulama’ dan Umara’.
Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w. dalam sebuah
hadis yang bermaksud ;
“Jangan
saling berhasad dengki, jangan saling menaikkan harga bukan untuk membeli,
jangan saling membenci dan jangan saling belakang membelakangi (memutuskan
hubungan), (tetapi) jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seseorang Muslim
adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain. Dia tidak menazalimi, tidak
membiarkan, tidak mengabaikan tanpa pertolongan dan tidak menghinanya. Takwa
letaknya di sini – sambil menunjukkan kepada dadanya-. Sesorang sudah cukup
jahat apabila dia memperlekehkan saudara seislamnya. Setiap darah, harta dan
maruah orang Islam adalah haram (diceroboh) oleh orang Islam yang lain.”
(Riwayat
Muslim daripada Abu Hurairah r.’anhu)
Untuk mahasiswa/i di kampus yang bertanding, corak
politik anda semua sedikit sebanyak mempengaruhi corak politik negara. Jika
politik kotor yang anda pilih untuk di amalkan, maka saya khuatir politik kotor
jugalah yang sentiasa bermahasultan sampai bila-bila di Malaysia.
Ayuh, ubah paradigma anda. Fikir tujuan anda
hidup, dan fikir tujuan anda berpolitik. Untuk diri anda atau untuk kepentingan
ummah?
Kepada
“Atas pagar” dan “di luar kawasan (tidak ambil tahu hal semasa)”
Pemimpin masa hadapan bermula dengan generasi maha
kini. Pilihlah pemimpin yang di yakini adil dan saksama dalam melaksanakan
amanah yang di beri. Walaupun hanya sekadar pemilihan Majlis Perwakilan
Mahasiswa. Anda yang menentukan
kebajikan anda semua (termasuk saya).
Dan jika anda tidak mengambil tahu urusan umat
Islam, maka dengarlah amaran dari junjungan kita Rasulullah s.a.w. dalam sebuah
hadis yang bermaksud
“Sesiapa
yang tidak menghiraukan hal ehwal umat Islam, maka dia bukan daripada kalangan
mereka”
(Riwayat
ath-Thobarani daripada Huzaifah bin al-Yaman)
Dan
saya?
Saya sedar dan akui, suara saya hanyalah kecil,
sekecil semut di dalam ribuan kerengga. Bahkan jutaan barangkali. Namun saya
tetap ingin meluahkan pendapat dan seruan saya yang mungkin tidak bernas di
mata sesetengah pihak.
Akhir sekali, saya menyeru anda semua agar
menyertai dalam sebuah kerangka gerak kerja yang lebih besar daripada sebarang
parti politik, jemaah mahupun organisasi. Penyertaan yang saya serukan ini
tidak memerlukan anda meninggalkan apa yang anda sudah sertai, dengan syarat
organisasi itu tidak menyanggahi al-Quran dan Al-Sunnah, iaitu bekerja ke
arah tajdid dan islah, PEMBAHARUAN DAN PEMBAIKIAN.*
Ketahuilah, kita dilahirkan sebagai ahli politik meskipun kita tidak berparti. (Dr Maszlee Malik, Konvensyen Fiqh Politik 2012)
Semoga Allah Redha.
p/s :
1. * edit sedikit daripada artikel Prof. Madya Dato.
Dr MAZA, Fikrah merentasi Jemaah.
2. Disclaimer: Saya tidak
berpihak kepada mana-mana blok.
No comments:
Post a Comment