Monday, 17 September 2012

Perpisahan itu indah..?



Beberapa jam yang lalu, telah pulangnya seorang tokoh besar perjuangan Palestina, Sheikh Raed Solah atau di kenali sebagai Sheikh al Aqsa setelah berada di Malaysia selama kurang lebih 11 hari. Perpisahan ini memberi impak yang sangat tinggi kepada para pencinta perjuangan Palestina, dan sekaligus memberi impak kepada perubahan pemikiran sebahagian rakyat Malaysia.


Setiap orang dalam dunia ini pernah mengalami sebuah perpisahan. Sama ada perpisahan sementara; contoh seperti pergi sekolah, masuk universiti, pergi seberang laut (baca: oversea) dan sebagainya, atau perpisahan berbentuk kekal selamanya, iaitu kematian.
 

Perpisahan sekolah tarbiyyah


Tidak di nafikan, ada kalanya perpisahan itu memberi impak yang buruk kepada seseorang. Contoh terdekat kalau ibu bapa yang berpisah atau bercerai. Namun , jika perpisahan yang asalnya untuk tujuan kebaikan, maka insyaAllah ia menjadi sebuah sekolah atau madrasah tarbiyyah untuk seseorang.

Contohnya kalau kita mempunyai anak atau sahabat yang akan menyambung pelajaran ke seberang laut, pada awalnya mungkin kita akan rasa sedih kerana kehilangan mereka (walaupun hanya sementera), tetapi pada akhirnya jika kita faham dan selami hikmah di sebalik takdir Allah, maka baru kita faham bahawa ia merupakan suatu proses tarbiyyah yang menjadi sunnatullah, bukan sahaja kepada sesiapa yang so called pejuang, bahkan untuk semua manusia, kerana kehidupan tanpa perpisahan hanyalah di syurga kelak. Maka, sepanjang proses kehidupan kita seharian, mahu atau tidak kita pasti dan pasti akan mengalami sebarang bentuk perpisahan.

Antara elemen yang dapat di pelajari dalam “subjek” perpisahan ini adalah kesabaran dan keyakinan mengenai takdir Allah. Semakin kita yakin mengenai ketentuan Allah, semakin kita banyak sabar. Semakin banyak sabar, semakin banyak nikmat Allah beri. Allahu Rabbi. Sabar ini bukan belajar (secara praktikaliti) daripada dewan kuliah ataupun ceramah-ceramah, tetapi berdasarkan pengalaman dan ujian yang Allah beri kepada kita.


Perpisahan itu indah


Mungkin ramai menyatakan perpisahan itu menyakitkan. Namun jika kita telusuri dan muhasabah semula hikmah perpisahan yang di lalui, maka kita akan faham bahawa indahnya nilai sebuah perpisahan. Kerana apa? Kerana banyak perkara kita akan belajar daripadanya sebelum kita mengalami perpisahan yang kekal selamanya daripada dunia ini. Mungkin kita akan belajar tentang bagaimana sifat dan sikap manusia, kesabaran, kecekalan, keyakinan tentang takdir, dan sebagainya.

Maka perpisahan di dunia mendidik kita agar kita memahami akan tujuan hidup kita, seterusnya tempat di stesen kehidupan terakhir kita di alam yang tiada perpishan di dalamnya, iaitu Syurga atau Neraka.

Usahlah terlalu sedih akan perpisahan. Sedih tidak mengapa, tetapi jangan sampai memakan diri. Kerana di sebaliknya, terdapat permata yang indah menanti.




Semoga Allah Redha.







p/s: mulai entri ni, kebanyakkan entri aku adalah bersifat formal (walaupun kadang-kadang rimas dengan formal ni). *uhuk*uhuk*. Dan aku juga akan tukar penggunaan kata ganti diri, daripada “aku” kepada “saya”. Erk?

Thursday, 6 September 2012

Mahu belajar agama (Islam) dari awal, tetapi bagaimana?



err.. belajar pastikan berguru!

Nota kali ini aku hanya mampu copy paste daripada posting seorang sahabat aku di group facebook. Err, sudah pasti kalau jatuh di tangan aku, pasti aku akan edit sikit-sikit ayatnya versi aku tanpa mengubah maksud. Haha.

Ia mungkin garis panduan (guidelines) yang berguna kepada sesiapa yang baru nak belajar semula ilmu agama terutama diri aku sendiri.
*uhuk*uhuk*.

---

Secara ringkas padat dan muktahirnya, ilmu yang wajib dipelajari oleh semua Muslim dulu, kini dan selama-lamanya sebelum jadi encik mayat adalah ilmu FARDHU AIN. Aku rasa dalam subjek pendidikan Islam di sekolah menengah ada belajar pasal ni.
Dah lupa? Pergi buka buku sekolah menengah adik-adik anda yang bertajuk “Pendidikan Islam”!

Ilmu fardhu ain itu ada tiga bahagian :

1. Tauhid/Akidah/Iman
2. Feqah/Syariah/Islam
3. Tasawwuf/Hakikat/Ihsan


Ok, mari kita bahaskan satu persatu (walaupun dah dibahaskan pun).

----------------------------------------------------------------------------------------------

1. Ilmu TAUHID diguna pakai dalam hati (iktikad), bukan sekadar hanya menanam durian D24 di pinggiran kedua bibir. Sape ada satu bibir je?

Ilmu tauhid juga yang membuahkan keyakinan yang sebenar-benar yakin tentang keesaan Allah Rabbul Jalil lantas menolak perkara-perkara lain yang so called tuhan oleh manusia dan totally mengaku kewujudan Allah. Ia juga membahaskan tentang 50 sifat.

Oleh itu, kepada sesiapa yang nak bermula dari awal, maka di cadangkan oleh penulis (bukan aku) untuk memulakan dengan kitab :-

(a) matan ummul barahin (kitab arab)
(b) faridah faraid fil ilmi aqaa'id (kitab jawi)

Tak reti baca tulisan jawi? Maka belajarlah. Tak salah bermula dari sekarang, bukan dah nak beli kain kapan baru nak belajar.

----------------------------------------------------------------------------------------------

2. Ilmu FEQAH diguna pakai pada perbuatan zahir (ritual dan amalan), sama ada amalan tersebut bersifat IBADAT, MUAMALAT, MUNAKAHAT DAN JINAYAT. Ia sangat perlu untuk memperhalusi segenap amalan.

Oleh itu, kitab permulaan kepada beginner untuk belajar ilmu ini ialah :-

(a) kitab safinatun naja (kitab arab)
(b) hidayatus sibyan (kitab jawi)
(c) munyatul musolli atau kitab kuning (kitab jawi)

----------------------------------------------------------------------------------------------

3. Ilmu TASAWWUF pula diguna pakai pada hati, penghayatan dan rasa agar dapat rasa kemanisan Iman dan Islam yang kita anuti. Takde lah kita merasakan amalan yang dilakukan bersifat adat . Ia nya hasil dan buah daripada gabungan mantap TAUHID dan FEQAH. Ilmu ini turut membahaskan tentang 20 sifat hati iaitu 10 mahmudah (kebaikan) dan 10 sifat mazmumah.

Aku rasa dulu masa pendidikan Islam ada belajar perkara ni. Err, mungkin aku tertidur masa tu dalam kelas. *uhuk*uhuk*.

Maka, kitab permulaan untuk belajar ilmu ini ialah :-

(a) kitab penawar bagi hati (kitab jawi)
(b) kitab tahzibul akhlak (kitab arab)

----------------------------------------------------------------------------------------------

kesimpulan :

Jadilah apa pun mahupun sesiapa pun, atau jadi nobody pun,
Apa yang penting?!!
Bukan kerjasama dalam konteks ni, tetapi belajarlah 3 subjek ini bagi melepasi sekurang-kurang nya untuk diri kita dan anak bini kepada sesiapa yang dah kahwin. InsyAllah selamat dunia akhirat.

sumber kitab :

1. pelita penuntut
2. ta'allim muta'allim thoriqotul ta'aalum

---

Aku rasa perkara yang di tuliskan atas ni memang semudah mengopek rambutan untuk memahaminya, tetapi sesukar dari yang di jangka untuk mengamalkannya. Walau apa pun, usaha kena ada. Kalau sekadar cakap “aku tak mampu” sentiasa je, sampai jadi mayat pun takkan mampu.

Terasa termakan cili pulak aku. *uhuk*uhuk*

Moga Allah Redha.
 

Monday, 6 August 2012

Janji ditepati..??




"Shuk, kau tahu apa tema merdeka tahun ini?"

"Errr... aku tak check lagi, apa dia?"

"Janji di tepati.."

"Er?? ........"



Lebih kurang begini dialog antara aku dan sahabat aku sebelum ini, mengenai tema kemerdekaan tahun ni. Agak terkejut aku mendengar. Kemudian aku berfikir, adakah transformasi yang ingin di bawa kerajaan sudah tamat? Sebab jika di lihat tema kemerdekaan pada tahun-tahun lepas, iaitu bermula pada tahun 1970, tema yang di sampaikan menampakkan apa yang ingin di gerakkan atau di jalankan oleh kerajaan.


Err, mungkin yang ada penuh sentimen akan membidas aku dengan dasyatnya setelah aku melontarkan persoalan macam tu.  Tak kisahlah, sebab aku hanya yakin janji yang di tepati sepenuhnya hanyalah janji-janji Allah dan Rasul-Nya. Maka semperna hari Nuzul Quran ni, ada beberapa janji-janji Allah di dalam al Quran yang kita perlu ambil cetusan, iktibar dan cuba kita capai dan garap supaya meningkatkan lagi prestasi untuk kita beramal kita sebagai bekalan akhirat.



Janji-janji Allah untuk :



1. Untuk orang yang beriman


Terjemahan :

“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai ; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”, dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.”

[Surah al Baqarah ayat 25]

                                 
2. Pahala orang yang beriman



Terjemahannya :

“Sesungguhnya  orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasnya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”

[surah al Baqarah ayat 62]


3. Ingatan Allah kepada hamba-Nya


Terjemahannya :

“Oleh itu ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan ; dan bersyukurlah kamu kepada Ku dan jangalah kamu kufur (akan nikmat-Ku)”

[Surah al Baqarah ayat 152]


4. Allah berserta orang yang sabar



Terjemahannya :

“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan ) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang, kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

[Surah al baqarah ayat 153]


5. Melaknat dan menerima taubat.


Terjemahannya :
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk”

[Surah al Baqarah ayat 159]



Terjemahannya :

“Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan) ; maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”

[Surah al Baqarah ayat 160]


6.  Menolong hamba-Nya


Terjemahannya :

“Wahai orang-orang yang beriman!  Kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

[Surah Muhammad ayat 7]


7. Rezeki yang Allah berikan



Terjemahannya :

“Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik ; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskkan) ; dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut di beri peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat ; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). [2]

“Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk mengolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” [3]

[Surah At Talaaq ayat 2-3]


8. Jodoh yang Allah tetapkan.


Terjemahannya :

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat, dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat) ; mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”

[Surah an Nur ayat 26]


9. Allah akan mengabulkan doa dan ancaman Allah.


Terjemahannya :

“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

[Surah Ghafir (al mu’min) ayat 60]



10. Tentang kematian.


Terjemahannya :
“ Tiap-tiap yang bernyawa akan merasi mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan di sempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

[Surah ali Imran ayat 185]





Banyak lagi janji-janji Allah mengenai nikmat dan azab yang Allah sediakan bagi orang yang beriman dan sebaliknya. Boleh rujuk Quran sendiri, sambil-sambil bertadarus atau membaca al Quran seorang diri untuk menghabiskan 30 juzuk tu, sambil-sambil baca terjemahan sekai. Kemudian, muhasabah diri kita hari ini, semperna hari Nuzul al Quran ini, berapa banyak hidup kita di habiskan untuk “mengejar” janji-janji Allah? Dan adakah kita “mengejar” nikmat atau azab?


Bak kata Hamka Kereta Mayat, semua orang akan jadi mayat. Jika anda kaya, anda akan jadi mayat orang kaya.  Jika anda orang miskin, anda akan menjadi mayat orang miskin. Anda tidak mampu mengubahnya! Bila mati masuk dalam tanah dan kubur akan hisap darah korang! Woha!



Inilah salah satu Janji ditepati oleh Allah. 

Moga Allah Redha..^_^


p/s: 

Berkata Syaikh Ibnu ‘Athaillah:


“Janganlah sekali-kali kamu berasa ragu atas janji Allah yang telah dijanjikan-Nya, sedangkan waktunya sudah pasti (akan datang), tetapi ia belum datang, agar keraguan kamu itu tidak akan mengotori basirah (pandangan batin) dan tidak memadamkan cahaya  nuranimu.”