Wednesday, 30 November 2011

Makan itu politik?

(Semua perkara nak di politikkan. Jangan aku yang membuat blog ni dipolitikkan sudah..)

Masa aku berborak dengan kawan aku, tiba-tiba dia bercerita tentang pengalaman dia berborak dengan seorang kawan dia sambil menunggu giliran untuk membuat perbentangan thesis dia. Takde apa pun yang menarik dengan perbualan diorang, semuanya berkenaan politik je. Tapi aku tertarik dengan isi perbualan dia yang mana lebih kurang macam ni la dialog mereka berdua ;


------


Kawan kepada kawan aku (B) : Kau tau tak, dekat facebook ada orang menghina gambar tuhan kami. Pasal tuhan kami yang lembu tu. Ini semua pasti ada agenda politik kotor nak tarik perhatian orang.

Kawan aku (A) : (dengan gaya perasan macho), lagi?

B : Sorry to say la, aku rasa mesti segolongan orang bangsa melayu yang penyokong kuat parti xyz buat macam ni untuk raih perhatian orang ramai.

A : Kau yakin ke semua ni ada agenda politik kepartian?

B : Mesti lah! Sebahagian orang melayu sekarang dah berani hina-hina agama orang.

A : Kau nak tau sesuatu tak? Masalah mentaliti yang berlaku kepada segolongan besar penduduk Malaysia tak kisah sama ada dia melayu, cina, india, kadazan dusun, melanau atau bla3..?

B : Err…Apa dia?

A : Semua perkara yang berlaku kat Malaysia ni, yang tak selari dengan citarasa kita yang dirancang oleh orang lain kita anggap ada agenda politik. Kalau kau nak tahu, bukan sekadar agama hindu je di hina, agama islam pun di hina juga. Kalau tak, takkan orang islam sendiri nak letak gambar khinzir kat atas kaabah tu. Orang yang tak suka je akan letak. Betul tak?

Yang pasal agenda politik ni, hampir semua perkara yang diucapkan oleh orang yang tak sependapat atau sehaluan dengan kita akan kita kata ada agenda politik. Contoh orang ni cakap pasal melayu je, ada agenda politik, orang tu cakap pasal islam sikit je ada agenda politik, orang ni bagi tazkirah pun kata ada agenda politik, orang ni cakap nak selamatkan bangsa sendiri pun ada agenda politik dan macam-macam la.

Ni masalah utama pemikiran yang ada pada masyarakat Malaysia sekarang, semua perkara nak dilihat dari political view.

B : (terdiam..)


-------

Okay cukup aku quote perbualan mereka sampai situ. Aku memang bersetuju apa yang kawan aku (A) cakap. Hampir semua masyarakat Malaysia kalau boleh nak pandang suatu isu itu melalui political view first. Then baru pandang dari sudut lain selepas puas mencaci maki, kutuk, mengumpat dan lain-lain. Silap-silap orang tengah makan pun dikatakan ada agenda politik (apa ke bengongnya..).

Semalam aku pergi satu ceramah, ustaz tu bercerita tentang cinta. apa yang menarik aku nak ambik, dia kata lebih kurang cinta ni indah, suci. Zaman nabi s.a.w dulu, kalau lelaki dengan lelaki cakap sayang pun, tiada apa yang pelik kerana mereka sayang kerana Allah. Tapi hari ni, bila lelaki cakap suka atau rindu pada lelaki, terus dikatakan gay. Pemikiran orang hari ini tercemar sangat menyebabkan sesuatu perkara yang indah dan baik pada asalnya menjadi suatu perkara yang spesifik dan boleh kata tercemar.

Jadi macam politik, asalnya benda ni sangat baik. Yela, politik tu boleh kata pengurusan, pentadbiran dan sebagainya. Hatta dalam berorganisasi pun adalah politik. Tapi apa aku nak fokuskan adalah politik kepartian. Tapi disebabkan pemikiran yang tercemar (termasuk aku sekali..oh!) , semua perkara pada asalnya baik terus dipandang kotor.

Politik itu luas maksudnya. Macam mana nak berpolitik? Nanti aku “jemput” seorang penceramah terkemuka dalam dunia blog untuk “berceramah” dalam entry aku untuk akan datang (ntah bila la..woha!)

Jadi, sempena tahun baru hijrah ni, aku menyuruh diri aku untuk memperbaiki kefahaman aku tentang islam, tentang isu semasa dan macam-macam. Paling penting sekali PERBAIKI AKHLAK. Itu yang sangat penting. Kalau muka hensem atau cantik, tapi perangai macam hampeh tak guna jugak.
Akhir sekali, kalau nak pandang sesuatu perkara tu, pandanglah dengan pandangan islam dulu dan bersangka baik.

Nabi s.a.w. ada bersabda yang maksudnya ; “jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta” (HR. Muttafaqun alaihi)

Akhir sekali (ada lagi pulak..) ada kata-kata yang menarik aku nak bagi untuk diri aku yang perasan bagus ni,
“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah”

Sekian..


p/s :
1. Selamat tahun baru hijrah :)
2. bersangka baiklah sebelum kau jadi mayat :)

Friday, 18 November 2011

Aku dengan MLM..??

(Ada kawan aku pernah tanya aku pasal hukum MLM. Aku cakap rujuk ustaz. Sebab aku bukan ustaz. Tapi dia nak tahu apa pendapat aku, so ni pendapat aku….)

Soalan kawan aku (macam ni lebih kurang) :

Salam shuk..kau pernah dengar MLM kan? Aku rasa mesti kau pernah tau kan. Apa hukum MLM ni ek? Dan apa pendapat kau tentang MLM nie??

Jawapan aku :

Salam.. Em.. aku dengar cerita MLM ni guna sistem pyramid kan? Dan dia tak sama macam skim cepat kaya, cuma boleh kata senang jana keuntungan dan kerja dia senang je, tak susah mana pun.
Ok, hukum MLM aku tak tau. Kau rujuk ustaz, ulama’ berdekatan. Aku bukan ustaz. Tapi kalau kau tanya pendapat aku, macam ni.

Dulu zaman Firaun, ada bina pyramid. Tapi sayang Firaun masuk neraka.
Dan yang aku tau la, manusia yang pernah kaya dan paling kaya kat dunia ni Qarun. Tapi sayang, Qarun jugak masuk neraka.
Dengan erti kata lain, dua-dua masuk neraka.

Dah itu je pendapat aku.

Sekian.

p/s : untuk keterangan lanjut yang lebih hebat dan “meletup”, boleh la refer di http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html atau http://aididmuaddib.blogspot.com/

Wednesday, 16 November 2011

Korban tu apa..??

(nota yang dah lama terbuku dalam kepala aku sejak minggu lepas, dan aku menterjemahkan dalam nota agama untuk diri aku..)



Masa raya haji hari tu, tempat aku ramai orang buat korban termasuk sekali dengan keluarga aku. Tapi aku tertanya-tanya, apa tu korban..?

A.   Sembelih lembu?
B.   Sembelih kambing?
C.   Sembelih unta?
D.  Sembelih itik atau angsa?
E.   Sembelih kerbau?
F.   Sembelih ayam?
G.  Sembelih orang?
H.  Bertindik?
I.     Berkhatan?
J.   Atau ambik bahagian korban lembu yang orang bagi?

Atau menanyi lagu P Ramlee ;

          Berkorban apa saja,
          Harta ataupun nyawa,
          Itulah kasih mesra,
          Sejati dan mulia…..

Arghh..apa aku merepek ni. Hah! Adakah semua ni dah cukup menunjukkan kita dah berkorban untuk agama?

Aku teringat kisah nabi Ibrahim a.s..

Masa baginda remaja dulu, ayah baginda jual patung berhala dan selalu suruh baginda jual patung-patung tu. Tapi sebab Allah nak lindungi baginda, Allah bagi dia tak bersemangat nak jual patung tu malah dia ejek lagi patung-patung tu pada pembeli dengan dia cakap : “siapa yang nak beli patung-patung tak berguna ni?”
Bersungguhnya baginda nak cari kebenaran ni, waktu malam je, masa nampak bintang bersinar-sinar, baginda akan kata “inikah tuhanku?”, lepas tu bila bintang tu hilang, dia kata “aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”.
Begitu jugak masa waktu siang, bila nampak matahari, dia akan kata “inikah tuhanku?” lepas hilang je, dia kata “wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan”.
Begitu taksub baginda dengan tuhan..
Sehinggalah Allah mewahyukan kepada baginda tetang Zat yang sebenar iaitu “Akulah Allah tuhan sekelian alam.”
Baginda sangat suka dan gembira, maka baginda bertekad dan anggap Allah sebagai kekasihnya. Dan Allah melantiknya sebagai “khililullah” (sahabat Allah).

Kita pendekkan cerita, Nabi Ibrahim a.s ni ditakdirkan takde anak sampai la umur 80 tahun barulah Allah kurniakan anak. Punya gembira baginda yang memang tak sangka baginda akan dapat anak. Maklumlah, kalau korang berhajat nak dapat sebiji motor, sampai la korang dah habis belajar, tiba-tiba orang bagi korang motor sebiji free pulak tu, mesti la gembira tahap gaban punya. Dah sambung balik cerita aku tadi,
Kemudian Allah uji baginda dengan meninggalkan anak dan isteri kat padang pasir selama 7 tahun.


----

7 tahun kemudian..

Baginda pulang dengan dalam hati ada taman, ye la dah 7 tahun tak jumpa, mesti anak dah besar, boleh main kejar2. Kalau zaman sekarang, anak dah darjah 1 kot. Tapi Allah nak uji baginda untuk buktikan iman dan cintanya serta pengorbanannya pada Allah, di suruh lagi keluar selama 3 tahun. Siti hajar menangis dan membasuh kaki suami tercinta dengan air zam-zam dan cakap (lebih kurang) : “Allah yang sama jaga abang dalam api, Allah yang sama juga jaga saya dan anak abang, pergilah abang, bila ini perintah Allah maka jangalah bimbang, sebab ALLAH BERSAMA KITA, ALLAH TAK KAN SIA-SIAKAN KITA..

----

3 tahun kemudian..


Baginda pulang dengan hati yang rindu sangat kat anak dia, yang masa tu dah pandai cakap, boleh lah baginda ajar macam-macam. Tapi Allah nak uji lagi nabi Ibrahim a.s untuk buktikan cinta baginda kepada Allah melebihi segala-galanya dengan mengorbankan anaknya iaitu sembelih hidup-hidup..

NABI IBRAHIM A.S DIPERINTAH BUKAN UNTUK SEMBELIH SEEKOR HAIWAN,
TAPI DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA.

MANUSIA ITU BUKANLAH MANUSIA YANG TIADA KAITAN DENGAN BAGINDA,
TAPI MANUSIA ITU ADALAH ANAK BAGINDA YANG BAGINDA NAK SANGAT JUMPA..

DAN BAGINDA MELAKUKANNYA..

Baginda buat sungguh-sungguh. Anak baginda, nabi ismail a.s siap cakap macam ni yang maksudnya lebih kurang macam ni,

“Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu , agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya.”

Tapi Allah tarik sifat pemotong pada pisau tu, baginda dah mula risau. Kemudian baginda asah lagi pisau tu dan sembelih lagi, tapi anak baginda tak cedera sikit pun. Baginda buat ulang-ulang sampai la wahyu Allah dengan firmannya yang bermaksud :” Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah Kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikan.”

Maka sebagai hadiah Allah hadiahkan seekor kibas dari langit.

Jadi.. tak sama MENGHAYATI PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S dengan MENGHAYATI HADIAH PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S. (aku tak kata salah langsung pun nak sembelih lembu masa raya korban, sunnah tu!)

Cuma aku tertanya la, pernah tak kita “sembelih” perasaan cinta kita pada dunia demi kerana Allah?

Ramai orang datang solat sunat aidiladha, sampai melimpah ruah ke jalan raya. Tapi bila waktu solat fardhu, masjid atau surau lengang je. Siap boleh main lari-lari lagi (aku tak ajar!)

Pesanan aku untuk diri aku yang selalu “terkorban” dengan dunia,


Korbankanlah masa ber “facebook” sekejap dan datanglah pada Allah.

Korbankanlah masa tengok cerita korea sekejap dan datanglah pada Allah.

Korbankanlah waktu rehat atau gap antara kelas/kuliah dan datanglah pada Allah..
Korbankanlah waktu cuti mid semester atau cuti semester kejap dan datanglah pada Allah..

Korbankanlah masa makan, tidur, tandas, tengok movie, hobi sekejap dan datanglah pada Allah..

Korbankanlah masa lapang sekejap dan datanglah pada Allah..


Termasuklah aku sekali yang banyak kali ter”korban” dengan dunia..
Oh! Oh!! OH!!! :’(


P/S: berkorbanlah sebelum terkorban atau jadi mayat

Wednesday, 26 October 2011

Menuntut ilmu sampai ke FPI..??


(aku tertanya-tanya, kenapa segelintir budak yang belajar dalam bidang agama, tak kisah dari sekolah rendah hinggalah ke university, ada yang tak amal agama…)


Hari tu selepas solat maghrib, aku berbincang dengan sorang kawan aku tentang masalah umat (gaya lelaki harapan akhir zaman), dari topik apa tah sehinggalah satu topik tentang kenapa segelintir, (aku rasa keterlaluan kalau aku cakap sebahagian) budak yang belajar bidang agama, yang dulu sekolah agama ke, maahad tahfiz ke, atau apa-apa lah sehingga ke tahap university, ada yang nak jaga solat berjemaah pun susah. Apa tah lagi amalan-amalan lain. Malah ada segelintir yang boleh terpesong sampai masuk ajaran sesat. Err…

Tapi peliknya, kadang-kadang bila ke surau-surau di sekitar kampus (tak kisah la university mana-mana pun), kebanyakkan yang hadir adalah dari golongan pelajar yang bukan ambil jurusan agama sebagai major subject.

Aku cuba sangka baik, yang belajar bahagian agama tu ada kelas, ada mengajar kat surau-surau atau solat tempat lain. Tapi bila aku tengok solat subuh, yang ada tetap orang-orang yang sama. Aku dah mula sangka buruk. Haha..tak payah tau apa yang aku fikirkan.

Kadang-kadang kalau aku pergi surau-surau yang kat luar kampus, aku ada terjumpa sekumpulan manusia yang berjubah putih, berserban, berjanggut panjang, malah ada yang muka muda-muda lagi yang mungkin boleh di syaki sebagai ahli golongan tabligh, bila aku tanya yang pemuda-pemuda yang ikut tu belajar jurusan atau course apa, kebanyakkan mereka akan cakap lebih kepada jurusan sains, sastera, sejarah, psikologi dan bla3. Jarang juga aku jumpa yang kata dari jurusan agama. Ada tu memang ada, tapi mungkin aku je yang tak jumpa kut.

Dan kadang-kadang aku jumpa sekumpulan manusia yang berkopiah, ada berjubah duduk keliling membuat bulatan yang boleh disyaki sedang ber”usrah”, bila aku tanya kebanyakkan daripada mereka jugak ambil kepada jurusan sains, sastera, sejarah, psikologi dan bla3. Jarang juga aku jumpa yang kata dari jurusan agama. Ada tu memang ada, tapi mungkin aku je yang tak jumpa kut.

          Jadi aku tertanya, mana golongan agamawan ni? Aku pernah berbual dengan seorang atuk ni, gaya dia seolah pengikut jemaah tabligh, dia cerita zaman nabi s.a.w. dulu, yang bawa tugas agama atau tugas dakwah ni kebanyakkan orang-orang yang tak pandai, miskin, hamba. Macam juga hari ni, kebanyakkan orang yang sanggup buat kerja dakwah ni kebanyakkannya dari golongan bukan dari jurusan agama. Aku anggukkan je walaupun hakikatnya aku nampak juga realiti hari ni.

Malah kalau kat kampus, aku pernah jumpa beberapa orang students bukan FPI (Fakulti Pembinaan Iman..woha!) ambil subjek dari FPI dan kebanyakkannya amik subjek metodologi dakwah. Dan beberapa students tu berasal dari FST (faculty of Spiritually Tarbiyah..woha!).

Maka aku yang hina dan penuh dosa ni berpendapat, mereka yang bukan dari latar belakang pendidikan agama boleh amal agama dengan baik sebab mereka banyak menuntut ilmu secara tidak formal dan niat mereka memang kebanyakkannya nak menuntut ilmu untuk di amal. Contoh, mereka sanggup ke surau-surau atau fakulti yang berlatarkan islam untuk cari ilmu agama untuk di amal tanpa harapkan ganjaran ataupun tujuan lain macam nak jawab exam ke, atau lain-lain.

Sedangkan segelintir pelajar yang berlatar belakang pendidikan agama susah nak amal agama walaupun dah hari-hari mengadap kuliah-kuliah islamik datang kuliah semata-mata nak jawab exam masa final nanti. Ataupun nak datang kuiz atau dapat tanda attendance.

Wah-wah shukery…sedap kau mengutuk pelajar-pelajar agama ni..

Aku minta ampun pada Allah, minta maaf kalau aku terfitnah ke, tapi aku cakap SEGELINTIR. Bukan SEMUA. (sambil sapu air liur yang bertakung di tepi bibir jap, slurrrp-sapu dengan lidah-woha!)

Aku teringatkan hadis nabi s.a.w. yang maksudnya ;

“Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.
(Hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

Aku takkan syarah hadis ni sebab aku tak layak sampai bila-bila, tapi kalau lihat secara zahir hadis ni,
“Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi..”
Oleh itu, “..penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”

Jadi aku rasa korang faham kut kenapa segelintir pelajar yang belajar agama susah nak amal agama.

Tapi shuk…macam mana pulak dengan pelajar yang bukan aliran agama, tapi boleh amal agama dengan baik??

“Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan..”

Jadi mungkin budak tu cari ilmu agama sebab dia nak amalkan. Sebab tu dia boleh amalkan agama dengan baik..

So kesimpulannya, niat kena diperbaharui. Tak kisahlah pelajar aliran agama, sains, sastera atau apa-apa la. Ada ulama’ nasihat, niat kena sentiasa di betulkan sebelum, semasa dan selepas kita buat sesuatu tu lagi-lagi dalam menuntut ilmu.



Shukery!! Last2..kau pernah pergi FPI tak..??

Err….
aku dengan perasan bagusnya menyatakan “ya”! Aku pernah pergi ke FPI untuk ke café canselori sebab makanan kat situ sedap. Woha!


p/s :
1. Semoga aku dapat amalkan apa aku tulis.
2. tuntutlah ilmu sampai ke negeri china.. peace :)

Tuesday, 4 October 2011

Nak haji dan umrah percuma..??

(dulu masa cuti semester, aku pernah balik rumah lewat lepas solat subuh dalam hampir pukul 7 lebih. Pakcik aku tanya, kenapa balik lewat, aku tersenyum dan dalam hati aku cakap aku pergi cari pahala haji dan umrah…)



Pengumuman!!


Hari ni biskotmayat travels & tours Sdn. Bhd. ingin mempromosikan berkaitan dengan haji dan umrah bagi sesiapa yang tidak mampu atau mempunyai duit tapi berniat untuk pergi atau dapat pahala haji dan umrah. Di bawah ini kami menyediakan tentatif seperti berikut :



Tarikh : Setiap hari tanpa mengira hari cuti umum.

Masa : Selepas solat subuh berjemaah sehingga matahari naik.

Aktiviti : sepanjang menunggu matahari naik, kita meningati Allah seperti berzikir, membaca Al Quran dan sebagainya.


Tarikh mula promosi : sejak dari zaman Nabi s.a.w.
Tarikh tamat promosi : selepas menjadi mayat


Yuran : Tiada caj dikenakan, tiada yuran tersembunyi, tiada cengkeram, tiada pinjaman atau sebagainya. Yang diperlukan ialah keinginan dan kekuatan untuk melakukan.




Sebarang kemusykilan atau keraguan, sila rujuk ustaz, ulama’, kiai berdekatan anda.



"Barangsiapa yang bersolat Fajar (Subuh) berjemaah, kemudian duduk dan mengingati Allah sehingga matahari naik, kemudian bersolat 2 rakaat, akan mendapat ganjaran seperti Haji dan Umrah." Dia berkata : Rasulullah saw berkata : "sempurna, sempurna, sempurna".
(Didalam Al-Jumu'ah 535) Hadith ini dikelaskan sebagai HASAN oleh Al-Albani didalam Sahih Sunan al-Tirmudzi, 480.



Jom beramai-ramai kita merebut peluang ini! Woha!





p/s : 1. Aku tulis tak bermaksud aku TAK SURUH pergi tunaikan haji dan umrah di tanah suci sana. Ini GALAKAN sahaja. Takut-takut tak sempat tunaikan haji, dah jadi mayat. Oh!

Monday, 3 October 2011

Pesta Konvo UKM tak ramai..??

(isu ni dah lepas dah, dan sengaja di bangkitkan bukan berfokus pada pesta konvo, tapi kepada.....)


BANGI, 2 OKTOBER – Pesta Konvokesyen ke 39 (Pesta Konvo) UKM yang bermula pada 22 september dan tamat pada 27 september minggu lepas mendapat sambutan yang kurang menggalakan. Pesta konvo kali ini dikatakan membuat sedikit kelainan berbanding pesta konvo sebelum ini.Banyak reaksi daripada pelbagai pihak mengenai pesta konvo kali ini termasuk yang pro mahupun yang kontra.

Semalam, Shukery (penulis blog biskotmayat) apabila di temui selepas solat subuh (gaya lelaki beriman akhir zaman) yang pada mulanya enggan mengulas lebih lanjut isu tentang apa yang berlaku mengenai pesta konvo kerana beralasan bahawa beliau tidak terlibat secara langsung dengan pesta konvo tersebut. Namun setelah beliau dipujuk dan dibawa makan ke kedai mamak di luar kampus lalu dirasuah dengan nasi lemak dan teh o, beliau menyatakan tentang isu pesta konvo iaitu :

“saya sebenarnya secara jujur tidak risau sangat dengan kekurangan pengunjung yang datang pada pesta konvo kali ini. Apa yang saya risau adalah kekurangan mahasiswa/i terutama yang lelaki turun ke surau dan masjid untuk solat berjemaah. Perkara seperti ni sudah lama wujud. Menyebabkan kadang-kadang ada surau yang azan lewat dari waktunya. Bukan lewat sikit, lewat sangat. Malah lebih nazak lagi, ada waktu yang tiada orang solat berjemaah di situ. Saya yang perasan bagus ini sangka baik mereka semua pergi ke kelas. Tapi takkan semua ke kelas dalam masa yang sama? Dan saya sangka buruk pada mereka, mereka malas nak ke surau kerana menanggap solat di bilik dan solat di surau sama je dalam melaksanakan perintah Allah. Oh!”

Dalam mengulas sambil mengunyah nasi lemak ayam, beliau menyatakan bahawa seorang sahabat kata wajar dituang timah yg mendidih ke telinga org yang dengar azan tapi tak nak datang solat jemaah. Nabi s.a.w. pernah juga menyatakan bahawa baginda ingin mengumpulkan anak muda dan bawa kayu api untuk membakar rumah orang-orang lelaki yang solat fardhu dirumah sambil beliau berceloteh :

“kalau aku ahli bomba, aku akan buat kajian kat rumah atau bilik yang terbakar ,kemudian check sama ada orang dalam rumah atau bilik tu ada tak yang pergi solat jemaah. Kalau takde, memang patut lah rumah atau bilik mereka terbakar.”

Menurut beliau lagi, antara masalah yang menyebabkan ramai yang tidak hadir solat jemaah adalah tidak faham dan tidak tahu dengan fadhilat solat berjemaah dan amaran keras jika meninggalkan solat berjemaah bagi lelaki.

“ramai yang tak faham fadhilat solat berjemaah yang antaranya 40 hari tak ketinggallan takbir pertama bersama imam bebas dari sifak munafik dan bebas dari azab neraka! Maknanya selagi 40 hari tak dapat takbir pertama memang ada sifak munafik, bukan aku kata tapi Nabi kata! Ini kan pula siapa yang 40hari tinggal solat berjemaah dan lagi parah tinggal solat fardhu. Selain tu, satu fakta yang dapat dari Palestin, kata org yahudi, selagi bilangan orang yang datang sembahyang subuh berjemaah, tak sama dengan sembahyang jumaat berjemaah, selagi itulah palestin di bawah tapak kaki kami selamanya. Banyak lagi fadhilatnya kalau nak cakap. Silap-silap kalau aku cerita sampai habis, memang kau(wartawan) kena belanja aku nasi goreng dengan secawan teh o pulak. Woha! “

itu antara yang diulas oleh beliau ketika menghabiskan sisa nasi lemak yang berbaki itu. Selepas menghirup air, beliau kemudian menyambung,

“antara sebab orang islam terutama mahasiswa hari ni kurang ke surau atau masjid untuk solat berjemaah kerana takut tak sempat siapkan assignment atau thesis padahal dah la buat last minute. Sahabat dulu sanggup tinggalkan kerja dunia lepas dengar azan walaupun dah hampir nak siap kerja tu. Cadangan aku, untuk orang-orang yang rajin ke surau atau masjid, perbanyakkan lah ziarah rakan-rakan sebilik, atau jiran-jiran bilik atau seblok dan ajak mereka untuk turun ke surau atau masjid. Bukan lama pun, tak sampai setengah jam. Kemudian, di tambah dengan buat program-program menarik yang boleh menarik orang turun ke surau dan masjid, lepas nampak mereka dah turun je, terus “tangkap” atau bagi kata-kata semangat supaya menjadi asbab dia rajin ke surau atau masjid. Lepas tu, kepada yang rajin ke surau atau masjid ni, perbanyakkan doa khas untuk kawan-kawan yang tak rajin turun ke rumah Allah ni supaya dapat hidayah rajin ke surau atau masjid. Dan terakhir sekali, aku menyeru kepada kerajaan atau kementerian pelajaran tinggi (kalau baca), masukkan akta denda bakar bilik kepada sesiapa yang tidak solat berjemaah dengan sengaja di surau atau masjid dalam AUKU. Woha! “

Sebelum beliau beredar untuk ke kuliah, beliau menyatakan bahawa pesta konvo kali ini agak menarik pada beliau kerana ada azan berkumandang dan tazkirah walaupun masih banyak lagi kekurangan dari sudut yang lain. Dan beliau juga menyatakan harapan tinggi dan percaya bahawa tahun ini mungkin berlaku peningkatan kehadiran solat berjemaah 5 waktu untuk setiap kolej kediaman di UKM dan di masjid universiti dengan kehadiran pelajar-pelajar tahun satu kali ni yang di hebahkan mempunyai pointer yang tinggi-tinggi. Ini kerana beliau sendiri melihat kehadiran solat berjemaah di kolej beliau (Kolej Ibu Zain) agak meningkat walaupun surau yang kecil. 



*Semua situasi (wartawan, pergi kedai makan, nasi lemak dan teh o serta lain-lain) adalah rekaan penulis. Cuma nak ditekan akan contents SAHAJA. tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan politik. sekian.




p/s :
1. Sumber dipetik bukan dari buznama.
2. sembahyang mayat adalah berjemaah. Tak nak training solat berjemaah sekarang ke sebelum “kena” solatkan secara berjemaah di kemudian hari? oh!

Sunday, 4 September 2011

Suasana belajar dan agama..?

(menyambut pelajar-pelajar baru di universiti xyz, kemudian selepas penat ke hulu ke hilir di bawa oleh krew-krew atau fasilitator, di bawa ke dewan utama untuk dengar sedikit ucapan dari pengarah unit kerohanian)


Asalamulaikum pada para hadirin sekalian, yang di muliakan Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Abc, yang pakai baju kemeja putih tu, yang berbahagia, pengarah bahagian setiap unit, dan yang di hormati, pensyarah-pensyarah yang hadir, abang-abang dan kakak-kakak fasilitator, dan semua adik-adik yang baru datang.

Asalaaaaaaaaamulaikum, warahmatullahiwabarakatuh.

(para hadirin menjawab salam secara bergemuruh)

Dah penat berjalan ke sana ke sini, dah berpeluh ketiak baju kemeja dan baju kurung masing-masing, orang perempuan pun make up dah ada yang pudar, gincu pun dah tertenyeh ke pipi letika lap peluh.., jadi sebelum kita makan tengahari sebentar nanti, kita dengar ucapan dan tazkirah sepatah dua kata dari saya yang dijemput khas, karang jika bagi makan dulu, takde siapa yang nak dengar pula.., jadi sila sabar sikit kerana terpaksa dengar ucapan dan ceramah dalam keadaan penat, saya pun lapar jugak..

(hadirin ketawa kelaparan)

Saya nak panggil adik-adik atau anak-anak ye? Di sebabkan saya masih muda dan bujang lagi, maka saya panggil adik-adik la.

Ok baiklah, adik-adik yang saya hormati sekalian,

Sebelum itu, saya ucapkan selamat datang ke teratak universiti xyz yang menjadi kebanggaan negara kita. Adik-adik antara yang dipilih oleh Allah secara hakikatnya untuk meneruskan misi pembelajaran adik-adik untuk menuntut ilmu.

Ha, adik yang pakai necktie yang longgar tu, apa maksud ilmu?

(adik yang pakai necktie longgar tu kelam kabut tersadar dari tidur selepas di kejut rakannya di sebelah dan terus berdiri serta terpinga-pinga. Adik-adik yang lain banyak sudah ketawa)

Ha, takpelah. Saya tak nak bercerita tentang apa maksud ilmu. Saya nak adik-adik semua cari sebagai antiklimaks untuk ucapan saya hari ini.
Dalam apa jua perkara yang hendak kita lakukan dalam hidup ini, kita sangat memerlukan 2 elemen yang tersangat penting ini untuk memastikan kita mencapai visi dan misi kita dalam melakukan apa jua perkara. Jadi apa itu elemen-elemennya?

2 elemen yang saya katakan sangat penting ini adalah,

Suasana dan sahabat

Sekali lagi saya ulang,

Suasana dan sahabat

Suasana diperlukan untuk kita berasa lebih mudah, selesa dan kondusif serta untuk mengekalkan visi dan misi kita supaya ia tak lari daripada apa yang kita sasarkan dan apa yang telah ditetapkan.

Sahabat pula diperlukan untuk sentiasa memberi dorongan, sokongan, idea, bantuan juga peringatan kepada kita jika kita mula tersasar dari landasan visi dan misi yang telah ditetapkan.

( adik-adik kelihatan terpinga-pinga dalam keadaan lapar dengan elemen yang diberitahu)

Ok lah, nampak macam adik-adik tak faham kenapa dua elemen ini penting. Saya bagi contoh yang dekat.

(berhenti sekejap sambil minum air)

Jika adik nak menjadi seorang doktor yang professional, adik hendaklah banyak kali berada di hospital supaya fikiran adik akan lebih menjurus kepada kedoktoran. Dan di situ sudah pasti adik kenalah rapat dengan doktor-doktor yang lain supaya visi dan misi adik sebagai seorang doktor tak keluar dari landasannya.
Namun jika adik hendak menjadi seorang doktor yang professional, kemudian adik banyak kali berada di bengkel kereta, dan banyak bersahabat dengan mekanik-mekanik yang lain, maka adik susah sangat untuk mencapai visi dan misi adik. Dan selepas tu jadi mekanik jugak..

(suasana kelihatan tegang, dan sesetengah  adik-adik kelihatan serius macam muka marah, maklumlah ramai yang ambil mekanik, lantas beliau berseloroh..)

Contoh3..

(adik-adik ketawa semula kerana ingatkan tiada kaitan dengan mereka. Haha.. )

Seperti juga untuk adik-adik yang sudah bergelar mahasiswa-mahasiswi ni, antara fokus utama adik datang ke universiti adalah untuk menuntut ilmu dunia. Namun jangan lupa fokus paling utama untuk mencari ilmu agama demi kebahagiaan akhirat adik nanti.

Jadi untuk menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang dari sudut akademik, adik-adik hendaklah mewujudkan suasana belajar dikalangan adik-adik sendiri terutama di fakulti atau kolej masing-masing. Suasana ini takkan tercetus atau wujud jika adik-adik tak mahu wujudkan dengan inisiatif adik-adik sendiri. Kemudian bila suasana belajar dah wujud, kelompok “study group” merata sana sini, budaya bertanya pensyarah dah jadi seperti makan nasi, budaya fokus dalam kuliah dan bilik tutorial dah seperti fokus ketika menonton wayang, maka ketika itu adik-adik hendaklah mencari sahabat-sahabat yang sama course dan boleh belajar bersama-sama adik. insyaAllah, visi dan misi adik sukar untuk keluar dari treknya jika suasana dan sahabat yang dipilih tepat dengan apa yang dikehendaki..

Penting tak dua elemen ni adik yang tak pakai necktie tu?

(terpinga-pinga kerana baru lepas berbual dengan rakan sebelahnya dan terus berdiri dan tersenyum kambing..)

Penting.., belajar ilmu dunia ini penting..tapi ada perkara lagi penting, iaitu tentang ilmu agama. Kalau takda ilmu agama, macam mana nak solat, zakat, haji dan bla3.. kemudian jawablah sendiri masa dalam kubur nanti.

Di universiti, mahasiswa dan mahasiswi bukan dilatih sekadar untuk cemerlang dalam akademik, tapi yang paling utama adalah menjadi orang yang cerdik.. Siapa orang yang cerdik tu?

Dari Syaddaad bin Aus dari Nabi s.a.w., baginda telah bersabda yang bermaksud : Orang yang cerdik ialah orang yang bermuhasabah diri dan ia beramal untuk hari-hari selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka mengikut hawa nafsunya dan ia berangan-angan keatas Allah.
(Riwayat Imam Tirmidzi dalam buku Empat Puluh Hadis: Penawar Hati susunan Abu Ali Al Banjari An Nadwi.)

Maka, suasana agama ini juga wajiblah diwujudkan bukan sekadar di fakulti ataupun kolej, malah di kampus khususnya. Atau orang biasa panggil biah solehah..

err, siapa yang ambil pengajian bahasa arab, betul tak saya cakap bahasa arab ni? Maaf la, saya tak reti berkomunikasi bahasa arab.

(bergema suara pelajar mengatakan betul dan ramai yang mengangguk kepala)

Jika suasana agama ini tiada, maka sukar untuk mencari sahabat-sahabat yang dahagakan ilmu agama ataupun a’lim dan wara’ dalam bidang agama. Lalu, suasana pembelajaran akan jadi penuh dengan maksiat, sebagai contoh belajar berdua-duaan yang bukan mahram di tempat tertutup, dan sebagainya.

Bagaimana nak hidupkan suasana agama ini?

Antaranya yang saya boleh bagi contoh, bagi yang lelaki, ketika masuk waktu solat, dan dengar azan di masjid atau surau di kolej dan fakulti, terus la pergi solat berjemaah. Bukannya lama sangat, jangan menghadap assignment atau laptop 24 jam. Kemudian bila ada ceramah-ceramah agama di masjid atau surau kolej dan fakulti, hadirkan diri. Dari situ secara tidak langsung boleh kita mencari sahabat-sahabat yang rajin ke masjid atau surau kolej dan fakulti.

Bagi yang perempuan pula, kalau berada di bilik, terus solat awal waktu. Kalau di fakulti atau berhampiran masjid, dengar azan terus la pergi. Jangan melengah-lengahkan lagi, nak pergi makan la, shopping la. Kalau tengah makan tu tercekik lepas tu jadi mayat, nak cakap apa dekat kubur?
(suasana jadi tegang seketika..)

Lepas tu tutup aurat dengan sempurna, janganlah terdedah sana sini. Kata al imam ghazali,
“Cara hidup kita di dunia adalah bayangan cara kehidupan kita di Akhirat nanti”
 
Kemudian, adik-adik carilah abang-abang atau kakak-kakak atau sesiapa yang pandai dalam bidang agama untuk dijadikan sahabat. Seperti Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya,
Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” (Riwayat Bukhari)
 
Selain tu, “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).
 
InsyaAllah, jika suasana agama dan sahabat yang beriman dapat di wujudkan, maka adik-adik sebagai mahasiswa dan mahasiswi dapat mengekal fokus visi dan misi paling utama kita sebagai seorang manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah di atas muka bumi ini. (rujuk surah ad dzariyat dan surah al baqarah)
 
(muka kembali bosan..)
 
 
***

Di pendekkan cerita, akhirnya ucapan juga tazkirah sempena menyambut pelajar-pelajar baru untuk sesi unit kerohanian habis jua, pelajar-pelajar dan fasilitator semua mulai pergi makan makan, berborak, buat lawak, minum air, dan masing masing bersedia untuk program yang telah dirancang seterusnya oleh pihak pentadbiran.

Sampai kolej malam tu, roommate sebilik cakap makan tengah hari sangat sedap, kemudian dia tanya tadi tazkirah apa sebab dia tertidur penat.., err, tak ingat, banyak sangat point, tapi ceramah ustaz atau pegawai unit kerohanian tu sungguh kelakar..

Kesimpulannya: Jika korang tak ingat apa apa dalam tazkirah, melainkan kelakar, baik periksa diri masing masing, adakah aku telah benar benar wujudkan suasana agama dan mempunyai sahabat-sahabat yang benar akidahnya dalam kehidupan aku seharian untuk menjadikan aku seorang hamba Allah yang benar-benar beriman sepertimana orang yang telah beriman dengan sebenar-benar iman…….


Selamat menyambung pelajaran ke medan universiti bagi yang akan datang untuk sesi kali ini. Selamat datang kami ucapkan..


Shukery, biskotmayat. Woha!