Situasi 1 :
“Makcik, kenapa tak beli barang
dapur di kedai sana tu?” sambil saya menunjukkan beliau kepada sebuah kedai
melayu berhampiran dengan kami setelah kami keluar dari sebuah kedai runcit.
“Kenapa dengan kedai yang makcik
pergi ni? Ada masalah?” muka makcik sedikit berubah dengan soalan saya. Makcik
sudah biasa membeli barang dapur di sebuah kedai bukan melayu berhampiran
rumahnya.
“Bukan apa makcik, kita sokonglah
produk atau perniagaan melayu. Sedikit sebanyak boleh bantu ekonomi orang
Melayu naik.” Saya memberikan sedikit pandangan saya.
“Ah kau ni. Kita duduk di Malaysia
ni buat apa nak berkira sangat. Barulah 1 Malaysia. Bukan ada masalah pun kalau
kita pergi atau beli barang orang cina atau india. Lagipun kedai melayu banyak
barang mahal, mencekik darah. Sesama melayu pun nak ‘makan’.” Makcik berleter
pada saya dengan nada yang agak tegas.
“Bukan apa makcik, kita…….” tak
sempat saya habiskan percakapan saya, makcik terus memotong kata-kata saya.
“Dah jom balik. Cuaca panas ni.
Nanti bila nak masak. Malas makcik layan kau.” Makcik terus berjalan sambil
membuka payungnya yang berlogo UMNO untuk mengelak cahaya matahari yang
membahang.
Saya mengeluh..
Situasi 2 :
“Syeikh, teman ana pergi kedai
runcit.” ajak teman serumah saya keluar.
“kedai runcit yang mana?” saya
teringin nak tahu ke mana kedai yang ingin kami tuju.
“Alaa, kedai depan tu ha..” beliau
menuding jari kepada sebuah kedai yang tidak jauh dengan kami.
“Ooh.. err.. apa kata kita pergi
kedai yang sebelah tu.” saya memberikan cadangan padanya.
“Kenapa pula? Sebab bukan kedai
melayu? Kemon (baca : come on) la,
kita beli barang dapur je pun. Bukan kita pergi kedai makan.” Kawan saya malas
nak melayan permintaan saya.
“Ala syeikh, ana bukan apa. Kita
sokong la produk atau perniagaan orang Melayu atau orang Islam. Kita tak rugi
apa pun, membantu sesama Muslim untuk tingkatkan ekonomi orang Islam di
Malaysia ni.” Saya memberikan penjelasan atas ajakan saya.
“Anta ni rasis sangat la. Apa ada
hal dengan kedai non Muslim pun? Bukannya mereka semua kafir harbi pun macam zionis atau USA untuk kita boikot. Dah la,
kalau anta tak nak pergi, biar ana pergi sorang. Anta balik rumah je.” Kawan saya
terus meninggalkan saya di belakang sambil berjalan memakai baju bertulis ‘Anak
Muda Sokong PAS’.
Saya mengeluh lagi..
Apa Ada Hal Dengan Melayu Dan Islam?
Dialog di atas adalah rekaan
semata-mata. Tetapi saya pernah mengalami kedua-dua situasi di atas cumanya
berlainan tempat, waktu, dialog dan ‘watak’nya.
Ya, berhadapan dengan golongan
yang menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada sebuah Parti Melayu dan
satu lagi golongan yang menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada sebuah
Parti Islam.
Tiada masalah nak sokong parti
mana pun, itu terpulang pada masing-masing. Cumanya, bukan setiap benda dan
setiap saat dalam hidup kita hendak dikaitkan dengan politik keparitan.
Eh, politik kepartian. *batuk
kecil*
Contohnya dalam urusan ekonomi dan
perniagaan, apa masalahnya kalau kita sama-sama menyokong perniagaan dan produk
sesama Melayu dan Muslim?
Tetapi bila kita kemukakan
pandangan macam ni, sebahagian dari dua golongan ini akan kata kita ini tidak 1
Malaysia lah, rasis dengan bangsa lain lah, asalkan bukan UMNO lah, ini semua
dakyah pembangkanglah, bersyukur Malaysia masih amanlah (eh?) atau apa-apa
tohmahan atau kutukan yang dicampakkan kepada kita.
Kemangkukkan apakah yang melanda dalam
mentaliti makhluk sebegini?
Kata sokong parti Melayu sebab nak
bangkitkan bangsa Melayu, jadi apa masalahnya kalau sokong dan utamakan produk,
barangan atau apa-apa agenda berkaitan Melayu walaupun datang dari mana-mana
pihak hatta dari pembangkang sekalipun?
Kata sokong parti Islam sebab nak
bangkitkan umat Islam dan Negara Islam, jadi apa masalahnya kalau sokong dan
utamakan produk, barangan atau apa-apa agenda berkaitan Islam walaupun datang
dari mana-mana pihak hatta dari kerajaan sekalipun?
Takkan la sokong semata-mata
HANYASANYA kerana PARTI sahaja? Bila datang kepada perkara lain, sokongan dan
keutamaan kita berubah arah berlintang pukang?
Perbezaan
Memberikan Sokongan Dan Keutamaan Dengan Boikot.
Inilah kesalahan terbesar
mentaliti sebahagian besar penduduk di bumi Malaysia yang aman damai indah
permai ini. Cewah.
Iaitu menyamakan atau ‘menyekalikan’
antara sokongan/keutamaan dengan boikot.
Bila kita ajak untuk memberikan
sokongan dan keutamaan kepada produk Melayu dan Muslim, maka ramai akan
berfikir kita kena boikot produk bukan Melayu dan bukan Muslim.
Padahal memberi sokongan dan
keutamaan itu tidak semestinya memboikot produk lain.
Bukannya kalau bukan A, mesti B!
Tetapi kalau kita boikot, sudah
semestinya kita tidak sokong dan memberi keutamaan kepada sesuatu itu. Seperti
boikot Makcik Mekdi, Kokak Kola, dan beberapa lagi.
Sebagai contoh kedai motor, kalau
di tempat kita ada 10 kedai motor dan hanya satu saja kedai motor Melayu
Muslim, maka apa salahnya pergi ke kedai motor Melayu Muslim itu walaupun
kedainya sekecil pondok ngaji dan kedai motor yang bukan Muslim lainnya sebesar
gergasi!
Kecualilah jika di sana tiada lagi
produk Melayu dan Muslim, maka barulah beli yang lain asalkan menepati garis
panduan syarak (halal dan bersih).
Contoh lain, kalau di tempat kita
ada 5 kedai kereta, dan kesemuanya milik bukan Muslim, masa itu barulah kita
pergi mana yang berhampiran, murah dan menawarkan servis yang terbaik.
Masalah
Kedai Melayu Dan Muslim
Ya, saya tidak menafikan ada
sebahagian kedai Melayu dan Muslim yang ‘mencekik darah’. Malah tidak kurang
juga yang suka menipu.
Apa susah, pergilah buat komen
pada kedai tersebut. Bukannya boikot terus lantas menyatakan semua kedai Melayu
dan Muslim mahal, cekik darah, dan kuat menipu.
Dah tu, ‘bajek’ kedai bukan Melayu
dan bukan Muslim semuanya jujur dan amanah belaka?
Saya bukan nak menimbulkan
sentimen keagamaan atau sentimen perkauman yang negatif, tetapi saya nak
mengajak untuk kita berfikir,
sekadar mahal seringgit dua, apa
salahnya kalau kita ‘tutup mata’ je? Dan kalau mahal sangat, kita nasihatkan
dia, sebagai sesama bangsa dan sesama Muslim.
Pengalaman saya, pernah sekali
saya pergi ke kedai motor ini, dan pernah dia mencuba untuk ‘menipu’ harga
dengan saya. Saya tahu harga biasa di kedai lain lebih murah. Tetapi saya
senyum dan buat biasa saja dan terus bayar.
Namun satu perkara yang saya
nampak sangat jelas, iaitu riak wajahnya.
Orang Melayu atau Muslim, kalau
hendak menipu, dia akan teragak-agak. Sebab apa?
Keterikatan hati dan pemikiran
kita dengan Islam.
Dia tetap menipu, tetapi riak
wajahnya tidak mampu menipu orang lain.
Saya bukannya orang kaya, malah
masih pelajar lagi. Malah buat pinjaman PTPTN lagi. Tetapi saya selalu fikir,
kalau perkara yang tak bermanfaat saya boleh berkompromi dengan duit walaupun
ia mahal (contoh pergi shopping, atau
apa-apa la), inikan pula perkara yang saya boleh membantu sesama Melayu dan
sesama kaum Muslimin?
Kepada pekedai, peniaga, pengusaha, hatta bos Melayu dan Muslim yang sudi membaca tulisan saya, jika kita nak orang lain membeli barangan atau produk anda demi membantu sesama Melayu atau sesama Muslim, kenapa tidak anda juga membantu kami dengan berlaku jujur dan amanah dalam urusan jual beli dan perniagaan?
Entahlah, ini pandangan saya. Anda
nak campak tepi pun suka hati lah.
Kesepakatan
Tulisan panjang berjela ini hanya
coretan dan luahan hati saya berdasarkan pengalaman dan persekitaran saya.
Saya tulis ini bukan nak memaksa
anda terima pandangan dan cadangan saya. Tetapi sekadar memberi cetusan idea
kepada anda terutama sekali kepada penyokong tegar parti Melayu dan parti Islam
agar sama-sama dapat bersepakat atas kepentingan agama dan bangsa melebihi
kepentingan diri dan puak sendiri.
Anda boleh saja untuk membuang tulisan saya ke tepian atau 'menanam' tulisan saya ke pedalaman. Oh ya, kepada yang slow, saya menulis Melayu dan Muslim bukan bermakna saya mengabaikan Cina Muslim, India Muslim, Kadazan Muslim, Iban Muslim, Bidayuh Muslim, atau apa-apa jua. Muslim itu sudah menggambarkan seluruh bangsa yang beragama Islam. Sebab itu saya tulis 'Melayu dan Muslim', bukan 'Melayu Muslim'..
Sebelum saya tamatkan tulisan
saya, saya ada satu pengalaman nak dikongsikan. Sesiapa yang tinggal di Bandar
Baru Bangi, anda pasti akan mengenali kedai mamak Ameer Ali dan Farez Maju.
Kedai mamak ini terletak berdepan antara satu sama lain.
Tetapi yang uniknya, kedua-dua
kedai ini selalu dikunjungi oleh ramai orang, terutama sekali kalau ada ‘game’ bola sepak sama ada di Astro atau channel tempatan. Dan kedua-dua kedai
ini berdiri maju walaupun meskipun kedai yang berlainan.
Sebab apa?
Mereka bersepakat atas kepentingan
bisnes mereka.
Dan lagi satu, mesti anda pernah dengar
mengenai Europian Union atau Kesatuan Eropah (EU). Saya tidak membanggakan pun
Barat atau Eropah. Malah tidak pernah ‘menggilai’ mereka.
Tetapi sebusuk-busuk Eropah,
walaupun mereka mempunyai ideologi yang pelbagai, pemikiran yang pelbagai,
tetapi mereka boleh bertolak ansur dengan sentimen masing-masing terutamanya
terhadap sempadan negara. Dan akhirnya
mereka mampu membentuk sebuah Kesatuan Eropah.
Kita yang Muslim dengan satu
Tuhan, satu Rasul, satu Kitab, satu Kiblat dan satu Syariat, adakah ia mampu
menghasilkan sebuah KESATUAN?
Kesatuan Melayu?
Kesatuan Muslim?
Ok lah, kita tukar kepada
kesepakatan kaum Muslimin dan kaum Melayu sebab untuk kita bersatu itu mungkin
jauh lagi walaupun ia tidak mustahil.
Sejauh mana kita mampu bersepakat
demi kepentingan agama dan bangsa dalam pelbagai hal tanpa mementingkan perut
dan puak sendiri?
Mereka sudah, kita bila lagi?
Tepuk dahi, lu fikir sendiri.
Moga Allah redha
Berkaitan artikel ini saya fikir apa-apa sahaja yang bertujuan untuk membangunkan kemajuan sesuatu bangsa sngt dianggap baik. Ianya adalah disebabkan membangunkan tahap ekonomi dan keintelektualan. Cuma jgn menekan kaum yang berlainan.
ReplyDeleteTidak ada masalah untuk bermuamalat (berurusan) dengan mana-mana kaum cuma yang paling penting soal urusan yang dijalankan. Samada baik atau buruk urusan itu.
Urusan muamalat juga satu pilihan individu yang tidak disyaratkan samada wajib sesama kaum atau agama. Cumanya strategi untuk membangunkan sesuatu kaum. Baik, sekiranya sesuatu kaum melakukan perkara yang sama, justeru pasti semua kaum dalam keadaan yang maju dan ke depan. Jika tiada yang berniat jahat dan menjatuhkan yang satu lagi.