Saturday, 7 September 2013

Hari Lahir Yang Menakutkan.



 

 “Sannah helwah shuk!..”

SMS yang saya terima sekitar jam 12.19 malam tadi oleh seorang sahabat saya. Saya terkejut seketika. Dan baru saya teringat bahawa hari ini adalah hari lahir saya.

Saya tersenyum sendirian.

“Dah semakin berusia aku ni…”

Hari Lahir Yang Menghampiri Mati

Pagi tadi saya termenung seketika. Umur sudah meningkat. Tetapi… banyak perkara lain yang masih belum meningkat, terutama amal soleh. Masih di takuk lama.

Dan yang paling ‘menakutkan’, setiap kali hari lahir saya akan terfikir bahawa kematian saya semakin dekat. Ya, hari lahir adalah hari yang memberitahu kita bahawa kematian semakin dekat.

Pernah sekali seorang sahabat saya ucapkan sebegini pada hari lahir saya,

“Selamat menghampiri kematian..”

Terkesima seketika saya. Rasa nak marah, tetapi bila difikirkan, itulah sebenarnya.


Menghampiri kematian…


Sejauh mana saya bersedia akan kematian ini? Bersedia untuk pergi menghadap Rabbul Izzati?

Saya mengeluh sendirian..

Saya masih tiada jawapan.


"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."

( Surah Ali Imran, 3 : 185 )


Semoga Allah memberikan saya pengakhiran atau kematian yang baik (Husnul khatimah..)


Amin…



Moga Allah Redha..

No comments:

Post a Comment