Pada suatu hari..
Di tempat yang berbeza namun pada
waktu yang sama..
Seorang ‘Niqabis’ dan seorang Muslimah
bertudung labuh (tidak berpudah) mengambil gambar masing-masing dalam gaya
selfie. Kalau nak nampak kelainan sikit, ambil gambar dari posisi lain tapi tidak mengadap kamera.Namun mereka berdua tidak mengenali antara satu sama lain.
Tetapi mereka mempunyai keinginan dan
hasrat yang sama..
Upload gambar selfie dalam facebook
mereka berdua.
Niat mereka berdua juga sama. Ingin ‘berdakwah’
kepada kawan FB mereka yang tidak menutup aurat supaya tergerak hati untuk
menutup aurat. Namun mereka tersilap langkah dan cara.
Selepas upload dalam FB, mereka pun
terus membuat profile picture.
Tidak lama kemudian, muncul sang buaya
berwajah ala-ala ostad atau sang buaya yang berwajah bukan ostad pun, dalam
ruangan komen mereka berdua.
Apa yang sang boya ini komenkan?
“Subhanallah! Cantiknya ciptaan
Allah..”
“Wanita adalah seindah perhiasan
dunia. Teruskan istiqamah wahai mujahidah.”
“Wah, sejuk perut ibu mengandung.
Boleh masuk meminang ni. HEHE.”
Dan lain-lain komen (anda letaklah
sendiri apa yang anda rasa nak letak).
Tidak lama kemudian, si niqabis dan
muslimah ini pun membaca komen-komen sang boya ini. Lalu mereka tersipu-sipu malu
(konon). Lantas membalas di ruangan komen ;
“Thanks.. :) “
Akhirnya tertipulah seorang Niqabis
dan Muslimah ini di alam maya.
Strategi sang boya itu tidak berhenti
setakat di situ. Lalu di PM inbox tersebut dengan mesej,
“Selamat berkenalan.. :) “
Kalau yang tahu bahasa arab ciput,
akan inbox ;
“Salam ukhuwwah fillah. :) “
Dalam riwayat lain, ada tambahan, “abadan
abada.. :) “
Jatuh kerusi.
Salah
Siapa?
Pernah jumpa situasi-situasi di atas?
Mesti pernah punya. Melainkan anda tidak ada facebook.
Aku kepilkan sekali ‘bukti’ yang telah
di sensor agar aku tak cakap berdasarkan imiginasi, tetapi berdasarkan realiti.
Realiti yang menakutkan.
Sebenarnya perkara ni dah banyak
dibincangkan di status facebook, group-group, halaqah, usrah, seminar, blog
(eh?), dan apa-apa jualah. Banyak kali bincang.
Tetapi makin meningkat pula peratusan
isu ini berlaku. Walaupun tidak semua golongan ‘niqabis’ dan muslimah tudung
labuh buat perkara di atas, tetapi sangat ramai yang berbuat demikian.
Sebelum tu, aku minta maaf atas
beberapa perkara sebelum aku meneruskan penulisan. Pertama, aku minta maaf
sebab guna kata ganti diri “Aku”. Sebab aku tak mahu guna ayat ‘lembut’ dan
ganti diri lembut. Perkara ni kena bertegas, kalau tidak ia akan jadi fitnah
akhbar yang melanda kaum Muslimin.
Yang kedua, aku minta maaf jika
istilah “niqabis” dan “Muslimah tudung labuh” tidak menyenangkan para pembaca. Aku
takde istilah lain untuk menggambarkan mereka. Ini saja istilah yang muncul
dalam minda aku. Maaf ya.
Yang ketiga, tulisan aku kali ini agak
keras, sama seperti tulisan aku dua tahun lepas. Sebabnya seperti yang pertama
tadi.
Yang keempat, maaf kalau anda dah
bosan baca isu ini. Boleh tekan button “X”.
Peluh kecil.
Okay, berbalik semula kepada
perbincangan. Persoalannya, salah siapa sebenarnya? Salah kaum hawa itu? Atau kaum
Adam?
Jawapan aku, salah dua-dua.
Yang pertama salah lelaki sebab anda tak
menundukkan pandangan anda.
Err.. To be precise, sebenarnya bukan
anda, tetapi KITA. Ya, termasuk aku sekali sebab aku lelaki. Bukan makhluk dua
alam.
Peluh kecil.
Allah berfirman ;
“Katakanlah
(wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat
(menjaga) pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah
Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”
“Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat (menjaga)
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan
mereka; …..”
(Surah An
Nur 24 : 30-31)
Maaf aku
tak nyatakan habis ayat yang ke 31 tu secara habis, sebab ayat yang seterusnya
khas untuk kaum Hawa.
Sekali
lagi aku ulang, KHAS untuk kaum hawa.
Persoalan
timbul di sini, perasan atau tidak kenapa Allah tegur sebut “Orang Lelaki”
dahulu?
Sebenarnya
perkara ini ada perbahasan ulama’. Aku tak ingat siapa dan kitab apa. Nanti
boleh rujuk semula. Kalau aku salah, tolong betulkan.
Tetapi
apa yang disampaikan dalam perbahasan itu, antara sebab berlakunya penzinaan
dimulai dengan lelaki. Dan perempuan sekali.
Lelaki
sukar menjaga pandangan. Allah tahu sifat hamba-Nya, dan antara sifat lelaki
ini adalah matanya LIAR.
Jatuh
kerusi.
Tak perlu
nak kaver macho dan innocent lagi brader. Akui saja, memang ini sifat lelaki.
Pantang nampak dahi licin, naik tocang.
Sebab itu
Allah menyebut lelaki TERLEBIH DAHULU untuk menundukkan pandangannya sebelum
perempuan. Got it?
Tetapi
inilah perkara yang paling sukar dilakukan oleh kita. Susah sangat. Tetapi
kalau berjaya buat, rasa gembira sangat. Kan?
Sebab aku
hari-hari melaluinya.
Tunduk
muka.
Yang kedua
adalah salah perempuan. Sebab perempuan antara pemula kepada zina.
Dengan
erti kata lain, perempuan boleh menyebabkan lelaki tak tunduk pandangan.
Bayangkan
seorang perempuan, pakai seksi tahap dewi, gelang kaki berbunyi, kasut tinggi,
rambut beralun ditiup bayu, jalan macam model dunia, lalu depan sekumpulan
lelaki.
Dan anda
perempuan, beranggapan lelaki tidak akan pandang perempuan seksi itu?
Hello.
Hanya
lelaki yang beriman di akhir zaman dan berpegang pada ayat Allah seperti di
atas saja yang tak akan pandang.
Tetapi at
the first place, mesti akan pandang. Imam muda ke, tok imam ke mesti akan jem
punya.
Mungkin
itu hikmah Allah beri keringanan bahawa pandangan pertama boleh, pandangan
kedua di haramkan. Kalaulah pandangan pertama sudah haram, mau berdosalah kami
sebagai lelaki hari-hari.
Err..
Untuk lelaki janganlah bayangkan perempuan seksi tu. Takut berdosa pula. Aku
cakap pada perempuan sekarang ini.
Peluh besar.
Ada satu
lagi perbahasan,
"Dan
pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu
balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan, dan hukuman contoh daripada
Allah; Allah Perkasa, Bijaksana."
(Surah Al-Maidah
5 : 38)
"Perempuan dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang daripada mereka 100 rotan dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya kerana ini akan mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan sekumpulan daripada orang yang beriman."
"Perempuan dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang daripada mereka 100 rotan dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya kerana ini akan mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan sekumpulan daripada orang yang beriman."
(Surah An-Nur 24 : 2)
Tentang dua ayat di atas turut ada
perbahasan dalam kitab yang aku dah lupa juga.
Tepuk dahi.
Ulama’ dulu bahaskan kenapa Allah
guna perkataan lelaki dulu untuk hukum potong tangan kerana mencuri, tetapi
untuk hukum berzina Allah dahulukan perkataan perempuan.
Ada yang berpendapat Allah
dahulukan perkataan perempuan untuk hukum berzina kerana kebiasaannya punca penzinaan
bermula dari perempuan. Manakala mencuri ini biasanya lelaki yang suka mencuri.
Jarang dengar rompakan bank dilakukan
oleh sekumpulan perempuan.
Peluh kecil.
Tetapi biasa dengar dan nampak
sekumpulan, malah segerombolan perempuan memakai seksi-seksa di khalyak ramai.
Dan pelacur juga dari kalangan perempuan. Ada ke pelacur dari lelaki?
Abaikan pondan dan mak nyah, sebab
mereka mahu jadi perempuan.
Nasihat
Tulus Mulus Suci Kudus Dari Seorang Lelaki
Aku rasa perbahasan di atas tadi
tu lebih merujuk kepada isu berzina. Anda tak rasa begitu? Hehe. Kan dah ke
laut.
Tetapi perbahasan itu tetap boleh
dikaitkan dengan apa yang artikel kali ini nak sampaikan.
Sebelum aku menutup nota untuk
kali ini, aku ingin beri sepotong dua potong nasihat khas untuk perempuan dari
aku, mewakili lelaki-lelaki sejati yang ingin menjadi lelaki beriman akhir
zaman.
Sudah-sudahlah selfie di facebook
tu.
Jujur aku cakap, kadang-kadang
keluar gambar anda di “suggested friend’ sebelah kolom kanan facebook tu.
Banyak kali aku cuba jaga
pandangan dan buat tak tahu saja, tetapi kadang-kadang tertekan juga suggested
friend tu.
Sebab gambar niqabis atau muslimah
tudung labuh itu sedikit menarik perhatian aku.
Bukan sedikit, banyak sebenarnya.
Mujurlah hari itu ada seseorang
telah tegur dan nasihatkan aku. Lantas aku berazam dengan setinggi azam untuk
refresh page supaya hilanglah suggested friend dan diganti dengan suggested
group dan iklan sponsored.
Itu lebih baik daripada aku
terkesima melihat keayuan mata niqabis dan keanggunan gaya muslimah tudung
labuh.
Jatuh kerusi. Bengkak dah kepala.
Solusi
Jadi lepas panjang-panjang yang
aku tulis ini, apa solusi dan langkah yang boleh dilakukan?
Err.. Fikirlah sendiri. Dah
besarkan.
Woha!
Moga Allah redha.
p/s: Tukarlah profile picture. Tak
payah letak gambar anda. Keselamatan terjamin, pandangan lelaki pun sejahtera.
Jangan sampai tertipu lagi sudah.
Aman tanpa perang.
Assalamualaikum..Suka entri ni..jujur dan menghormati perasaan orang lain..
ReplyDeleteMasih mencuba untuk perbaiki diri.. Doakn utk sy,km dan semua.. Amin..
ReplyDeleteassalamualaikum. entri yang bagus. walaupun dah banyak kali peringatan begini diberi, tapi hakikat manusia. selalu mengikut telunjuk nafsu. saya memandang tinggi pada mereka(golongan niqabis n bertdng labuh) kerana mujahadah mereka mengekalkan apa yang dianjurkan Islam. Tapi hakikatnya sekarang, niqabis sendiri ada yang kaca dan ada yang permata. Perkongsian yang bermanfaat .
ReplyDeletepada saya, salah perempuan itu.
ReplyDeleteelok2 duk diam pakai niqab, kenapa pulak nak expose.
tu yang saya tak faham. serius.
nway, good article. keep it up!!