Beberapa hari lepas (dah seminggu
lebih rasanya), ada seorang rakan kepada rakan saya 'mengadu' atau meminta
'kaunseling' dari saya, seorang kaunselor yang tak bertauliah. Apatah lagi nak ada lesen. Mimpilah. Cap ayam sungguh saya. Tetapi hairan kenapa kawan saya boleh cadangkan
nama saya.
Garu kepala.
Tetapi tak apalah. Saya cuba bantu
mana yang paling mampu. Mula-mula saya nak mesej sahaja dia, kemudian disebabkan saya
malas menaip mesej dan ada perkara yang penting, maka saya call dia untuk memudahkan bual bicara dan penyampaian.
Saya tanya dia, apa masalah dia. Tanpa
banyak bicara, dalam nada sedu sedan, dia terus memulakan ceritanya.
Oh sebelum tu, saya rahsiakan namanya.
Kita nak tahu ibrah atau pengajaran dari kisah dia, bukan siapa dia. Kita
anggap dia sebagai "A".
"Manusia yang cetek agama.."
kata dia masa mesej awal dengan saya, "boleh ke berubah? Ada ke
jalan?"
Bila saya membaca soalan ini, saya
tersenyum simpul. Kemudian saya memulakan sedikit dialog ringkas sebelum dia
bertanya soalan seterusnya.
"Kenapa Allah tak makbulkan doa
saya? Saya nak ibu bapa saya macam orang lain. Suruh anak-anaknya solat. Marah
bila anak-anak tak solat."
"Saya nak ibu bapa saya solat
berjemaah dengan saya. Saya nak diorag bagi didikan agama dekat saya. Saya nak
semua benda yang ibu bapa orang lain buat dekat anak diorang. Tetapi hakikatnya,
doa saya tak pernah jadi kenyataan..."
Bunyi nada pada akhir mesej itu seolah
kecewa dan putus asa.
Tanpa saya sedari, berkaca mata saya.
Saya tak perasan bahawa saya nak menangis. Sedih..
Bukan sedih dengan apa yang dia lalui.
Tetapi sedih kerana apa yang dia fikirkan, pernah saya fikir dan lalui satu ketika dulu.
Bahkan lebih lagi...
Selepas itu, saya terus nekad untuk
call dia untuk berkongsi beberapa cerita serta nasihat. Sebab pada saya, jika
tidak dibetulkan bentuk fikir ini, akan membawa kepada situasi yang lebih parah dah bahaya.
Ada Melalui Jalan Bahagia.
Kemudian tadi, ketika saya bukak
facebook, secara tidak sengaja terpapar satu status seorang rakan facebook
saya, yang berkongsi kerinduan kepada ibu bapanya di rumah sambil tunjuk gambar ibu bapa
mereka yang sedang bergurau senda.
Antara status yang ditulis ;
"Syurga,
Anak rindu.
Doakan anak tenang di sini ye.
Anak rasa macam terlalu banyak tekanan
sekarang ni.
Mungkin sebab anak exam kut.
Doakan anak dapat menjawab exam dengan
tenang ye. Nak ketam nak sotong nak sambal belacan nak sambal tumis ikan bilis
nak mee ayah nak nak nak facial nak baju heh.
Rindu."
Bila saya membaca status ini, saya
rasa sebak secara tak sengaja.
Entah. Saya tidak tahu mengapa.
Mungkin saya rindu pada ibu saya di kampung.
Mungkin juga saya rindu dan teringin
untuk mempunyai ibu bapa seperti rakan saya itu. Seperti mana yang diinginkan
oleh rakan baru saya, si A.
Tetapi tidak bermaksud saya iri hati
pada dia.
Tidak sama sekali.
Kerana itu rezeki dia, mempunyai
seorang ibu dan ayah yang banyak mengambil berat urusannya, ada disisi ketika dia
tertekan, sentiasa memberi semangat ketika dia jatuh.
Saya turut gembira kerana Allah
kurniakan dia keluarga sebegitu. Dan saya juga turut bahagia dengan keluarga
saya. Walaupun banyak kekurangan sana sini, tetapi bahagia itu tetap saya
nikmati.
Kita Yang Mencipta Melodi Hidup Kita
Saya masih muda lagi. Masih mentah
dalam banyak perkara. Masih gelabah dalam pelbagai situasi.
Tetapi saya juga diizinkan Allah untuk
melalu dan menghadapi rencam ragam yang pelbagai.
Hidup ini ibarat melodi lagu. Kita
yang buat dan reka melodi tersebut. Samada menjadi merdu, sumbang, mendayu,
rancak, atau sebagainya.
Anda adalah komposer lagu hidup anda
sendiri. Kerana itu Allah ilhamkan kepada kita dua jalan.
Jalan menuju ketaqwaan dan jalan
menuju kebinasaan. Beruntunglah sesiapa yang memilih jalan menuju ketaqwaan,
rugilah sesiapa yang memilih jalan menuju kebinasaan.
Sesiapa yang mengenali saya secara
peribadi, mereka akan tahu bagaimana perjalanan hidup saya satu ketika dulu,
dan bagaimana saya ubah semula melodi saya dari sumbang kepada sedikit merdu.
Err.. Takde la merdu sangat. Sumbang
juga kadang-kadang. Sedap didengar sendiri je barangkali. Eheh.
Saya sedar dan tahu, di sana ramai
orang mencari-cari jalan dan makna hidup ini. Di sana juga ramai menanti-nanti
dan teringin ibu bapa mereka menjadi sebaik malaikat dan seanggun bidadari.
Namun ramai juga yang kecewa kerana pada mereka permintaan mereka pada Pemilik
Langi dan Bumi masih lagi tidak diperkenankan.
Erk, faham ke dak ni? Ok, saya tak
tulis bahasa langit sangat. Saya guna bahasa bumi. Hehe. Guna bahasa mudah.
Saya tahu ramai yang mungkin hampir
kecewa dan putus asa dengan doa kepada Allah.
Dan saya tahu ramai yang menginginkan
ibu bapa mereka adalah ibu bapa yang soleh, tetapi sayangnya tidak soleh
seperti mana yang mereka impikan. Bahkan kadang-kadang lebih teruk.
Dan saya juga tahu ramai juga yang
menginginkan kehidupan yang menggembirakan, ada adik beradik yang sporting dan
memahami, ada harta yang dapat menampung kehidupan mereka, ada kereta yang
boleh bawa mereka jalan-jalan, ada duit lebih untuk dibawa melancong ke
mana-mana dan lain-lain.
Saya tak mahu cerita tentang apa yang
berlaku pada kehidupan saya yang lalu. Saya cuma nak nasihatkan sedikit saja. Nasihat ini saya cuba semaksima mungkin untuk jujur dan ikhlas dari hati saya.
Saya cuba menulis dari hati, agar ia
dapat menyentuh hati-hati yang ingin mencari.
Nasihat saya...
Setiap orang ada jalan cerita sendiri.
Ada melodi yang tersendiri.
Ada yang indah, ada yang pedih.
Ada yang gembira, ada yang duka.
Ada yang sumbang, ada yang merdu
berkumandang.
Ada yang semanis madu, ada yang
sepahit hempedu.
Tetapi ketahuilah, Allah takdirkan apa
yang berlaku pada diri kita semua PASTI dan PASTI ada hikmah dan rahsia
disebaliknya.
Tugas kita pula, TERUSKAN hidup ini,
dan teruskan BERHARAP kepada Allah. Jangan mematikan doa kita kepada-Nya.
Jangan pernah putus asa. Jangan pernah mengalah!
Kerana percayalah cakap saya..
Jika kita tidak berputus asa dengan
rahmat Allah, dan jika kita sentiasa berdoa dan bersangka baik kepada Allah,
nescaya suatu hari nanti kita akan menjumpai permata hikmah yang tersembunyi
disebalik perjalanan yang kita akan lalui pada masa depan.
Buktinya? Alhamdulillah saya sudah
ketemukan permata hikmah itu. Walau tidak semua, namun cukup untuk saya terus
melaju berlari menuju Allah.
Percayalah...
Kerana Allah itu tidak pernah
mengecewakan.
:)
Moga Allah redha.
- Shukery -
YA ALLAH..terima kasih..
ReplyDeleteBole sy tnya sikit..
Mcm mana kalau seorg isteri ingin meminta cerai dari suami bagi mengelakkan dosa yg bertimbun?
Sbgai seorg anak apa yg harus sy lakukan..
maaf, saya sendiri pun tiada idea.
Delete