“Pijak kepalaku
wahai Bilal!”
“Demi Allah, aku
mohon pijaklah!”
Abu Dzar
Al-Ghiffari meletakkan kepalanya di tanah yang berdebu. Dilumurkan pasir ke
wajahnya dan dia menunggu penuh harap terompah Bilal ibn Rabah segera pijak ke
pipinya.
“Ku mohon Bilal
saudaraku…” rintihnya…
“Pijaklah
wajahku. Demi Allah aku berharap dengannya Allah akan mengampuniku dan
menghapuskan sifat jahiliyah dari jiwaku.”
Abu Dzar ingin
sangat menangis. Hatinya bercampur baur. Dia menyesal. Dia sedih. Dia takut.
Dia marah pada dirinya sendiri. Dia merasa begitu lemah berhadapan dengan hawa
nafsunya. Dengan wajahnya yang penuh dengan debu dan pasir, dia mengerang lagi,
“Aku mohon pijak
kepalaku!”
Sayang seribu
kali sayang, Bilal terus menggeleng dengan mata yang berkaca.
Peristiwa ini
berlaku kesan dari kekesalan Abu Dzar kepada Bilal. Dia merasakan Bilal tidak
melaksanakan sebuah amanah dengan bersungguh, bahkan seakan membuat alasan
untuk membenarkan dirinya sendiri. Abu Dzar kecewa dan sayangnya, dia tidak
dapat menahan dirinya. Dari lisannya terluah kata-kata yang kasar. Abu Dzar
sempat berteriak menengking,
“Hai anak budak
hitam!”
Rasulullah
sallahu alayhi wasallam yang mendengar herdikan Abu Dzar pada Bilal ini terus
kemerahan wajah baginda. Dengan berbegas bagai petir yang menyambar, baginda
menghampiri dan menegur Abu Dzar,
“Wahai Abu
Dzar..!” sabda baginda sallahu alayhi wasallam kepada Abu Dzar,
“Sesungguhnya
dalam dirimu masih terdapat jahiliyah!”
Maka Abu Dzar
yang dikejurkan dengan hakikat itu, terus serta merta dihempap rasa bersalah
lalu berbaring dan memohon Bilal memijak kepalanya. Berulang-ulang kali dia
memohon.
“Aku memaafkan
Abu Dzar ya Rasulullah,” kata Bilal. Dan biarkan urusan ini tersimpan di sisi
Allah, menjadi kebaikan bagiku kelak…”
Hati Abu Dzar
rasanya sangat pedih apabila mendengar sebegitu. Alangkah lebih ringan andai
semua boleh ditebus di dunia. Alangkah tidak indahnya menelusuri hari dan sisa umur yang berbaki
dengan rasa bersalah yang tidak terlupakan.
Karat Jahiliyah Yang Melekat.
Hadis mengenai
teguran Rasulullah sallahu alayhi wasallam kepada seorang sahabat Rasulullah
yang mulia – Abu Dzar Al-Ghifari - di atas telah dirakamkan oleh Imam Muslim
dalam kitabnya Sahih Muslim No 3139.
Dan peristiwa itu
dirakamkan bukan untuk suka suki, tetapi untuk iktibar kita pada hari ini.
Nak tahu ada atau
tidak karat jahiliyah dalam diri kita?
Cuba kita duduk
dan berfikir sejenak ke angkasaraya.
Pernahkah kita
mencerca orang lain? Pernahkah kita menggelarkan orang lain dengan gelaran yang
buruk? Terutama kepada kaum Muslimin? Apatah lagi kepada orang yang kita
sendiri mengakui dalam hati akan kesolehan mereka.
Tidak kisahlah, gemuk ke, macai ke, barua ke, tali barut ke, atau apa jua.
Apatah lagi dalam
keadaan kita yang kononnya mengaku sang penyeru manusia ke jalan Allah? Atau
dalam keadaan kita mengaku kita ini pejuang agama Allah? Malah lebih teruk
dalam keadaan kita mengaku kita ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiyah?
Menangis.
Pernahkah kita
meringan-ringankan perintah Ilahi?
Pernahkan kita
culas dengan larangan dari Rabbul Izzati?
Pernahkah kita
mengabaikan Sunnah Sang Nabi?
Pernahkah kita
tidak membaca sampai seminggu kalam Ilahi?
Menangis lagi.
Tutup muka.
Itu belum hak
antara ikhwah sekalian (kalau perempuan akhwat). Hak ukhuwwah yang belum
selesai. Ziarah yang tak buat-buat. Abaikan ikhwah yang sedang dukacita, dan
sebagainya.
Ada semua ini?
Kalau ada, sila jerit pada diri sendiri ;
“Hoi, Dalam Diri
Kau Ada Jahiliyah! “
Kemudian lepas
jerit, tanya pada diri sendiri, berapa kilogram karat jahiliyah yang masih
melekat dalam diri?
Tak tahu
bagaimana nak kira berat jahiliyah dalam diri?
Jawapannya ada di
sini ;
“Seorang
Mukmin adalah CERMIN bagi saudaranya. Seorang Mukmin adalah saudara bagi Mukmin
yang lain…”
[Riwayat Abu Dawud 6/923]
Tanyalah ikhwah
(perempuan akhwat) yang rapat denganmu, dan mintalah nasihat mereka.
- Shukery -
Like ^_^
ReplyDelete