“Pencuri ! Kejar pencuri tu!! “ Jerit Abdillah.
Abdillah mengejar pencuri yang mencuri Tablet 2.0 nya
ketika sedang makan di sebuah kedai makan.
Beberapa minit aksi kejar mengejar berlaku antara
Abdillah dan pencuri tersebut. Namun takdir Allah, pencuri itu berjaya
melepaskan diri.
Tidak lama kemudian, datang beberapa orang sahabat
Abdillah ingin membantu, namun segalanya terlambat.
“Allahu musta’an… Sabar akhi. Ini dugaan Allah… Sabar...”
Azlan mengurut belakang Abdillah.
“Moga pencuri tu mampos je masa perjalanan balik!”
Aiman hilang sabar.
“Eh, anta pula yang mengamuk tiba-tiba. Sabar akhi.
Tablet ana yang kena curi. Cool down akhi..” Abdillah tersenyum memandang
Aiman.
“Err… mana taknya. Geram kot ana… kalau ana dapat
pencuri tu, macam ayam penyet ana kerjakan dia..” Aiman mendengus.
“Rilek... insyaAllah mesti ada hikmahnya. Dosa ana
banyak sangat kot. Tu yang Allah uji ana sebegini.. Moga pencuri diberikah
hidayah Allah untuk bertaubat… Dah jom balik…”
“Tapi akhi, tak nak buat report polis?” Azlan
mencelah.
“Haha. Tablet je pun. Takpe…”
Abdillah, Aiman dan Azlan berlalu pergi pulang ke
kampus.
---
“Aik, mana kau dapat duit banyak macam ni? Menang
judi ke semalam? Syafiq kehairanan.
“Ah tak payah banyak tanya. Ini duit hutang kau. Aku
kasi langsai.” Nizam menyerahkan not RM100 sebanyak 10 keping kepada Syafiq.
“Kau nak pinjam duit aku lagi tak?” Syafiq provok.
Nizam memandang tajam ke arah mata Syafiq. Dia terus
meninggalkannya.
“Come on brader. Business is business. Kalau lu tau
tak boleh bayar hutang, lu jangan pinjam gua. Atau lu jadi ‘makanan’ gua…”
Syafiq dan rakannya gelak besar.
Nizam menghidupkan motor dan meninggalkan mereka.
Jam menunjukkan 10 malam dan esoknya pula hari ahad.
Kebiasaannya malam minggu begini Nizam akan keluar pergi merempit atau paling
tidak, melepak di bukit bintang mencari bohsia jalanan untuk memuaskan
nafsunya.
Namun malam itu dia tiada mood untuk semua itu. Hatinya sedikit rasa lega dan gembira kerana
sudah menyelesaikan hutang yang ada.
Dia membuka facebooknya, dan tiba-tiba ternampak satu
status,
“Jangan kita bergembira di atas kesedihan orang lain
yang disebabkan oleh kezaliman tangan kita kepadanya..”
Jantung Nizam berdegup kencang.
Tiap kali membaca status rakan facebooknya yang
bernama “Abdillah” ini benar-benar mencengkam jiwanya. Dirinya benar-benar
dihimpit rasa bersalah atas peristiwa dia mencuri petang tadi.
Nizam membuka profile facebook “Abdillah”. Dia
membaca beberapa status islamik yang ditulis pada status facebook “Abdillah”
sehingga dia terjumpa status,
“Siapa berminat untuk sertai usrah. Boleh PM saya.”
Status tersebut dibuat beberapa hari yang lepas.
“Usrah…? Macam aku pernah dengar..” Nizam bermonolog
sendirian.
Nizam berfikir sejenak, dan personal
message Abdillah untuk bertanya apa itu usrah dan bagaimana nak
menyertainya.
“Assalamualaikum..” sapa Nizam.
Tiada respon. Dia menunggu beberapa minit, tetapi
masih tiada respon.
“Ah.. malaslah aku nak join..”
Nizam baru saja mahu menutup facebook, tiba-tiba,
“Waalaikumussalam.. :) ya tuan?”
Nizam terkejut. Dia tersenyum.
“Maaf ganggu, saya nak tanya, macam mana nak join
usrah ya? Saya ada nampak di status tadi…”
“Oh yeke… Boleh2. Tuan tinggal di mana ya?”
“Saya di UKM…”
“Alhamdulillah.. samalah kita..”
Nizam sedikit terkejut. Walaupun sama kampus, tapi
tidak pernah berjumpa apatah lagi kenal Abdillah ini. Itupun dia hairan macam
mana Abdillah boleh ada dalam friend list facebooknya.
“Kalau macam tu, boleh kita mulakan usrah esok. Sebab
esok saya ada bawa usrah di masjid UKM. Boleh kita bertaaruf (berkenalan)
sekali esok..”
Nizam berfikir sejenak.
“Esok…? Boleh rasanya. Pukul berapa ya?”
“Lepas isyak, dalam pukul 9. Kita jumpa di masjid.
Ok?”
“Ok…”
Perbualan terhenti.
- Shukery -
MENANTI KISAH SETERUSNYAS,,,
ReplyDeleteInsyaAllah soon :)
Delete