“Allah... cantiknya perempuan tu. Macam
bidadari dari kayangan seh! Ini yang aku suka kuliah ni!”
“Oh yeke. Baguslah tu, rezeki dia Allah bagi
cantik.”
“Ala... kau tengoklah Aiman. Mesti kau pun ternganga punya.”
Aiman menggelengkan kepala melihat kembarnya.
“Ah kau ni. Aku kuat iman kot. Hehe. Hmm...
yang mana?”
“Puih. Haha. Tu ha yang pakai tudung labuh dan muka putih comel tu.
Kalau jadi makmun aku, alangkah bahagianya dunia baitul Muslim aku... Kau tak
terasa macam tu ke Aiman? Ke kau tak de nafsu? Hehe.” Danial tersengih.
Aiman terkesima seketika apabila melihat
pelajar muslimah itu. Dia menarik nafas panjang. Terus Aiman memandang ke muka
Danial yang sedang tersengih.
“ Ish kau ni dani, pantang nampak dahi licin,
naik tocang... Solat jemaah kat masjid
pun kadang-kadang miss. Dah la, jom
balik bilik.”
Aiman terus mengangkat beg dan keluar dari
dewan kuliah.
Heh. "Kau
kalau tak bagi ayat berasid spesis lebur makan dalam, tak boleh ke?"
“Haha.”
Aiman gelak sendirian.
-----------
“Aiman, aku nak minta fatwa kau boleh tak?”
“Boleh, tunggu 10 tahun lagi.”
“Haha.”
Hanis tergelak dengan respon spontan Aiman.
“ok aku nak minta pendapat kau. Ke nak kena
tunggu 10 tahun lagi? Hehe.”
Aiman tergelak kecil.
“Haha. Apa dia? Kalau kau tanya hukum hakam
yang kompleks, aku tak da jawapan untuk kau.”
“Okay, kau kenal Mariam?”
Aiman mengerut dahi..
“Alah, budak kuliah kita yang yang cantik tuh,
yang bergaya muslimah sejati akhir zaman.”
Aiman tiba-tiba terbayang senyuman Mariam yang
manis ketika pembentangan tugasan semasa di kuliah tempoh hari.
“Oh. Ha, ada apa dengan dia?”
“Kau jangan cakap pada orang lain. Hmm...
Aku...”
Aiman merenung Hanis dengan terangkat sebelah
kening.
“Aku apa?”
“Sabar lah. Aku... Aku suka kat dia..” Hanis
tersengih.
“Oh. Alhamdulillah..” Aiman senyum segaris.
Hanis sedikit terkejut dengan respon Aiman.
“Kau perli aku ke apa ni?” Hanis mengerut dahi
sambil mengambil sebotol air mineral untuk diminum.
“Mana ada perli. Betullah aku cakap.
Alhamdulillah kau masih normal lagi. Bukan gay.” Aiman tersengih.
Tersembur air mineral dari mulut Hanis.
“Selekehlah kau. Ha, dah tu kenapa pun kalau
kau suka dia?”
Hanis mengelap mulutnya dan meletakkan air
mineral di sebelahnya.
“Kalau aku ketuk kau dengan botol mineral ni,
baru kau tahu. Hadoi.” Hanis merungut.
Aiman senyum dengan rungutan Hanis.
“Macam ni. Hari tu aku ada mesej dia. Aku nak
bagitau perasaan aku pada dia...” Hanis menyambung cerita.
“Then?”
“Tapi aku segan. Aku... aku nak dia jadi
isteri aku. Cumanya, yelah kita masih belajar lagi.”
“Ok. Then?” Aiman mendengar dengan khusyuk dan
tawaduk.
“ Tapi aku tak nak kehilangan dia. Aku nak
couple dengan dia. Nak jadikan dia isteri belum mampu, aku nak dia jadi awek aku
dulu. Itupun kalau dia terima.” Hanis menghela nafasnya.
Aiman mengangkat sebelah kening.
“Kau tahu apa hukum bercouple bagai ni?” Aiman
mula bertanya.
Hanis mengerut dahi.
“Ada hukum ke?”
Aiman tersenyum.
“Dalam Islam, kita terikat dengan hukum. Dari
bangun tidur sampai kita tidur semula, hatta sampai masuk lubang kubur. Makan,
minum, jalan-jalan, pergi kuliah, baca buku, baca Naruto, dan semuanya ada
hukum. Hatta nak gerakkan tangan pun ada hukum.”
Hanis makin mengerut dahi.
“Apa hukum gerakkan tangan?”
“Ada satu kaedah fiqh yang menyatakan lebih
kurang macam ni, setiap perkara atau perbuatan yang dilakukan adalah harus
selagi mana ia tidak dijelaskan hukumnya oleh Allah dan Rasul-Nya secara jelas
dalam Al Quran atau As Sunnah. Dan hukum ini berubah mengikut tempat, masa,
waktu dan ketika.”
Hanis menggarukan kepala yang tidak gatal.
“Cuba kau jangan cakap bahasa langit. Aku tak
faham sangat. Bagi la contoh.”
“Haha. Ok, contohnya makan nasi. Hukumnya
harus. Kalau makan berlebihan sampai terlampau kenyang, boleh jadi makruh.
Kalau makan nasi hasil dari mencuri hukumnya haram.”
Hanis menangguk.
“Hukum couple?” Hanis semakin berminat nak mengetahui.
Aiman senyum.
“Aku tak pandai nak menjatuhkan apa-apa hukum
selagi mana perkara tu tak jelas atau bersuluh. Kalau nak tengok hukum
terperinci, kau cuba beli buku “Bolehkah bercouple” keluaran Telaga Biru. Cumanya aku
nak tanya kau, kenapa kau nak couple dengan dia?”
Hanis termenung seketika.
“Mungkin sebab aku tak nak kehilangan dia. Aku
nak dia dengan aku.”
Aiman memandang mata Hanis.
“Kau agak, kalau kau couple dengan dia, kau
confirm boleh kahwin dengan dia?” Aiman mula menduga.
Hanis berfikir sejenak. Teringat kawan-kawannya
ada yang couple sampai bertahun-tahun kemudian putus, ada yang baru beberapa
hari, lepas tu putus. Sampai ada yang frust tonggeng sebab putus terutama
kawannya yang perempuan.
“Habis tu macam mana? Takkan aku nak biarkan
saja. Nanti melepas bai...”
Aiman membaringkan diri untuk memandang langit
di atas padang tempat mereka berehat
dari jogging.
“Ingat tak eksperimen kimia kita yang gagal
hari tu. Kau rasa sebab apa?”
Hanis menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Apa kebendalah kau ni menyimpang punyalah ke laut.
Err... mungkin sebab kita tak ikut prosedur buku manual tu kot. Kenapa?”
Aiman tersengih.
“Allah jadikan manusia ini ada perasaan cinta
dan kasih sayang. Itu lumrah manusia. Tiada manusia yang tak mahukan cinta dan
kasih sayang. Tetapi Allah juga turunkan Islam berserta AL Quran sebagai manual
agar manusia mengikut prosedur yang telah ditetapkan supaya dapat mengawal
perasaan cinta dan kasih sayang itu dengan sebaiknya. Tetapi kena faham
baik-baik, Islam bukan saja diturunkan untuk mengawal perasaan cinta dan kasih
sayang saja, malah lebih luas dari itu.”
“Apa dia?” Hanis mengerut dahi.
“Highway of life.”
Hanis menangguk. Dia pun turut baring sekali
memandang langit.
“Cinta dan kasih sayang itu sepatutnya
ditumpahkan kepada orang yang betul supaya satu hari nanti kita tidak menyesal.
Letak ketepi dulu cinta kepada Allah, Rasul-Nya dan yang biasa kita dengar.
Sekarang ni apa aku nak kata tentang cinta antara lelaki dan perempuan.”
“Antara prosedur yang Allah dan Rasul-Nya ajar
kepada manusia adalah dengan berkahwin.”
Hanis termenung. Memikirkan tentang persoalan
kahwin barangkali.
“Tetapi kalau tak mampu berkahwin, Rasulullah
sallahu alayhi wasallam ajar agar berpuasa. Puasa bukan puasa yang “cap ayam”,
tetapi puasa dengan penuh ketaqwaan. Baru betul-betul berkesan. Dan dalam masa
yang sama baginda juga ajar untuk menundukkan pandangan apabila berhadapan
dengan perempuan kalau pandangan itu tidak bertujuan apa-apa.”
Hanis menghelakan nafasnya.
“Hanis, jodoh ini macam rezeki. Dah ditetapkan
pun. Cuma apa yang perlu kita lakukan adalah dengan ikhtiar untuk mencari.”
“Serius?”
Hanis terus terduduk. Bersinar-sinar matanya.
Aiman tergelak.
“Kalau kau suka pada dia, cukup saja kau
pendamkan perasaan kau. Dan yang paling penting sekali...”
Hanis mengangkat kening.
“Doa. Kita kan ada Allah. Kita bukan makhluk
yang tidak mengaku tuhan. Doa sungguh-sungguh, dalam masa yang sama, buat
persediaan yang rapi dan sebaiknya.”
“Persediaan macam mana?” Hanis menggaru
kepalanya.
“Persediaan ilmu, persediaan fizikal, dan
persediaan mental. Kena ada ilmu tentang munakahat, kena ada persediaan
kewangan sedikit, dan persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan atau
pergaduhan selepas mendirikan rumahtangga. Tentang kewangan, walaupun ia
bukanlah syarat, tetapi untuk hari ini, ia menjadi satu keperluan. Aku rasa kau pun faham. “
“Kalau kau dah rasa cukup bersedia termasuk
dengan kewangan, maka yakinkan pula mak ayah kau yang kau mampu jaga anak
orang. Kalau mereka dah yakin, maka teruslah melamar.”
Aiman mengambil sedikit nafas dan memberikan
senyum sebagai sebuah suntikan anjakan paradigma baru kepada Hanis.
“Hmm.. Kalau dia dah dilamar orang?” Hanis
mengeluh.
“Ramai lagi muslimat akhir zaman dalam dunia
ni. Belum pupus lagi. Mai ikut aku join ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia), kami
ada unit Baitul Muslim yang mana menguruskan hal-hal macam ni. Tapi ada
prosedurnya lah.”
Hanis memandang Aiman dengan mata yang
bersinar gemerlapan.
“Kau jangan buat muka nak kena penyepak boleh
tak?” Aiman gelengkan kepala.
“Haha. Macam mana nak join ISMA?”
“Malam nanti ikut aku pergi usrah. Nanti aku
kenalkan kau pada murabbi aku. Amacam, ada bran?”
“Demi sebuah masa depan yang gemilang
terbilang, aku rela mengikuti kau Aiman.”
“Puih! Tak payah nak bersinetron petang ni
la.”
Aiman dan Hanis bergelak besar.
“Hah, kau masih tak menjawab persoalan aku
lepas kau bebel panjang-panjang ni. Jadi apa hukum bercouple ni?”
“Heh. Ingat lagi kau rupanya. Ingatkan dah lupa. Aku ambil pendapat yang paling keras dan aku
yakin paling benar, iaitu haram bercouple dengan nafsu dan syahwat dengan
perempuan bukan mahram.”
“Oh.. Tak boleh couple lah ni. Kan senang
kalau kau cakap dari awal.” Hanis mengerut dahi.
“Boleh couple lah...” Aiman menduga.
Terbeliak biji mati Hanis. Dia mengangkat
keningnya.
“Selepas kahwin?” Hanis menduga sambungan ayat
Aiman.
“Selepas nikah. Dah jom balik. Dah nak maghrib
ni...” Aiman terus bangun dan mencapai basikalnya.
“Ceh... lebih kuranglah tuh.” Hanis mencebik bibir.
“Alhamdulillah, aku bersyukur ya Allah kerana
mempunyai sahabat seperti Aiman. Moga kami terus bersahabat sampai ke syurga..”
Hanis bermonolog sendirian lantas mencapai basikalnya.
---
Moga Allah Redha
Tinggi dialog ni. Boleh ditambahbaik lagi. ;)
ReplyDeleteTinggi? maksudnya? bahasa langit ke? ohho.
DeleteSalam, bagaimana pula buat yg dah bercouple, dan ada niat nak putuskan hubungan tu sbb x nak terlibat dgn zina (zina hati terutamanya).. tapi risau bila fikirkan perasaan pasangan... takut nak kecewakan dia??
ReplyDeletesalam.. saya bukan dr cinta pun.. cuma pendapat saya, jelaskan pada dia kenapa dan sebagainya, lepas tu terus putuskan hubungan.. Dia kecewa itu pasti, tetapi kalau ada sebab yang kukuh, kecewanya takkan lama mana insyaAllah..
Deletemenanti cerpen yg seterusnya..
ReplyDeleteherherher..
InsyaAllah.. doakan :)
Delete