Pagi tadi saya ternampak ‘posting’ video dari
page Gabungan Mahasiswa Ukm mengenai sebuah video pendek yang bertajuk “Tanpa
Nama”. Pada mulanya saya rasa seperti tiada apa, tetapi ia menarik perhatian
saya ketika mana membaca penerangan mengenai video itu ;
“ This story
tells about the journey of a man who seeks God, and finally come to an
understanding that God is indeed unbound by anything, including religions. “
Saya merasa curiga dengan ayat ini. Kemudian
saya segera menonton video pendek yang berdurasi 10 minit 57 saat ini.
Setelah tamat menonton, saya amat terkejut
dengan apa yang cuba disampaikan atau dipromosikan pada video ini, iaitu
mengenai PLURALISME agama.
Antara ayat-ayat mengandungi seruan atau elemen pluralisme agama ;
"Aku bukan nationalist, bukan katholik, bukan sosialist, bukan bukan buddhist, bukan westernist, bukan protestant, bukan communist, bukan juga humanist, aku adalah semuanya.."
"Di luar sana, ada orang yang mempertentangkan kepercayaan. Padahal, kita hanya berjalan pada jalan yang berbeda, tetapi dengan tujuan yang sama ; TUHAN"
"Aku bukan nationalist, bukan katholik, bukan sosialist, bukan bukan buddhist, bukan westernist, bukan protestant, bukan communist, bukan juga humanist, aku adalah semuanya.."
"Di luar sana, ada orang yang mempertentangkan kepercayaan. Padahal, kita hanya berjalan pada jalan yang berbeda, tetapi dengan tujuan yang sama ; TUHAN"
Komentar saya begini :
1. Saya mengenali pelakon utama (walau tidak
secara rapat) yang bernama Rachmat. Beliau merupakan junior saya di Kolej
Antarabangsa Ibu Zain (IZISH) yang terletak di dalam kampus UKM. Alhamdulillah,
saya kerap kali berjumpa dengan beliau ketika solat di surau IZISH. Jadi saya
yakin dan bersangka baik, insyaAllah, bahawa beliau seorang yang menjaga
tuntutan agama disamping mencari makna disebalik beragama Islam.
Tetapi sayangnya, pencarian beliau sedikit
terpesong dengan apa yang dibawa Islam oleh Rasulullah sallahu alayhi wasallam,
para sahabat radiyallahu anhum dan para pejuang Islam berlandaskan prinsip Al
Quran dan As Sunnah. Mungkin di sini dia (Rachmat) dan sahabatnya perlu sedikit
pencerahan mengenai ketinggian Islam.
2. Islam itu TINGGI, dan TIADA lagi tinggi
mahupun SETARA dengan Islam. Jalan (agama) menuju Allah hanya satu, tiada
berbeda beda!
Kalaulah jalan menuju Allah itu berbeda-beda, nescaya Rasulullah sallahu alayhi wasallam akan mengikut kata para musyrikin Mekah untuk menyembah tuhan mereka pada hari ini, dan menyembah Allah pada hari esoknya dan secara bergilir-gilir hingga hari-hari yang mendatang.
Kalaulah jalan menuju Allah itu berbeda-beda, nescaya Rasulullah sallahu alayhi wasallam akan mengikut kata para musyrikin Mekah untuk menyembah tuhan mereka pada hari ini, dan menyembah Allah pada hari esoknya dan secara bergilir-gilir hingga hari-hari yang mendatang.
Namun apa yang Rasulullah sallahu alayhi
wasallam katakan kepada musyrikin Mekah?
(Terjemahan surah Al Kafirun ayat ke 6)
"For you is your religion, and for me is my religion.”
“Untukmu
agamamu, dan untukku agamaku.”
Rasulullah sallahu alayhi wasallam memberitahu
secara clear cut bahawa Islam adalah
Islam, dan selain Islam itu bukan Islam.
Wahai sahabat, ketahuilah jalan menuju Allah adalah dengan akidah yang jelas, iaitu mengaku dan bersaksi dengan hati, lisan dan perbuatan bahawa TIADA tuhan yang LAYAK disembah melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan dan pesuruh Allah.
Selain dari jalan dan akidah ini, maka
semuanya adalah bertentangan dan sama sekali tidak menuju Allah.
2. Ketahuilah, bahawa jika agama lain di dunia
juga membawa menuju kepada Allah, jadi apa ertinya Allah melantik Muhammad
sallahu alayhi wasallam sebagai Rasul-Nya sebagai pembawa rahmat kepada
sekalian manusia?
Jika semua agama di dunia akan menuju tuhan
yang sama, jadi apa ertinya Islam ini perlu bertapak dan memerintah di muka
bumi ini sekiranya kita boleh menyembah agama lain?
Jika semua agama di dunia akan menuju tuhan
yang sama, jadi apa ertinya Rasulullah sallahu alayhi wasallam dan para sahabat
radiyallahu anhum bersusah payah mengorbankan perasaan, harta, malah nyawa
mereka demi menegakkan dan menyampaikan Islam sehingga hari ini?
Jalan menuju ke syurga memang ada banyak,
tetapi hanya mempunyai satu ‘jenis tiket’ sahaja.
Iaitu mempercayai dan mengakui bahawa tiada
tuhan yang layak disembah melainkan Allah, mengakui dengan hati, lisan dan
perbuatan bahawa Allah itu Esa, tidak diperanakkan dan tidak beranak, tidak
bergantung kepada sesiapa, tiada yang setara dengan-Nya, juga mengakui bahawa
Muhamamd sallahu alayhi wasallam, Isa (Jesus) alayhi sallam, Musa (Moses)
alayhi sallam, dan sekalian para Nabi adalah UTUSAN dan PESURUH Allah.
Dan semua ini hanya ada pada Islam, bukan pada
agama lain.
3. Fahamilah wahai sahabat, Allah hanya redha
dengan Islam, bukan pada semua agama yang pada luarannya dikatakan menuju ‘tuhan’.
Allah telah berfirman di dalam Al Quran yang
bermaksud :
“This day those who disbelieve have despaired of [defeating] your
religion; so fear them not, but fear Me. This day I have perfected for you your
religion and completed My favor upon you and have approved for you Islam as religion.”
“pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan
Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”.
(Surah al-Maidah, ayat 3).
Allah hanya redha pada Islam, bukan pada agama
atau fahaman lain, samada Kristian, Yahudi, Komunisme, Sosialisme, Buddha,
Hindu, atau apa jua yang wujud di atas muka bumi ini.
4. Jadi adakah kita akan sentiasa bermusuhan
pada agama lain? Jangan salah faham. Islam mengajar kita bertoleransi dengan
agama lain, tetapi ada LIMITASI toleransi itu. Kita boleh bertoleransi dalam
muamalah atau perhubungan seharian seperti berkawan, pergi kuliah bersama-sama,
study group secara bersama, dan
sebagainya.
Malah Allah sendiri melarang kita semua umat
Islam untuk mencerca agama lain.
Allah berfirman dalam surah Al An’am ayat 108
yang bermaksud :
“And do not insult those they invoke other than Allah , lest they insult
Allah in enmity without knowledge.”
“ dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain
Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa
pengetahuan.”
Tetapi apabila sampai bab Akidah atau
kepercayaan, kita TIADA toleransi. Kita mempunyai prinsip yang tegas lagi
kental iaitu meyakini dan mempercayai dengan sepenuhnya bahawa Islam adalah
agama yang benar. Selain Islam (menyembah selain Allah atau menyekutukan Allah)
adalah sesat dan perlu di bawa kepada Islam.
Prinsip kita bukan seperti lalang, sekejap
kata Islam benar, sekejap kata agama lain benar, sekejap kata semua agama
benar. Tidak sama sekali.
5. Saya berharap kepada kamu sahabat, sebelum
meneliti buku-buku atau tulisan orang yang bukan Islam atau buku-buku golongan
liberalis atau pluralis, kenapa tidak meneliti buku-buku yang ditulis ulama dan
cendekiawan Islam yang sebenar. Sebelum kita memahami ajaran atau fahaman lain,
fahamilah Islam itu sebaik mungkin dahulu.
Saya mencadangkan agar sahabat membaca buku
Akidah Islam karangan Sayyid Sabiq, Kenapa Aku Menganut Islam karangan Fathi Yakan,
dan beberapa lagi buku mengenai akidah tentang Islam. Juga baca buku tentang
salah faham dan pemesongan terhadap Islam karangan Syed Qutb dan sebagainya.
Dan jika mahu berdiskusi, saya dan Persatuan
Belia Islam Nasional (PEMBINA) sudi menghulurkan tangan kami dan kemampuan kami
yang sedikit untuk kita sama-sama berbincang. Saya masih lagi pelajar di UKM.
Moga kita sama-sama dapat kembali kepada fahaman Islam yang tulen, bukan fahaman
Islam yang pluralitas.
Moga Allah redha.
Ahmad Shukery
Aktivis PEMBINA.
No comments:
Post a Comment