Esok
(23/10/2013) akan bermulanya pengundian calon sempena Pilihanraya Kampus di
UKM. “Acara” ini menjadi tradisi hampir setiap tahun bagi memilih pucuk
kepimpinan PMUKM dari kalangan mahasiswa/I (izinkan saya menggunakan istilah
PMUKM selain daripada MPPUKM kerana saya lebih selesa dengan PMUKM).
Mahasiswa/I yang
bertanding majoritinya mewakili dua entiti yang berpengaruh di UKM, iaitu
Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) dan Aspirasi UKM serta calon bebas (bebas dari entiti
GMUKM dan Aspirasi UKM).
Saya menulis
bukan untuk mengulas mengenai hala tuju politik kampus UKM, mengenai Aspirasi
mahupun GMUKM, sebab sudah ramai tokoh-tokoh yang mengulas mengenai isu ini,
termasuklah dua orang sahabat saya, Saudara Khalid B. Jimat (Pengasas Kelab
Sahabat Aqsa UKM) dan Saudara Abdillah (Pengasas Kelab Rakan Siswa IZISH). Tetapi
saya ingin memberi sedikit komentar saya mengenai kepentingan turun mengundi
untuk mahasiswa/I di UKM.
Kenapa Perlu Mengundi?
Sepanjang
pengalaman saya di menuntut di UKM, Alhamdulillah saya tidak pernah terlepas
untuk mengikuti perkembangan pilihanraya kampus dan tidak terlepas untuk
mengundi. Kenapa saya bersusah payah untuk turun mengundi?
Sebenarnya
tidak susah pun untuk turun mengundi, pergi ke lobi kolej masing-masing atau di
pusanika, kemudian ikut prosedur yang di suruh, buang undi, dan boleh pergi
mana-mana yang anda suka.
Tetapi kenapa
perlu mengundi?
Saya tidak
mahu membahaskannya dari segi hukum fiqh atau apa jua jenis hukum. Saya mahu
berkongsi dari aspek mahasiswa itu sendiri berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Turun mengundi adalah salah satu aspek pembelajaran luar kuliah yang mana ia
sebagai salah satu simulasi kepada pengundian Pilihanraya Umum Malaysia kelak.
Jika di
kampus kita sudah tidak mahu mengambil tahu hal ehwal kampus atau paling kurang
turun mengundi, bagaimana pula dengan perkara yang lebih besar?
Undi Siapa? Aspirasi? GMUKM? Atau Bebas?
Ini antara
persoalan yang bermain di minda saya semasa berhadapan kertas undi satu ketika
dulu.
Saya keliru,
nak undi siapa?
Sebab itu
diadakah minggu berkempen agar calon mahasiswa/I yang bertanding dapat
mengenalkan diri masing-masing dan apa yang cuba mereka bawa. Pada pandangan saya, pilih CALON yang kita
yakin mampu membawa kebaikan bersama untuk mahasiswa dan universit. Bukan
sekadar retorika tetapi praktikal.
Lihat
manifesto yang cuba dibawa oleh calon-calon, mana yang dirasakan relevan dan
praktikal. Selain itu, lihat juga kemampuan calon. Saya menyeru agar kita
keluar dari kepompong “memilih berdasarkan parti”.
Saya tidak
mahu untuk melihat PMUKM seolah “dikuasai” oleh satu pihak. Tetapi biarlah ada
wakil dari kedua-dua pihak seperti sebelum ini, dan menjadi lebih baik, iaitu
tidak wujud blok antara kedua-dua pihak untuk bekerjasama.
Ayuh kita
doakan moga setiap calon yang menang esok dapat memberikan khidmat yang terbaik
kepada mahasiswa/I dan universiti. Moga UKM terus mara kehadapan dalam
mengilham harapan mencipta masa depan.
Ahmad Shukery
Azizan
Aktivis
PEMBINA
Moga Allah redha.
No comments:
Post a Comment