Teringat aku sebelum ini ada seseorang pernah bercerita dengan aku bahawa zaman sekarang ni zaman jahiliyah, iaitu kembali kepada “fasa makkah” ketika dakwah Rasulullah s.a.w. dahulu. Betul ke zaman sekarang ini sudah kembali seperti zaman sebelum dan permulaan dakwah baginda Rasulullah s.a.w. atau lebih di kenali dengan zaman jahiliyyah?
Ok, korang pejam mata semua (err, macam mana nak baca?), dan cuba bayangkan apa yang aku nak sampaikan. Mari aku bawa korang semua kembali kepada zaman lalu iaitu zaman sebelum dan permulaan dakwah baginda Rasulullah s.a.w. (sambil buka laci doremon untuk pergi masa silam. Woha!)
Jeng jeng jeng.......
Masyarakat Arab Jahiliyyah.
Secara ringkasnya, ketika zaman jahiliyyah dahulu (ketika sebelum dan permulaan dakwah baginda Rasulullah s.a.w. iaitu fasa makkah) ,
1. Amalan zina berleluasa, sangat berleluasa. Hampir keseluruhan masyarakat ketika itu tak merasa aib untuk berzina. Berzina ketika tu ibarat makan coki-coki, harga murah, rasanya pun sedap, tapi tak elok untuk kesihatan. Woha.
2. Pelacuran berleluasan. Kalau dah berzina berleluasa, rumah pelacuran apatah lagi, ibarat kulat/fungi (sebut : fangai) tumbuh selepas roti tamat tempoh. Erk?
3. Membunuh anak lelaki dan perempuan. Mereka bunuh anak perempuan sebab takut malu dan berat perbelanjaan, manakala bunuh anak lelaki sebab takut papa dan kemiskinan. Tetapi kebanyakkannya bunuh anak perempuan, sebab kalau lelaki takde, siapa nak pergi berperang?
4. Mengamalkan konsep assabiah perkauman melampau. Sampaikan mereka berpegang teguh kepada pepatah “Bantulah saudaramu yang di zalimi atau menzalimi orang lain.”
5. Budaya mensyirikkan Allah. Mereka yakin wujudnya Allah, tetapi mereka berpendapat yang Allah ada anak, ada sekutu-kutu dll. Sebab tu di sekeliling Kaabah ketika tu, di khabarkan ada lebih kurang 360 berhala di sekeliling Kaabah. Antara berhala yang mendapat “Anugerah Berhala Paling Popular” adalah Latta dan Uzza.
6. Sanggup berperang walaupun dengan saudara sedarah sendiri demi pangkat, kemuliaan dan penguasaan. Jangan kata sepupu, adik sendiri pun sanggup di bunuh demi nak naik pangkat “CEO”. Erk, ada CEO ke masa tu?
7. Hikayat dongeng dan khurafat berlegar-legar. Untuk pengetahuan yang tak berapa banyak pengetahuan, majoriti masyarakat jahiliyyah yakin kewujudan Allah, tetapi mereka mensyirikkan Allah dengan mengatakan Allah ada anak, ada sekutu-kutu dan lain-lain.
8. Wanita di perdagangkan, ikatan umat terlalu lemah, dan kerajaan juga pemerintah hanya fikir perut sendiri, macam mana nak banyakkan harta. Ni jelas lagi bersuluh, bak kata orang putih, “crystal clear”. Oh!
9. Merompak, menyamun dan mencuri. Ha, lengkap lagi berpakej. Semuanya ada. *uhuk*uhuk*
dan ada lagi banyak gambaran yang aku tak sanggup untuk mengambarkan walaupun kepada korang. Itu belum aku masuk bab ekonomi, perkahwinan dan macam-macam lagi.
Masyarakat Melayu Jahiliyyah (di Malaysia SAHAJA).
Okay, sekarang kita pergi ke masa depan iaitu zaman sekarang ni, dan kita lihat masyarakat di sekeliling kita.
Jeng jeng jeng.....
Kalau kita baca di dada-dada akhbar (tak kisah mana-mana surat khabar pun), majalah (termasuk mastika, mangga, mempelam, etc), facebook, twitter, berita dan mana-mana pun sumber media, 1002 kisah kerosakan akhlak, moral, etika, peribadi masyarakat Islam khususnya Melayu di Malaysia.
Golongan remaja (termasuk belum belajar dan sedang belajar)
1. Budaya “couple” berleluasa. Hari tu, ada kawan aku bagitau, adiknya yang masih tadika dah ada pakwe/boyfriend/balak/buaya. MASIH TADIKA dalam lingkungan umur 6 tahun. Itu baru tadika, macam mana pula sekolah rendah, menengah, apatah pula pengajian tinggi? *uhuk*uhuk*
2. Berzina berleluasa, sangat berleluasa!! Nak menafikan apa aku cakap? Mungkin ada yang cakap “alah, ye ye je kau shuk, kau baca paper pun pasal politik je. Mana kau tahu.”. Huh?! Aku pun baca mastika juga la! *uhuk*uhuk*.
3. Buang atau bunuh anak luar nikah. Kalau dah bercouple, kebanyakkannya akan terlanjur, bila dah terlanjur lalu tersungkur rebah, kebanyakkannya akan buang isi dalam perut tu (bukan tahi!). Kalau jenis homosapien yang takde hati perut usus limpa paru-paru jantung, dia akan bunuh je anak tu. Kalau ada pun, gugurkan anak dalam kandungan. Dalam case ni, tiada pilih jantina, tak kisah anak tu lelaki ke, perempuan ke, khunsa ke, semua dia kasi bunuh. Nak menafikan juga apa aku cakap????
4. Hilang hormat dan maruah. Kalau ketika zaman 70-an atau 80-an, masalah anak derhaka atau anak murid kurang ajar kepada guru sangat kurang (berdasarkan orang tua-tua cerita kat aku), yang banyaknya orang dedah aurat, pergi kelab malam dll (baca : dan lain-lain). Kalau sekarang pula, dah “upgrade”, anak buang ibu atau ayah ke rumah orang-orang tua benda biasa, derhaka apatah pula. Itu yang hantar rumah orang tua, kalau di campak tepi jalan? Ingat kucing ke? Kucing pun aku tak sampai hati nak letak tepi jalan. Dan dengan guru atau pensyarah pula, setakat pukul cikgu dah mula jadi trend. Apatah pula tengking, memaki hamun, bocorkan tayar, khianat, dll. Mana aku tahu? I know la!
5. Budaya “mensyirikkan” Allah berleluasa. Terkejut? Tapi inilah yang selalu berlaku!
1) Sanggup melebihkan pakwe/makwe daripada Allah (sanggup tinggal solat semasa dating, dedah aurat untuk tontonan umum mahupun tertentu, sanggup bagi “body” kepada pakwe, dll).
2) Sanggup bertungkus lumus buat assignment, homework, thesis, dll sampai tinggal solat (terutama solat subuh sebab buat last minute di waktu malam. Oh!),.
3) Sanggup melewatkan solat demi meraih kemenangan dalam PES 2012!! Bukan PES 2012 je, game-game lain pun sama juga. Malah ada juga yang melewatkan solat demi facebook, twitter, dll. Itu belum aku sentuh bab solat berjemaah. *uhuk*uhuk* (tersedak-sedak aku.)
4) Sanggup membuat latihan (sukan, tarian, gelekkan dll) sehingga tinggalkan solat berjemaah walaupun surah di SEBELAH je!
5) Menonton televisyen (cerita kartun, drama, sinetron, dll) sehingga buat tak dengar je azan berkumandang. Lagi hampeh, sanggup tinggal solat demi tak sanggup tertinggal episod sinetron atau drama tu!
Dan lain-lain. Aku rasa korang sendiri faham apa yang aku maksudkan budaya “mensyirikkan” Allah ni, iaitu melebihkan makhluk daripada Allah. Sama je la macam zaman arab jahiliyyah tu, melebihkan patung-patung tu daripada Allah.
6. Hedonisme (hiburan melampau) yang berleluasa. Hari ini artis, model, pelakon, atau seangkatan dan sekutu-kutunya menjadi “role model” kepada kebanyakkan pemuda-pemudi hari ni. Tak kiralah tinggal di ceruk mana sekalipun. Sampaikan program-program di kampus pun kalau boleh semua nak ada menyanyi dan konsert (yang melampau).
Cuba bandingkan antara program ceramah, masjid/surau, tazkirah, kuliah agama dll, dengan konsert jom heboh, ABPPBH (cari sendiri), Juara Lagu, Muzik-Muzik, Akademik berfantasi (erk?), Mentol (erk?), Maharaja Lawak dll, mana lagi ramai jumlah yang hadir? Itu belum campur jumlah penontot di luar dari tempat tu. Orang lagi kenal artis daripada para Sahabat r.anhum, Pejuang-pejuang Islam terdahulu seperti Salahuddin al-Ayyubi, Sultan Muhammad Al-Fateh, ulama’ terdahulu dan kontemporari (terkini), dll. Sebut je nama Siti Nurhaliza, siapa tak kenal? (sikit je la tak kenal), cuba sebut nama Dr Zahazan atau Dr Zaharudin, berapa kerat je yang kenal? Yang pelajar so called islamic mestilah kenal (aku sangka baik), yang tak so called islamik ni? Manakala Siti Nurhaliza, so called islamik ke, tak ke, semua kenal.
7. “Walaupun I free hair or pakai seksi, tapi I solat dan puasa key!” Huh! Aku nak marah, kesian. Aku nak kesian, geram. Ke guane?
dan ada lagi banyak yang aku nak ungkapkan namun tak sanggup untuk tak terlarat untuk aku ungkap kepada korang. Korang boleh lihat sendiri dengan biji mata kornea pupil korang.
*Bersambung
Pelikkan? Umat kini terlalu melihat jahiliyyah itu sendiri sehinggakan ia membunuh semangan umat itu untuk menentang jahiliyah. Ini lain pula di zaman Rasulullah, di mana baginda melihat yang positif. Bukankah peristiwa di Thaif sudah boleh menjadi contoh terbaik.
ReplyDeleteMaka sama-samalah kita berfikiran positif dalam menegakkan dakwah dalam dunia serba moden ini. Ayuh, kita lihat fonemena Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don sebagai pembakar semangat kita menyampaikan dakwah. Padamkan segala pemikiran negatif itu sesungguhnya ia akan menarik kita jauh ke dalam kancah yang tidak pasti. Positiflah yang kita lihat demi mendapat keputusan yang positif.
Insya-Allah.
Its not about how we look them, but its about how to we face them.. Kalau kita tak melihat jahiliyyah ini dengan kaca mata analisis, maka macam mana kita nak hadapi serangan jahiliyyah itu sendiri?
DeleteFahamkan perbezaan antara HAZAR (waspada) dengan HUSNU DZON (sangka baik). Ibarat seperti pencuri datang ke rumah kita, adakah kita nak berkata "alaa, mungkin orang tu datang nak menziarah aku je..".. aku kita nak kata "takpe lah, aku doakan dia dapat hidayah.." tanpa kita melakukan apa2??
:)
Kalau tak, takde la ulama' karang buku tentang kejatuhan ummat sebelum ini dan hari ini.. untuk iktibar juga.. ^^,