Friday, 30 March 2012

Who care about Syria..?

(Amaran!!!
1. Cerita ini BUKAN cerita macam hikayat merong mahawangsa ataupun titiwangsa atau apa-apalah. Ini berdasarkan kajian dan pembacaan aku yang ciput. Tapi aku yakin semua ini fakta. InsyaAllah.
2. Nota atau entry kali ini panjang. Kepada yang tak berminat baca panjang-panjang, anda di galakkan untuk berlatih baca panjang-panjang..woha!)



Berdasarkan beberapa pertanyaan sahabat aku, ada ramai lagi tak tahu apa yang berlaku di sebalik kisah sedih di Syria. 

Maka, atas dasar muslim dan akidah ahlus sunnah wal jamaah, hari ini mari aku ceritakan kepada korang semua apa yang berlaku di Syria walaupun aku tidak berada di sana. Ini berdasarkan kajian aku yang sekangkang beruk je. Tapi aku cuba usahakan yang terbaik untuk ummah ini. Oh!

Sebelum tu, aku nak ucapkan terima kasih kepada gabbana (pemilik blog angel pakai Gucci) sebab membantu secara tak langsung kepada aku dalam aku mencari kisah di sebalik Syria. (bukak sini)


Sebelum aku mula bercerita tentang apa yang berlaku di Syria sana, aku yang perasan rajin ini nak ceritakan sedikit tentang latar belakang atau sosio-politik negara tersebut. Dengan erti kata lain, aku nak ceritakan secara ringkas yang amat ringkas tentang SEJARAH Syria. (aku tau kebanyakkan tak suka sejarah..jangan tipu!) Untuk apa aku cerita? Supaya kita tahu dan faham kepentingan Syria ini dan kenapa kita perlu (ah, ini sudah wajib, bukan perlu lagi) membantu dan mempertahankan saudara kita di sana. Ini soal ummah bro!


(nota kaki : cerita ni ada empat peringkat, maka bacalah dengan perlahan dan cermat, anda mampu mengubahnya)


Peringkat 1 : Apa kaitan Syria dan Kota Syam..?


Syria atau Suriah ini salah satu daripada empat negara Kota Syam selain daripada Jordan, Palestine dan Lubnan. Bumi Syam ini harga dan nilaiannya sangat tinggi dan sangat istimewa di sisi Islam. Keberkatan bumi Syam ini pernah di doakan Nabi s.a.w.  dalam sebuah hadith sahih yang agak panjang riwayat Imam Bukhari (terjemahan) :




Ibn ‘Umar meriwayatkan bahwa Nabi s.a.w. berdoa, “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Aku agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: “Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan”


Selain daripada hadith, ada juga beberapa ayat Quran yang mana Allah nak beritahu tentang keistimewaan bumi Syam ini (rujuk ustaz).

Makam Nabi yahya a.s di masjid Umawi
Dan seperti yang korang baca dan belajar, Syam ini memang terkenal sebagai kota perdagangan sebab masa zaman sebelum kerasulan baginda Rasulullah pun, bapa saudara baginda ada bawa baginda ke Kota Syam untuk berdagang, namun separuh jalan je la, kemudian patah balik. Kenapa? Pergi baca buku sirah sana. Jangan malas!


Masa zaman Khilafah Bani Umayyah, kota Damsyik yang terletak di Syria menjadi ibu kota dan pusat pemerintahan khalifah selepas di madinah sebelum pusat pemerintahan khalifah berpindah ke Baghdad ketika pimpinan Khalifah ‘Abbasiyyah.






(menguap)



Aku dah mula mengantuk…

Dah2, jom kita mara kehadapan sikit (baca : banyak) untuk ringkaskan cerita menuju ke klimaks.

Lepas Perang Dunia Pertama berakhir pada 28 Jun 1919 setelah termetrainya perjanjian Versailles (rujuk buku sejarah), beberapa tahun kemudiannya iaitu pada 3 Mac 1924, dunia dan masyarakat Islam khususnya menyaksikan sebuah tragedi yang tragis lagi sadis tahap gila babeng yang mana jika dalam hati anda ada perasaan cintakan Islam dan ummah ini akan menangis setelah mana melihat puak-puak anti Islam yang optimis berjaya menundukkan seterusnya meruntuhkan sistem Khilafah Islamiyyah yang di wariskan oleh Nabi dan para sahabat r.ajmain, secara rasminya di Turki.


Peristiwa tragis lagi sadis ini bukan sekadar di situ, sebelum dan selepas peristiwa itu satu demi satu negara-negara milik orang Islam di rampas dengan senjata, darah dan “kebinatangan” pihak anti islam dan kafir laknat dan antara negara yang dirampas adalah Syria oleh penjajah Perancis pada tahun 1920. Namun setelah beberapa tahun, akhirnya Syria mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada tahun 1946. Sebabnya?  Korang boleh baca ringkasannya sendiri di link ni ( sejarah Syria )

(iklan : dulu dan mungkin sekarang, kalau sebut “perancis”, aku terbayang kacang buncis. Jangan tanya aku sebab apa, aku pun tak tahu. Daya imiginasi aku tinggi sangat. Err.. mungkin mereka ni memang kacang je kut nak di kalahkan kalau orang islam bersatu. Woha!)


Selepas kemerdekaan tu, Syria menjadi sebuah negara yang sering berlaku rampasan kuasa oleh puak Syiah. Ia bermula pada tahun 1949 dan terus melakukannya sehingga tahun 1970 yang pada waktu itu dipimpin oleh diktator Hafez Al-Assad (bapa kepada Bashar al-Assad). Dia merampas kuasa melalui bantuan partinya, Parti Baath. Hafez telah memerintah Syria secara bengis, kejam, zalim, firaun, autokratik, diktator, kontraktor (arghh.. mula merepek) sehinggalah kematiannya pada tahun 2000! (Alhamdulillah..)



Peringkat kedua : Zaman Pemerintahan Hafez al-Assad



Dah penat baca? Rilek..Baru sikit. Walaupun tak masuk exam, tapi ia common sense sebagai seorang muslim dan manusia.

Mari aku perkenalkan brother “hensem” kat gambar sebelah kiri ni. Inilah Hafez al-Assad, seorang pemimpin yang hauskan darah pejuang Islam yang menentang beliau.

Beliau adalah golongan Syiah, tetapi syiah yang mana satu, aku pun tak pasti. Ada yang menyatakan beliau ini dari Syiah Alawiyah, ada yang kata dari Syiah Nusairiah. Tak kisah lah syiah mana-mana pun, yang penting aku benci beliau! 

Puiihh (sambil meludah ke luar tingkap)


Rejim Assad atau Hafez ini yang perasan bagus menggelarkan diri sebagai “Demokrasi Rakyat Sosialis” yang mana kesemua parti politik di Syria telah ditutup, dan sokongan terhadap parti politik selain Parti Baath (parti dia ler..) adalah diharamkan sama sekali. Kesemua pergerakan Islam di halang dan siapa yang terlibat dalam gerakan islam akan ditangkap seterusnya di seksa dengan kejam sehingga mati.


Maka tak pelik apabila sentiasa berlaku protes dan penentangan demi penentangan ke atas pemerintahan Hafez. Namun, Hafez bertindak pantas dengan menghapuskan para penentangnya sama ada dengan cara penangkapan, penyeksaan mahupon pembunuhan. Hafez tampaknya tidak pernah ragu-ragu untuk menghapuskan sebarang bentuk ancaman ke atas dirinya.


Antara contoh paling ngeri gila babeng tentang kebuasan rejim Hafez ialah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan di bandar Hama. Sebabnya?? Kerana kebangkitan Ikhwanul Muslimin (sebuah gerakan Islam) amat berkuasa di sana. Kebangkitan Ikhwan ini telah membuatkan ramai masyarakat Syria mula bangkit menentang kezaliman Hafez.



Rifaat Assad, adik kepada Hafez dan juga ketua Staf Jeneral, telah sedar bahayanya ancaman ini telah mengarahkan satu serangan darat dan udara ke atas bandar Hama pada satu malam Februari 1982. Majoriti askar yang enggan menurut perintah telah dibunuh serta-merta. Bandar tersebut telah musnah teruk. Kira-kira 40,000 (ada yang kata 46,000 ribu!) umat Islam kehilangan nyawa dan gugur syahid kesan daripada kebuasan rejim Hafez selama 27 hari itu. Selepas dari kes yang sadis lagi tragis hingga nak buat aku menangis, Hafez terus mengharamkan Ikhwanul Muslimin dan barangsiapa yang menyertainya akan dihukum bunuh serta merta! Oh!
(gambar sebelah ini tempat di mana pembunuhan berlaku)


Ada beberapa lagi kisah tentang kekejaman Hafez antaranya penglibatan dia dengan pembunuhan beramai-ramai di Palestin, bersekongkol dengan Israel zionis dan lain-lain, tapi aku rasa korang boleh cari sendiri kot.



Peringkat Ketiga : Zaman Pemerintahan Firaun alaf baru, Bashar al-Assad dan Revolusi Syria

Ha, dah penat baca? Pergi minum air sana.

Ok, aku tak nak cerita secara detail macam mana Bashar al-Assad (gambar di atas) ni boleh jadi pemerintah merangkap firaun moden ni, cuma sedikit sahaja tentang beliau. Dia ni jadi pemimpin Syria pun secara tak dirancang yang mana sebelum ini bapak dia, Hafez nakkan anak dia lagi seorang, Bassel untuk jadi pemerintah. Tapi, Bassel tu mati dalam kemalangan jalan raya. Isk isk isk..


Bashar merupakan seorang yang amanah semasa mula diberikan tugas menggantikan Bassel. Namun, selepas kematian bapaknya pada tahun 2000 (aku sekolah rendah lagi), Bashar di lantik sebagai Presiden Syria dan membawa reformasi dan perubahan pada Syria.


Dah tu, bagaimana boleh orang kata dia kejam, zalim dan lagi dasyat, dengan slumber kodok aku kata dia firaun alaf baru?

Hehehe..Reformasi dan perubahan yang disampaikan not walk the talk, buat walkie talkie. Woha! (apebenda la aku merepek ni..)


Macam ni la, baca aku cerita sampai habis ye. Bagaimana rakyat Syria boleh bangkit dan melakukan revolusi yang lebih dasyat dan popular berbanding lagu revolusi bunkface tu?

Kebangkitan rakyat Syria bermula daripada kisah sekumpulan kanak-kanak yang mungkin riang kot di sebuah tadika yang menconteng dinding tadika mereka dengan menyatakan (yang maksudnya, dia takkan tulis dalam bahasa melayu kot)

“ Kami mahu Jatuhkan Kerajaan”

Namun setelah perkara ni diketahui pengikut atau bahasa “manjanya” anjing-anjing Bashar, kanak-kanak ini ditangkap dan diseksa, yang antaranya kuku-kuku mereka dicabut!! Allahu Allah!


Ini gambar aku search kat google je, tapi cuba korang bayangkan guna minda separuh sedar korang, apabila kuku korang di cabut dengan kejam dan sadis. Inikan pula kanak-kanak kecil yang baru nak belajar apa itu solat, apa itu Quran, apa itu kimia. Allah! Meremang bulu ketiak aku.. Isk isk isk..

Apabila ibu bapa dan ahli keluarga kanak-kanak ni pergi untuk menuntut agar dibebaskan anak-anak mereka, permintaan mereka ditolak dengan keras. Malah, dengan kurang hasam lagi kurang ajar di berikan kata-kata keji,

"Kamu balik sahajalah. Lupakan anak-anak kamu dan anggaplah mereka telah tiada. Jika kamu hendak anak-anak lagi, berikan kepada kami isteri-isteri kami (untuk kami rogol); hasil daripada itulah anak-anak kamu!”

Peh! Sesedap rasa seenak selera je kata macam tu. Kalau korang yang kena, tak ke korang rasa macam kena penyepak percuma ibarat Rooney menyepak bola untuk dijaringkan gol?


Maka, dari situlah bermulanya kisah sebuah revolusi yang sudah lama dipendam lantas dicetus melalui demonstrasi yang semakin hari bertambah momentumnya dari hanya ratusan ribu hingga pada hari ini 3 juta demonstran telah mengadakan tunjuk perasaan di 157 bandar seluruh Syria mendesak Basyar berundur. Yang menariknya, kebangkitan rakyat Syria ini majoritinya adalah ahlul Sunnah wal jamaah (baca : sunni), yang menjadikan seperti kebangkitan Sunni menentang Syiah.


Ha..cuba korang rewind balik aku cerita dari tadi,


Bermulanya kanak-kanak atau remaja yang menconteng di dinding > Ibu bapa tak puas hati dan menuntut bela > mereka dihina sehina hinanya > masyarakat tak puas hati > masyarakat berdemo > daripada beberapa ribu > kepada beberapa juta turun berdemo > dan akhirnya menjadi revolusi yang sangat dasyat!


Ha, macam tu lebih kurang kronologi ceritanya. Menarik bukan? Macam cerita naruto yang dulu masa kecik di hina dan di pulau, kemudian berusaha bersungguh-sungguh, kemudian jadi hebat sehingga dapat geng dengan kyuubi untuk lawan the one @ aku pun tak tau nama dia. Woha!


Tapi inilah fakta! Faham dan hadam perkara ni betul-betul sebab orang-orang syiah terutama syiah di Malaysia ni cuba mengelirukan masyarakat tentang kebangkitan Syria ni. Aku dah baca beberapa blog orang-orang syiah tentang kebangkitan di Syria, mereka kelentong (baca : menipu) banyak sangat meluatnya aku tahap aku shut down laptop terus!

(mood : serius aku emo sekejap!)


Hari demi hari, kebangkitan rakyat semakin menular dengan begitu pantas. Kebangkitan dan semangat rakyat semakin membara ibarat api yang marak dan bergelora ibarat ombak yang mengganas terutamanya di Homs, Hama, Deera dan Doma, menyebabkan Bashar dan anjing-anjingnya berpeluh ketiak. Tidak disangka Bashar, kepemimpinannya suatu hari nanti akan dicabar dan dibenci.

Dengan mengikut jejak langkah bapaknya dulu, Bashar dan anjing-anjingnya mengambil keputusan untuk menghapuskan segala ancaman yang wujud terhadap pemerintahannya dengan apa cara sekalipun.

Orang awam yang menyertai protes ditembak tanpa rasa kasihan. Aktivis-aktivis kebangkitan dicari, dikejar sehingga ke lubang biawak, ditangkap di tengah malam dan diseksa atau dibunuh. Malah wanita, isteri dan anak-anak kecil juga tidak terlepas daripada kezaliman Bashar.

Kekejaman dan kezaliman Bashar bukan satu hikayat macam pembunuhan dalam cerita hikayat merongmahawangsa!! Ia direkodkan dengan baik dan teliti, samaada melalui mereka yang terselamat dan askar-askar yang belot kepada Basyar dan melarikan diri, atau melalui rakaman video dan gambar yang sempat diambil oleh para saksi.

Antara video yang amat menggamit jiwa aku sebagai muslim adalah apabila rakyat Syria dipaksa untuk menyebut 'Laila ha illa Bashar!' atau 'Tiada sembahan selain Bashar!' Astaghfirullah..Istighfar aku banyak kali. Dan mereka yang enggan menyebutnya akan dirobek mulut mereka, sehingga hilang bahagian rahang bawah mereka (gambar ni dah banyak tersebar. Aku tak sanggup nak letakkan di sini. Aku hanya letak gambar bukti pengikut Basyar menyembah firaun Basyar si bongek sengal labu…warghh!! Emo tahap jinchuuriki ekor 100 aku!!)

  










Woii BASYAR!!  Tiada Tuhan, Ilah atau Raja yang layak disembah melainkan Allah dan Allah sahajalah! Yang kau mengada-ngada bajet bagus nak jadi tuhan sangat kenapa?  Nak dapat kemurkaan Allah seperti Allah murka kepada Firaun ke?
Syaitan pun hanya tak sujud kepada nabi Adam je, tapi sujud kepada Allah, ini kau nak orang sujud kepada kau? Lemak katak!


Ok stop emo!


Ok, aku pun tak larat nak sambung cerita lebih banyak. Ada macam-macam kisah lagi tentang kekejaman Basyar ni. Korang semua carilah sendiri cerita-cerita tentang kekejaman terhadap rakyat Syria antaranya nasib 19 orang doktor dan 40 pesakit di hospital di Doman dibunuh dengan rakus, seorang gadis di bunuh yang mayatnya di kerat-kerat dan macam- macam lagi. Semoga Allah mengurniakan syahid dan jannah kepada mereka. Amin..


Tacing.. :’(

Peringkat keempat : Di mana kita..??

Di sebalik kekejaman dan penindasan yang dilakukan Bashar terhadap rakyatnya sendiri, apa yang menarik dan boleh di ambil pengajaran serta kekuatan ialah semangat rakyat Syria yang tidak pernah padam. Mereka begitu yakin dengan janji Allah, barangsiapa yang bersungguh-sungguh berjihad di jalanNya, pasti Dia akan menunjukkan jalan keluar. Allahu Rabbi…

Mereka begitu yakin yang suatu hari nanti, Bashar dan rejimnya akan berjaya juga ditumbangkan. Cepat atau lambat, itu bukan persoalannya. Yang lebih penting, mereka semua bersatu, berjihad untuk melawan kekejaman rejim Bashar. Keyakinan dan semangat yang sangat tinggi yang jarang-jarang ada pada kita terutama masyarakat di Malaysia mengenai kebangkitan Islam dan kemenangan yang Allah telah janjikan.


Dah habis menangis baca? Atau takde perasaan apa-apa bila mengetahui kisah ni? Wahai aku dank orang semua, mari aku sampaikan kepada korang sepotong hadis yang aku sentiasa mengingatkan diri aku tentang ini,


Nabi bersabda yang bermaksud :

"Tidak beriman seseorang di kalangan kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri."
[Riwayat Bukhari]



Kalau kita tak bantu mereka, siapa lagi? Nak harapkan ah tong motor sebelah rumah? Muthusamy karupiah kat belakang rumah tu?
Korang la yang mengaku islam, mengucap kalimah syahada, mengamalkan ajaran Islam.


Antara alasan-alasan yang sering dengar,


“Shuk… macam mana kita nak bantu?? Aku pelajar lagi la. Rasanya cukup kot aku doa je.”

“Perlu ke aku pergi ke Syria bantu mereka yang berdemo tu? Aku tak minat demo-demo nie.. study je kot..”

“Ala..diorang tu orang arab, biarlah mereka urusan mereka. Ini, urusan orang melayu pun tak settle.”


“Ada aku kisah??” (terus aku lempang dengan tenaga 1000kilo Joule per second)

Banyak benda yang boleh kita bantu mereka. Antaranya :

  1. Sentiasa mengikuti perkembangan terbaru yang berlaku di Syria. Jangan pernah rasa bosan dengannya. Dan terus update di facebook korang supaya friends dalam facebook korang terbaca dan secara tak langsung dapat mengetahui apa yang ada di Syria. Apa guna friends sampai beribu, kalau tak reti “menggunakan” mereka. Hehehe
  2. Tulis inbox, atau komen ataupun status kepada rakan-rakan Syria anda (Kalau ada) dan berikan kata-kata semangat dan pendorong. Walaupun aku rasa mereka tak sempat untuk buka facebook, yang mereka sempat selalu adalah buka Quran. Oh!
  3. Tulis surat atau email kepada kedutaan Syria di Malaysia, menyatakan bangkangan dan protes anda terhadap kekejaman Bashar. Korang boleh ke laman sesawang kedutaan Syria untuk melakukannya atau boleh juga terus ke sini. Mari lancarkan perang email terhadap mereka!
  4. Sertai demonstrasi aman yang di anjurkan di sekitar Malaysia atau berdekatan anda (meskipun anda tak suka demo – kononnya, uhuk2..) tunjukkan solidariti anda kepada rakyat Syria. Percayalah, mereka menyaksikannya. Kalau tidak pun, sudah pasti Allah saksikan.
  5. Jangan lupa terus mendoakan saudara-saudara kita di sana. Yakinlah yang doa itu senjata bagi orang Mukmin! Yakin juga yang suatu hari nanti pasti Allah akan kurniakan kemenangan kepada mereka, samalah seperti yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya! Allahu akbar!
  6. Teruskan mentarbiyah diri dan orang di sekitar anda menjadi individu Muslim sejati. Kerana hanya mereka yang benar-benar faham erti sebuah ikatan akidah dan seorang Muslim, boleh menjiwai kepentingan memperjuangkan nasib saudara seaqidah!
  7. Kepada para blogger sekalian, aku menyeru agar korang buat entry paling sikit pun satu la tentang Syria. Walaupun follower korang sedikit macam aku, tetapi yakinlah jika korang ikhlas, InsyaAllah Allah akan buka hati orang ramai untuk baca entry korang.
  8. Untuk pelajar-pelajar Universiti dan kolej-kolej atau pelajar sekolah sekalipun, buat program-program mengenai Syria atau apa-apa jua yang mampu menyebar luaskan maklumat tentang Syria. Ia salah satu medan yang berkesan! Serius, program Hak asasi manusia tentang Palestin yang aku join hari tu pun dah cukup menyedarkan ramai orang tentang Palestin terutama kawan-kawan aku.
(p/s : banyak idea dan cadangan aku copy paste dari inchik gabanna kecuali 7 dan 8. Hehe.. )

Adakah usaha korang ini dapat memebrikan sesuatu??

InsyaAllah, yakinlah walaupun korang tak nampak kesan dan hasilnya, tapi jika usaha korang ikhlas kerana saudara kita, semangat yang membara dan bergelora ini pasti akan sampai kepada mereka seperti mana sampainya dakwah baginda Rasulullah s.a.w. kepada kita hari ini! 

PERCAYALAH!!!! (hilang suara menjerit..uhuk2)

Itu baru di dunia, belum lagi di akhirat. Bayangkan kalau korang duduk goyang kaki sambil tengok k-pop korea, atau manga Naruto, bleach dan one piece atau apa-apa lah tanpa fikir mereka di Syria, Palestin dan beberapa negara Islam lain, di akhirat nanti korang akan di dakwa oleh mereka-mereka (rakyat Syria, palestin, etc), :

“Apa yang korang lakukan??”

“kata saudara seaqidah, apa yang korang tolong??”

“sanggup korang makan sedap-sedap tanpa memikirkan kami sedangkan kami 
hanya makan hati melihat ahli keluarga kami mati di bunuh??”

“sampai hati kau……….”


Korang nak jawab apa??


Jawapannya ada pada usaha korang di dunia..
Bertindaklah sebelum terlambat.. Anda mampu mengubahnya..


Last but not least, jika ada orang cakap :
Who care about Syria/Palestin/etc?

Ucapkanlah….

I Care and I do an action for my brothers and sisters!

(sorry english aku teruk sikit. oh!)


I rest my case..

Gambar ini aku buat sendiri guna paint je. Aku yang sengal IT pun boleh, anda pula bagaimana?



p/s :

1. Inilah nota pertama yang aku tulis penuh perasaan geram, sedih, dan apa-apalah.

2. Penat juga menaip sampai 5 jam. Macam menaip thesis plak. Tapi penat
aku apa lah sangat, mereka disana lagi penat. Oh!

3. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan kami”
Comments
10 Comments

10 comments:

  1. aku tak tahu apa masalah tiba2 ada putih kat tengah tu.. anti klimaks betul.. =_="

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. insyaAllah, suatu hari nanti kemenangan pasti berpihak pada Islam.. jazakallahukhairan, tazkirah yg amat bermakna...izin share ye

    ReplyDelete
  4. bismillah..izin pkai image-nya akhi untuk foto sampul fb..:D jazakallah..

    ReplyDelete
  5. "Last but not least, jika ada orang cakap :
    Who care about Syria/Palestin/etc?"

    Jadi macam mana dgn rakyat Timur Tengah di Bahrain, Sudan, Mesir (dibawah pemerintahan Ikhwanul Muslimun), Maghreb, Jordan, Arab Saudi, Kuwait, Oman, Qatar, Yaman dan lain-lain lagi? Will you pray for their freedom from their dictators? Will you cry for those people who were under repress by those kings and Ikhwan rule? Will you say "Save Mecca and Medina" from the Saudi Arabia Wahhabi family?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Repress by ikhwan rule? siapa yang menekan siapa? puak liberal demokratik yang menentang Ikhwan dengan menyerang pejabat2 ikhwan, membunuh orang2 Ikhwan, ataupun Mursi yang membunuh rakyat? Kalau setakat ambil fakta daripada sumber amerika dan yahudi, saya berlepas tangan.

      2. Sebab tu saya kata "etc". Nak taip semua, saya boleh kata semua negara Islam banyak kena tindas. Mynmar, Bangladesh, India, Indonesia, dan lain2.

      saya sampaikan apa yang saya tahu. Saya tak berani sampaikan apa yang saya tak tahu. Kalau tuan nak sebarkan sangat, buat blog sendiri. Allahu Musta'an.

      Delete
    2. apa yang aku nampak sekarang ni...ISIS telah merosakkan nama mujahiddin di syria yang membela rakyat yang tidak berdosa daripada serangan orang kafir ni.....pada orang kt luar sana tu, diaorang ingat ISIS tu Islam.......padahal yahudi+syiah+org gila....fitnah akhir zaman yang disebutkan di dalam Al-Quran is really happening.....Moga ALlah lindungi umat islam dari terpesong akidah, fitnah akhir zaman dan fitnah dajjal....

      Delete
  6. Saya nak post di twitter boleh?

    ReplyDelete