(sambil duduk mengadap tingkap dan teringat kisah masa zaman sekolah menengah dulu..)
Zaman aku sekolah dulu, tak kira la sekolah rendah atau sekolah menengah, ustaz atau ustazah yang mengajar kelas aku ada kata :
“kita semua ni ummat Nabi Muhammad s.a.w. Ini bermakna kita ini ummat terbaik. Kita adalah ummat yang masuk syurga dulu berbanding ummat terdahulu. Pahala ummat Nabi Muhammad s.a.w. berlipat kali ganda berbanding ummat terdahulu, malah niat je untuk lakukan kebaikan pun dah dapat pahala..”
Begitulah lebih kurang ayat yang banyak kali berlegar dari mulut ustaz atau ustazah aku yang mengajar dalam kelas pendidikan islam masa zaman sekolah dulu. So aku rasa macam best sangat nie sebab dapat jadi ummat yang terbaik sampai kadang-kadang tak kisah dapat result tak terbaik pun, yang penting jadi ummat terbaik.
Ye la, ummat terbaik masuk syurga dulu berbanding ummat sebelum ni. Aku masa sekolah dulu, siap buat perancangan kalau aku dah masuk syurga, aku nak mintak PS2 (playstation 2), PSP, aku nak minta makanan sedap banyak-banyak.
Dan yang paling bestnya, masa aku sekolah rendah dulu, aku pernah berazam kalau dah masuk syurga nanti aku nak jadi power rangers! Woha!
Tetapi lepas aku balik sekolah, aku tengok ustaz atau ustazah aku dan juga orang di sekeliling aku menjalani kehidupan seharian macam biasa je. Mereka kerja, ada yang pergi sekolah, lepas tu makan, tidur, berak, tengok TV, berkahwin, pergi main futsal, pergi buka facebook (dah ada ke masa tu?) dan lain-lain. Aku tertanya-tanya..
Dimana GAMBARAN yang menyatakan kita ummat yang terbaik..?
Aku pernah juga dengar kisah ummat sebelum ni mereka juga makan, minum, tidur, berkahwin dan macam-macam lagi. Yang bezanya dari sudut ibadah, mereka sangat hebat. Mereka beribadah sampai beratus-ratus tahun (sebab umur mereka panjang), ada yang boleh jalan atas air, ada yang sujud sampai batu melekuk, ada yang cahaya zikir sampai naik ke langit kerana lamanya berzikir, tetapi kenapa mereka masuk syurga lambat??
Nak kata ibadah ummat hari ini (yang aku nampak), solat pun ada yang lengah-lengah, ada lagi sengal tak solat langsung, nak kata berjalan atas air, sorang pun aku tak jumpa. Yang aku banyak jumpa ramai yang “masuk air” ada la. Jadi apa yang best sangat dengan amalan ummat hari ni (ummat Nabi Muhammad s.a.w.)??
Aku ada baca sebuah hadis riwayat Qatadah ibn Nu'man,
Pada suatu hari Nabi Musa a.s berdoa kepada ALLAH, "ya ALLAH,didalam kitab ini (Taurat), ada diceritakan satu umat yang terbaik yang pernah dikeluarkan dalam kalangan manusia, jadikanlah mereka itu umatku.."
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD"
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD"
Nabi Musa berdoa lagi, "ya tuhanku, didalam kitab ini ada diceritakan tentang umat yang terakhir dikeluarkan kebumi, dan mereka pula yang pertama memasuki syurga, jadikanlah mereka itu umatku"
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD"
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD"
nabi musa berdoa lagi, "ya tuhanku, didalam kitab ini ada di ceritakan tentang umat yang membaca kitab mereka dengan sepenuh hati lalu mampu menghafalnya, tidak pernah ada umat lain sebelum ini yang mampu menghafal kitab-kitab mereka, jadikanlah mereka itu umatku"
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD"
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD"
nabi Musa berdoa lagi, "ya tuhanku, didalam kitab ini ada di ceritakan tentang umat yang beriman dengan apa yang disampaikan kepada mereka dan tentang umat-umat sebelum mereka, dan mereka terpilih pula untuk menghadapi Dajjal, jadikanlah mereka itu umatku"
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD"
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD"
nabi Musa berdoa lagi, "ya tuhanku, didalam kitab ini diceritakan tentang umat yang mendapat kebajikan pahala hanya dengan berniat, dan jika mereka melakukanya pula, ganjaran itu akan digandakan dengan seratus kali ganda kebaikan, jadikanlah mereka itu umatku."
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD"
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD"
lalu Nabi Musa meletakkan kitabnya disebelah dan berdoa, Ya ALLAH, jadikanlah aku umat AHMAD..
Hebat kan jadi ummat Nabi Muhammad ni iaitu umat yang terbaik. Tetapi aku masih mencari-cari di mana jawapan untuk soalan-soalan aku ni.. sehinggalah aku masuk ke universiti. Aku pergi kuliah agama, ada seorang buznama menceritakan tentang ummat terbaik berdasarkan potongan ayat Quran surah ali Imran ayat 110 (rujuk Quran)
Jadi bagaimana kita boleh jadi ummat terbaik?
Sebelum aku cerita apa yang aku faham, maka aku bagi beberapa contoh yang mungkin aku sorang je faham. Ha ha ha –tak lawak-
Ok, sebagai contoh, macam manakah seorang doktor tu boleh mendapat gelaran sebagai doktor yang terbaik?
A.Ketika di cemerlang dengan bangganya dalam ujian kedoktoran
B.Mendapat 4.0 atau 4 flat dalam setiap semester sepanjang 8 tahun pengajian
C.Berjaya sambung bidang medical sampai ke hujung benua
D.Berjaya mengharungi dunia housemanship dengan cemerlang, gemilang dan terbilang?
Sudah pasti jawapannya TAKDE SATU PUN dalam senarai!
Jadi macam mana doktor tu digelar doktor terbaik? So, doktor yang terbaik adalah mereka yang menggunakan segala kemahiran dan kemampuan dalam bidang ilmu kedoktoran lalu dia “terjun” ke dalam lembah masyarakat untuk menyelesaikan masalah atau penyakit masyarakat sehinggalah masyarakat sekeliling mendapat manfaat daripada ilmu kedoktoran dia tu. Ha, maka masa tu doktor tu layak mendapat gelaran doktor terbaik!
Faham??
(sambil garu-garu kepala..)
Ok2, aku ambil contoh lain. Macam mana seorang mahasiswa/I tu digelar mahasiswa/I terbaik??
Adakah dengan mendapat 4.00 setiap sem sahaja hingga dapat anugerah dekan? Atau join program-program sahaja?? Atau duduk dalam bilik main pes sahaja?? Itu sahaja??
( nota untuk orang slow, pes = sejenis game bola)
Mestilah TAK. Jadi macam mana mahasiswa/i tu digelar mahasiswa/I terbaik? So, mahasiswa/i yang terbaik adalah mereka yang menggunakan segala kemahiran dan kemampuan dalam bidang ilmu sepanjang dia belajar tak kisahlah apa pun, lalu dia “terjun” ke dalam lembah masyarakat ataupun kawan-kawan sekeliling untuk menyelesaikan masalah ketidakfahaman kawan-kawan dalam sesuatu perkara atau membantu masyarakat luar sehinggalah orang di sekeliling mendapat manfaat daripada ilmu yang dia ada. Ha, maka masa tu mahasiswa itu layak mendapat gelaran mahasiswa/i terbaik!
( nota untuk slow lagi : Maksud aku, kalau pandai tu jangan sorang-sorang.)
Jadi balik kepada tajuk asal, bilakah suatu Ummat itu, layak mendapat gelaran sebagai Ummat yang terbaik?
Jawapan ada dalam Al quran ! Ummat akan menjadi Ummat terbaik adalah apabila mereka membuat “kerja-kerja” agama, lalu dia “terjun” ke dalam lembah masyarakat sekeliling untuk menyelesaikan masalah atau penyakit masyarakat sehinggalah masyarakat di sekeliling mendapat manfaat daripada ilmu agamanya yang di sampaikan. Ha, maka masa tu ummat itu layak mendapat gelaran Ummat yang terbaik!
Faham?
Apa kerja agama untuk ummat terbaik?
Firman Allah yang bermaksud :
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah SEBAIK-BAIK UMAT yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu MENYURUH BERBUAT SEGALA PERKARA YANG BAIK DAN MELARANG DARIPADA SEGALA PERKARA YANG SALAH (Berdakwah) serta kamu pula beriman kepada Allah… "
(Aali Imran 3:110)
Inilah kerja Ummat terbaik, dan inilah fungsi ummat terbaik!
Korang pernah terfikir tak, dulu masa Nabi-nabi wafat seperti Nabi Nuh a.s, Nabi Musa a.s, Isa a.s dan lain-lain, Allah lantik Nabi lain buat dakwah kepada kaum atau ummatnya, lepas Nabi lain itu wafat, Allah lantik pula Nabi lain, begitulah seterusnya sehingga tiba ke zaman Nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w, dah tidak ada Nabi lagi selepas ini. Kenapa???
Sebab kitalah ummat Nabi yang mewarisi cita dan risalah para Nabi untuk membawa ummat ini kepada Allah atau dengan erti kata lain, kitalah mewarisi kerja dakwah untuk Ummat!
Bak kata Syed Qutub ; “ kita bukanlah pemula atau pengakhir kepada perjuangan (dakwah) tetapi kitalah adalah penerus kepada perjuangan ini.."
Jadi korang ada pilihan, nak jadi ummat terbaik atau ummat “terbalik”..
Last but not least, aku petik kata-kata Imam Hassan al Banna :
“Anda sekelian bukan satu pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, juga bukan suatu badan yang dibentuk untuk tujuan-tujuan terbatas. Anda sebenarnya adalah suatu roh baru yang mengalir di hati umat ini dan dihidupkan dengan al Quran. Anda adalah suatu suara yang bergema tinggi melaungkan dakwah Rasulullah saw. Tidak keterlaluan jika anda merasai bahawa anda adalah penanggung beban Kenabian setelah kesemua manusia enggan melakukakannya.”
Kita tangguh dengan tasbih kafarah.
Pelik aku nape jadi tulisan kecik.. =_="
ReplyDeletebiar je lah.. itu pun nak jadi isu ke? :P
ReplyDeletedah baca~
<3