(aku ada teka teki, macam mana orang tua boleh jadi budak-budak?)
Minggu lepas aku jadi fasilitator (fasi) untuk program motivasi untuk budak sekolah di perak. Ni kali kedua aku jadi fasi untuk program motivasi budak sekolah. Berbeza program motivasi aku kali ini dengan yang sebelum ni walaupun kedua-duanya ada tujuan utama yang sama, iaitu untuk bina sahsiah. Masa program motivasi aku pergi tahun lepas, aku jadi fasi untuk pelajar sekolah yang ambil aliran agama (KAA) tapi kali ini aku berhadapan dengan pelajar-pelajar yang dari 6 buah sekolah menengah yang berbeza, latar belakang berbeza, ambil jurusan yang berbeza dan perangai yang berbeza tetapi mereka semua ada 1 persamaan, mereka semua tingkatan 4. woha~
Sepanjang aku dengan mereka sebagai fasi, macam-macam karenah budak yang aku jumpa walaupun masa mula-mula pendaftaran je, dah ada yang mula nak tunjuk belang dengan aku, mentang-mentang la aku masa awal-awal sorang je fasi lelaki.
So, apa masalah pada budak-budak ni shuk?
Ada beberapa masalah la yang aku dapat kenal pasti, dan salah satunya yang paling aku terkejut, ada seorang pelajar ni (dirahsiakan identiti walaupun korang takkan kenal siapa dia), keputusan PMR dia dapat 8A, tapi dia sangat tak puas hati dan renyukkan slip keputusan PMR tu hanya kerana dia tak dapat 9A PMR. Ada pelajar yang lain pula, dia seorang yang panas baran. Dengan mak ayah dia pun jadi mangsa dia marah. Fuh!
Dan 1001 cerita (walaupun tak sampai 1001 pun) tentang masalah budak-budak ni yang ada kebanyakkan mereka taknak cerita masalah masing-masing. Aku takde masalah pun, itu rahsia peribadi.
Tetapi masa akhir program, nampak la riak wajah insaf pada muka masing-masing. Kebanyakkanya berjanji dan berazam nak berubah kepada yang lebih positif.
Dengan erti kata lain, mereka ni bertaubat dengan kesilapan dan kesalahan masing-masing (aku sangka baik. hehe).
(suara sesat) : Tapi macam mana kalau aku nak bertaubat shuk?
Ha, ini yang aku nak bagitau. Taubat tu apa? Taubat tu maksudnya “kembali”.
Sesungguhnya Allah lebih “gembira” apabila ada seorang hamba-Nya datang dan bertaubat kepada-Nya melebihi dari seorang ibu yang kehilangan anak lepas tu jumpa balik anaknya tu ataupun seseorang yang terlalu lapar pada waktu malam kemudian menjumpai megi atau biskut untuk di buat makan - tak lawak-
Dan apabila seorang tu bertaubat, maka dia kembali kepada budak-budak. Budak-budak ni kan tiada dosa, tapi kalau kita ni yang dah tua ni banyak dosa. Jadi kalau bertaubat, maka terhapuslah dosa macam kembali kepada budak-budak. Bukannya korang kena pakai pampers atau kena masuk tadika balik! paham molek-molek..
Jadi macam mana cara nak bertaubat?
Ha, yang first sekali mesti kena berhenti buat terus. Contoh kalau korang jenis yang ketagih pil kuda, kemudian dah tak nak ambil pil kuda. Tetapi kat tangan ada 3 biji pil kuda, jangan la simpan, buang. Pil kuda untuk kasi kuda makan, bukan orang yang makan.
Yang kedua kena betul-betul menyesal dalam hati atas apa yang korang buat. Jangan pula korang bangga dengan apa yang korang buat tu. Contoh, kalau korang dulu pernah tak solat dengan sengaja, tak payah post dekat fb yang korang bangga tak solat!
Yang ketiga, kita berazam tak nak buat lagi selama kita hidup walaupun satu ketika nanti korang mungkin akan terbuat kerana korang tersilap, tapi setakat ni korang berazam tak nak buat lagi. Bukannya hari ni bertaubat, esok buat lagi. Lepas tu lusa bertaubat kemudian buat lagi. ibarat macam korang sekolah ; hari ni pegi sekolah, esok tak nak pergi sekolah dan seterusnya. Kalau aku pengetua korang, memang kau takkan kembali semula ke sekolah.
Ha, selepas ketiga-ketiga ni korang dah buat, maka sunat untuk korang ambil wuduk dan mengadap kiblat solat sunat 2 rakaat, kemudian istighfar la sebanyak mana yang mungkin. Ada ulama’ cakap istighfar 70 kali.
Lepas tu, korang mula la buat perkara-perkara yang baik. Mula-mula memang susah (sebab aku pernah alami), tapi kata seorang sahabat aku, kalau bukan hari ni kita nak berubah, bila lagi nak berubah? Jangan bertangguh dalam nak buat kebaikan!
Jadi yang terakhir sekali, kalau adik-adik yang pernah dengan aku masa program motivasi dan juga kepada diri aku sendiri, buatlah kebaikan sebanyak mana yang korang boleh sepanjang sisa hidup korang ni. Hidup ni tak lama, jadi kena pandai la “berjimat cermat”. Kalau tak, korang juga yang rugi.
Sekian, kita tangguh dengan tasbih kafarah.
p/s : 1.dah jumpa jawapan teka teki atas tu? Disebabkan hari ni aku perasan baik, maka aku bagitau la jawapannya, jawapannya adalah taubat. Selamat bertaubat :)
2. Firman Allah yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taubat (Taubat nasuha), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya ; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita) : “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
Surah At-Tahrim : 8
terbaek entry ni shuk :)
ReplyDelete:) ur just keep getting better. InsyaAllah~
ReplyDelete^^v
-pelangi-
azie : kembang hidung aku..haha @_@
ReplyDeleteAnonymous : insyaAllah ^_^