(Aku bukan nak promote diri, tapi aku nak promote islam, promote palestin dan cuba bantu anak-anak palestin walaupun usaha aku teramatlah sikit..)
Kepada semua pembaca/penziarah/musafir di blog biskotmayat,
YBerhormat, Prof, Dato’, Datin Seri, Tuan, Puan, Saudara/i,
MEMOHON SUMBANGAN/DERMA IKHLAS UNTUK PALESTIN SEMPENA PROGRAM MINGGU HAK ASASI MANUSIA 2012.
Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dimaklum dan dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Antarabangsa Ibu Zain (IZISH) akan menganjurkan Program Hak Asasi Manusia (HAM) pada 5 hingga 11 Mac 2012. Secara umumnya, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai isu hak asasi manusia serta meningkatkan kepekaan pelajar terhadap jenayah peperangan di Palestin yang sudah berlarutan lebih 63 tahun ini.
3. Untuk pengetahuan semua, salah satu sub-program dibawah Program Hak Asasi Manusia (HAM) mengumpul dana RM 100,000.00 untuk disalurkan kepada penduduk Palestin bagi tujuan pembangunan pendidikan.
4. Sebarang derma atau sumbangan kepada Palestin dibawah Program Hak Asasi Manusia (HAM) ini, boleh disalurkan melalui deposit wang ke :
a. Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
1202-9020-7422-14
b. Akaun Maybank Sdn Bhd
1622-6347-5542
dibawah nama Encik Ahmad Shukery B. Azizan. Sumbangan melalui sebarang cek boleh di pos kepada alamat Bendahari UKM di bawah Program Minggu Hak Asasi Manusia.
5. Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi saya, Ahmad Shukery Bin Azizan di talian 013-7297785 atau laman web Program Hak Asasi Manusia, http://crimes-of-war.blogspot.com/
Sekian terima kasih.
Berkhidmat untuk ummah dan Islam,
Ahmad Shukery Bin Azizan,
Ketua Penyelaras Donation Drive,
Minggu Hak Asasi Manusia (HAM),
Kolej Antarabangsa Ibu Zain,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
No Hp : 013-7297785
Email : kalamhamba@gmail.com
INI ADALAH CETAKAN KOMPUTER, TANDA TANGAN TIDAK DIPERLUKAN
No comments:
Post a Comment