(sambungan siri sebelum ini. Kalau belum baca, sila baca yang pertama, atau anda akan mengalami sindrom blur tiba-tiba)
Sila sediakan tisu di sebelah
anda sebelum meneruskan pembacaan. *lap hingus*
Pasukan pemberontak telah
berpecah kepada dua kumpulan, yang mana satu kumpulan menyerang pasukan ‘Aisyah
RA dan satu lagi kumpulan menyerang pasukan Ali RA secara SERENTAK.
Suasana menjadi kelam kabut dan
hiruk pikuk dalam keadaan gelap gelita. Masa tu mana ada lampu sportlight pada
bola. Dan suasana kelam kabutnya lebih dasyat dari apa yang berlaku semasa
penyokong bola sepak negeri bergaduh di padang bola hari tu (tiba-tiba).
Dalam keadaan yang sangat panik,
huru hara, hiruk pikuk, kelam kabut, dan apa lagi yang anda nak namakan (baca
: you name it), tentera ‘Aisyah RA menyangka bahawa tentera Ali RA menyerang
mereka.
Manakala tentera Ali RA pula
menyangka bahawa tentera ‘Aisyah RA menyerang mereka. Lalu tanpa diduga dan tak
pernah terfikir oleh mereka bahawa tercetusnya Perang Jamal yang menyebabkan
kematian yang begitu banyak dan berakhir dengan kemenangan di pihak Ali RA.
Walaupun peperangan ini, kedua-dua belah pihak tidak mempunyai niat untuk
mengadakan peperangan.
Dalam kitab Al-Bidayah Wa An-Nihayah,
Al-Imam Ibnu Kathir memperincikan kisah ini ;
"Orang-orang pun merasa
tenang lagi lega (kerana persatuan tersebut)...pada waktu malamnya kedua-dua
pihak bermalam dalam keadaan yang sebaik-baiknya. Akan tetapi, pembunuh Uthman
melalui malam tersebut dalam keadaan seburuk-buruknya. Mereka berbincang dan
bersepakat untuk mencetuskan peperangan pada pagi esoknya. Mereka bangun
sebelum terbitnya fajar, jumlah mereka menghampiri 1000 orang. Masing-masing
kelompok bergabung dengan pasukannya lalu menyerang mereka (pasukan 'Aisyah)
dengan pedang. Setiap golongan bergegas menuju kaumnya untuk melindungi mereka.
Orang-orang (pasukan 'Aisyah) bangun dari tidur dan terus mengangkat senjata.
Mereka berkata : Penduduk Kufah (pasukan Ali) menyerbu kita pada malam hari,
mereka mengkhianati kita!"
Mereka (pasukan 'Aisyah)
menyangka bahawa para penyerang itu berasal dari pasukan Ali. Suasana huru hara
tersebut sampai ke pengetahuan Ali, lalu beliau bertanya: "Apa yang
terjadi kepada orang ramai?" Mereka menjawab: Penduduk Basrah (pasukan
'Aisyah) menyerang kita!"
[al-Bidayah wa An-Nihayah, jilid
7, ms. 227]
Pada masa perang sedang
berlangsung, Ummul Mukminin ‘Aisyah RA sedang berada di atas pelana untanya.
Beliau tidak ikut berperang dan juga tidak mengarah sesiapa berperang.
Ini sebab beliau menjangkakan
pemergian mereka ke Basrah untuk kemaslahatan kepada umat Islam tetapi
sayangnya tidak pergi ke Basrah adalah lebih baik. Sebab itu apabila ‘Aisyah RA
mengingat kembali pemergiannya ke Basrah, beliau akan menangis sehingga tangisan
itu membasahi kain tudungnya.
Mata berkaca. *lap air mata*
Shuk, kenapa berlakunya perang
Jamal?
Cerita di atas sebenarnya dah
menjawab persoalan tu. Malah peperangan ini membenarkan sebuah hadis sahih dari
Nabi sallahu alayhi wasallam, iaitu
"Tidak akan datang Hari Kiamat
sehingga dua kumpulan yang besar saling berperang. Berlaku antara kedua-duanya
pembunuhan yang dahsyat padahal seruan kedua-duanya adalah satu (yakni kebaikan
Islam dan umatnya).'
[Shahih Muslim : 157]
Shuk, kenapa tentera ‘Aisyah RA
dan tentera Ali RA tidak ‘tabayyun’ (siasat) dahulu siapa yang menyerang
tentera mereka?
Logiknya begini ;
1. Dalam
keadaan huru hara, hiruk pikuk, kelam kabut, dan apa jua yang anda nak namakan,
mana sempat nak tanya siapa serang siapa. Masa itu anggapan (baca : assumption)
saja yang menjadi penentu. Ibarat macam kekecohan antara penyokong bola, mana
ada sempat nak tanya siapa cari pasal dengan siapa dulu.
2. Jangan
baca sejarah dengan nada atau imiginasi kita hari ini. Zaman itu mana ada
handphone, surat khabar sinar harian (tiba-tiba), email, apatah lagi wechat,
whatsapp dan segala bagai. Kalaulah ada whatsapp masa tu, tentera Aisyah’ RA
dan tentera Ali RA dah inform maklumat dan situasi mereka dalam group whatsapp
supaya salah faham tidak berlaku. Siap ambil gambar upload dalam group. Eheh.
Kesimpulannya, yang pertama
jangan sangka buruk pada para sahabat radiyallahu anhum ajmain. Sesungguhnya
mereka mendapat tarbiyah yang paling superb dalam sejarah kemanusiaan oleh
Rasulullah sallahu alayhi wasallam. Apabila berlaku peperangan di antara
mereka, peperangan mereka ibarat peperangan antara cahaya, bukan peperangan
antara cahaya dan kegelapan.
Yang kedua, rajin-rajinkanlah
baca sejarah, walaupun bila anda mendengar sejarah anda membuat tangan di bahu
mata ke atas.
- shukery -
p/s : mata anda terbeliak dan
mulut anda ternganga atau tidak? Kalau ya, misi saya berjaya. Kalau tak, kalau
tidak, misi saya tetap berjaya. Sebab anda telah habis membaca. Hoyeah!
No comments:
Post a Comment