Setiap orang yang pernah wujud dalam dunia ini akan ada keyakinan masing2. Sama
ada orang yang tinggal di hujung dunia, dalam gua mahupun dalam tanah (ada
ke?), masing2 akan ada keyakinan masing2. Tetapi keyakinan macam mana?
Keyakinan yang wujud ada dua kategori ;
1) keyakinan kepada benda yang nampak secara zahir di mata kasar,
2) Keyakinan kepada benda yang tak nampak secara mata kasar, atau dengan erti kata lain perkara ghaib.
Pada saya, orang yang hanya ada keyakinan pada benda yang nampak secara zahir saja (biasanya Atheis), golongan ini akan berjaya.
TETAPI..
orang yang mempunyai keyakinan pada benda yang tak nampak / ghaib adalah golongan YANG LEBIH BERJAYA.
Buktinya?
Kita ambil contoh dari Barat, Thomas Edision. Beliau orang pertama berjaya membuat mentol, setelah cubaan yang ke 1000 atau ke 10 000 (macam2 khilaf). Macam mana dia boleh buat sampai beribu kali sedangkan hampir 99% eksperimennya gagal dan disaksikan mata kasarnya sendiri?
Sebab, dia lebih yakin tentang perkara yang dia tak nampak, iaitu dia yakin dia mampu cipta mentol.

Kalau dalam bidang kimia, elektron, neutron dan proton adalah
benda yang tak nampak dengan mata kasar, tetapi para saintis meyakini benda ini
wujud. Dan hasil dengan keyakinan ini, macam-macam perkara berjaya direka,
seperti bom atom.
Dalam Islam, hampir semua perkara yang kita belajar adalah berkaitan perkara yang ghaib.
Dosa, Pahala, Syurga, Neraka, Malaikat, Syaitan, Mukjizat, alam kubur, malah ijtihad ulama sendiri pun kita tak dapat nak tengok dengan mata kasar sama ada ia ijtihad yang betul atau tidak.
Tetapi kita di ajar untuk meyakini semua itu, dengan erti kata
lain keyakinan itu dipanggil IMAN.
Ramadhan yang kita selalu sebut sebagai bulan yang suci, penuh barakah, banyak ganjaran pahala, dan sebagainya sudah hampir.
Bagi orang yang yakin pada perkara yang dia nampak saja, dia akan melihat bulan Ramadhan sama seperti bulan-bulan yang lain. Takde beza pun. Sama saja, ada 30 hari, ada matahari lalu, ada bulan timbul, ada bintang menghiasi malam.
Tetapi bagi ummat Islam, kita yakin Ramadhan adalah bulan yang sangat-sangat istimewa.
PERSOALAN SAYA pada diri saya dan sesiapa yang sudi baca.
Sejauh mana kita benar-benar yakin atau beriman tentang keistimewaan bulan Ramadhan yang kita tak nampak keistimewaannya secara mata kasar seperti yang disebutkan dalam banyak hadis sohih.
Sejauh mana? Jawapan ada pada diri kita.
Setakat cakap atau tulis status-status pasal kelebihan Ramadhan tidak cukup untuk gambarkan kita benar-benar yakin tentang keistimewaan bulan Ramadhan.
Sebahagian kita yakin sebenar-benar yakin bulan Ramadhan ni bulan istimewa apabila kita nampak POKOK SUJUD, AWAN MEMBENTUK NAMA ALLAH, dan sebagainya yang agak pelik, atau yang paling teruk kita yakin bulan Ramadhan ni istimewa sebab ada Bazar Ramadhan.
*facepalm*.
Macam mana nak tahu sejauh mana keyakinan kita kepada keistimewaan bulan Ramadhan?
Saya bagi contoh.
Apabila tiba hari Raya Aidilfitri, apa yang kita lakukan? Apa perasaan kita?
Macam mana nak tahu sejauh mana keyakinan kita kepada keistimewaan bulan Ramadhan?
Saya bagi contoh.
Apabila tiba hari Raya Aidilfitri, apa yang kita lakukan? Apa perasaan kita?
Sedih?
Teramat gembira?
SEJUJURNYA!
dan bandingkan dengan apabila tibanya bulan Ramadhan. Apa yang kita lakukan? Dan apa perasaan kita?
Jawapan ada pada diri kita.
dan bandingkan dengan apabila tibanya bulan Ramadhan. Apa yang kita lakukan? Dan apa perasaan kita?
Jawapan ada pada diri kita.
Saya bagi satu contoh saja, rasanya yang lain boleh kita
bandingkan dengan perkara yang paling kita gembira. Juga kita boleh bandingkan
diri kita dengan para sahabat radiyallahu anhum apabila tibanya bulan Ramadhan,
apa tindakan mereka, apa perasaan sebenar mereka.
Moga kita dapat muhasabah seketika. Di mana keyakinan kita.
Saya adalah antara manusia yang sebahagian itu. Moga Allah ampunkan saya.
Saya adalah antara manusia yang sebahagian itu. Moga Allah ampunkan saya.
Dan moga amal
diterima Allah.
No comments:
Post a Comment