Apa
yang ditulis oleh penulis status tersebut adalah apa yang selalu bermain
difikiran saya, yang mana saya tiada idea untuk diterjemahkan dalam bentuk
bait-bait perkataan. Dan malam ini, saya sekali lagi ingin “mencopy paste”
untuk kali ketiga dalam blog saya, dan kali ini berkaitan politik (yang pertama
dulu tentang Fiqh, dan kedua tentang…err… cinta).
Saya
tak copy paste sepenuhnya, melainkan saya perbaiki sebahagian perkataan yang
ringkas, agar mudah untuk dibaca oleh orang yang tak reti baca tulisan SMS.
Semoga
bermanfaat.
(Warning
: Artikel ini agak panjang, ia memerlukan kesabaran dalam membaca. Sekian)
---
“kenapa susah sangat ngko nak percaya DAP? Hang pun tau DAP
dah banyak kali jadik Ketua Pembangkang – tahun 78, 86, 90 dan selalu dapat
majoriti lebih banyak dari PAS, xder pun kecoh-kecoh sebelum nih. Ok jer. Kalau
x percaya DAP, susah ler nak dakwah. Sampai biler nak camnih”.
Saya tersenyum kepada teman saya. Sebelum saya jawab, saya tanya dia,
Saya tersenyum kepada teman saya. Sebelum saya jawab, saya tanya dia,
“Ikhlas nak tau atau saja-saja nak tanya?”.
Dia jawab,
“ate, kalau dah tanya ikhlas ler nak tau. Pas boleh sokong,
naper DAP susah nak sokong lak”.
“Ok, itu macam ka? Ok, bagi peluang saya jawab. Utk menjawab persoalan tersebut, saya bahagikan kepada empat konteks supaya lebih jelas jawapan yang diberikan. Sabaq noo..."
Konteks pertama - Ini bukan semudah persoalan percaya ahli DAP atau tidak. Ini persoalan menyokong perjuangan dan idealogi DAP atau tidak. Saya secara peribadi tidak mempunyai masalah dengan ahli-ahli biasa DAP. Saya berkongsi kerisauan mereka berkenaan hala tuju ekonomi negara, masalah rasuah, penyalahgunaan kuasa, penipuan etc. Ini antara perkara asas yang perlu diperbaiki oleh parti pemerintah sekarang. Saya memuji kesungguhan mereka atas prinsip ini. Namun, atas dasar dan pendekatan apa itu yang saya berbeza dengan pendekatan DAP.
Sebagaimana PAS mengemukakan hujah tidak dapat bersama dengan UMNO selagi UMNO mengekalkan dasar sekular mereka, maka atas hujah yang sama harus kita pakai dengan DAP yang terang-terang sebuah parti sosialis. Di dalam website mereka sendiri jelas
“Ok, itu macam ka? Ok, bagi peluang saya jawab. Utk menjawab persoalan tersebut, saya bahagikan kepada empat konteks supaya lebih jelas jawapan yang diberikan. Sabaq noo..."
Konteks pertama - Ini bukan semudah persoalan percaya ahli DAP atau tidak. Ini persoalan menyokong perjuangan dan idealogi DAP atau tidak. Saya secara peribadi tidak mempunyai masalah dengan ahli-ahli biasa DAP. Saya berkongsi kerisauan mereka berkenaan hala tuju ekonomi negara, masalah rasuah, penyalahgunaan kuasa, penipuan etc. Ini antara perkara asas yang perlu diperbaiki oleh parti pemerintah sekarang. Saya memuji kesungguhan mereka atas prinsip ini. Namun, atas dasar dan pendekatan apa itu yang saya berbeza dengan pendekatan DAP.
Sebagaimana PAS mengemukakan hujah tidak dapat bersama dengan UMNO selagi UMNO mengekalkan dasar sekular mereka, maka atas hujah yang sama harus kita pakai dengan DAP yang terang-terang sebuah parti sosialis. Di dalam website mereka sendiri jelas
“The DAP is committed to the struggle for a free, democratic
socialist Malaysian Malaysia, based on the principles of human rights,
equality, social and economic justice, and founded on the institution of
parliamentary democracy.”
klik : http://dapmalaysia.org/newenglish/au_theparty.htm
Pendirian saya dan impian peribadi saya buat Malaysia jelas berbeza dengan impian dan matlamat DAP untuk Malaysia. Macammana saya nak menyokong perjuangan mereka? Macammana saya nak percaya perjuangan mereka? Adakah semata-mata kerana mereka bukan UMNO saya boleh terima mereka? Pakatan Rakyat bukan terdiri dari satu idealogi yang sama, ia terdiri dari 3 idealogi yang berbeza. 3 pohon yang berbeza manakala hanya satu dari parti dalam PR yang benar-benar mempunyai akar yang tunjang terhadap aqidah Islam.
Konteks kedua - berkenaan DAP menjadi majoriti pembangkang sebelum tahun 2008, ia tidak boleh disamakan dengan suasana sekarang. Dahulu, pembangkang tidak bersepakat atas satu platform. Malah, tahun 70an, 80an dan awal 90an waktu tersebut kadang-kadang DAP dan PAS tidak sebulu. In fact, dalam DAP dan segelintir dalam PAS sendiri tak percayakan DSAI masa tuh. Suasana berbeza menuntut penilaian yang berbeza. Jangan pula lupa, ketika PAS dan UMNO berlumba-lumba utk menunjukkan siapa lebih Islam, siapa yang menegur? Tidak lain dan tak bukan Lim Kit Siang sendiri.”
Saya tunjukkan teman saya link-link website ini.
“2002 - In this connection, DAP calls on UMNO and PAS to stop their competition to out-Islam and out-Islamic State each other, which is worsening the national investment climate in an already bleak global economic scenario.
klik : http://dapmalaysia.org/all-archive/English/2002/sep02/lks/lks1870.htm
2003 – The PAS Islamic State blueprint will ratchet up the UMNO-PAS competition to out-Islam and out-Islamic-state each other to a new and unprecedented level with grave damage to the very fabric of the 46-year social contract and Merdeka Constitution of Malaysia as a secular nation with Islam as the official religion but not an Islamic state
klik : http://dapmalaysia.org/all-archive/English/2003/nov03/lks/lks2744.htm
2005 - Malaysia’s return to the “social compact” of our forefathers and the 1957 Merdeka Constitution, the 1963 Malaysia Agreement and 1970 Rukunegara is an indispensable prerequisite for the future success and greatness of Malaysia in the 21st century of globalization and liberalisation, and for this reason, I wish to make two calls:
• To UMNO and PAS to stop their unhealthy, unconstitutional and unMalaysian competition to turn Malaysia into an Islamic State and focus instead on issues of justice, freedom, morality, accountability, integrity and good governance ;
• To Barisan Nasional component parties like MCA, Gerakan, MIC, SUPP and in particular all Sarawak and Sabah parties to find the courage and conviction to defend the democratic, secular and multi-religious foundation of the Malaysian nation, starting with MCA and Gerakan in their national party conferences next month with resolutions reiterating their commitment to the Merdeka “social contract”, 1957 Constitution, 1963 Malaysia Agreement and 1970 Rukunegara that Malaysia is a democratic, secular, multi-religious nation with Islam as the official religion but not an Islamic State.
klik : http://dapmalaysia.org/all-archive/English/2005/july05/lks/lks3565.htm
Konteks ketiga – dakwah. Saya juga ada ramai kawan bukan Islam yang terdiri dari bangsa cina, iban, india, kadazan, melanau etc. Saya menghormati mereka dan saya akui mereka ikhlas mahukan Malaysia yang lebih baik dari hari ini. Ada di kalangan mereka saya akui lebih baik dari segelintir kawan-kawan seagama saya tak kira dari bangsa melayu atau arab. Kita tidak perlukan kerjasama politik untuk menerangkan kepada mereka tentang Islam. Malah, ketika kawan dari Korea Selatan meletakkan jawatan, saya terkejut apabila boss saya yang beragama Islam menghadiahkan beliau Al-Quran dan memberi kata-kata yang saya ingat sampai sekarang, “I don’t have any proper gift for you, but I can only share you the greatest gift to mankind – Quran. Have a read when you reach home. You never know, it might change you.”
Andaikata sepanjang 55 tahun ini semua umat Islam bersikap sebegini, bukankah Islam sudah berkembang. Namun sedihnya, dalam usaha sebegini yg jelas dalam tuntutan Islam pun kita susah nak bersepakat…apakan pula nak mentadbir Negara.
Konteks terakhir – mungkin susah nak percaya saya yang mungkin “bias” sebab saya meletakkan persepakatan Islam sebagai antara perkara yang harus dicapai untuk Malaysia mengorak langkah lebih ke hadapan. Kalau begitu, baca pula status terbaru Xifu Naser yang jelas tidak mempunyai apa-apa kepentingan selain Islam di hati beliau.
(SIRI 3 SAMB) TAI CHI POLITIK: KIT SIANG OUTSMARTS EVERYONE, BUT STOPPED BY NAJIB!
Sangat UNSANGKARABLE bhw strategi NAJIB yg terima bertubi2 tumbukan PR akhirnya menang, bahkan tawan negeri2 yg pernah dikuasai PR iaitu KEDAH/PERAK. Saya teringat cerita ROCKY dimana peninju yg bernama Rocky tidak mampu berlawan dgn opponent yg jauh lebih berotot. Strategi Rocky ialah biar dirinya di tumbuk bertubi2 dulu. Biar luka habis sampai ramai General2 besar UMNO jatuh satu persatu sehinggalah round Gelang Patah dimana Kit Siang bagi tumbuk TERAKHIR PALING MAKSIMA KUAT! Seorang kawan analyst politik (Chinese Muslims yg ada phd budaya Cina) bagi tau; “NAJIB GUNA TAI CHI. Dia akan menang.” Saya seriously tak faham.
Bila lepas pilihanraya, baru saya faham maksud TAI CHI POLITIK. Saya call kawan saya itu dan dia jawab, “DAP dah tembak semua bullets. Dah guna maksima tenaga utk tumbuk. Dia dah dapat 95% Chinese Votes and cannot go further. THE MORE ENERGY THEY USE, THE WEAKER THEY BECOME. THIS IS THE MAXIMUM THEY CAN GO AND THIS IS THEIR ULTIMATE WEAKNESS. THE LAST DAP BLOW but yet, UMNO tak tumbang. Bahkan tawan their states v/s 3 strong parties! Tapi UMNO masih reserve banyak tenaga in the form of OPPORTUNITIES. Kalau UMNO tidak memaksimakan penggunaan opportunities ini dgn maksima efektif, next time tai chi politik tidak mampu selamatkannya lagi. Its time for REVOLUTIONARY changes … KUNGFU PANDA!
Saya pernah berkata dalam TV ISMA bhw keistimewaan UMNO berbanding parti2 lain ialah kematangannya utk check and balance DAP. Ternyata benar sekarang. Saya juga berkata keistimewaan PAS pula ialah check and balance UMNO. Dan saya harap ISMA/BERJASA dapat check and balance PAS. TETAPI SAYA BERDOA PAS/UMNO akan bersatu dan ISMA/BERJASA sudahpun bersuara utk bantu ke arah penyatuan. HANYA PENYATUAN SAHAJA DAPAT CHECK KEMARAAN THE WAVE OF IDEOLOGICAL TSUNAMI.
Mengapa biar DAP bersatu tetapi umat Islam berterabur dan tak berstrategi? Sblm I peluk Islam, Ustaz Suwardi bagitau keistimewaan al-Qur’an berbanding dgn Bible ialah TIADA PERCANGGAHAN dalam al-Qur’an. Maka saya peluk Islam. Tetapi setelah peluk Islam, saya lihat BANYAKnya PERCANGGAHAN dlm umat Islam sendiri! Golongan pro-liberal (Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism) sudahpun berstrategi sehari dua selepas pilihanraya utk MENELAN ISLAM ketika umat Islam BERTERABUR! Dah mula buka langkah, sedangkan kita PALING LAMBAT DAN ADA YG MASIH BELUM LANTIK MB!
klik: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2013%2F5%2F7%2Fnation%2F13076095&sec=nation
“MALAYSIAN DREAM” OUTSMARTS “MUSLIM DREAM”
( rujukan, klik : https://www.facebook.com/xifu.naser.9/posts/458087474268527 )
Habis baca status xifu, kawan saya tengok saya sambil tersengih...."cakap banyak ler hang, bila nak balik bertanding?"
"Eh, ke situ pulak. Hempuk ngan kerusi baru tau."
Wallahua'lam.
Kredit : Ditulis oleh Tuan Megat A Rithauddeen ( link asal, klik : https://www.facebook.com/megatar1/posts/10151476540370073)
---
Tidak bersetuju? Tidak apa. Kita kan “amalkan”
freedom of speech and democracy. Jangan saya digelar macai kerana tak bersependapat
dengan anda sudah. Nanti kena “tuntut” pula laungan-laungan “Freedom of speech”
dan “Democracy” anda.
Hehe.
p/s: sebenarnya tajuk entri ni “kenapa saya tidak
percaya DAP”, tetapi disebabkan nak mengelakkan perbalahan tiada hala tuju,
jadi saya harmonikan tajuk kepada “kenapa saya tak sokong DAP”. Harmoni
tak? *koff*koff*
Moga amal diterima Allah.
No comments:
Post a Comment