Friday, 1 June 2012

Cinta di jalan dakwah..?




Semalam, semasa sedang berbual tentang isu semasa dengan seorang ikhwah, tiba-tiba dia cerita pengalaman dia masa daurah baitul muslim minggu lepas.
Agak kelakar apa yang murabbi kami bentangkan tentang masalah segelintir pendakwah hatta ikhwah sendiri pada hari ini yang sangkut dengan CINTA manusia.


Hanyut dengan cinta


Ya, memang tidak di nafikan langsung bahawa cinta itu fitrah bagi manusia. Sesiapa yang tak pernah bercinta seumur hidupnya, memang tak normal, sebab sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri pun pernah bercinta. Islam memang tidak menolak fitrah, apatah pula menentang fitrah. Tetapi Islam mengajar macam mana hendak menguruskan fitrah sesuai dengan kehendak syariat Islam.


Tetapi masalah timbul bila kita tak uruskan fitrah tu dengan sebaiknya. Hari ini kalau dapat lihat, ramai pemuda atau belia hari ini hanyut dengan cinta manusia atau dengan erti kata lain, “COUPLE”.


Buktinya?


Tak payah pergi jauh-jauh, kita dapat tengok sendiri di Facebook atau twitter (err, aku takde twitter), ada segelintir mungkin juga sebahagian besar kawan-kawan kita yang post tentang cintan cintun ni yang kadang-kadang tak releven dengan umur. Lagi dasyat, dekat profile siap ada “In Relationship” atau lagi “sweet”nya “Married”.

Haha, aku nak gelak, tak sampai hati. Nak marah, kesian pula.

Ini dah satu masalah la, tetapi ada lagi satu masalah yang lagi besar apabila pemuda atau belia yang FAHAM Islam atau pendakwah-pendakwah muda ni hanyut juga dengan cinta manusia, tetapi tak di gelar “COUPLE”, cuma di brandingkan namanya menjadi “CINTA ISLAMIK”.



Ha, golongan ini pun tak terlepas juga dari post tentang cintan cintun ni, cumanya dalam versi Islamik.


Nak contoh? Haha, aku tak sempat taip aku dah tergelak. Korang boleh nampak sendiri kot.


Tak salah post tentang cinta ni, atau post tentang calon suami soleh / isteri solehah la, atau tentang alam perkahwinan la, pesanan untuk bakal suami / isteri la, kata-kata semangat untuk para mujahid / mujahidah impian la, atau apa-apa la. Tetapi kena dengan situasi sendiri la, atau paling tidak pun, jangan lah post perkara-perkara ni kerap sangat. Ini tidak, penuh news feed aku dengan benda-benda ni. Kadang-kadang aku pun naik terpengaruh sekali (Istighfar..). Sedangkan banyak lagi kerja dakwah nak kena buat, sebab ummat hari ni makin melarat.



Ini dalam facebook, itu belum yang personal inbox atau sms. Murabbi kami cerita (berdasarkan cerita ikhwah ni), ada yang sebelum pergi usrah tu, siap sms lagi.


Contoh (tiada kena mengena dengan sesiapa)


Muslimat : “Enta nak pergi usrah ye? Hati-hati ye. Nanti kalau sempat, enta sharing la pada ana apa yang enta dapat. Jaga diri. Ukhuwah fillah abadan abada.”


Muslimin : “Ye, ana nak pergi usrah. Enti pun jaga diri. Jangan lupa baca buku atau buat benda berfaedah ye. Nanti kalau sempat, ana cerita apa yang ana dapat. Minggu depan enti pergi mukhayyam (perkhemahan) kan? Jaga diri. Ukhuwah fillah abdan abada aidhon”


Itu satu contoh la yang murabbi kami tunjuk. Ada lagi contoh lain yang aku jumpa daripada seorang sahabat aku di U XYZ (dirahsiakan nama U), ada segelintir muslimat ini siap buat flyers yang berbunyi lebih kurang macam ni ;


“Kami kaum hawa merindui derapan tapak kaki para mujahid soleh menuju solat berjemaah..”


Aduh…berat nanang…Jeemm!



Ada juga segelintir yang rajin sangat post tentang kata-kata Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengenai bab cinta ni. Padahal ada je perkara lain yang UAI cakap perkara lain yang lebih penting.


Dan macam-macam lagi la contoh yang korang nampak sendiri di sekeliling korang. Aku tak larat nak letak contoh banyak-banyak, nanti hilang ilmu aku gelak banyak sangat.


Oh (istighfar..)


Muhasabah diri



Mungkin ada yang tak puas hati bila baca bahagian atas ni, tetapi aku tulis ni adalah nota untuk diri aku. Bermakna segala pesanan, kritikan, cercaan aku tujukan kepada diri aku.


Sebab apa?


Sebab aku juga pernah terhanyut juga kadang-kadang (semoga Allah ampunkan aku. Isk isk). Itulah penting ada sahabat-sahabat atau ikhwah yang selalu ingatkan diri ni.


Pesanan aku kepada sesiapa yang terasa atau tengah terlibat dalam dunia rekaan sendiri ni, terutama sekali kepada golongan yang “so called islamik” ataupun yang faham Islam, utamakan perkara yang utama. Atau bahasa mudahnya,


“priority is priority”.


Sekarang apabila berada di jalan dakwah, syaitan pun akan melipat gandakan usaha untuk hanyutkan kita. Maka di hantar tentera yang berpangkat tinggi untuk hasut kita. Macam-macam cara mereka cuba, dan antaranya adalah CINTA dan WANITA.


Kalau cinta untuk bertahajud, atau tenggelam dalam cinta dakwah ini takpe, malah aku respek sangat. Ini sebaliknya pula. Maka sesiapa yang merasakan dia di jalan dakwah ini, maka mereka kena ingat yang kita akan hadapi antara 4 tentangan besar,

1) Syaitan
2) Wanita
3) Hawa nafsu
4) Masa


Sebab tu ada murabbi pesan (lebih kurang);


“Ana takkan respek antum semua yang berada di jalan dakwah ini sehinggalah antum semua melepasi dua ujian besar, iaitu ujian kerjaya dan rumahtangga. Jika antum dah hadapi dua perkara ni, kemudian masih berada di jalan dakwah, bahkan lebih “aggresif” lagi, ana respek pada antum..”


Kemudian, aku teringat ada seorang ikhwah pernah nasihat pada aku (lebih kurang) ;


“Macam-macam ciri yang diperlukan untuk melantik seseorang dalam bahagian pimpinan meskipun hanya dalam peringkat kampus, antaranya adalah menjaga ikhtilat..”


Ye, ikhtilat atau pergaulan. Memang kena jaga. Kadang kala aku sendiri pun tak perasan yang aku tak jaga langsung bab ni. Tetapi kena faham, secara umumnya ada 2 situasi ikhtilat ini di jaga ;


1) Ketika berhadapan dengan orang yang tidak faham / kurang faham Islam
2) Ketika berhadapan dengan orang yang faham Islam


Dalam situasi pertama tu, ada seorang ustaz pernah pesan bahawa bila kita berurusan dengan orang yang tidak faham/kurang faham fikrah Islam yang sebenar, maka kita boleh longgarkan sedikit ikhtilat. Maksudnya tak terlalu shadid (tegas) sangat.

Tetapi bila kita berurusan dengan orang yang faham fikrah Islam, maka hal ikhtilat kena betul-betul jaga.


Namun, kena faham lagi satu konsep iaitu ;

“Berprinsip boleh, tetapi jangan jumud (ketinggalan). Terbuka boleh, tetapi jangan hanyut.”


Dengan erti kata lain, jangan terlalu shadid sampai nak bercakap pun, siap ada hijab (sempadan) dengan pintu. Dan jangan terlalu tsiqah (percaya) sangat sampai berani berdua-duaan di tempat tiada orang.


Kena sentiasa ingat bahawa kerja dakwah ini takkan pernah terhenti, dan kerja ini sangat banyak (baca pesanan Imam Hassan al Banna tentang dakwah). Kalau orang yang betul-betul memahami dan menjiwai jalan dakwah ini, tiada masa untuknya berfikir siapa yang perlu jadi sayap kiri atau bakal isterinya. Kalau hendak bernikah sekalipun, cukuplah bakal isterinya faham tugas dakwah yang dia lakukan dan dapat membantu dia.


Dan aku tak kata yang tak boleh bercinta, dan bohonglah aku kalau aku takde niat untuk bercinta. Tetapi kena pandai uruskannya dengan situasi sekarang terutama pelajar. Banyak lagi benda nak buat, dengan study lagi, dengan fikir pasal ummah lagi, nak buat gerak kerja lagi.


Last, kenapa aku sibuk “hentam” golongan pendakwah yang agak “melencong” sikit ni? Tu yang belia-belia lain hanyut, siap buat maksiat lagi, tak nak pula aku tegur atau “hentam”?


Kena faham bahawa golongan pendakwah ini, mereka bawa “LOGO AGAMA”.
Kalau korang nak tahu, secara umumnya, semua orang melayu muslim sangat menghormati dan tsiqah (percaya) pada golongan asatizah atau golongan yang faham Islam. Cumanya sebahagiannya ego dan tak mahu tunjukkan dengan tindak tanduknya.


Jadi, segala perbuatan atau tindak tanduk pendakwah ini akan sentiasa DIPERHATIKAN oleh orang di sekelilingnya. Kerana mereka ini ibarat “role model” dalam senyap untuk mereka. Mereka secara tidak langsung ingin serba sedikit meniru atau mengikut jejak langkah pendakwah ini secara senyap-senyap.


Serius!


Tetapi kalau pendakwah ini hanyut, maka hilanglah penghormatan mereka dan mereka pun dengan dunia mereka.


Aku sendiri akuinya. Dulu aku selalu perhatikan golongan yang faham Islam ini, aku tsiqah sangat pada mereka meskipun sebahagian mereka bukan dari aliran agama. Sehinggakan akhirnya sikit demi sikit aku ikut jejak langkah mereka.


Dan aku juga pernah jadi “fitnah” untuk Islam jugak. Macam mana kisahnya, cukuplah Allah dan aku yang tahu. (istighfar..) Isk isk..


Dan aku pun dalam usaha nak belajar uruskan semua tu. Tolonglah nasihat dan tegur aku (kepada sesiapa yang kenal aku) kalau korang nampak aku “tersesat” atau “melencong” sikit. Sesungguhnya aku hanyalah budak baru belajar.


Oh! (Istighfar….)



p/s : kredit kepada sahabat aku yang edit gambar troll face tu. Haha, osem gila!
Comments
19 Comments

19 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku 200x ganda terasa dengan tulisan aku

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. entry yang sangat nice .
    paling setuju dengan - nanti hilang ilmu sebab gelak banyak sangat.sangat2 nak tergelak dengan post2 fb yang ditujukan buat 'bakal' -haih macam mengarut je. pdhl umur tu nak capai layak mengundi pun lama lagi.

    ReplyDelete
  3. susah nk smpaikn mnde2 cmni kt membe,kalo dorg bce ni kn bgus...btw,energy saving mode ni cpt sngt laa...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..trima kasih sebab tegur. aku dah ubah duration time untuk energy saving mode ni..haha :)

      Delete
  4. nak minta gambar boleh? - yang kuingat pejuang rupanya angau (lbh kurang) - sahabathijau
    jzkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..aku pun amik orang punya. tapi dipersilakan :)

      Delete
  5. terbaek,,,
    terutama ayat "Ada juga segelintir yang rajin sangat post tentang kata-kata Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengenai bab cinta ni. Padahal ada je perkara lain yang UAI cakap perkara lain yang lebih penting."
    Dok kecoh pasal tu aja..ade byk bende lain sebenarnye kite kene pikir utk mengislah diri & ummah..
    Mantop,,syukran sbb buat post nih utk tujuan peringatan...

    ReplyDelete
  6. Assalam. nak share di fb agak2 boleh tak?

    ReplyDelete