(kisah ni dah lama, err, mungkin baru 2 bulan, tapi aku ubah sikit jalan cerita bagi nak mudah faham apa yang aku nak cerita..)
Suatu petang lepas zohor, sedang aku tengah bukak facebook kejap (hanyut…), tiba-tiba sahabat lama aku dari zaman matrikulasi dulu message inbox aku, dan masa tu aku terus on chat memandangkan dia nak berbual dengan aku sebab dah lama tak bertanya khabar. Tak lama kemudian, dia pun mengadu masalah dia.
Aku : kau macam mana study?
Dia : cume baru-baru ni masalah sikit-sikit je. Banyak main emosi. Hehe
Aku : ooh yeke, await? Ada awek pun emo lagi ke bro? hehehe (ayat gurau je)
Dia : kau takde ke doa-doa sikit bagi tenang sikit hati kacau ni. (hampeh tak layan loya buruk aku)
Aku : hmm.. kalau aku, aku baca Quran je.. tapi baca Quran sambil tengok maksudnya untuk nak hayati. Aku confirm dan boleh jamin la.
Dia : Ohh.. tu la, selalu aku baca pun tak tahu maksud. Nak kena beli tafsir Quran ler..
Aku : Ooh..kena cari Quran yang ada terjemahan. Baca kat surau atau masjid punya pun boleh. Tapi kalau kau nak beli lagi bagus. Lagi satu, petua yang agak mujarab, tapi kau kena usaha lebih. Kau bangun malam, buat tahajud 2 rakaat atau lebih, then masa doa tu kau menangis la sepuas-puas hati. InsyaAllah..
Dia : Tahajud ye.. okay2.. aku memang ada problem sebenarnya.
Aku : Apa dia? Cuba cerita ceciter2..
Dia : Jiwa kacau.. niat hati nak berubah, kena la tau step2 dari sifu dulu..
Aku : siapa sifu?(sambil kembang kempis hidung dan telinga..woha!)
Dia : kau ler..haha
Aku : banyak la kau. Aku biasa je. Ha, kau rajin baca blog? Aku cadangkan kau baca link nie. tapi kau kena rajin sikit, sebab panjang sikit blog dia.. nanti insyaAllah kau tahu apa kau kena buat.
Dia : okay2..thanks bro : )
---------
Bila jiwa kacau atau hati yang gelisah, kita akan rasa tak tentu arah. Rasa macam buat sesuatu perkara, ada je yang tak kena. Fikiran tak menentu, otak bercelaru, hidup rasa macam tak tentu.
Aku pernah alaminya satu ketika dulu (err..lebih dari sekali sebenarnya), masa tu aku meracau-racau macam orang kena sampuk. Aku menjerit gaya orang hysteria (tapi slow sikit takut kena marah), dan berguling-guling macam penguin. Woha!
Kemudian…..
Okay cukup, aku nak cerita kenapa jiwa kacau, bukan pengalaman aku.
Seperti yang aku tau, jiwa kacau atau hati gelisah ni ada beberapa sebab. Yang pertama sebab DOSA BANYAK SANGAT atau HATI SAKIT. Aku bukan nak takut-takutkan, tapi memang kenyataan. Sape lah yang tak pernah buat dosa (lagi-lagi aku..oh..)..
Aku petik kata-kata ibnu Qayyim,
“Jika kamu menemui keterasingan kerana perbuatan dosa, maka segera tinggalkan dan jauhi maksiat. Hati tidak akan tenang dengan perbuatan dosa.”
Tapi makin bahaya bila makin buat maksiat atau buat sesuatu perkara dosa, takde rasa apa-apa. Itu tanda HATI DAH MATI.
Aku petik kata-kata ibni Athoillah Iskandari,
“Sebahagian dari tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan, juga TIDAK MENYESAL jika terjadi berbuat sesuatu perlanggaran dosa”
Ok, sebab yang kedua ni berita baik sikit setelah aku bagi kat korang berita buruk. Sebab jiwa kacau atau hati gelisah ni tandanya HIDAYAH NAK DATANG DALAM DIRI.
Hidayah ni bila nak datang dalam diri, dia takkan masuk macam tu je ke dalam hati yang sakit, hati yang penuh cinta dunia, dia akan “berperang” dulu membuat hati korang rasa gelisah atau kacau. Menang atau kalah, korang yang tentukan dengan izin Allah.
Contohnya lebih kurang kalau korang nak berperang dengan zionis guna bom nuklear atau apa-apa lah, korang serang mereka, negara mereka akan kacau.
Kalau tak paham, korang tanyalah ustaz ulama’ yang lagi alim. Aku tak pandai sangat terangkan kat orang.
Nabi s.a.w. dulu pun bila nak dapat wahyu, berpeluh-peluh badan nabi, hati jadi risau dan takut, kemudian bila balik isteri baginda selimutkan baginda.
Masa tu, korang pun akan rasa tak sedap hati, rasa nak menjerit tak tentu hala, rasa buat kerja semua tak kena, rasa macam dah nak jadi mayat kejap lagi je sampai korang fikir perkara yang bukan-bukan hingga masuk mimpi.
Tapi kalau korang masa tu sedar perkara ni yang hidayah dah nak masuk dalam hati korang, korang terus la berzikir, solat sunat taubat, baca Quran berserta terjemahan, insyaAllah penyakit hati kau tu akan sembuh dan hidayah masuk dengan girangnya. Ha, kan happy ending tu.
Allah dah berfirman ;
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingati) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram” (QS Ar-Ra’du : 28)
Ketenangan yang kekal, haq atau permanent hanya ada dalam agama. Sebab tu hati akan tenang hanya dengan mengingati Allah. Tempat lain korang boleh jugak cari ketenangan, ada juga orang cari ketenangan dengan tengok wayang sebagai contoh, tapi semua ketenangan tu yang bersifat temporary atau sementara.
Tak percaya?
Ok lah, cuba korang ada kawan yang lagi 10 minit dia akan exam killer paper yang bakal menentukan dia pass atau fail, lepas tu korang ajak dia tengok wayang ataupun korang cerita kat diorang pasal movie-movie macam ombak rindu ke atau puss in boots. Cubalah kalau korang rasa nak kena tampar secara bertalu-talu..
Ada juga yang nak cari ketenangan hati yang sedang serabut atau kacau dengan cara keluar dating dengan couple, ataupun berfoya-foya, berkaroke, minum arak, pergi disko, berdangdut, berjoget, lepak tepi shopping complex sambil kacau awek lalu atau apa2 la (aku malas nak tambah lagi sebab nanti korang makin tak lalu nak baca), dan akhirnya hidayah yang nak datang bertandang tu tak jadi masuk, lantas mereka pun * “tak kacau” atau “gelisah” macam sebelum ni.
Mereka sangka hati mereka dah tenang dengan hiburan dunia, tapi bila balik rumah di belasahnya mak bapak atau isteri dan anak-anak, silap-silap bunuh keluarga dan bunuh diri. Apa kes?
(* hati mereka masih gelisah cuma tak segelisah dulu)
Hanya dalam agama je kita akan temukan ketenangan, kebahagiaan, keindahan, keseronokan, dan macam-macam lagi jenis kedamaian dan insyaAllah akan mendapat pengakhiran yang baik.
Tapi bila kita cari selain dari agama, maka kita akan rasa kesengsaraan, kegelisahan, keperitan, penderitaan dan kesempitan seumur hidup dan lagi teruk dapat pengakhiran yang buruk. Nauzubillah..
Maka terpulang pada korang macam mana korang nak hilangkan kegelisahan dalam hati korang..
Hidayah itu ibarat cahaya, jika dia susah nak masuk dalam hati, bermakna ada perbezaan dalam hati korang, iaitu KEGELAPAN. Bila hati makin gelap, jadi makin “kuat” berperang hidayah dengan hati yang sakit tu, makin gelisah la korang.
Dan orang yang MEMPUNYAI KESEDARAN dan BERUSAHA untuk itu akan dapat “memenangkan” hidayah ini untuk masuk ke dalam hati dan terus bertakhta ibarat di singgahsana. Oleh itu, korang kena buat pengorbanan atas kesedaran korang tu untuk kekalkan hidayah yang ada dalam hati korang. Sejauh mana kesedaran korang tu, sebanyak tu lah korang kena buat pengorbanan.
Contohnya macam korang nak dapatkan isteri cantik (bagi lelaki), korang kena buat pengorbanan yang banyak. Semakin nak dapat isteri cantik, semakin banyak pengorbanan kena buat. Kalau tak, Korang ternganga je melihat perempuan cantik tu pergi membawa diri. Oh!
Andai kata korang tak berusaha atas kesedaran korang dengan pengorbanan, maka Allah akan tarik balik nikmat hidayah tu dalam diri korang, dan korang tak sedar yang korang berada dalam kegelapan seterusnya terus “tenang” dalam melakukan maksiat dan dosa. Itu bermaksud hati dah mati.
Satu hal lagi, orang yang beriman mantap sekalipun, akan merasa gelisah bila hidayah nak keluar dari dalam hati, bila ujian dunia datang bergerombolan, kebesaran dunia datang menyerang hati bertubi-tubi ibarat jet pejuang Eurofighter typhoon, maka ia akan memaksa hidayah keluar dari hati. Masa tu, mahu tidak mahu kena kembali ke “markas” atau kembali kepada kehidupan beragama.
Apabila ketenangan melalui agama berjaya korang genggam dalam hati, maka ketenangan yang korang ada takkan dapat di ungkapkan dengan syair atau pantun 4 kerat, tak boleh korang terjemahkan dalam google translate, mahupun cuba di gambarkan melalui screen laptop apple Mac.
Ia suatu perkara yang sangat indah, dan masa tu korang boleh berpuisi tentang mayat, menulis status di facebook tentang kematian, tidur dalam keranda sambil bercadarkan kain kapan dan berbantalkan batu nisan dengan bermimpi perkara yang indah. Malah korang boleh menjadikan kereta mayat kenderaan utama korang.
Malah, korang juga akan suka pada biskot mayat dan menjadikan rutin harian. Woha! : )
Akhir sekali setelah aku penat menaip, aku dan korang semua akan jadi mayat tak lama lagi. dan hari ini telah berlalu hari-hari sebelum ini yang bermakna semakin sempit dan sikit ruang masa yang ada untuk kita selamatkan diri kita dan orang sekeliling kita dari azab neraka!
Dan hari ini juga, telah berlalu hari-hari sebelum ini yang bermakna semakin sempir dan sikit ruang masa yang ada untuk kita beramal dan berusaha untuk bawak kita dan orang sekeliling kita masuk ke syurga.
Setiap langkahan kita seharian adalah LANGKAHAN MAUT.. yang membawa kita menuju transformasi kepada mayat.. oleh itu, berusahalah dengan mengorbankan masa yang ada supaya kita menjadi mayat yang tak menyesal.
Selamat mencari ketenangan duhai sahabat.. : )
Sekian..
p/s : orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati.
Orang yang cintakan akhirat adalah orang yang dah bersedia nak jadi mayat.
Dan orang yang nak saving duit adalah orang yang selalu makan biskot mayat. Woha!
salam ... nice entry ... peringatan tok diri ni jugak ... tanye boleh .. link blog mana yang saudara bagi pd kawan saudara tu ??? bleh share ta .. >.<
ReplyDeleteSalam.. boleh2.. entry tu dari blog keretamayat. dan nota di atas ni saya adaptasi daripada entry keretamayat tu. cuma ada beberapa "inovasi" ayat di gunakan.. hehe.. boleh rujuk entry ni :
ReplyDeletehttp://keretamayat.blogspot.com/2011/08/kenapa-hati-gelisah.html