(mungkin ini nota terakhir aku dalam blog aku..jumpa lagi lepas ni kalau aku dan kamu masih belum di bawa oleh kereta mayat..)
Hari-hari peperiksaan akhir semester dah nak muncul. Maka ramai yang bertungkus lumus siapkan assignment, dan study berhabis habisan sampai ada yang bermalam di perpustakaan, surau dan kat rumah sendiri. Woha!
Kalau dah jadi mayat, maka menyesal lah kau, dan kau akan di campak ke neraka lalu kekal lah kau di dalamnya..
Hari-hari peperiksaan akhir semester dah nak muncul. Maka ramai yang bertungkus lumus siapkan assignment, dan study berhabis habisan sampai ada yang bermalam di perpustakaan, surau dan kat rumah sendiri. Woha!
Maka ketika ni, ramailah yang hantar mesej-mesej ucapkan “good luck”, “bittaufiq wannajah” dan lain-lain. Ketika ini juga, ramailah yang meminta maaf satu sama lain, agar mereka dapat jawab exam dengan tenang dan damai ( dalam hati : masa exam middle semester hari tu tak nak minta maaf).
Kerana dalam hidup ni, tiada siapa yang tak pernah buat dosa kecuali Nabi yang maksum. Aku? Sudah pastinya lagi banyak dosa melimpah ruah. Andainya malaikat tu makhluk yang ada sifat penat, mesti malaikat yang mencatit dosa dah penat sangat-sangat tulis dosa aku. Isk isk isk.. oh!
Oleh itu, dah jadi kewajipan bagi setiap orang untuk bertaubat kepada Allah dan meminta maaf kepada manusia. Sebab....
(aku termenung di tingkap sambil pandang ke langit lalu bermonolog pada diri sendiri..)
Pada setiap dosa manusia, Allah dah sediakan keampunannya sebaik saja manusia meminta keampunannya..
Tapi, kerana maut lalu menjadi mayat tu datang tiba-tiba, maka nak tak nak, kena lah bertaubat setiap hari.. (istigfar..)
Ketahuilah bahawa Allah Yang Maha Pengampun, dah menyediakan keampunan di setiap dosa manusia yang mana sebaik sahaja manusia bertaubat, maka keampunan itu akan menjadi milik manusia. Meskipun manusia itu datang dengan dosa yang sepenuh bumi dan langit.
Sesungguhnya Allah Yang Maha Pengasih dah menyediakan keampunan yang lebih besar dari mana-mana dosa manusia, mintalah sebelum bergelar mayat, maka insyaAllah keampunan menjadi milik manusia. Amin..
Manusia mana yang sudah menyediakan kemaafan yang besar kepada mana-mana manusia yang menyakitinya? Hatta kepada haiwan yang mungkin menyakitinya? Sampaikan selepas manusia di sakiti manusia, setelah manusia itu meminta maaf kepada manusia yang disakitinya, yang disakiti itu tidak dapat memberi sebarang maaf.
Lantas dari lidah manusia yang di sakiti itu, terungkaplah kata-kata keramat ;
“Huh! Tiada maaf lagi bagimu! Pergi jahanam”
“ Kurang hajar kau! Pergi mampos la!!”
“ Bengong punya binatang, berani kau!”
Isk isk isk.. Janganlah macam tu..
Mari aku cerita satu kisah masa Nabi Muhammad s.a.w melihat mayat bapa saudaranya Hamzah r.a dilapah orang kafir, pada mulanya Nabi nak balas tetapi Allah tegur kerana memaafkan itu lebih baik...
Lalu Nabi memaafkan mereka berserta doa untuk mereka sekali..
Lalu di dalam takdir Allah, berimanlah pembunuh dan pelapah bapa saudara Nabi, iaitu Washi dan Hindun..
Dari sini (mungkin), timbullah kata-kata azimat, “Sedangkan Nabi maafkan ummmat”
Sedangkan Nabi itu maksum, tetapi Nabi masih mengharapkan kebaikan dari Allah.
Maka itulah, di suruh kita maafkan kesalahan orang lain, bukanlah kerana kita maksum, tetapi kita banyak sangat buat dosa (lagi-lagi aku), dan sebagai pendosa tentu sekali mengharapkan sangat-sangat kebaikan dari Allah.
Oleh itu, maafkan lah aku..
Ketahuilah bahawa Allah Yang Maha Pengampun, dah menyediakan keampunan di setiap dosa manusia yang mana jika manusia itu bersabar dan redha, maka keampunan itu akan menjadi milik manusia. Meskipun manusia itu datang dengan dosa yang sepenuh bumi dan langit.
Sesungguhnya Allah Yang Maha Pengasih dah menyediakan keampunan yang lebih besar dari mana-mana dosa manusia, dimana sebalik keampunan Allah, datang sekali bersama insyaAllah ganjaran yang besar dan darjat yang tinggi, serta syurga idaman yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang tak akan di fikirkan oleh manusia.
Pendosa, ahli maksiat, tukang puja kubur orang, tukang tarik nombor ekor, bomoh, penyembah berhala telah menghina Allah sepanjang hidup, syirik sejak kecil..
Tapi sebelum maut datang ia sempat menyerah diri dan bertaubat,
Maka Allah akan ampunkan dosa mereka walaupun mereka pernah menduakan Allah..
Dosa syirik masih lagi terampun sebelum kita bergelar jadi mayat. Sungguh Allah itu Maha pengasih lagi Maha Penyayang..
Kalau dah jadi mayat, maka menyesal lah kau, dan kau akan di campak ke neraka lalu kekal lah kau di dalamnya..
Kerana apa??
Kerana Allah tetap akan tunaikan janjiNya dan tiada siapa yang lagi tetap dan berkuasa atas janjinya selain Allah.
Dan sekali lagi..
Allah juga berjanji untuk menutup aib mereka yang menutup aib orang lain,
Dan Allah berjanji untuk mengampunkan dosa mereka yang memaafkan kesalahan orang lain..
Maka dari itu, maafkan lah duhai sahabat, duhai teman, duhai makhluk Allah, duhai sesiapa..
Maafkanlah sepenuh hatimu..
Kerana sesungguhnya aku bukanlah seorang Nabi yang maksum..
Juga bukanlah seorang yang sempurna tanpa kesalahan..
Maafkan lah........
Sekian..
(tutup tingkap sebab dah nak masuk waktu subuh...)
p/s : 1: aku nak exam final semester minggu depan, jumpa lagi hujung januari tahun depan. Itupun kalau kau dan aku masih belum jadi mayat lagi.
2 : Doakan kecemerlangan aku. Semoga Allah permudahkan urusan serta bagi kejayaan pada korang tak kisahlah yang ambil exam atau tidak.