(Semua perkara nak di politikkan. Jangan aku yang membuat blog ni dipolitikkan sudah..)
Masa aku berborak dengan kawan aku, tiba-tiba dia bercerita tentang pengalaman dia berborak dengan seorang kawan dia sambil menunggu giliran untuk membuat perbentangan thesis dia. Takde apa pun yang menarik dengan perbualan diorang, semuanya berkenaan politik je. Tapi aku tertarik dengan isi perbualan dia yang mana lebih kurang macam ni la dialog mereka berdua ;
------
Kawan kepada kawan aku (B) : Kau tau tak, dekat facebook ada orang menghina gambar tuhan kami. Pasal tuhan kami yang lembu tu. Ini semua pasti ada agenda politik kotor nak tarik perhatian orang.
Kawan aku (A) : (dengan gaya perasan macho), lagi?
B : Sorry to say la, aku rasa mesti segolongan orang bangsa melayu yang penyokong kuat parti xyz buat macam ni untuk raih perhatian orang ramai.
A : Kau yakin ke semua ni ada agenda politik kepartian?
B : Mesti lah! Sebahagian orang melayu sekarang dah berani hina-hina agama orang.
A : Kau nak tau sesuatu tak? Masalah mentaliti yang berlaku kepada segolongan besar penduduk Malaysia tak kisah sama ada dia melayu, cina, india, kadazan dusun, melanau atau bla3..?
B : Err…Apa dia?
A : Semua perkara yang berlaku kat Malaysia ni, yang tak selari dengan citarasa kita yang dirancang oleh orang lain kita anggap ada agenda politik. Kalau kau nak tahu, bukan sekadar agama hindu je di hina, agama islam pun di hina juga. Kalau tak, takkan orang islam sendiri nak letak gambar khinzir kat atas kaabah tu. Orang yang tak suka je akan letak. Betul tak?
Yang pasal agenda politik ni, hampir semua perkara yang diucapkan oleh orang yang tak sependapat atau sehaluan dengan kita akan kita kata ada agenda politik. Contoh orang ni cakap pasal melayu je, ada agenda politik, orang tu cakap pasal islam sikit je ada agenda politik, orang ni bagi tazkirah pun kata ada agenda politik, orang ni cakap nak selamatkan bangsa sendiri pun ada agenda politik dan macam-macam la.
Ni masalah utama pemikiran yang ada pada masyarakat Malaysia sekarang, semua perkara nak dilihat dari political view.
B : (terdiam..)
-------
Okay cukup aku quote perbualan mereka sampai situ. Aku memang bersetuju apa yang kawan aku (A) cakap. Hampir semua masyarakat Malaysia kalau boleh nak pandang suatu isu itu melalui political view first. Then baru pandang dari sudut lain selepas puas mencaci maki, kutuk, mengumpat dan lain-lain. Silap-silap orang tengah makan pun dikatakan ada agenda politik (apa ke bengongnya..).
Semalam aku pergi satu ceramah, ustaz tu bercerita tentang cinta. apa yang menarik aku nak ambik, dia kata lebih kurang cinta ni indah, suci. Zaman nabi s.a.w dulu, kalau lelaki dengan lelaki cakap sayang pun, tiada apa yang pelik kerana mereka sayang kerana Allah. Tapi hari ni, bila lelaki cakap suka atau rindu pada lelaki, terus dikatakan gay. Pemikiran orang hari ini tercemar sangat menyebabkan sesuatu perkara yang indah dan baik pada asalnya menjadi suatu perkara yang spesifik dan boleh kata tercemar.
Jadi macam politik, asalnya benda ni sangat baik. Yela, politik tu boleh kata pengurusan, pentadbiran dan sebagainya. Hatta dalam berorganisasi pun adalah politik. Tapi apa aku nak fokuskan adalah politik kepartian. Tapi disebabkan pemikiran yang tercemar (termasuk aku sekali..oh!) , semua perkara pada asalnya baik terus dipandang kotor.
Politik itu luas maksudnya. Macam mana nak berpolitik? Nanti aku “jemput” seorang penceramah terkemuka dalam dunia blog untuk “berceramah” dalam entry aku untuk akan datang (ntah bila la..woha!)
Jadi, sempena tahun baru hijrah ni, aku menyuruh diri aku untuk memperbaiki kefahaman aku tentang islam, tentang isu semasa dan macam-macam. Paling penting sekali PERBAIKI AKHLAK. Itu yang sangat penting. Kalau muka hensem atau cantik, tapi perangai macam hampeh tak guna jugak.
Akhir sekali, kalau nak pandang sesuatu perkara tu, pandanglah dengan pandangan islam dulu dan bersangka baik.
Nabi s.a.w. ada bersabda yang maksudnya ; “jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta” (HR. Muttafaqun alaihi)
Akhir sekali (ada lagi pulak..) ada kata-kata yang menarik aku nak bagi untuk diri aku yang perasan bagus ni,
“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah”
Sekian..
p/s :
1. Selamat tahun baru hijrah :)
2. bersangka baiklah sebelum kau jadi mayat :)
No comments:
Post a Comment