Monday, 22 August 2011

Secebis nota untuk Rasulullah..?

(Seandainya aku diberi peluang untuk bersama Rasulullah dalam beberapa detik, aku teringin sangat nak…..)



Ya Rasulullah…

Aku teringat lagi saat-saat ketika aku dikenalkan kepada mu..
Ketika itu aku masih di bangku tadika.. Aku di ajar bahawa kau la Nabi kami (umat islam) akhir zaman merangkap penutup segala Nabi.


Dan ketika aku di bangku sekolah rendah dan sekolah menengah, hampir hari-hari atau setiap minggu kami (pelajar sekolah) diceritakan tentang akhlak, ibadah, kehidupan atau dengan erti kata lain, kami di ajar untuk mengikuti sunnah mu Ya Rasulullah. Kami di ajar untuk merindui dan mencintai mu sepenuh hati kami..


Ketika tiba setiap kali hari kelahiran mu, kami akan membuat sambutan maulidur rasul untuk memperingati mu, kemudian berarak-arak keliling sekolah membawa sepanduk, banner dan segala bagai untuk menyatakan cinta kami kepada mu. Dan sambil berjalan, kami berselawat beramai-ramai. Masa tu jika ditanya sama ada kami mencintai mu atau tidak, kami akan jawab,


Kami cintakan Rasulullah..”


Begitu bersemangat kami ketika itu. Ada lepas tu aku download lagu-lagu nasyid untuk memperingati mu, aku letak dekat status facebook kami yang kami cintakan mu dan macam-macam lagi..






Tetapi……





Kata-kata tidak cukup untuk membuktikan cinta yang tulus kepada mu Ya Rasulullah..



Ya Rasulullah..



Aku malu sangat kepada mu Rasulullah.. Sungguh, malu teramat sangat..


Aku melaung-laungkan kecintaan ku kepada mu, diiringai dengan selawat dan salam,


Tetapi bila tiba waktu solat 5 waktu, kemudian azan berkumandang, aku kadang-kadang solat bersendirian dibilik berbanding pergi ke masjid atau surau untuk solat berjemaah.


Lagi teruk, aku kadang-kadang solat lewat, ada ketika di hujung waktu dan lagi hampeh, tertinggal solat terutama solat subuh.


Sedangkan kau sangat menekankan kepentingan solat dan sangat mencintai solat berjemaah sampai ketika kau sedang sakit tenat pun satu ketika dulu, kau bersusah payah untuk pergi ke masjid bagi solat berjemaah. Dan solat berjemaah itu antara sunnah yang sangat ditekankan oleh mu sehinggakan ada sesetengah mazhab mewajibkan solat berjemaah. Malah ketika kau wafat pun, antara kata-kata terakhir mu adalah,


ummati, ummati, solah, solah..”


Malunya aku kepada mu Ya Rasulullah..



Aku menyatakan aku akan taat setia dengan agama islam, aku rela berkorban demi mu Rasulullah, dan segala macam kata-kata manis untuk menyatakan taat setia ku kepada mu..


Tetapi bila setiap kali lepas asar atau kadang kala selepas subuh dan maghrib, ada bacaan hadis-hadis, aku terus meninggalkan majlis tu. Sedangkan majlis bacaan hadis-hadis atau sabdaan mu itu Rasulullah itu hanyalah mengambil masa dalam 5 minit atau paling lama 10 minit.
Aku menggunakan alasan,


“ala, itu kitab orang-orang tabligh. Dan bla3..”


Sedangkan semua hadis yang terkumpul dalam kitab tu dipetik daripada beberapa buah kitab hadis terkemuka, kitab-kitab karangan ulama’ muktabar dan lain-lain. Dan semuanya insyaAllah berasal daripada kata-kata mu sendiri.


Malunya aku kepada mu Ya Rasulullah..



Aku banyak kali membaca, mendengar dan kadang kala bercerita tentang sunnah mu, bercerita tentang akhlak mu, dan macam-macam tentang peribadi mu.


Tetapi bila aku nampak orang mengamalkan sunnah mu, cuba meniru berpakaian seperti mu, berjanggut, dan segala macam orang-orang yang cuba meniru dan mengikut cara mu, aku memandang pelik. Kadang-kadang aku terpandang sinis dengan terlintas di hati,
“ala, nak tunjuk konon perasan baik sangat la tu. Dia pun bercouple, dia pun bla3..”


Malah, aku juga kadang-kadang berakhlak buruk seperti mengumpat, mencaci maki, mengutuk dan segala macam yang segaris dengannya sesama saudara islam yang berlainan ideologi, pemahaman, dan pemikiran.


Sedangkan kau sendiri tak pernah merendah-rendahkan pendapat sahabat-sahabat mu, malah menerima pendapat daripada golongan lemah seperti kanak-kanak dan juga menerima idea dan strategi perang daripada orang yang bukan berbangsa arab.


Sedangkan aku..?? perasan bagus..


Malunya aku kepada mu ya Rasulullah..








Aku banyak kali mendengar bahawa umat islam ini adalah umat akhir zaman yang special kerana diberi pelbagai ganjaran istimewa. Malah aku juga di beritahu dan ditekankan bahawa umat islam ini adalah ummat daie atau ummat pendakwah yang berbeza dengan umat-umat nabi sebelum-sebelum ini iaitu ummat a’bid iaitu ummat untuk beribadah sahaja.


Tetapi, bila ada orang hendak bercerita tentang agama kepada aku, hendak mengajak aku pergi kepada mengagungkan kebesaran Allah, hendak mengajak pergi berdakwah, lantas aku buat muka masam dan macam tak nak dengar, dengan beralasan dalam hati,


ala, dia ni pun bukan baik sangat, lagipun aku tak de masa sangat. Banyak program aku nak susun, handle, dan bla3..”


Lepas tu bila aku buat salah atau berbuat maksiat, bila ada orang yang melarang aku dan mencegah aku daripada berbuat maksiat dan kemungkaran, aku berkata dalam hati,


macam bagus sangat je dia ni. Hari tu aku nampak dia bla3..”





Padahal mereka sayang pada aku dan niat mereka nak sama-sama insaf dan ingat bahawa hidup di dunia ni hanya sementara.


Tapi aku ego dan berlagak bagus, seolah-olah aku dah macam taraf ulama’. Ulama’ pun suka dan mintak di tegur.


Malunya aku kepada mu ya Rasulullah..








Ada pelbagai lagi masalah yang aku telah buat ya Rasulullah yang seolah-olah aku tidak mencintai mu langsung.


Aku malu kepada mu Ya Rasulullah..







Kau selalu berjaga malam untuk bertahajud kepada Allah, tetapi aku selalu berjaga malam untuk bermain facebook atau bermain mesej.


Kau selalu menjaga pandangan, tetapi aku mata meliar macam haiwan.


Kau banyak kali bercerita tentang alam akhirat, tentang kebesaran Allah, tetapi aku selalu bercerita tentang alam dunia , tentang kebesaran makhluk.


Kau selalu menangis siang malam kerana fikir risau tentang masalah ummat islam dan manusia, tetapi aku banyak kali menangis siang malam sebab dapat result teruk dan tak dapat apa yang aku nak.


Kau selalu memuliakan orang islam malah orang bukan islam yang menentang mu sekalipun, tetapi aku selalu menghina dan mengutuk orang islam malah aku menentang orang islam yang tak bersependapat dengan aku.
Kau selalu memuliakan sahabat-sahabat dan musuh-musuh mu, tetapi aku selalu memuliakan jawatan, pangkat, laptop dan lain-lain.


Kau selalu merindui masjid, mati dan alam akhirat, tetapi aku selalu merindui café, rumah dan alam dunia.


Dan pelbagai lagi masalah hati yang menimpa diri aku ya Rasulullah sehinggakan aku tak terlarat nak menulis semuanya dalam nota ini untuk mu.


Aku berharap sangat ya Rasulullah….
Ketika di padang Masyar nanti, kau mengaku aku sebagai ummat mu..
Jangan kau tak pandang aku langsung..
Aku takut… Aku malu..



Ya Rasulullah..


Aku benar-benar mencintai mu. Dan aku juga belajar untuk mencintai sunnah-sunnah mu. Aku akan belajar mencontohi akhlak mu. Dan cuba belajar mengenali dirimu sedalam mungkin.


Kisah suka duka mu, kehidupan mu dan perjuangan mu menegakkan islam di muka bumi ini.


Semoga Allah sentiasa tetapkan hati aku untuk berada di medan dakwah dan perjuangan islam ini.



Akhir kata.. Andai kata aku diberi peluang untuk bersamamu Rasulullah dalam walau beberapa detik, aku teringin sangat nak….







Melihat senyuman mu yang menjadi penawar bagi hati yang sedang duka dan kesedihan juga kegelapan.





Sesungguhnya aku berharap agar aku memperoleh senyuman itu sebelum maut datang bertandang agar senyumanmu itu mampu memberi motivasi dan semangat juang yang teramat-amat tinggi dan tiada bandingnya untuk diriku. Walaupun senyuman itu datang dari sebuah mimpi bersamamu..


Amin…







p/s :
1, Dari Abdullah RA, katanya, “Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW menanyakan,
“Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu mengenai seorang yang mencintai suatu kaum, sedangkan dia belum pernah bertemu dengan kaum itu?” Rasulullah SAW menjawab, “Orang itu nanti akan bersama-sama dengan orang yang dicintainya itu.” (HR Muslim)


2, Entry kali ni agak sentimental kerana mengenangkan dosa-dosa penulis yang andai kata malaikat pencatat dosa diberi oleh Allah sifat penat, pasti dia dah tak larat dan terbaring serta merungut kerana penatnya mencatat dosa-dosa aku yang sekian kali dilakukan..


OH!! (menangis..)
Comments
4 Comments

4 comments:

  1. kami rindukan kamu Ya Rasulullah.. :')

    ReplyDelete
  2. mia : aku rindukan Rasulullah.. tapi dalam masa yg sama aku buat perkara Rasulullah larang.. oh!:'(

    ReplyDelete
  3. kita manusia biasa, tak lari dari kesilapan. Asalkan mahu berubah jadi lebih baik, itu yg penting :)

    ReplyDelete
  4. mia : :) tak kesilapan kita hari ni, asal nak berubah je, tangguh dulu..bila dah jadi mayat, baru nak tergadah..oh!

    ReplyDelete