Excitednya menulis!! XD (kredit : www.multees.com) |
Assalamualaikumwarahmatullah..
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku membuat blog dan ini adalah first time aku menulis nota dalam blog yang setelah aku betul-betul confirm nak buat blog.
Aku teringin nak menceritakan hikayat kronologi sebelum terciptanya reformasi yang dasyat dalam perjalanan hidup aku (wah!)
Sebelum ni pernah tercetus niat untuk buat blog hanya untuk membuat sedikit nota-nota sebelum aku bergelar mayat. Tapi niat aku terhenti seketika selepas aku terfikir kali kedua (hasil hasutan syaitan yang berjaya) mungkin aku akan tertukar niat iaitu untuk menunjuk-nunjuk hasil penulisan aku pada orang ramai. Takut niat aku tak ikhlas untuk mengarang nota-nota agama untuk diri aku iaitu untuk menunjuk-nunjuk pada orang ramai…
Tapi setelah aku ikut satu program, dimana ada seorang penceramah wanita namanya Puan Masturah atau kak mas bagi ceramah tentang was-was, aku terkesima dengan ayat dia yang lebih kurang macam ni :
“kalau kamu dah berniat nak buat sesuatu kebaikan, teruskan. Jika tiba-tiba kamu terasa berat dan berfikir semula tentang kebaikan yang kamu nak buat, maka itulah hasutan syaitan yang nak buat kamu was-was”
Macam ni lah lebih kurang apa yang dia cakap. Sejak tu, balik je terus aku sambung niat aku yang lepas untuk buat blog. Tambahan pulak, selain ilham dari Allah untuk aku buat blog ni, ada juga beberapa orang blogger yang agak terkenal memberi aku inspirasi (woha) untuk aku buat blog, antaranya Hamka Kereta Mayat, Angel Pakai Gucci dan lain-lain. Hasil aku baca setiap penulisan-penulisan mereka, membuatkan aku berkobar-kobar sampai terbakar nak buat blog. Dan kemungkinan nota-nota aku akan datang ada sedikit sebanyak pengaruh daripada tulisan-tulisan mereka.
Selain tu, ada juga beberapa orang sahabat aku yang bagi idea dan semangat untuk buat blog.
Maka, setelah beberapa faktor di atas, lalu dengan tekad dan keazaman yang menyerlah, lalu tercetuslah sebuah reformasi yang bersejarah dalam detik kehidupan aku dengan aku menceburi dunia blogger. Semoga nota-nota yang aku akan buat dapat aku hayati dan seterusnya dapat aku amalkan sampai aku bergelar mayat dan diwariskan kepada anak cucu aku.
Aku teringin nak bertaaruf (berkenalan) diri aku. Tak kisahlah korang nak kenal aku atau tidak, aku tetap nak kenalkan diri. Haha.
Aku seorang hamba Allah yang sama dengan manusia lain, di beri nama Ahmad Shukery Bin Azizan dan ketika ini aku sedang menuntut di sebuah IPTA sekitar Malaysia. Itu je rasanya yang korang perlu tahu. Lagipun, aku rasa korang bukan nak tahu sangat siapa aku. (sangka buruk) oh!
Seperkara lagi, mesti korang tertanya kenapa dan dimana aku dapat nama Biskut Mayat ni? ha, baca di sini.

Sebelum aku terlupa, jangan lupa baca peringatan di sebelah ini ye. Aku tak akan bertanggungjawab atas sebarang kecedaraan mental atau jiwa ketika korang membaca nota-nota aku.
Dan jika korang nak copy paste or share or apa-apa je lah, buatlah selagi mana korang tak ubah maksud yang aku nak sampaikan.
Dan jika korang nak copy paste or share or apa-apa je lah, buatlah selagi mana korang tak ubah maksud yang aku nak sampaikan.
Semoga anak-anak aku yang akan datang (entah bila) dapat baca nota-nota agama yang diwariskan dan aku harap aku tulis takkan dustakan atas nama Allah dan Rasul-Nya serta ‘alim ulama’ .
amin..
Sekian..
menarik.. teruskan niat murni tu. moga Allah redha.
ReplyDeleteNice one
ReplyDelete