Alhamdulillah, bulan ni genap setahun aku membina empayar blog biskut mayat (woha!). semoga aku terus istiqamah untuk membuat nota agama ini sehingga aku bergelar mayat supaya aku dapat sentiasa muhasabah diri aku dan dibaca anak cucu cicit buyut aku.
Sebelum tu, aku nak ucapkan berjuta-juta lemon tahniah kepada Ir Dr Mohamed Mursi atas perlantikan beliau menjadi Presiden Mesir yang baru. Walaupun dah terlambat untuk aku ucapkan, aku tetap nak ucapkan juga. Haha. Berkat istiqamah gerakan Ikhwanul Muslimin dalam gerak kerja tarbiah (mendidik) dan dakwah kepada masyarakat Mesir khususnya, maka Allah mengurniakan ganjaran kepimpinan kepada mereka. Subhanallah!
Tentang istiqamah, aku teringat sebuah firman Allah dalam Quran ;
Terjemahan :
"Maka, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh (istiqamah) di atas jalan yang betul sebagaimana yang di perintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang bertaubat mengikutmu berbuat demikian ; dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan."
[Surah Hud 11:112]
Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda apabila di tanya oleh seorang sahabat mengenai amalan-amalan yang di sukai Allah dalam sebuah hadis sohih yang bermaksud ;
“Amalan yang berterusan walaupun sedikit”
(H.R Bukhari)
Apa itu istiqamah?
Sungguh, aku memang tidak arif mahupun pandai ataupun tahu untuk menterjemah lalu menafsirkan maksud yang tersirat di sebalik kehebatan ISTIQAMAH!
Secara literalnya, istiqamah merujuk kepada sentiasa berdiri teguh atau bahasa mudahnya berterusan. Untuk penerangan lebih lanjut tentang apa itu istiqamah, rukun istiqamah dan sebagainya, aku link kan kepada laman bersawang Ustaz Hasrizal @ Ustaz Saiful Islam di sini :
Bagaimana nak istiqamah?
Aku akui, kadang-kadang aku sendiri tewas dengan diri sendiri, erk, dengan nafsu sendiri. Cumanya di sini, aku sekadar nak menukilkan beberapa tips untuk sentiasa istiqamah untuk sama-sama di amalkan.
1. Perlu ada kesedaran atas apa yang hendak di lakukan. Contoh, kalau selama ini selalu tinggal solat 5 waktu, perlu ada kesedaran tentang kewajipan solat. Kalau tiada kesedaran langsung, memang susah nak di selamatkan. Ibarat aku nak kawan aku masak, tetapi dalam masa dia sedang tidur mati. Maka perkara pertama yang perlu aku buat adalah kejut dia dari tidur. Mana boleh orang tidur memasak. Dalam mimpi boleh lah.
2. Kemudian, kalau ada kesedaran tetapi tiada tindakan pun tak guna juga. Kena lakukan tindakan dan pastikan tindakan tersebut benar-benar ikhlas kerana Allah dan buat dengan bersungguh-sungguh. Bukan sekadar hangat-hangat tahi kucing. Uhuk uhuk
3. Yakin dengan ganjaran dan balasan atas setiap apa yang di lakukan. Hatta perkara kecil sekalipun.
Firman Allah;
Terjemahan :
"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata : "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham) : "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu."
[Surah Fussilat 41:30]
4. Sentiasa bersederhana, jangan terlalu gopoh-gopoh sangat dengan amalan atau kerja yang nak di lakukan, dan jangan pula terlalu “slow” sangat. “Slow” di sini aku maksudkan bila nak disuruh, baru nak buat. Buat dengan sederhana, steady and cool. Woha!
5. Jangan lupa pula untuk beransur-ansur tinggalkan perkara yang sia-sia atau lagho dan maksiat. Aku tahu, sejujurnya aku sendiri tidak mampu untuk meninggalkan secara terus, tetapi kena buat secara beransur-ansur. Bukannya minggu ni tinggalkan maksiat sekaligus, lepas tu minggu depan buat balik.
6. Dan terakhir sekali, berserah seluruh jiwa kepada Allah atau dengan kata lain, Tawakal dengan sentiasa berdoa. Inilah antaranya indahnya Islam, apa-apa perkara yang dibuat, di mulai dengan niat kerana Allah, dan akhiri dengan tawakal kepada Allah.
Insya Allah, semoga Allah kurniakan kepada kita nikmat istiqamah dalam segala amalan kita. Amin :)
Jika anda dikurniakan nikmat istiqamah ini, aku dapat jamin yang anda akan kegembiraan dengan riang rianya dengan amalan (pastikan yang sahih, jangan sesat pula) yang anda lakukan. ^__^
p/s : Semoga Allah mengurniakan istiqamah kepada aku dalam menulis nota dalam empayar aku ini. Amin..
mohon share :)
ReplyDeletedipersilakan :)
ReplyDeleteAssalamualaikum....teruskan usaha menulis ni wahai saudaraku,kerana saya adalah salah seorang hambaNya yang baru faham makna sebenar istiqamah ini, sebab saya skrg mula mencari dan cuba nak kembali kepada kehidupan sebenar yang dituntut Agama suci kita Islam dan meninggalkan apa yang dilarang walaupun secara pelan2,serta tersangat sangat ingin mendekatkan diri serta mengenal Tuhan yang satu ALLAH s.w.t.. saya ucapkan terima kasih kepada saudara kerana membuat laman blog ini dan mendoakan semoga saudara berjaya dan dirahmati ALLAH kerana berniat ikhlas menyampaikan(tabligh) dan memperjuangkan Agama ALLAH iaitu Agama Islam yang kita semua cintai..saya harap laman ini akan diteruskan sampai bila2 dan tolong doakan saya juga supaya menjadi hamba ALLAH yang taat melakukan suruhanNya...ameen.. wssalam..
ReplyDelete